BAB 3

Romance Completed 13857

Yasmin mengadu kepenatan kerana sepanjang hari terpaksa senyum. Jumpa orang tu nak bergambar. Jumpa orang ni bergambar. Bergambar dengan keluargalah, kawan-kawanlah. Kalah artis. Semua orang nak bergambar dengan mereka.

Masuk sahaja ke bilik, Yasmin menukar pakaian dan mencuci muka. Setelah itu dia menerjunkan dirinya diatas katil. Penat yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Matanya dipejamkan dan terlena seperti bayi.

Hakim membuka pintu, terbuka sahaja daun pintu matanya menjamah sekujur tubuh sudah lena diatas katil. Perlahan-lahan dia menapak masuk. Tidak mahu mengejutkan isterinya itu. Baju melayu yang dipakai diganti dengan t-shirt biru. Hakim berbaring disebelah Yasmin dalam jarak yang sangat dekat. Wajah lena Yasmin menjadi tatapan.

‘Abang harap perkahwinan ini akan sampai ke akhir nafas abang dan jika boleh, ke syurga sayang…’ Detik hatinya.

“MIN, tuangkan Hakim air. Tercekik nanti suami tu.” Tegur Puan Hayati. Yasmin mencebik.

“Awak nak air apa? kopi? Jus oren? Susu?” Tanya Yasmin kasar. Hakim tersenyum memandang Yasmin. Nampak comel bila dia marah macam tu.

“Air apa yang awak nak bagi saya?” Sengaja Hakim mengusik Yasmin. Seperti katanya semalam, tempoh 5 bulan yang diberi tidak akan dipersiakan. Apa sahaja akan dilakukan supaya Yasmin tetap menjadi isterinya hingga ke akhir nafas.

“Air basuh tangan.” Jawab Yasmin.

“Min!” Tegur Encik Firdaus. Anak matanya merenung tajam pada Yasmin. Yasmin tunduk. Jus oren dituangkan buat Hakim.

“Nah!” Gelas berisi jus oren diserahkan kepada Hakim. Kemudian Yasmin kembali menyambung makan bihun yang dimasak Puan Hayati.

“Sedap bihun yang mama masak.” Puji Hakim.

“Iya? Yasmin masak lagi sedap. Lain kali mama suruh Yasmin pula masak.” Ujar Puan Hayati. “Tambahlah lagi.” Suruh Puan Hayati. Hakim mengangguk.

“Lepas ni bolehlah awak masakkan saya bihun macam ni. Bolehkan?” Tanya Hakim dengan senyuman manis yang semestinya akan mencairkan hati para gadis tetapi tidak bagi Yasmin yang hatinya sekeras batu kerikil. Yasmin membuat muka menyampah. Bihun dipinggan dihabiskan dan dia berlalu ke dapur dengan cawan dan pinggan yang diguna.

Encik Firdaus dan Puan Hayati menggeleng melihat perangai Yasmin. Malu dengan Hakim. Seolah-olah mereka tidak pandai mendidik anak. Hakim pula sabar sahaja dengan kerenah Yasmin. Ini baru hari pertama jadi isteri. Esok lusa entah apa lah yang akan dibuat Yasmin. Perkara itu mula menimbulkan kerisauan dihati Encik Firdaus.

“Papa harap Hakim tak terasa dengan perangai Yasmin tu. Dia tu susah sikit.” Tutur Encik Firdaus.

“Takpe papa. Mula-mula… biasalah tu. Saya cuma minta doa je dari mama dengan papa. Doakan kebahagiaan kami sampai akhir hayat.” Ujar Hakim.

“Kami akan doakan.” Celah Puan Hayati. Memang itulah doa setiap ibu bapa buat anak-anak mereka. Kebahagian dunia dan akhirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience