PART 4

Adventure Completed 1567

(Pukul 9 pagi)

              Mereka telah bersedia untuk memulakan pengembaraan pada pagi itu. Kesemuanya telah mula membawa segala kelengkapan yang diperlukan. Kuro yang memakai baju t-shirt hitam tidak berlengan, sweaternya diikat dipinggang, memakai topi dan menggalas beg yang diisi pelbagai keperluan untuk dirinya termasuklah makanan. Kelihatan Shiro terlompat-lompat kerana terlalu excited untuk mendaki. Dia meneliti pakaiannya. Baju putih berjalur merah tidak berlengan, memakai sweater nipis dan tidak ketinggalan headphone dengan ipodnya sekali.

"Kuro, ok tak pakaian aku? Sesuai kan?" Tanya Shiro sambil menayangkan badannya dan berpusing-pusing.

"Kau ingat kita nak masuk pertandingan fesyen show ke? Baju jangan tebal sangat sebab nanti kita akan banyak berpeluh. Dahlah badan kau tu berbau kuat. Satu hutan akan hidu bau kau yang 'mewangi' tu." Ejek Kuro sambil berpeluk tubuh. Shiro membuat muka marahnya.

"Oka-san! Tengok Kuro! Dia kata badan Shiro bau kuat! Shiro tak bau kan?!" Shiro mengadu pada ibunya. Kuro hanya ketawa melihat kemanjaan adiknya.

"Kuro... jangan menyakat adik. Tak baik gaduh-gaduh. Faham kan?" Nasihat ibu mereka dengan suara yang lembut. Kuro berhenti ketawa dan tersenyum.

"Ok... Kuro tak usik lagi. Tapi badan dia memang berbau. Kuro tahulah sebab Kuro selalu bersama dia. Cuma oka-san je yang taknak mengaku. Taknak anak kecik oka-san merajuk kan?" Balas Kuro sambil menaikkan sebelah kening kearah Shiro.

"Kuro!!" Jerit Shiro. Dia mengejar Kuro di sekitar kawasan. Hiro baru sahaja tiba di situ. Ayah si kembar pergi menemui ketua renjer hutan di situ untuk menemani mereka dalam misi mendaki kali ini. Mereka menunggu ketibaan mereka di tapak permulaan. Hiro yang membuka beg galasnya memeriksa barang-barang yang ingin dibawa ketika mendaki. Dia yang memakai baju agak tebal yang jenis dryfit dan berseluar ala tentera mengeluarkan survival kit dari dalam beg. Kuro dan Shiro ketawa melihat baju yang dipakai oleh Hiro. Hiro melihat mereka kehairanan.

"Kenapa korang gelak? Apa yang aku salah pakai?" Tanya Hiro ingin tahu.

"Yang kau pakai macam ni kenapa? Kita nak mendaki je. Bukan nak buat latihan ketenteraan." Ejek Shiro.

"Hei! Korang ni memang tak tahu cara-cara nak mendaki kan. Cuba baca buku ni. Pengetahuan mendaki gunung. Baik untuk otak korang." Sindir Hiro dan memberi satu buku yang agak nipis kepada Kuro dan Shiro. Mereka membacanya satu persatu. Wajah mereka berubah pucat.

"Jadi, apa yang kita orang pakai ni tak sesuailah?" Ujar Kuro sambil melihat Hiro.

"Yes!! Memang salah! Baju dan seluar yang korang pakai ni sesuai untuk pakai jalan-jalan je. Tak sesuai untuk mendaki. Pakaian aku ni sebenarnya teknik yang betul. Kalau tak percaya tanya parents korang." Jawab Hiro lagi sambil tersengih.

"Oka-san, betul ke cakap Hiro?" Tanya Shiro pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum dan mengangguk. Mereka meneliti pakaian yang dipakai oleh ibu mereka. Jenis yang sama dengan Hiro.

"Kenapa Oka-san tak bagitahu kami? Kami tak ada baju macam Hiro pakai..." tambah Kuro kecewa.

"Jangan risau! Oka-san dah sediakan semuanya awal-awal. Tada!!!" Ibu mereka mengeluarkan dua pasang baju yang dikhaskan untuk mendaki. Siap dengan kasut dan sarung tangan. Wajah kedua-duanya berubah ceria.

"Oka-san!!! Aishiteru yo!!" Jerit si kembar sambil memeluk ibu mereka. Setelah siap menukar pakaian, mereka menyediakan barang-barang keperluan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan dari mula hingga ke puncak.

                Setiap jarak antara tapak permulaan dengan peringkat pertama pendakian adalah 3 kilomoter. Gunung Hamena ini mempunyai 2 perhentian sahaja. Bermakna gunung ini tidak terlalu tinggi. Hiro merenung gunung yang akan didakinya dengan pelbagai perasaan.

"Ohayou minna!!" Kedengaran suara ayah si kembar dari jauh. Dia berjalan kearah mereka dengan ditemani oleh tiga lelaki. Salah seorang daripada mereka memakai baju tentera keseluruhannya. Badannya sasa dan berotot. Di lengannya ada 3 kesan panjang seperti dicakar oleh binatang buas. Dia tersenyum kearah mereka semua.

"Kamu semua, perkenalkan en. Marumo Honda. Ketua di tempat ini. En. Honda akan tolong kita sepanjang perjalanan. Dia adalah bekas askar. Jadi disiplin amat dititikberatkan dalam ekspedisi kita hari ini.. dan juga kerana inilah pendakian pertama yang dibuat. Jadi kamu semua kena ikut segala arahan En. Honda dengan pembantunya." Terang ayah si kembar.

"Apa khabar? Saya Honda. Ini pembantu saya. Yang memakai topi itu adalah anak sulung saya, Takeru. Dan yang berkepala botak ni adalah anak bongsu saya, Takumi. Mereka akan mengawasi kamu semua dari belakang. Saya telah melatih mereka cara hidup di dalam hutan sejak kecil. Jadi kamu semua tidak perlu risau kerana kami adalah profesional. Kamu semua telah bersedia?" Ulas Honda panjang lebar. "Puan Tetsuya dengan en. Tetsuya.. sudah bersedia?" Ucapnya sambil melihat kearah ayah dan ibu si kembar dengan senyuman yang agak mencurigakan.

"Saya dah bersedia!!" Jerit Kuro dan Shiro serentak. Hiro hanya mengangguk.

"Mari mulakan!" Sahut En. Honda bersemangat.

"Yosh!!!" Mereka memulakan pendakian dengan perasaan gembira. Namun kegembiraan mereka tidak akan bertahan lama.

(Di kampus)

           Kishi kun sedang membaca sesuatu di dalam bilik pensyarah seorang diri. Dia mengeluh selepas membaca mesej yang dihantar oleh ayahnya melalui WhatApp. Dia melihat semua gambar-gambar yang dikirimkan dengan wajah yang bosan. Selepas dia melihat gambar adik- adiknya sedang bergembira, dia tersenyum. Dia kembali teringat kali pertama dia berjumpa dengan si kembar.

(20 tahun yang lalu)

"Kishi chan, mari sini..." panggil ibunya tenang. Kishi kun berjalan kearah ibunya dengan wajah ingin tahu. Walaupun umurnya baru mencecah tiga tahun, dia dapat mengingati wajah adik-adiknya ketika kecil.

"Oka-san, ini siapa?" Tanya Kishi kun yang fasih berbicara.

"Inilah adik kamu. Kamu dapat adik kembar." Jawab ibunya lembut sambil menunjukkan dua bayi kembar yang seiras itu. Kishi kun melihat mereka dengan wajah yang pelik.

"Kenapa adik Kishi ada dua? Bukan satu je ke? Muka samalah oka-san.. macammana nak kenal?" Tanya Kishi kun lagi sambil meneliti wajah si kembar.

"Kishi kun, cuba tengok ni.. pada bahu Kuro ada tanda putih. Pada bahu Shiro ada tanda hitam. Itu bezanya mereka. Kishi chan faham kan?" Jelas ibunya dengan tenang. Kishi kun mengangguk dan senyum.

"Otouto.... kawaii ne..." Kishi kun mengusik wajah adik-adiknya.

                 **************************

"Kishi san.. Kishi san.. Kishi san!" Jerit seseorang di tepi Kishi.

"Hait! Hait!" Kishi kun terbangun kerana terkejut. Seorang wanita muda ketawa melihat kelakuannya.

"Azuyu san? Why you here? I though u leaving Japan today.." tanya Kishi kun sambil menarik nafas sedalamnya. Dia memakai semula meganenya.

"Saya tak jadi pergi. Mungkin tahun depan. Saya nak habiskan cuti saya kat sini. Yang awak senyum-senyum tadi tu kenapa? Teringat kat sesiapa yang istimewa ke?" Usik Azuyu. Dia duduk disisi Kishi kun.

"Tak ada apa-apalah. Jangan nak sibuk hal orang. Awak masih ada kelas lagi bukan? Baik awak pergi sekarang." Arah Kishi kun serius. Dia menulis sesuatu di bukunya.

"Kelas saya dah tamat. Sebab tu saya datang sini. Awak jangan nak sombong sangat. Awak ingat saya nak sangat ke datang sini! Saya cuma nak berikan ni! Baca!" Satu surat rasmi ditaip rapi. Kishi kun membacanya. Wajahnya berubah. Dia bangun dari kerusinya.

"What?!! No way! U will be the new lecturer here?!!" Jerit Kishi kun agak kuat. Dia bangun dan berjalan kearah Azuyu. Azuyu tersenyum bangga.

"Jangan tanya apa-apa. Itu arahan dari dekan. Jadi saya akan ikut segala arahannya. Jadi start esok, saya adalah partner awak. Yoroshiku Kishi kun!" Ujar Azuyu sambil menghulurkan tangan. Kishi menyambutnya dengan perasaan bercampur baur.

"Kenapa aku kena ada dengan perempuan ni setiap kali dan setiap masa? Sejak aku sekolah rendah hinggalah ke universiti, dia sentiasa ada di depan aku.. hai...." bisik hati Kishi kun. Dia hanya melihat kearah Azuyu yang sedang gembira dan membebel tentang sesuatu.

"Awak patut bangga! Walaupun saya ni muda setahun dari awak dan seorang pelajar, saya dapat jadi lecturer pada usia muda. Lagipun awak kan sensei saya!" kata Azuyu sambil tersenyum lebar.

"Suka hati awaklah. Saya pergi dulu. Saya nak start kelas. Sayonara azuyu san!" Kishi kun keluar dari bilik pensyarah tanpa melihat ke belakang.

(Di dalam hutan)

            Mereka yang menyertai pendakian amat gembira dan seronok dapat melihat alam semulajadi yang masih belum tercemar di hadapan mereka.

"Kuro! Tengok ni! Ada buah! Too-san! Buah ni boleh makan ke?" Tanya Shiro ingin tahu. Dia memetik sebiji buah kecil seperti buah berry hitam dan menunjukkannya pada ayahnya.

"Buah ni tak beracun tapi bila kita makan, kita akan mengalami sedikit halusinasi. Sama seperti kita dalam keadaan separub sedar. Jadi kita kena berhati-hati ketika di hutan kerana walaupun rupanya nampak sedap, tak semestinya kita boleh makan buah-buah yang ada dalam hutan ni. Faham semua?" Cerita En. Honda.

"Sokka?? Shiro! Jangan makan! Buang cepat!" Arah Kuro secepatnya.

"En. Honda, berapa lama lagi kita nak sampai ke perhentian yang pertama?" Tanya ayah si kembar.

"Dalam dua jam lagi. Kita akan sampai sana dalam tengahari. Sempatlah kita makan dan rehat." Jawab En. Honda ringkas.

"Kita sambung perjalanan kita." Kata ayah si kembar dengan tenang. Shiro membuang buah yang dipetik tadi ke tanah. Hiro yang berada di belakang sekali melihat buah itu seperti tenggelam kedalam tanah secara tiba-tiba. Dia terkejut. Dia menarik lengan baju Shiro.

"Shiro, tadi kau buang buah tu kat sana kan?" Tanya Hiro agak panik.

"Yelah! Kenapa?" Jawab Shiro acuh tak acuh. Mereka masih lagi berjalan ke hadapan.

"Buah tu dah tak ada. Aku nampak buah tu.."

"Diam!  Jangan mengarut. Teruskan jalan." Desak Takumi yang berada di belakang mereka. Hiro sedikit curiga dengan Takumi dan Takeru.

"Mereka berdua memerhatikan pergerakan kami sejak dari tadi. Tak berganjak kemana pun. Apa yang diorang nak sebenarnya? Muka pun serius semacam je. Macam ada sesuatu." Hiro memikirkan persoalan itu sambil menuruti mereka.

          Satu kelibat berpakaian serba putih melintas belakang mereka tanpa disedari oleh sesiapa. Shiro menggosok belakang lehernya beberapa kali. Dia mendekati abangnya.

"Kau kenapa? Janganlah dekat sangat. Panaslah." Marah Kuro sambil menolak adiknya ketepi. Namun gagal. Shiro kembali merapat. Ibu dan ayah mereka masih dihadapan bersama dengan en. Honda.

"Aku takutlah Kuro. Hutan ni lain macamlah. Kau tak rasa apa-apa ke?" Shiro menggunakan kelebihannya untuk berinteraksi dengan abangnya.

"Lain macam apa? Jangan nak fikir yang bukan-bukan boleh tak?! Sudahlah!!" Balas Kuro sambil meninggalkan adiknya di belakang. Shiro melangkah secepatnya.

"Hei! Tunggulah!" Panggil Hiro. Dia membuka langkah seluasnya untuk bersaing dengan si kembar. Takeru dan Takumi hanya melihat dari jauh.

       Bahkan bukan mereka berdua sahaja yang memerhati. Banyak lagi 'benda' lain yang sedang mengintai mereka dari pelbagai sudut. Cuma tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya menanti peluang untuk memperkenalkan diri.

(tamat bab 4)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience