PART 3

Adventure Completed 1567

(DI KAWASAN PERGUNUNGAN)

             Si kembar bersama keluarga mereka telah sampai di destinasi yang ingin dituju. Mereka tidak menyangka bahawa ayah mereka akan membawa mereka berkhemah dan meneroka hutan belantara selama tiga hari ini. Pilihan hati ayah mereka adalah di salah satu kawasan pergunungan di Tokyo yang baru sahaja dijadikan hutan simpan. Mereka adalah pelawat pertama untuk melihat alam semulajadi di situ. Di samping itu, mereka diberi kawasan tempat tinggal sementara di kawasan rawat dan rehat di sana. Ayah mereka yang merupakan ahli perniagaan berjaya telah mendapat nama di alam perniagaan dan dihormati kerana keramahannya. Disebabkan itu, mereka telah dipilih untuk menjadi pelawat pertama untuk menerokai hutan simpan itu. Mereka memberhentikan dua buah kereta di hadapan kawasan rehat dan rawat.

             Shiro yang memakai baju sweater biru berhood, bertopi dan memakai headphone tergamam melihat keindahan alam semulajadi di hadapannya sekarang. Dia melopong tidak bergerak. Kuro menutup mulut adiknya.

"Jangan buka sangat. Nanti masuk nyamuk.." usik Kuro sambil gelak. Kuro yang memakai sweater berwarna purple gelap, bertopi dan memakai earphone ketawa melihat adiknya yang masih terkejut. Dia suka memakai sarung tangan hitam siang dan malam.

"Ok semua!! Keluar cepat. Kita kemas barang-barang dulu dalam chalet dan kita berbincang kita nak mula teroka dari mana!" Ajak ayah si kembar gembira. Si kembar hanya mengangguk serentak.

"Eh? Mana Hiro?" Tanya Shiro sambil melihat keadaan sekeliling.

"Entah. Masih dalam kereta kot. Penatlah tu. Biarlah dia rehat. Kejap lagi kita ajak dia masuk. Jom simpan barang dulu. Aku dah excited sangat ni!" Ujar Kuro dan terus mengangkat beg besarnya itu. Shiro hanya memandang kearah abangnya dengan perasaan gusar. Entah kenapa sebaik sahaja menjejakkan kaki di situ, hatinya berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang memerhatikan mereka dari jauh.

               Selepas beberapa minit, Hiro yang tertidur di dalam kereta bangun secara mengejut apabila terdengar suara seorang lelaki menjerit di telinga. Dia memandang keadaan sekeliling dengan peluh yang menitik di dahi. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan secara berhati-hati. Sebaik sahaja dia menutup pintu, namanya dipanggil oleh suara yang garau. Sama seperti suara yang didengar dari seseorang yang bernama Eric di dalam mimipinya.

"Siapa tu?" Tanya Hiro dengan suara yang bergetar. Dia melihat kearah pergunungan yang agak kelam kerana keadaan semakin gelap. Hatinya berdegup kencang.

"Hah!!!!" Sergah Kuro dari belakang Hiro. Hiro yang terkejut besar terjatuh ke tanah dengan wajah pucat. Matanya terbeliak merenung ketakutan kearah Kuro. Badannya menggigil.

" Hahahaha!! Lawaklah muka kau! Sampai terjatuh! Hahaha!" Kuro ketawakan Hiro sekuat hati. Namun ketawanya terdiam selepas melihat Hiro semakin menggigil dan peluh di seluruh wajah. Mukanya semakin pucat. Dia menunjuk ke arah belakang Kuro. Kuro menoleh kebelakangnya.

"Apa? Kau jangan takutkan aku pula Hiro. Jom masuk bilik. Kau tidur dengan kami tau." Kuro mengambil beg Hiro dan menarik Hiro ke bilik yang telah disediakan. Sebelum itu, Hiro sempat mengambil meganenya yang terjatuh. Dia membetulkan T-shirt dan seluar jinsnya. Sesekali dia menoleh kebelakang. Kelihatan seseorang sedang melihatnya dengan senyuman sinis.

          Sebaik sahaja Hiro sampai di bilik, dia meminta izin untuk mandi. Kebetulan di situ, mempunyai kolam air panas di belakang chalet. Hiro mengambil kesempatan untuk berendam seketika seorang diri setelah bertenang dari gurauan bodoh Kuro. Dia berjalan kearah kolam dan membuka pintu belakang chalet. Dia terpesona sekejap.

"Sugoii!!" Kata Hiro apabila melihat kawasan kolam penuh dengan kelopak bunga dan berbau harum. Keadaan kolam yang terang dengan lampu lama menambahkan lagi kedamaian. Hiro memasuki kolam perlahan-lahan.

"Seronoknya.... inilah hidup..." ucap Hiro sambil tersenyum lebar. Dia menutup mata buat sementara waktu.

             Tiba-tiba satu das tembakan kedengaran. Hiro membuka mata dan melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil memegang sepucuk pistol lama. Dia menunduk kebawah dan melihat dadanya yang berlubang dan darah mula mengalir.

(Realiti)

"Hiro! Hiro! Hiro!!" Jerit Kuro dan Shiro ditelinga Hiro yang meracau seorang diri di dalam kereta.

"Argh!!!" Hiro bangun dan menjerit. Kuro dan Shiro pula yang terkejut sehinggakan Shiro tergelecek jatuh di tepi kereta.

"Woi!! Kau kenapa?! Menjerit macam perempuan?! Lemah semangat aku!" Marah Shiro sambil melihat kearah Hiro yang memeriksa badannya.

"Aku.... aku kat mana ni...?" Tanya Hiro seperti baru tersedar. Dia keluar dari kereta. Kuro mengetuk kepala Hiro.

"Baka!! Tiba-tiba menjerit! Nasib baik kita orang yang ada kat sini. Kalau mak ayah yang datang, mesti kau kena halau balik!" Tambah Kuro pula sambil mengepal penumbuknya.

"Ittai..... aku tak sengaja... aku mimpi buruk.. gomenasai..." rayu Hiro sambil tunduk beberapa kali.

"Sudahlah tu.. jom masuk bilik. Hari dah nak gelap." ajak Shiro secepatnya. Dia membawa beg Hiro manakala Kuro menolak Hiro kehadapan. Hiro menoleh kebelakang namun tiada siapa di situ. Hiro mendiamkan diri sebaik sahaja dia masuk ke bilik yang telah disediakan. Masing-masing sibuk mengemas barang-barang mereka. Mak dan ayah si kembar menetap agak jauh dari bilik mereka iaitu dibilik khas.

"Hei Shiro, Hiro! Korang nak mandi kolam tak? Aku dengar kat sini ada kolam air panas. Oto-san kata tempat dia cantik. Jom mandi. Aku dah berpeluh ni. Tak selesa nak tidur malam karang. Jomlah!" Ajak Kuro bersungguh-sungguh.

               Hiro tersentak. Dia panik. Apa yang dimimpikannya tadi sama dengan situasi sekarang. Kenapa ianya boleh terjadi?

"Hiro! Kau dengar tak ni aku tanya? Kau ingat siapa tu? Mesti kau ingat Rei ni... rindu kekasih hatilah tu.."ejek Shiro.

"Em... boleh kot.. aku pun ingat nak mandi juga. Korang pergi dulu. Kejap lagi aku sampai sana." Balas Hiro sambil membuat senyuman terpaksa.

"Ok!" Sahut kedua-duanya serentak.

          Mereka berdua keluar dari bilik dengan menyanyi riang. Hiro kembali mengemas. Hatinya resah dan serba salah. Adakah perlu dia memberitahu hal mimpinya pada Shiro dan Kuro? Dia sendiri keliru.

(Di bilik persalinan versi japaness) 

            Kuro dan Shiro sudah siap menukar pakaian dan hanya memakai kain tuala kecil. Hiro baru sahaja sampai disana. Dia meletakkan baju di dalam loker sebaik sahaja sampai di sana. Di dalam bilik itu hanya ada mereka bertiga. Hiro berdiri tegak sambil menunggu si kembar untuk keluar.

"Tukarlah cepat Hiro. Kami tunggu. Cepat!" Desak Shiro. Hiro kelihatan agak malu-malu.

"E...etto... boleh tak korang berdua keluar dulu? Korang mandi dulu.. nanti aku datang.." jawab Hiro perlahan.

"Mana boleh! Datang sama-sama kan. Semua kenalah buat bersama." balas Kuro sambil berpeluk tubuh. Rambutnya yang agak panjang diselak lembut ke belakang. Badannya yang agak sasa nampak mantap bila dilihat dari dekat.

"Atau kau malu dengan kami?!" Ejek Shiro sambil tersengih. Di dalam otaknya mula memikirkan idea yang bernas bagi dirinya. Dia mengenyitkan matanya kearah Kuro. Kuro mendengar kata-kata adiknya di dalam kepalanya.

"Apa kata kita orang yang tolong bukakan seluar kau?" Kuro berjalan mendekati Hiro yang mula mengelabah.

"Korang nak buat apa ni..? Jangan lah... jangan buli aku.." Hiro berundur selangkah demi selangkah. Dia cuba berlari tetapi lehernya ditangkap oleh Shiro yang telah bersedia. Dia cuba melepaskan diri dari Shiro. Berbanding badannya yang kurus dengan badan Shiro yang sasa, dia tidak ada peluang walaupun 1%. Kuro tersengih-sengih sambil menunjukkan kedua-dua tangannya.

"Tolonglah... jangan..." rayu Hiro.

"Ala... kita orang nak buka seluar je. Bukan nak buat apa-apa pun. Jangan takut Hiro sayang..." Shiro membuat gaya Yaoi dengan memeluk erat tubuh Hiro.

        Hiro mula merasa seram sejuk seluruh badan. Dia meronta-ronta dengan kuat. Dia menendang peha Kuro dan menghantuk wajah Shiro dengan belakang kepalanya. Hiro melarikan diri jauh dari mereka berdua.

"Padam dengan muka korang! Aniaya aku lagi! Nak rasa lagi penangan dari aku?" Sindir Hiro kembali bersemangat.

"Ok! Ok! Kami mengaku kalah. Tak padan dengan kurus dan kecik, kuat juga kau tendang aku!" Balas Kuro sambil mengosok pehanya.

"Kuro! Hidung aku berdarah! Tolong tengok! Hidung aku patah ke?!" Shiro bangun dan menunjukkan mukanya pada Kuro. Darah di hidung adiknya dilap.

"Tak adalah. Hidung kau okey lagi. Hidung masih tegak. Mungkin ada luka sikit kot kat dalam ni. Kau masih kakoii.. jangan risau." Pujuk Kuro.

"Maaf.. aku tak sengaja.. tindakan spontan... gomenasai minna..." minta Hiro sambil tunduk hormat lagi sekali.

"Bukan salah kau. Salah kita orang. Kita orang yang perlu minta maaf. Sebenarnya kita orang bergurau je. Hahaha! Oklah Hiro. Kita orang tunggu kau kat kolam ya. Jangan lambat." Mereka keluar dari bilik persalinan. Hiro mula membuka seluarnya.

(Di kolam air panas)

          Hiro menenggelamkan separuh wajahnya di dalam air dan memandang keadaan sekeliling dengan teliti.

"Kenapa kolam  dan suasana sekeliling sama dengan mimpi aku? Apa yang berlaku sebenarnya?" Bisik hati Hiro sambil mengeluh. Buih timbul apabila dia melepaskan udara melalui mulut.

"Hoi! Kau kentut dalam air ke? Buruk attitude kau Hiro!" Kata Shiro secara tiba-tiba dan terus bangun.

"Mana ada! Jangan main tuduh-tuduhlah!" Marah Hiro sambil menolak badan Shiro.

"Itu yang berbuih tu. Bukan kentut ke?" Tanya Shiro dengan selambanya. Dia duduk semula.

"Hai......." Hiro menepuk dahinya. "Shiro san, logikkah kalau buang angin buihnya di hadapan? Fikirlah sikit.. aku hembus nafas aku dalam airlah tadi." Jelas Hiro perlahan sambil menggelengkan kepala.

"Oh? Sokka? Wakatta! Hehehe!!" Shiro tersenyum macam kerang busuk.

"Kenapa dia ni kadang-kadang bengap?" Kutuk Hiro dalam hati.

"Hei guys. We have to go now. It getting late!" Kuro mula bangun.

"Berlagak.. cakap omputih... Oklah!" Shiro juga bangun serentak dengan abangnya. Hiro mengikut mereka dari belakang.

           Sewaktu Hiro ingin menutup pintu, dia terlihat satu makhluk yang sama seperti makhluk di dalam cerita klasik jepun.

"Kappa? Betul ke dia tu?" Hiro meneliti makhluk itu lagi sehinggalah ia menghilangkan diri didalam kolam.

(Di dalam bilik)

          Mereka tidur dengan nyenyak kerana keletihan. Masing-masing tidak menyedari apa yang berlaku pada malam itu. Satu lembaga muncul di tingkap memandang mereka bertiga. Senyuman terukir di bibirnya dan dia hilang dalam sekelip mata.

(tamat bab 3)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience