BAB 1

Romance Completed 13857

Sudikah kau mendengar dan menerima pengakuan ku ini?

Adakah masih ada ruang dan waktu untu kau mendengar isi hati ku ini?

Aku paling bengang kalau aku jadi orang yang terakhir tahu sesuatu yang melibatkan aku. Dan lagilah aku pantang bila sesuaatu keputusan dibuat sebelum mendapat persetujuan aku. Arhhh tak kira apapun aku bengang sekarang. Serba serbi bengang.

‘’Apa semua ni? Papa, mama?” Soal Yasmin dengan nada tegang. Anak matanya merenung tajam tepak sirih dan sekotak cincin yang diletakkan dihadapannya. Puan Hayati tertawa mendengar pertanyaan Yasmin.

“Ada orang datang meminang Yasmin. Hakim, anak Datuk Rosman. Min dah pernah jumpa dengan Hakim, kan.” Britahu Puan Hayati.

“Papa kenal sangat dengan Hakim tu. Orang dia baik, Min. papa tengok sesuai sangat dengan Min. Dia ada jumpa papa hari tu. Katanya dia berkenan dengan Min.” Sambung Encik Firdaus pula.

“Eleh yelah tu. Baik pada papa dengan mama. Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Depan kita je tunjuk baik. Belum dapat bolehla jadi sebaik malaikat. Bila dah dapat baru dia tunjuk belang. Muka sebenar. Min tak mahu. Tak nak!!” Bantah Yasmin.

“Yasmin Amiera! Jaga mulut tu ya. Hakim bukan yang macam Min cakap. Papa dah kenal dia lama. Dengan perangai Min macam ni, Min buat papa bagi Min takde pilihan.” Ujar Encik Firdaus berang. “Yati, call Datin Zarina cakap kita terima pinangan tu. Buat sekarang juga.” Arah Encik Firdaus kepada isterinya.

“Tapi bang…”

“Sekarang Yati! Jangan ingkar.” Tegas Encik Firdaus. Dia berlalu naik ke tingkat atas meninggalkan Puan Hayati yang serba salah dan Yasmin yang membantah.

“Papa tak boleh buat Min macam ni. Papa!!!” Jerit Yasmin namun Encik Firdaus tidak mengendahkan langsung pekikan Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience