BAB 12

Romance Completed 13862

HARI demi hari, keadaan kesihatan Hakim semakin teruk. Wajahnya sangat pucat. Bibirnya sudah tiada warna lagi. Hakim lebih banyak menghabiskan masa dengan duduk diberanda sambil membaca buku-buku ilmiah. Berat badannya juga semakin susut.

Setiap kali Yasmin meluangkan masa bersama Hakim. Air matanya ditahan dari mengalir. dia harus nampak kuat. Jika Hakim lemah dia perlu menjadi kuat. Salah seorang antara mereka perlu kuat dengan dugaan seperti ini.

“Kenapa muka Min macam orang tak bermaya je? Min sihat tak?” Tanya Hakim ketika mereka sedang duduk diberanda.

“Lately ni Min tak boleh tidur. Min tak mampu nak pejamkan mata pun.” Beritahu Yasmin. Dia memandang Hakim lama. Waktu tidurnya sudah dikorbankan. Dia ingin menatap wajah itu sepuasnya. Sedetik pun tidak mahu dilepaskan.

“Min kena jaga kesihatan. Min kena tidur. Jaga diri Min. Okey? Nanti abang dah tak boleh nak ingatkan Min semua ni.” Nasihat Hakim. Risau dia melihat keadaan Yasmin. Yasmin tersenyum tawar. Kata-kata Hakim sedikit menyentap hatinya.

“Abang tu yang kena jaga diri. Min takpe. Abang jangan risaukan. Min. bukan senang tau Min nak dapat sakit. Min kuatlah.” Ujar Yasmin sambil tersenyum. Hakim dipandang. ‘Min kuat demi abang kerana abang kekuatan Min…’

“Dah nak masuk Zohor. Abang masuk bilik dulu.” Beritahu Hakim. Dia bangkit dari duduk dan bergerak ke dalam rumah. Tiba-tiba pandangan Hakim berpinar-pinar. Kepalanya mula terasa sakit. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Hakim tersandar ke dinding.

“Abang? Abang kenapa ni?” Soal Yasmin cemas. Hakim menggeleng. Sakit dikepalanya cuba ditahankan. Hakim menegakkan dirinya dengan melawan rasa sakit yang diterima. Namun tubuhnya yang lemah membuat Hakim jatuh dan tidak sedarkan diri.

“Abang!!!”

“TAKDE apa yang mampu kami buat lagi. Segala-galanya ditangan DIA. Prepare for the worst, datuk.” Ujar Doktor yang merawat Hakim. Yasmin menekup mulut. Air mata yang mengalir dari tadi kini bertambah lebat.

“Yasmin…” Panggil Datin Zarina. Hati ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anaknya. Namun melihat keadaan Yasmin, hatinya lagi bertambah sedih. Perkahwinan anak lelakinya dengan Yasmin tidak sampai 5 bulan. Yasmin ditarik ke dalam pelukannya.

“Min tak sanggup kehilangan Abang Hakim, Ibu. Min tak sanggup…” Tutur Yasmin dalam esak.

“Kita dah tak boleh buat apa-apa lagi Min. Ibu minta dengan Min… ikhlaskan semua ni. Lepaskan Hakim…” Yasmin tersentak. Pelukan dileraikan. Wajah ibu mertuanya dipandang tidak percaya. Sanggup seorang ibu berkata seperti itu. Yasmin menggeleng beberapa kali. Langkahnya diatur jauh dari keluarga mertuanya. Datin Zarina mengalirkan air mata. Datuk Rosman mengambil tempat disisi isterinya.

“Abang…” Datin Zarina meletakkan kepala dibahu suaminya. Nafas berat dilepaskan.

YASMIN memandang Hakim dari pintu. Air mata yang mengalir dikesat hingga kering. Tidak ada setitik pun dibiarkan tinggal. Pintu wad Hakim dibuka. Kerusi kosong disisi katil Hakim menjadi tempat untuk berlabuh. Melihat keadaan Hakim yang sedang tenat benar-benar meruntun hatinya. Walau beribu-ribu kali pun air matanya dikesat, ia tetap mengalir.

Yasmin menggenggam erat tangan Hakim. “Abang, Syira bagi tiket teater free dekat Min. Dia suruh Min pergi dengan abang. Jom kita pergi tengok teater. Abang suka tengok teater kan. Abang bangunlah cepat. Teater tu esok. Kita boleh tengok sama-sama.” Tutur Yasmin dengan nada suara yang bergetar menahan sebak.

“Abang tau tak esok hari apa? Esok cukup 5 bulan perkahwinan kita. Abang ada cakap dulu kan… abang cuma minta 5 bulan je. Min harap sangat. Abang tak tunaikan janji abang dulu. Min harap Min tak terlambat nak bagitau abang. Min nak jadi bidadari abang. Min… bahagia dengan abang. Selama hampir 5 bulan ni, abang dah usik perasaan Min.

Perlahan-lahan Min mula simpan perasaan dekat abang. Betul cakap abang. Kata-kata Min dah makan diri Min sendiri.

I’ve never expect this… Min dah sia-siakan masa yang Min ada dengan abang. Hati Min cukup hancur bila tau abang sakit. Min tak boleh terima yang abang akan tinggalkan Min. Min dah bagi seluruh hati Min pada abang. Min…” Yasmin menekup mulut menahan tangis. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

“Terima kasih… terima kasih sebab abang terima Min seadanya selama 5 bulan ni. Abang tak merungut pasal Min. Abang tak pernah marah Min. Min tak kan jumpa lagi lelaki sebaik abang. Terima kasih sebab dah jadikan Min isteri abang. Thanks for everything… thanks for the memories. Thanks for the love. Min janji dengan abang. Min akan jaga diri Min baik-baik. Abang jangan risaukan Min lagi ya.” Yasmin menghela nafas panjang. “Have a rest… Min sayang abang.” Mata kanan Hakim mengalirkan air mata.

Bunyi bip kedengaran. Monitor yang menunjukkan denyutan nadi Hakim mula berubah corak kepada garisan lurus panjang. Doktor dan jururawat cuba melalukan yang terbaik untuk menyelamatkan Hakim namun Allah lebih menyanyanginya.

Pergilah sayang, pergilah. Tempat mu bukan di sini. Allah lebih merinduimu. Aku cuma mahu kau tahu, ku pasti kau sudah tahu dan aku mahu aku ini, aku adalah wanita yang dulunya benci dan tidak pernah merasa gembira akan hadirmu sebagai seorang suami pada mulanya, namun istimewanya kau, kau membuka mata dan hatiku untuk belajar mencintai dengan seikhlas hati. Terimalah pengakuan ku ini sebagai seorang wanita yang pernah membenci mu,lalu mencintaimu sebagai isteri dan mahu menjadi bidadari mu di akhirat san ajika diizinkan Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Terima kasih untuk masa-masa kita bersama.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience