BAB 2

Fantasy Completed 3167

"Sedapnya kau masak Alle. Bertambah-tambah aku." puji Mie. "Tu pun, Rai yang suruh bawa semua ni sebagai persiapan. "Bagus Rai." puji Mie. Rai menunjukkan tanda bagus ke arah Mie. Nasz juga bertambah-tambah. Aku dan abang Ai sangat romantik kerana Abang Ai memyuap-nyuap aku makan.

Rai menyakat aku. Aku memang manja dengan abang Ai. Rai mengatakan dah macam kekasih. Orang bercinta. Mungkin? huhu..

"Jom berehat. Seorang pun jangan berpisah okey? apa-apa semua kena tetap bersama." pesan Mie. Mie dah macam seorang ketua kumpulan dan Nasz pembantunya.

Sedang-sedang kami berbual-bual, tiba-tiba terdengar suara daripada pembesar suara dan kemudian mengeluarkan bunyi yang sangat bingit. Aku meronta-ronta sakit. Abang Ai cuba untuk menenangkan aku.

"Ambil kain tu dan tutup telinga Alle." aku seperti orang terkena sawan. Meronta-ronta teruk. Sehingga bunyi bingit itu tidak lagi kedengaran,aku rebah dengan lemah. Abang Ai memeluk aku.

"Kenapa Alle jadi macam ni?" tanya abang Ai. "Rai pun tak pasti. Tadi orang tu cakap apa?" tanya Rai pula. "AKu dengar dia cakap "Bersedia, bila-bila masa akan datang." tu je yang aku dengar." Kami semua termangu memikirkan hal tadi.

"Sayang okey tak?" tanya abang Ai sambil mengelus lembut pipiku. Aku hanya mengangguk lemah. Kepalaku berasa sangat sakit lagi. Abang Ai mengurut-urut kepalaku dengan lembut. Ianya membuat aku mahu terlena. Aku mendakap tubuh Abang Ai dan mataku pejam dengan rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience