BAB 6

Romance Completed 13857

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Pintu dibuka dari luar. Hakim menapak masuk ke dalam rumah. Melihat keadaan ruang tamu yang gelap membuat dia menyangka Yasmin sudah tidur. Baru sahaja dia ingin naik ke tingkat atas, dia terdengar seseorang memanggilnya dari arah dapur.

“Hakim… awak…” Panggil Yasmin lemah.

Hakim tidak jadi naik. Dia bergegas ke dapur dan terkejut melihat Yasmin terduduk dilantai dengan kaki yang berdarah dan kaca cawan yang bersepah-sepah dilantai dapur.

“Min, apa dah jadi ni?” Soal Hakim risau.

“Saya jatuh tegelincir. Bila nak bangun kaki saya pula tertusuk kaca.” Beritahu Yasmin dengan mata berair.

“Ya Allah…” Hakim mengendong Yasmin ke ruang tamu. Peti kecemasan yang terletak didalam cabinet televisyen dikeluarkan. Luka dikaki Yasmin dibersihkan. Dengan perlahan-lahan kaca kecil yang mencucuk tapak kaki Yasmin dikeluarkan. Mengalir jugalah air mata Yasmin sebab sakit. Ubat anti-kuman disapukan pada luka tesebut. Kakinya dibalut setelah disapukan ubat. Yasmin memerhati setiap tingkah perbuatan Hakim. Ada sesuatu yang mula dirasakan dihatinya sejak kebelakangan ini. Perasaannya pada Hakim seakan-akan sedang berubah.

“Okey. Dah siap. Awak duduk sini sekejap. Saya bersihkan kaca-kaca dekat dapur tu. Jangan bergerak eh.” Pesan Hakim. Yasmin menurut. Dia memandang Hakim berlalu ke dapur. Hati wanitanya semakin tersentuh dengan kesungguhan Hakim. Lelaki itu nampak ikhlas dalam setiap perbuatannya. Tidak pernah sekalipun Hakim meninggikan suara pada dia walau apa pun yang telah dilakukan.

“Min?” Panggil Hakim. Yasmin tersentak. “Mana awak pergi ni, Min? Saya ada dekat depan awak ni. Nah, minum air ni! Saya dah buatkan awak milo. Saya rasa awak tak sempat minum tadi, kan?” Teka Hakim. Yasmin sekadar tersenyum tawar. Mug berisi milo dicapai. Panas.

‘Berapa lama aku mengelamun? Sempat lagi dia panaskan air. Ya Allah, malunya kalau dia tau aku mengelamunkan dia. Tak pasal-pasal kena usik lagi.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience