BAB 11

Romance Completed 13857

“Min dah gila ke?! Kenapa Min nak bunuh diri Min? Kenapa Min nak tamatkan hidup Min sebab abang? Cukup dengan penyakit yang abang hidap ni, Min. Jangan siksa abang lagi dengan kematian Min. Ini bukan caranya. Abang bertahan sampai sekarang sebab ada Min. Abang perlukan Min. Kalau Min mati siapa nak teman abang?” Hakim muncul secara tiba-tiba.

Sewaktu dia tiba dirumah itu, kedengaran bunyi riuh rendah didapur. Lantas, dia bergegas ke dapur. Mujur sempat menghalang isterinya dari melakukan kerja gila.

Air mata Yasmin mengalir lagi. Wajah Hakim ditatap. Dosa-dosanya yang lalu terlayar diminda. Kesilapan itu tidak mampu dimaafkan. Tidak boleh dimaafkan sama sekali. Sudah terlalu banyak masa yang dibazirkan kerana ego sehingga dia tidak sedar waktu yang tinggal cuma seketika.

Hakim mengambil pisau dari tangan Yasmin dan diletakkan sejauh mungkin. Dalam keadaan mental yang tidak stabil apa-apa sahaja boleh Yasmin lakukan. Tubuh yang lemah membuatkan Yasmin rebah namun sempat disambut Hakim.

“Jangan tinggalkan saya…” Tutur Yasmin lemah sebelum tidak sedarkan diri.

SUP ayam yang baru dimasak dipandang sepi. Langsung tiada keinginan untuk menjamahnya walau sedikit.

“Min, makan sikit. Mama cakap dah tiga hari Min tak makan. Rasa sikit sup ni. Sedap tau mama masak atau…Min nak abang masakkan sup untuk Min.” Mangkuk sup ayam diangkat dan dihulurkan kepada Yasmin.

“Min…”

“Kenapa saya?” Soal Yasmin tiba-tiba. “Kenapa dalam berjuta-juta perempuan dalam dunia ni awak pilih saya? Kenapa awak nikahi saya apabila awak tau awak akan tinggalkan saya?” Soal Yasmin tiba-tiba. Hakim meletak kembali mangkuk berisi sup. Wajah pucat Yasmin dipandang. Air mata yang bergenang di mata Yasmin menambah pilu dihatinya.

“Min ingat tak masa pertama kali kita berjumpa? Masa tu abang dah tertarik dekat Min tapi masa tu abang masih belum tau yang abang sakit. Abang dah pasang cita-cita nak pinang Min walaupun abang tau Min tak suka abang. Beberapa bulan lepas tu baru abang tau abang mengidap kanser. Harapan abang musnah Min. Abang cuba lupakan Min. Buang perasaan pada Min tapi abang tak boleh. Abang tau abang kejam dengan Min. Abang tamak. Abang terlalu tamak ingin memiliki Min. Masa tu abang tak fikir perasaan Min. Min boleh marah abang atau benci abang. But please… jangan tinggalkan abang. Abang nak berada disisi Min sampai akhir hayat abang. Abang minta maaf tapi abang tak boleh lepaskan Min.”

Air mata Yasmin jatuh berjurai-jurai. Kenyataan yang terlalu sukar untuk diterima akal dan hati. Mengapa begini kisah cintanya? Ketika dia baru sahaja ingin merasa cinta itu tetapi terpaksa dilepaskan.

“Abang keluar dulu. Kalau Min nak apa-apa panggillah abang.” Ujar Hakim. Dia bangkit namun tangannya dipegangYasmin. Hakim menoleh memandang Yasmin.

“Maafkan, Yasmin. Ampunkan Yasmin, abang. Ampunkan dosa-dosa Yasmin pada abang.” Ucap Yasmin. Tangan Hakim dicium. Hakim kembali duduk. “Abang dah takde masa nak marah Min.” Yasmin terus memeluk Hakim. ‘Ya Allah, berilah aku kesempatan yang sedikit ini untuk membahagiakan dia. Beri padaku juga sedikit kekuatan-Mu untuk menghadapi semua ini.’

HARI demi hari berlalu, warna-warna ceria pelangi selepas hujan mula mewarnai kehidupan Yasmin dan Hakim. Tawa dan senyuman dipamerkan walau dalam hati mereka menangis. Yasmin melayan Hakim dengan baik. Segala keperluan Hakim disediakan. Apa sahaja dilakukan untuk melihat senyuman dari lelaki itu. Yasmin sudah berjanji dengan dirinya.

Walau setitik pun air mata tidak akan mengalir didepan Hakim. Dia mahu melupakan air mata itu. Ada bahagia yang sedang dipegang dan tidak ingin dilepaskan walaupun cuma seketika.

“Min, kenapa duduk dalam gelap ni?” Tegur Puan Hayati yang kebetulan turun ke dapur mahu membasahkan tekak. Dia terlihat Yasmin sedang duduk diberanda luar dalam keadaan gelap.

“Takde apa.” Jawab Yasmin pendek. Puan Hayati duduk disebelah Yasmin. Wajah sugul Yasmin dapat dilihat dengan jelas walau dalam gelap.

“Hakim dah tidur?” Tanya Puan Hayati lagi. Sengaja mahu mengajak puterinya itu berbual. Dia tahu Yasmin sedang memerlukan teman dan sokongan saat ini.

“Dah. Lepas makan ubat Abang Hakim terus tidur.” Jawab Yasmin. Pandangannya jauh ke dada langit yang diserikan dengan taburan bintang-bintang dan bulan sabit. Keluhan berat dilepaskan. Kedua beranak itu sepi tanpa bicara.

“Min…”

“Kalaulah Min boleh kambali ke masa lalu.” Potong Yasmin.

“Min, tak elok cakap macam tu. Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Ada sebab Allah uji Min macam ni.” Tegur Puan Hayati. Yasmin diam. Air matanya mula bergenang.

“Mama boleh tolong, Min?” Pinta Yasmin.

“Min nak mama buat apa?”

“Min tak mampu nak lalui semua ni sorang-sorang. Min tak kuat mama. Min tak mampu… tolong Min mama. Tolong Min…” Pinta Yasmin. Mutiara jernih mengalir dari matanya.

Puan Hayati menarik tangan Yasmin ke dalam genggamannya. “Min ada mama. I’m always with you. Mama akan tolong selagi mama mampu. Mama yakin. Min seorang yang kuat. Walaupun kita rasa kita lemah tapi mama yakin terletak didasar hati Min satu kekuatan yang luar biasa. Min boleh hadapi semua ni. Ingat, mama sentiasa disisi Min.” Tutur Puan Hayati. Menyuntikkan sedikit semangat ke dalam diri Yasmin.

Yasmin melentokkan kepalanya dibahu Puan Hayati. Setitis air mata yang mengalir dikesat dengan tangan.

“ABANG, jom makan.” Panggil Yasmin dari dapur namun tiada sahutan. Yasmin bergerak ke ruang tamu. Kosong. Tiada orang. Dia berlalu pula ke bilik. Hasilnya juga sama. Kelibat Hakim tidak dilihat dimana-mana. Yasmin bergerak pula ke luar rumah, mencari Hakim dihalaman. Namun tetap juga tidak bertemu.

Jantungnya berdegup kencang. “Abang… Abang… mana abang pergi ni? Abang jangan main-main dengan Min. Abang!!!!” Jerit Yasmin namun tiada sahutan. Yasmin jatuh terduduk ditanah. Air matanya mengalir deras. Kelibat Hakim tidak ditemui dimana-mana. Dalam rumah… luar rumah… semuanya tiada. Seolah-olah hanya dirinya yang tinggal dalam rumah itu.

“Abang jangan tinggalkan Min. Abang…”

“Min, bangun. Yasmin…” Kejut Hakim. Tubuh Yasmin digoyang-goyangkan. Air mata isterinya sedang mengalir. Apa yang dimimpikan Yasmin?

Yasmin membuka mata. Wajah Hakim didepan matanya. Yasmin terus memeluk Hakim. Dia menangis. “Jangan tinggalkan, Min. Please… jangan tinggalkan Min sorang-sorang.” Tutur Yasmin dalam tangis.

Hakim mengusap rambut Yasmin lembut. Hatinya dilanda rasa hiba. Yasmin terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Jelas sekali mimpi juga tidak mampu memberinya tawa dan senyuman sebaliknya air mata dan rasa takut yang lebih dahsyat lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience