BAB 10

Romance Completed 13857

SELEPAS pulang dari hospital, Yasmin duduk mendiamkan diri dalam bilik. Sebutir nasi langsung tidak disentuh. Setitik air juga tidak diteguk. Dia duduk memenjarakan diri dalam bilik sehingga mendatangkan kerisauan kepada Puan Hayati dan Encik Firdaus.

Puan Hayati memulas tombol pintu bilik Yasmin. Kelihatan Yasmin sedang duduk diberanda sambil merenung ke luar. Pandangannya menembusi pokok-pokok yang menghijau. Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh.

“Min…” Panggil Puan Hayati lembut. Yasmin membiarkan namanya dipanggil berlalu ditiup angin. Puan Hayati memandang puterinya itu. Berita tentang Hakim sudah dimaklumkan oleh Datin Zarina. Dia memohon maaf kerana telah merahsiakan perkara tersebut dari Yasmin dan mereka berdua. Sebagai seorang perempuan yang juga seorang isteri dan ibu, dia sangat mengerti perasaan Yasmin ketika ini. Sukar untuk melepaskan orang yang disayang pergi. Walaupun Yasmin tidak pernah bercerita apa-apa kepadanya tetapi dia tahu. Sekeras mana pun hati Yasmin, sudah ada ruang dihati itu buat Hakim.

“Min, jom makan. Mama masak lauk kesukaan Min.” Pujuk Puan Hayati. Yasmin diam tanpa balas. “Min nak makan kat bilik ke? Mama bawa,kan.” Yasmin membisu. Leka dalam dunianya sendiri.

“Nanti Min nak makan Min turun ya. Mama tinggalkan lauk untuk Min.” Ujar Puan Hayati. Dia berlalu keluar dari bilik Yasmin. Pintu bilik Yasmin ditutup rapat. Air matanya yang bergenang dari tadi kini mengalir. Hati ibu mana sanggup melihat puterinya seperti itu..

TIGA hari telah berlalu. Keadaan Yasmin sangat membimbangkan. Makanan dan minumn sedikit pun tidak disentuh. Hanya terperuk dibilik, menangis. Namun begitu, keadaan Yasmin tidak diberitahu kepada Hakim. Mereka tidak mahu Hakim lari dari hospital hanya kerana Yasmin. Mereka masih boleh menjaga Yasmin.

“Macam mana dengan Min? Tanya Encik Firdaus kepada isterinya. “Entahlah, bang. Panas badan dia sama je. Langsung tak berkurang. Saya risaulah… kita bawa dia pergi hospital ya?” Luah Puan Hayati. Hatinya cukup gundah dengan keadaan Yasmin sekarang. Sudah dua hari Yasmin diserang demam. Setiap kali mereka ingin membawanya ke hospital Yasmin menolak. Dia bukan lagi anak kecil yang boleh dipaksa-paksa mahupun didukung pergi ke hospital.

“Abang rasa kita patut minta air penawar. Cuba awak call ustaz Hamdan. Mana tau dia boleh tolong untuk kes macam Min tu.” Saran Encik Firdaus. “Yalah, bang. Esok saya call ustaz Hamdan tu.”

Yasmin menapak menuruni anak tangga satu persatu. Mata yang sembab, rambut yang tidak berikat dan berserabut. Keadaannya cukup tidak terurus. “Min… sayang nak makan ke?” Tegur Puan Hayati apabila melihat Yasmin melangkah turun. Yasmin diam membisu. Dia terus melangkah menuju ke dapur.

“Min nak makan apa? Mama masakkan. Apa-apa je yang Min nak mama siapkan.” Umpan Puan Hayati. Namun Yasmin tidak mempedulikan kata-kata ibunya. Dia meneruskan langkahnya.

“Min, cakaplah Min nak apa. Mama buatkan.” Puan Hayati mengekori Yasmin ke dapur. Laci kabinet dibuka. Sebilah pisau tajam dikeluarkan. “Min nak buat apa dengan pisau tu?” Soal Puan Hayati terkejut. Difikirannya sudah mula terbayang yang bukan-bukan.

“Min tak sanggup nak hadapi semua ni. Min tak mampu lagi dengan semua ni. Biarlah Min mati mama.” Ujar Yasmin perlahan bersama deraian air mata.

“Mengucap, Min. Bawa mengucap. Letak pisau tu, sayang…” Pujuk Puan Hayati. Dia takut sekiranya Yasmin bertindak tanpa kawalan. “Abang…” Puan Hayati berteriak memanggil Encik Firdaus. Suaminya bergegas ke dapur dan terkejut melihat pisau yang berada ditangan Yasmin.

“Yasmin, jangan buat perkara bodoh ni. Istighfar, Min… ingat Allah.” Pujuk Encik Firdaus pula. Mahu dekat dia tidak berani. Takut jika Yasmin bertindak luar batasan.

“Tak nak!! Min nak mati. Biar Min mati!!! Min tak dah boleh hidup lagi macam ni.” Pekik Yasmin. “Maafkan Min, mama papa. Halalkan makan minum Min.” Pisau ditangan diangkat tinggi ke udara. Kewarasan fikirannya sudah hilang. Difikirannya kini hanya mati yang mampu menghentikan segala derita. Menghilangkan segala rasa berdosanya. Yasmin ingin menusuk perutnya sendiri namun ada satu tangan yang menghalangnya dari berbuat demikian. Yasmin tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience