BAB 8

Fantasy Completed 3167

"Diam, aku ada dengar bunyi sesuatu." bisik Mie. Kami terus mendiamkan diri seperti patung. Aku turut dengar apa yang Mie katakan, bunyi seperti seseorang menikmati kepingan daging kerangupan. Bunyi krak kruk krak. Dah macam iklan Mcdonalds. Tapi serius bunyi dia sama. Aku menjengah kepalaku sedikit disebalik dinding itu. Segera aku menekup mulutku. "Orang tu ada dekat sini sama macam yang aku nampak tadi sebiji. Orang makan orang. Geli.." beritahu aku secara berbisikan. Mereka termangu. Kami tak tahu apa yang perlu dilakukan sebab dah tiada jalan lain selain itu.

"Aku buat bunyi, korang standby dengan kuasa untuk bunuh dia." beritahu Nasz. Kami turuti arahannya. Bunyi bingit yang dihasilkan oleh Nasz lalu dia menjadi halimunan manakala Mie dan Rai berdiri kebelakang sedikit manakala aku dan abang Ai berdiri disebelah dinding supaya kami dapat membuka pintu keluar diseberang sana.

Bunyi manusia itu sepeerti bunyi beruang kelaparan sangat. Rai cuba membakar manusia tersebut tetapi tidak berhasil. Walaupun kaki manusia itu sudah hangus terbakar, dia tetap bergerak dengan cara merangkak pula. Kakinya putus. Tanpa membuang masa, abang Ai merenjat kepalanya sehingga meletup dan berkecai dan darah terpercik ke arah mereka. Mereka berdua mengeluh.

"Nasib baik aku selamatkan." kata abang Ai. Segera kami terus keluar mengikut pintu keluar tadi itu. Kami terkejut apabila ternampak lagi banyak orang seperti orang tadi. Ada yang sudah tiada kaki dan tangan. Ada yang kepala terbelah. Sangat menggelikan. Tiba-tiba aku tersungkur dan ternampak seorang budak kecil dalam usia 4 tahun sedang memeluk kaki ketakutan sambil menangis dibawah meja sempit ini. "Alle okey tak?" tanya abang Ai. Aku mengganguk ekspress. Segera membongkokkan badanku dan cuba mendapatkan budak kecil itu.

"Sayang mari sini dekat kakak jangan takut. Kakak baik." pujukku bersungguh-sungguh. Rai turut bantu aku. "Korang cepat sikit aku ada nampak orang tu macam nak naik ke sini." suruh Mie. Aku dapat mencapai hujung baju budak itu. Budak itu meronta-ronta tak mahu dan aku terpaksa membuat cara kasar dengan menariknya menggunakan hujung baju. Agak menyakitkan sedikit. niat aku untuk menyelamatkan dia, sampai ke hati nak tinggalkan dia? budak itu aku peluknya erat sehingga dia sudah tidak lagi meronta seperti tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience