BAB 7

Fantasy Completed 3167

Malam itu kami bermalam disitu. Aku dan Rai menyediakan makan malam bermenukan roti dan tuna. Itu sahaja yang boleh dibuat. Janji alas perut. Nasz tidur disebelah abang Ai, dia kelihatan seperti merajuk tetapi tidak ditunjukkan. Mie dan Rai bergurau-senda manakala aku baring di atas lengan abang Ai yang sudah lena tidur. Hati aku tergerak untuk melihat pemandangan di luar tingkap. Angin malam yang agak sejuk, menegakkan bulu romaku. Aku pandang suasana luar, sangat menyedihkan. Dunia luar seperti dalam alam kepupusan. Aku terfikir, dimanakah kawan-kawan kami yang lain sedangkan kami dibawa kesini bersama-sama cuma berlainan kapal.

Tanganku ligat bermain-main dengan anak petir hasil kuasaku. Aku menoleh ke belakang kelihatan Mie dan Rai sudah pun tidur. Hnya aku seorang sahaja yang masih jelas penglihatan pada waktu begini.

Tiba-tiba aku ternampak dari bawah ada seseorang jalan sambil menggalas beg keseorangan dan aku nampak ada seseorang lagi dibelakangnya jalan seperti orang mabuk lalu menerpa ke arah seorang lagi itu. Aku nak menjerit tapi aku menahan diri daripada menjerit.

Orang itu makan orang tadi yang menggalas beg. Knapa macam ni sekali? orang makan orangkah? Aku mula tidak sedap hati. Aku tak pasti tempat ini selamat untuk kami. Aku segera bangun dan pergi ke arah pintu masuk. Aku membuka sedikit pintu dan menjengulkan kepalaku sedikit untuk melihat lorong masuk luar seperti tidak selamat.

Hatiku terdetik. Adakah orang yang makan orang tadi tu keseorangan sahaja? tak mungkin mesti dia ada kelompok dia sendiri. Cepat-cepat aku mengejut abang Ai dan kemudian yang lain.

Mereka cuba memahami apa yang cuba disampaikan olehku. "Jadi, apa plan sekarang?" tanya Mie sambil melentukkan kepalanya di atas bahu Rai. Kononnya mengantuk.

"Kita gerak sekaranglah." tegas aku. Kadang-kala menyampah juga lihat kemanjaan Mie dan Rai. Over sangat sampai terasa si Nasz tu. Yelah, dulu Mie rapat dengan Nasz sekarang sejak ada Rai, nasz dah tidak dilayan sangat.

Aku membuka pintu perlahan-lahan kemudian orang pertama yang keluar dulu adalah Mie dan Rai kemudian baru aku, abang Ai dan Nasz. Kami tidak menyalakan lampu suluh kerana takut kami dikesan oleh pendatang lain macam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience