BAB 4

Fantasy Completed 3167

"Alle dah rasa okey?" tanya abang Ai. Aku memeluk tubuhnya lalu dia mencium dahiku. "Alle okey." kata aku. "Sekarang ni apa rancangan kita?" tanya Nasz. Kami berlima duduk di tengah-tengah ruang tamu. "Aku rasa kita tak boleh dok sini lamaama." kata Mie. "Jadi apa ceritanya?" tanya aku pula. "Kita cari dalam rumah ni benda yang boleh dipakai. Kiranya boleh dijadikan perlindungan dan senjata." arah Mie. "Kemudian kita keluar dari sini dan cuba cari tempat yang seterusnya." tambah Mie lagi.

Kami bersetuju. Lantas kami mencari-cari barang untuk diguna pakai. Mie memberitahu kami akan keluar lepas jam 7 malam. Aku merancang bahawa kami memakai pakaian yang gelap supaya tidak dikesan sesiapa. Sebab apa, sekarang ni kita belum jumpa musuh-musuh kat luar tu.

Setelah selesai semua, kami berkumpul semula di ruang tamu. Semuanya sudah menjumpai barang yang berguna untuk dijadikan senjata dan pelindung. "Alle, ni okey tak?" tanya Abang Ai. Aku akan bergabung kuasa dengan abang Ai. Jadi, kami perlukan barang yang boleh menyerap kuasa kami.

"Jom. Sekarang dah pukul 7:15 malam. Aku tak nak kita terserempak dengan sesiapa dulu. Kalau terserempak malam ni kita kena bersedia dengan kuasa kita. Kena kawal sebaik mungkin." pesan Mie. Kami mengangguk faham. Sesudah bersiap,kami keluar besama-sama secara senyap. Aku dan abang Ai tetap bersama. Rai bersama Mie dan Nasz. Malam itu, angin begitu sejuk dan keadaan luar sunyi-sepi. Tiada seorang manusia pun kelihatan disini.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, bunyi tersebut sangat dekat dengan kami. "Shhshh.." Rai menunjukkan simbol diam ke arah kami kemudian kami membongkok kan sedikit badan dan berlindung di sebalik semak. Kelihatan tiga buah robot besar dan berbentuk agak pelik seperti makhluk asing. Mataku tertancap pada sebuah kapal yang sangat besar berada di tanda pusat utama langit. Bentuk kapal tersebut seperti UFO tetapi kelihatan canggih kapalnya. Takkan alien wujud? ataupun manusia yang bermusuh dengan manusia? abang Ai menarik lenganku dan mengekori mereka menuruni bukit tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku dibawah sana itu.

"Nasz, sentuh aku dan aku akan sentuh yang lain." suruh Rai. Nasz mengangguk lalu menyentuh bahu Rai dan jadikan kami berempat halimunan. Aku ternampak beberapa orang disedut oleh alien robot itu dengan cara yang menyeksakan. Aku memejam lama mataku. Kepalaku seperti mahu mengingati sesuatu tetapi masih tidak boleh. Memori itu sangat kabur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience