BAB 6

Fantasy Completed 3167

Kami masuk ke dalam satu bangunan 7 tingkat. Ianya seperti pejabat tapi sudah berupa bilik yang dipenuhi sampah sarap. Memang betullah, sudah sangat teruk keadaan dunia luar ini. Tiba-tiba aku terdengar bunyi yang tidak menyenangkan hati aku, segera aku mendekati mereka. Aku juga bersedia dengan kuasaku. Jelma beberapa robot bermata merah menyala menyerang kami. Aku melompat di atas meja kemudian memanah petir ke araha mereka bertubi-tubi namun robot ini sangat kental dan susah untuk dimatikan. Berpeluh-peluh aku mengeluarkan kuasaku untuk lawan robot tersebut. Begitu juga dengan abang Ai, Mie, Nasz dan Rai. Mereka berusaha untuk melawan robot-robot jahat itu.

"Alle ,gabung kuasa dengan abang.. Cepat!" jerit abang Ai. Lantas aku melompat dari meja ke meja yang berdekatan disitu dan berdiri disebelah abang Ai aku hanya menyentuh bahunya dan abang Ai menyerap kuasaku masuk ke dalam badannya. Badanku terasa renjatan elektrik abang Ai. Terasa bisa-bisa. Rai menambah pula dengan membaling kuasa apinya ke arah robot tersebut. Robot tersebut mula hilang kawalan dan mati.

Aku terduduk dan berpeluh-peluh. Berpinar-pinar biji mataku. "Alle, okey tak?" abang Ai segera mendapatkan aku ketika dia nampak aku terduduk di atas lantai seperti mahu pitam. Abang Ai memapah aku ke tempat yang selamat.

"Ada air tak?" tanya abang Ai kepada Rai. Segera Rai memberi botol berisi air masak kepada aku. Aku meneguknya beberapa kali dan badanku mula terasa sedikit segar berbanding tadi.

"Alle okey cuma letih sangat. Bnyak keluarkan tenaga." abang Ai tersenyum lega.

"Sekarang kita nak kemana pula?" tanya Rai. Mie memerhati keadaan sekeliling. "Aku rasa kita kena teruskan perjalanan kita. Sebab tempat ni tak berapa selamat dan sesuai disebabkan tadi kita baru sahaja diserang oleh robot gila.

Kami meneruskan perjalanan kami ke tingkat atas, tingkat yang paling atas. Tingkat tujuh yang hanya ada sebuah bilik besar seperti dewan yang kosong. Ada meja sebiji dan kerusi dua buah.

"Lapar..." mengadu Mie kepada Rai. Sekarang Rai dan Mie kelihatan rapat. Mie pula nampak manja dengan Rai. Nasz pula kadang-kala cemburu hati melihat mereka. Susah pula aku bawak awek seorang je untuk mereka. Hahaha, kelakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience