BAB 5

Fantasy Completed 3167

"Mari kita melintasi jalan ke sana. Semua bersama okey? jangan berpecah." beritahu Mie. Kami berlima berjalan perlahan dan senyap melintasi belakang robot tersebut. Abang Ai memegang aku erat. Rai dipegang erat oleh Nasz manakala Mie mara ke hadapan selaku ketua kumpulan. Aku hampir menjerit apabila melihat robot tersebut membunuh kanak-kanak tersebut sekaligus bersama-sama keluarganya yang lain. Abang Ai sempat menekup mulutku supaya mereka tidak mengesan kami. Kalau aku jerit kuat tadi memang menempah nahas lah.

"Alle sedih tengok tadi tu." mengadu aku. Abang Ai mengusap rambutku. Dia faham perasaan aku dan mungkin dia turut lihat kejadian tadi. Sekarang kami berjaya melepasi robot alien itu dan sekarang kami berada di belakang sebuah pondok rumah kecil. Kami duduk disitu sementara mencari jalan yang seterusnya.

"Aku ada dua pilihan jalan berdasarkan kompass aku. Aku dapat rasa antara jalan ke barat atau ke utara yang menjadi pilihan? kalau kita berjalan ke arah barat kemungkinan besar kita akan sampai ke satu tempat yang lain dan kalau kita jalan mengikut ke arah utara kemungkinan besar kita akan lalu hutan yang ada sungai panjang." beritahu Mie. Laju sahaja Rai memilih jalan ke arah barat kerana dia tidak sanggup untuk melepasi jalan hutan yang menyeksakan diri kami.

"Okey kita ikut jalan barat. Dah sedia?" tanya Mie. Kami mengangguk. Bersedia sangat.

Jalan ke arah barat sangat senang. Mengikuti jalan lebuhraya yang besar dan luas tetapi banyak kereta-motorsikal-lori terbengkalai di tengah-tepi jalan. Aku lihat sahaja suasana dunia luar. Memang sunyi-sepi. Manusia semakin pupuskah? haiwan pun tidak kelihatan. Adakah robot tadi itu yang memusnahkan dunia manusia?

"Alle, jauh termenung?" tanya abang Ai yang berjalan disebelahku. "Alle cuba nak ingat sesuatu tapi asyik tak boleh. Memori yang nak ingat tu kabur je." kataku. "Sabarlah, nanti Alle ingatlah." aku mengeluh.

"Alle, janji dengan abang Ai yang Alle takkan tinggalkan abang Ai okey?" kata abang Ai sayu. Aku memandangnya dengan wajah muram. "Ya, Alle janji." Aku mengangangkat tanganku sebagai tanda janji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience