BAB 8

Romance Completed 13862

“Dah namanya kerja. Pergi jelah. Nanti saya call mama. Teman saya dekat sini. Lagipun saya tak suka awak ke hulur ke hilir macam orang hilang anak nanti. Baik awak pergi je meeting tu. Taulah saya nak jaga diri saya.” Ujar Yasmin. Meyakinkan Hakim.

Kasihan. Disebabkan kerana dirinya Hakim terpaksa menangguhkan mesyuarat yang berlangsung di Langkawi.

“Awak memang tak kisah pasal perasaan saya kan. Suka hati awaklah.” Ujar Hakim bengang. Dia terus berlalu keluar dari bilik meninggalkan Yasmin terkedu. Pertama kali melihat Hakim bengang dengan dirinya setelah hampir 3 bulan mereka berkahwin.

Timbul rasa bersalah dalam hatinya. Yasmin tidak dapat melelapkan mata. Detik demi detik berlalu, kelibat Hakim langsung tidak kelihatan. Kelopak mata Yasmin mula terasa berat dan terus terlena hingga subuh.

Keesokan paginya, bangun sahaja dari tidur Yasmin mendapati sekeping nota kecil dilekatkan dicermin.

Abang pergi Langkawi. Abang dah call mama. Stay dengan mama sampai abang balik. Sarapan abang dah buatkan. Makan ye… and lastly, take care sayang…

Keluhan dilepaskan setelah membaca nota yang ditinggalkan Hakim. Perlahan-lahan Yasmin bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Jarum pendek dan jarum panjang pada jam menunjuk pada nombor 6. ‘Cepatnya keluar. Flight dia pukul berapa?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience