BAB 4

Romance Completed 13857

SEBULAN KEMUDIAN…

Hakim membawa Yasmin berpindah ke rumah baru. Banglo dua tingkat yang cukup besar tapi hanya didiami dua orang sahaja.

“Saya tak nak sebilik dengan awak.” Ujar Yasmin.

“Kenapa? Awak takut dengan saya ke?” Duga Hakim. “Saya takut dengan awak? Saya tak percayakan awak.” Bidas Yasmin.

“Awak tak percayakan saya ke awak tak percayakan diri awak?” Usik Hakim.

“Awak ni memang suka cari gaduhkan. Saya tak peduli. Saya tetap tak nak sebilik dengan awak.” Putus Yasmin.

“Kalau bergaduh dengan awak salah satu cara saya dapat dengar suara awak. Bercakap dengan awak. Saya tak kisah. Kita gaduhlah dari pagi sampai malam. Berhenti bila tidur je. Esoknya sambung balik. That’s not my problem. Boleh je.” Hakim mengusik lagi.

“Hish, boleh gila la saya dengan awak ni. Nak gila pergi lah gila sorang-sorang.” Bentak Yasmin. Dia mula mengatur langkah mahu keluar dari bilik tersebut namun ditahan Hakim.

“Duduk dalam bilik ni. Bilik ni besar. Saya boleh tidur dekat lantai. Comforter ada banyak tapi tolong… saya tak nak kita tidur bilik asing-asing. Berdosa tak ikut cakap suami. Dah sebulan kita kahwin. Saya tak pernah sentuh awak pun kan. So…” Pujuk Hakim.

“Awak sentuh saya siap. Jangan mimpi awak boleh jumpa saya lagi lepas tu.” Ugut Yasmin.

“Tak. Janji.” Hakim berjanji. Tangan kanannya diangkat seolah-olah bersumpah. Yasmin menayangkan wajah kelegaan walaupun tidak sepenuhnya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Jam dipergelangan tangan ditatap. Pukul 1 petang.

‘Patutlah lapar. Dah pukul 1.’ Yasmin memegang perut. Hakim yang perasaan perkara itu menggeleng sambil tersenyum.

“Jom, kita pergi makan. Lepas tu kita cari barang dapur. Nanti malam boleh awak masak.” Ujar Hakim. Tanpa sempat Yasmin berkata apa-apa, tangannya ditarik Hakim keluar dari bilik. Sasaran mereka adalah restoran kerana masing-masing sudah kelaparan.

HARI berganti minggu, minggu berganti bulan. Hakim masih tetap setia melayani kerenah Yasmin. Dia tidak pernah lelah melayan kedegilan Yasmin. Hari-hari ada sahaja perkara yang akan cuba digaduhkan Yasmin dengan dirinya. Itulah, inilah… macam-macam.

Hakim terus menghitung waktu. Sudah dua bulan lebih Yasmin menjadi isterinya. Namun tidak ada tanda-tanda hati isterinya itu dapat ditawan. Dia pula semakin kesuntukan waktu. Hanya doa yang menjadi bantuan setiap kali usahanya gagal.

Setiap pagi, dia akan mengirimkan bunga buat Yasmin. Memang penuh satu rumah dengan bunga-bunga yang dikirim Hakim. Mula-mula bunga yang diberi berakhir di tong sampah tetapi lama kelamaan, hidup bunga-bunga itu semakin panjang. Setiap penjuru rumah akan ada kuntuman bunga yang mengindahkan mahligai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience