BAB 5

Romance Completed 13862

Pada suatu pagi, Hakim menghantar pesanan ringkas kepada Yasmin.

Malam ni saya balik lewat. Ada meeting untuk project dekat Langkawi. Tak payah masak untuk saya. Masak untuk awak je. Jaga diri, sayang…

Yasmin membaca pesanan ringkas yang diterima dari Hakim. Keluhan dilepaskan. Mesej Hakim dibalas pendek.

Okay!

Yasmin menjeling jam didinding. Pukul 5 petang. Dia bergerak naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat asar. Selepas itu, komputer ribanya dikeluarkan dari laci. Drama korea dilayan sehingga masuk maghrib. Hanya berhenti untuk solat maghrib dan Yasmin kembali menyambung drama korea yang bertajuk Kill me heal me. Entah berapa lama dia sudah menatap komputer ribanya, Yasmin menutup komputer riba itu dan menunaikan solat isyak. Perutnya sudah berbunyi minta diisi. Nak masak dah lewat lagipun takde siapa nak makan. Akhirnya Yasmin sekadar membancuh milo.

Selesai membancuh air, Yasmin bergerak untuk ke tingkat atas. Namun malang nasibnya apabila dia terjatuh tergelincir ketika mahu keluar dari dapur. Cawan berisi milo jatuh dan pecah berderai.

Yasmin cuba untuk bangun namun tiba-tiba dia mengaduh kesakitan. Pergelangan kakinya terasa sakit yang teramat sangat. Kakinya tidak mampu digerakkan. Air mata mula bergenang. Bersendirian dirumah bagaimana dia mahu meminta bantuan? Hakim pula entah pukul berapa balik.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Yasmin berpaut pada dinding untuk bangun. Perlahan-lahan tubuhnya diangkat namun rasa sakit yang menusuk dikaki membuat Yasmin kembali terduduk diatas lantai. Lebih parah lagi kakinya sudah terpijak kaca. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience