BAB 2

Romance Completed 13862

3 bulan kemudian…

JAM sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Namun matanya masih segar-bugar. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya saat ini. Yasmin merenung gaun pengantin yang bakal disarung esok hari. Hatinya pilu. Sudah bermacam-macam cara dilakukan agar perkahwinan itu tidak berlangsung tetapi tidak berjaya. Rasa nak bunuh diri sahaja jika diikutkan hati. Sudah bertan-tan air matanya mengalir mengenangkan perkahwinan yang tidak diingini itu tetapi tiada satu pun yang dapat melembutkan hati Encik Firdaus.

Yasmin tersentak apabila telefonnya berdering. Tertera nama Hakim pada skrin telefon. Dengan rasa malas dia menjawab panggilan dari lelaki itu.

“Assalamualaikum. Hai tak tidur lagi?” Soal lelaki itu dihujung talian. Mesra.

“Saya nak tidur ke tidak ke bukan masalah awak, Encik Hakim. Ada apa awak call saya pagi-pagi buta ni. Awak takut saya lari ke? Awak jangan risaulah. Papa saya awal-awal lagi dah upah pengawal keliling rumah. Nak lari pun tak guna. Kahwin dengan awak pun tak guna juga.” Tutur Yasmin selamba tanpa sedar telah melukakan hati si pemanggil dihujung talian. Kedengaran nafas berat dilepaskan Hakim.

“Sampai ke saat ini pun awak masih tak dapat terima saya ke, Yasmin?” Tanya Hakim.

“Terima?” Yasmin ketawa. “Awak yang nak kahwin dengan sayakan. Eh, awak sepatutnya bersyukur sebab saya ni bukan jenis yang berpura-pura. Saya tunjuk yang saya memang tak suka awak. Tak pernah sikit pun saya ni suka dekat awak. Saya tak taulah. Awak ni buta kot sebenarnya sebab masih tak nampak yang saya ni benci gila-gila dekat awak. Awak sanggup kahwin dengan orang yang bencikan awak ni. Awak tak takut saya racun awak ke nanti. Bunuh awak ke? Tak pernah fikir ke semua tu. Eh, kalau bunuh diri tu sesuatu yang legal. Awak tak akan nampak saya lagi tau tak. Saya lebih rela bunuh diri dari kahwin dengan awak.” Yasmin berbicara lancang.

“Jangan cakap macam tu Yasmin. Nanti makan diri. Masa tu mungkin saya tak boleh tolong awak.” Tegur Hakim.

“Saya tak inginkan bantuan awaklah.” Balas Yasmin angkuh.

“5 bulan.” Ujar Hakim.

“Ha? 5 bulan? Apa 5 bulan?” Soal Yasmin tidak mengerti.

“5 bulan untuk buat awak sukakan saya. Bagi saya 5 bulan untuk tawan hati awak. Kalau lepas 5 bulan awak masih bencikan saya. I’m gonna let you go. Saya bebaskan awak. Just 5 months. Izinkan saya jadi suami awak untuk 5 bulan je. Kalau awak masih bencikan saya, fine. Saya lepaskan awak tanpa kesal. You free to go.” Hakim membuat tawaran.

Memang cukup perit untuk diucapkan tetapi jika ini dapat membuat Yasmin menerima perkahwinan ini dia sanggup.

“Huh… Awak ingat perkahwinan ni business? Whatever it is… okay. Saya setuju. 5 bulan dan lepas tu kalau awak gagal. Lepaskan saya!” Yasmin memberi persetujuan. Bibirnya sudah menguntumkan senyuman. ‘Alah, setakat 5 bulan bukannya lama. Kau belum kenal aku lagi Hakim. Belum sampai 5 bulan kau akan lepaskan aku juga. Tengoklah.’

“Okay. Thank you for giving me this opportunity. Saya tak akan sia-siakan 5 bulan tu. Terima kasih, Yasmin.” Ucap Hakim. Bersyukur kerana diberi peluang.

Yasmin menguap. Tiba-tiba datang rasa mengantuk. “Bye. Saya dah ngantuk ni.” Ujar Yasmin. Dia sudah berhajat mahu mematikan talian.

“Selamat malam. Sweet dream, assalamualaikum.” Ucap Hakim. Talian dimatikan. Yasmin meletakkan telefonnya diatas meja dan bergerak ke katil. Baru sahaja dia meletakkan kepala, sudah terlena.

Dengan sekali lafaz, Yasmin Amiera bt Firdaus kini sah menjadi isteri Hakim Ridzuan b. Datuk Rosman. Hakim memandangnya namun jelingan tajam menjadi balasan. Acara menyarungkan cincin adalah acara yang sangat merimaskan. Sudahlah kena salam. Itu satu hal. Ini ditambah lagi dengan berpuluh-puluh photographer tidak bertauliah yang ingin mengabdikan saat itu. Dia sendiri tidak mahu orang lain yang sibuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience