PART 2

Adventure Completed 1567

(Pukul 6 petang, di rumah banglo Shiro dan Kuro)

             Si kembar baru sahaja pulang kerumah selepas bershopping selama 3 jam setelah tamat kelas hari itu. Kishi kun telah lama menunggu mereka di rumah. Hanya menanti hukuman diberikan kepada mereka yang bersalah. Shiro dan Kuro memasuki perkarangan rumah mereka dengan bahagianya kerana berjaya menghabiskan duit elaun mereka yang banyak itu dalam masa sehari. Namun mereka tidak menyedari 'seorang' harimau sedang menanti mereka di dalam rumah sendiri. Kishi kun tersenyum melihat adik-adik kembarnya pulang.

             Shiro memberhentikan pergerakan abangnya Kuro. Dia menatap pintu rumahnya lama-lama. Kuro agak kehairanan dan menepuk bahu adiknya.

"Kau kenapa? Kena sampuk ke? Dah! Jomlah masuk. Aku penatlah.." ajak Kuro selamba.

"Nanti! Aku rasa lain macamlah. AKu dapat rasa sesuatu yang amat menakutkan ada dalam rumah sedang menanti kita. Tunggu masa je. Kau masuk dululah.. aku tak berani.." balas Shiro perlahan dan menolak badan abangnya kehadapan.

"Kau ni penakut sangat kenapa? Mana ada sesiapa kat rumah. Onii chan belum balik lagi. Dia ada kerja kat kampus. Kau sendiri cakap kan! Apalah!" Ejek Kuro.

"Aku tipu je pasal aniki.. sebenarnya dia tak pernah bagitahu aku apa-apa. Aku saja je nak bergurau dengan kau.. jangan marah.." kata Shiro sambil tersenyum dan menggaru belakang kepalanya.

"Apa?! Jadi kau tipu akulah selama ni?! Kau ni memang nak kena!!" Marah Kuro. Dia memberi hadiah sebiji penumbuk pada tangan adiknya.

"Sorylah.. aku main-main je.. aku rasa aniki ada kat dalam tengah tunggu kita. Aku tahu aura hitam ni.. kau nak masuk tak?" Tanya Shiro lagi.

"Masuklah. Takkan nak tunggu kat luar macam orang bodoh. Jangan risau. Oka- san dengan oto-san ada kat rumah. Diorang takkan bagi kita kena pukul. Jom!!" Jawab Kuro yakin dan menarik tangan adiknya.

           Mereka memasuki rumah secara perlahan-lahan sambil melihat ke kiri dan ke kanan. setelah dipastikan selamat, mereka berlari ke arah tangga. Tanpa disangka Kishi kun muncul di belakang pintu sambil menarik baju adik-adik kembarnya.

"Mana nak lari hah?!! Korang akan menyesal sebab bantah cakap aku! Pergi shopping ya?! Seronok?! Habis semua duit korang kerjakan!! Korang memang nak kena!!" Kishi kun menarik telinga adik-adiknya sekuat hati. Kedua-duanya menjerit.

"Oto-san! Oka-san!!" Jerit Shiro dan Kuro sekuat hati.

"Apa kena ni?!! Kishi! Lepaskan adik-adik tu! Tak elok gaduh macam ni.. korang kan adik beradik.. cuba bawa bersabar. Kishi pun sama! Macam diorang ni juga perangainya. Kamu dah dewasa Kishi. Walaupun kamu beza umur hanya tiga tahun, kamu tetap seorang abang.." Keluar seorang wanita yang berusia lebih kurang 40-an dari dalam dapur. Wanita itu cuba melepaskan pegangan tangan Kishi Kun dari menarik telinga anak kembarnya.

"Oka-san cuba tanya anak-anak Oka-san ni kenapa saya buat macam ni?! Tahu menghabiskan duit je. Cubalah berjimat supaya tak susah di kemudian hari. Ini tidak.. selagi ada duit selagi itulah membazir je kerjanya!" Kishi Kun menarik telinga adiknya lagi kuat.

"Ok! Kita orang pulangkan balik semuanya!! Lepaslah!" Rayu Shiro.

"Onii chan!! Lepaskan kami.. kami janji kami tak akan buat lagi..."Kuro merayu.

           Akirnya telinga mereka dilepaskan selepas beberapa minit. Ayah mereka turun ke tingkat bawah sambil berbual dengan seseorang di telefon. Selepas beberapa minit, senyuman terukir di wajahnya.

"Guess what guys?!! We going on vacation!! We will go jungle tracking at special place! And you will be surprise!" Ulas ayah mereka dengan gembira. Ayah mereka yang berketurunan Rusia tersenyum mesra.

"Betul ke oto-san?!! Yes!! Boleh bercuti sakan!!" Sahut Shiro sambil menari bersama ayahnya. Kuro hanya tersenyum sambil memeluk tubuh. Kishi duduk di sofa tanpa melihat sesiapa.

"Kishi, janganlah marah. Oto-san lupa nak bincangkan perkara ni dengan kamu. Kamu asyik busy je.. jadi kami rancang sendiri. Kamu ikutlah kami sekali. Boleh kamu jaga adik-adik kamu di sana." Ajak ayah mereka sambil duduk di tepi Kishi kun. Kishi kun hanya mendiamkan diri. Dia mengeluh.

"Saya tak boleh ikut. Saya ada kerja banyak kat kampus. Banyak ujian nak kena buat. Walaupun saya pensyarah, saya tetap perlu diberi ujian. Bawak jelah adik-adik pergi. Hei Kuro! Ajaklah Hiro sekali. Lepaskan tension. Tak adalah terperap je kat rumah." Cadang Kishi kun tenang.

"Betul juga tu!! Kita ajak Hiro. Mesti dia suka!" Shiro berlari keluar sambil menelefon Hiro. Dia memberitahu kesemuanya pada Hiro dan Hiro bersetuju. Mereka makin bersorak.

"Kita akan bertolak lagi 2 hari. So prepare youself everyone. We have a long journey ahead..." ayah mereka naik ke bilik bersama ibu mereka. Kishi kun hanya memandang sambil menggelengkan kepalanya.

"Ok!!" Balas kedua-dua kembar serentak. Mereka masuk ke bilik masing-masing. Setelah selesai mengemas, mereka turun ke bawah dan berlari kearah kereta. Mereka memandu ke rumah Hiro yang terletak 1 kilometer dari rumah mereka. Sampai sahaja disana, Hiro menyambut kedatangan kawan-kawan karibnya.

"Hiro, kau dah cakap belum dengan family kau yang kita akan pergi bercuti nanti?" Tanya Shiro secepatnya.

"Dah! Mak dengan ayah aku setuju. Cuma mak agak risau. Dia suruh aku berhati-hati. Kat mana tempat yang kita nak pergi ni?" Jawab Hiro sambil mengeluh.

"Entahlah. Oto-san tak cakap apa-apa pun. Dia kata surprise!! So kena tunggu sampai lusalah. Aku excited gila nak pergi sana. Bukan selalu pun. Setahun sekali." Balas Kuro pula. Hiro mengangguk faham.

"Profesor Kishi san pergi tak?" Tanya Hiro lagi.

"Tak. Dia kata dia banyak kerja nak kena buat. Biarlah dia. Lagi bagus dia tak ikut. Kalau tak asyik kena tarik telinga je." Sindir Shiro sambil mencebik.

"Hei! Tak baiklah cakap macam tu. Bukan orang lain kan. Aniki korang juga. Dahlah tu! Aku nak kena tolong mak aku masak ni. Kita jumpa kat sekolah esok. Ja nee!!" Ujar Hiro tenang.

"Hai!!!! Matta ashitane! Jaa!" Shiro dan Kuro melambai kearah Hiro dan berlari kekereta. Hiro melihat kereta mereka sehingga hilang dari pandangan.

            Keesokkannya, selepas waktu kelas tamat, Hiro pergi ke kawasan bangunan lama untuk menemui admirenya iaitu Haruno Rei. Sampai sahaja di situ, Rei telah menunggu dengan senyuman manis.

"Hiro! Rindu awak!!" Jerit Rei sekuat hati. Hiro hanya mendiamkan diri dan menutup telinga. Kalau orang lain kebetulan lalu di kawasan berdekatan, mesti bertempiaran lari kerana suara Rei yang nyaring itu.

"Janganlah jerit. Pekak telinga saya.." tegas Hiro dan terus duduk di dalam kelas lama itu. Rei gelak sepuasnya. Di dalam kelas itulah Rei ditemui mati membunuh diri. Hiro mengeluarkan satu bento untuk dimakan.

"Awak belum makan ke? Nampak macam sedap. Nasib baik saya dah jadi hantu. Kalau tak dah lama saya makan bekal awak ni." Usik Rei sambil tersenyum manis.

              Memang tak dinafikan Rei seorang remaja perempuan yang paling cantik di kampus. Tetapi takdir menentukan segalanya. Rei ditemui mati membunuh diri didalam kelasnya sendiri pada waktu pagi selepas mati selama beberapa jam. Rei dikatakan bergaduh dengan pasangan kekasihnya ketika itu. Rei yang tidak dapat menerima kenyataan itu bertindak bodoh dengan meminum racun pada pukul 3 pagi ketika bersendirian di dalam kelas. Macammana Rei boleh berada di situ pun tiada siapa yang tahu. Kejadian itu berlaku 2 tahun lepas. Selepas kematiannya, Rei merayau di sekitar bangunan lama dan kelas lamanya kerana tidak aman. Rei menganggu pelajar kampus yang lain sehinggalah satu kejadian.

(Dua tahun lepas)

           Hiro baru sahaja mendaftar namanya di kampus baru setelah menghabiskan sekolah tinggi di Shokaku high school. Ketika dia melalui satu bangunan lama, dia terlihat seorang remaja perempuan sedang berdiri di hujung bangunan seolah-olah ingin terjun. Dia meminta tolong tetapi semua pelajar hanya melihatnya dengan pandangan pelik. Dia berlari ke tingkat tiga untuk menahan remaja itu dari membunuh diri.

"Awak!! Jangan terjun!! Semua masalah boleh bawa berbincang!" Panggil Hiro kelam-kabut. Tetapi cuba bertenang. Dia berjalan perlahan-lahan kearah remaja perempuan itu.

"Jangan dekat! Kalau tak saya terjun!! Pergi!!" Marah remaja itu sambil menangis.

"Awak... membunuh diri tak akan menyelesaikan apa-apa. Tolonglah dengar cakap saya.. fikirlah tentang masa depan awak.." pujuk Hiro lagi.

"Saya dah hancur.. masa depan pun saya dah hancur.. saya dah tak ada siapa-siapa lagi.. lelaki yang saya sayang tinggalkan saya... kerana takut nasib malang saya menimpa diri dia... saya cuma nak merasa nikmatnya bercinta tetapi dia mengkhianati saya! Semua lelaki sama je! Lebih baik saya mati!" Jerit remaja itu sekuat hati. Sangat membingitkan telinga.

"Awak... saya ada di sini.. saya janji saya tak akan tinggalkan awak.. saya janji! tapi tolonglah jangan bunuh diri.. kesianlah dengan mak ayah awak nanti.."pujuk Hiro lagi. Remaja perempuan itu menoleh kearah Hiro dan senyum.

"Saya tahu awak orang yang baik sebab itulah awak boleh nampak saya. Saya berterima kasih pada awak. Akhirnya ada juga manusia yang dapat melihat saya..." remaja itu terjun kebawah. Tanpa berfikir panjang,  Hiro cuba menyambut tangan remaja itu tetapi cubaannya gagal. Malah dirinya sendiri terjatuh ke bawah. Nasib Hiro baik kerana dia terhempap di atas pasir lembut di sekitar bangunan lama yang ingin dibina semula itu. Pada pandangan mata Hiro yang samar-samar, dia dapat melihat seseorang sedang memandangnya dan memanggil namanya berulang kali. Akhirnya dia pengsan.

                    Hiro tersedar semula ketika Shiro dan Kuro menemuinya di bangunan lama itu selepas beberapa jam majlis orientasi tamat. Dia yang masih bingung menceritakan semuanya kepada si kembar. Mereka berdua mendiamkan diri.

"Sebenarnya Hiro, kau dah terkena dengan hantu tu. Hantu Haruno Rei.. Rei dah mati. Dia bunuh diri kat dalam kelas dia kat sana. Bangunan lama ni ditinggalkan sebab dia suka kacau dan ganggu pelajar kat sini. Sampaikan ada pelajar lain ingin membunuh diri kerana tertipu dengan bayangan yang dia buat. Dan kau mangsa dia yang keseratus.."cerita Kuro serius. Shiro hanya mengangguk.

"Kau ok tak ni? Nasib kau baik kau jatuh kat sini. Kalau kat bawah kau ni konkrit mahu terburai otak kau. Mari sini aku tolong kau. Mesti kau terkejut lagi ni. Kita kena balik sebab hari dah nak malam." Minta Shiro sambil memapah Hiro bangun hingga ke kereta. Semasa bertolak pergi, Hiro dapat melihat Rei sedang melambai kearahnya sambil terapung. Seluruh badan Hiro menggigil dan seram sejuk. Dia menutup mata.

(Masa kini)

             Disebabkan janjinya sebelum Rei terjun dua tahun lepas, dia terpaksa bersama Rei buat selama-lamanya. Rei juga berjanji tidak akan mengusik atau menggangu pelajar lain lagi. Asalkan Hiro bersamanya. Hiro mengeluh panjang jika dia teringat semula kejadian yang berlaku.

"Aku memang bodoh...."kata-kata yang selalu diucapkan setiap kali selesai berjumpa dengan Rei di bangunan lama.

"Hiro... Hiro.. awak tak apa-apa ke? Bento awak belum habis lagi.. awak teringat kat sapa ni?" Tanya Rei sambil melihat wajab Hiro lama-lama.

"Tak.. tak ada apa-apa.. saya dah kenyang. Sebenarnya saya nak bagitahu awak. Dalam masa tiga hari ni saya tak aka  jumpa awak buat sementara. Saya akan bercuti. Tapi tak lama. Awak jangan risau ya.. selepas tiga hari, saya akan datang jumpa awak kat sini waktu pagi." Cerita Hiro sejelasnya. Rei tunduk kelantai dan menjauhi Hiro.

"Awak.... awak sebenarnya nak tinggalkan saya kan? Saya dah banyak menyusahkan awak.. saya minta maaf.. pergilah.. saya akan berada kat sini sampai bila-bila... saya tak perlukan awak lagi.."Rei mula menangis dengan sayu. Suaranya sungguh lembut tetapi menyeramkan.

"Rei.. saya bukan nak tinggalkan awak.. saya cuma nak pergi bercuti.. tak lama pun. Tiga hari je.. tolonglah benarkan saya lepaskan tension saya.. onegai..." rayu Hiro sambil menunduk dihadapan Rei. Rei mendiamkan diri.

"Baiklah.. saya benarkan. Tapi ingat! Datang balik ke sini selepas tiga hari. Janji tau!" Balas Rei sambil tersenyum.

"Wakatta!! Hai! Im promise! Saya kena pergi dulu. Kelas saya dah nak bermula. Ja nee Rei chan! Matta aimasho!!" Ucap Hiro sambil berlari keluar dari kelas.

                  Rei melihat sesuatu. Bekas bento Hiro masih ada di situ. Rei sedikit hairan kerana Hiro tidak pernah lupa untuk membawa barangannya selama mereka kenal.

"Kiwotsukete Hiro chan!" Rei mengucapkan kata-kata itu didalam hatinya.

           Akhirnya kelas mereka tamat pada pukul 5 petang. Masing-masing bergembira kerana dapat bercuti selama tiga hari berturut-turut. Shiro dan Kuro pulang bersama Hiro dengan menaiki kereta. Hiro dapat melihat Rei sedang berdiri tidak jauh dari pagar kampus dengan pandangan risau. Hiro sedikit pelik.

"Yo Hiro Kun! Kau kenapa? Muka macam tak sihat je.." panggil Shiro yang berada di sebelah pemandu iaitu Kuro.

"Tak.. tak ada apalah.. aku cuma pelik.. kenapa muka Rei lain macam tadi? Tak pernah dia macam tu.." jawab Hiro perlahan.

"Mungkin dia sedih sebab kau nak tinggalkan dia buat sementara waktu. Biasalah tu.. pasangan kekasih... mesti sayang nak lepas.. hehehe!." Usik Kuro sambil ketawa.

"Aku juga yang malang. Dapat kekasih yang bukan manusia.. sedih.." balas Hiro sambil mengeluh berat.

"Sebab kau je yang boleh nampak dia. AKu ni setakat boleh sense aura diorang je. Kau kira beruntung tau. Jangan mengeluh. Tak baik. Mesti ada sebab kenapa dia yang jadi kekasih kau.. fikir positif bro!" Nasihat Shiro dengan mimik muka yang serius. Kuro perhatikan muka kembarnya.

"Hahahaha!! Tak sangka aku! Kau yang skru tertanggal ni pun boleh keluarkan ayat yang indah macam tu! Bagus adikku! Salute!" Kuro memberi tabik hormat pada Shiro.

"Terima kasih.. terima kasih.." balas Shiro dengan senyuman yang melucukan. Hiro turut ketawa dengan telatah mereka berdua. Mereka selamat menghantar Hiro dirumahnya sebelum mereka pulang kerumah mereka.

(Pada pukul 2 pagi)

                 

                Hiro sedang membaca komik yang baru dibelinya di dalam bilik sambil berchatting dalam fac. Semasa sedang asyik membaca, dia menyedari neko kesayangannya tiada di dalam bilik.

"Mana inu pergi ya? Selama ni dia tak pernah tidur luar. Mungkin dia ada kat dapur tengah makan kot." Hiro membuka pintu biliknya dan berjalan menuju ke dapur. Satu suara halus kedengaran. Disaat Hiro melangkah masuk, dia terkejut besar apabila melihat seseorang yang memakai baju serba hitam sedang mengambil sesuatu dilantai. Sesuatu yang berbulu dan dipenuhi dengan darah. Hiro dapat mengagak apa yang dipegang oleh lelaki itu. Hiro kaku disitu tanpa bergerak. Disaat dia ingin berundur, lembaga hitam yang menyerupai manusia itu menoleh kearahnya. Wajah seseorang yang tidak dikenali.

"Apa yang kau buat di sini?!" Tanya lelaki itu dengan suara yang garau. Hiro agak tercabar apabila penceroboh menanyakan soalan yang sepatutnya ditutur olehnya. Hiro berdiri tegak dengan membuat gaya tegas.

"Ini rumah aku! Aku sepatutnya tanya soalan tu kat kau! Apa yang kau buat kat dalam rumah aku?! Dan apa yang kau dah kau buat pada kucing aku?!" Tanya Hiro dengan garang. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Nama aku Eric... Kucing kau dah mati. Dan..." lelaki itu berhenti bercakap walaupun Hiro tahu masih ada lagi perkara yang ingin dikatakan oleh lelaki misteri itu. Paling mengejutkan apabila lelaki itu bergerak ke arah dinding dan menembusinya dengan meninggalkan sesuatu di lantai. Hiro semakin panik. Apakah yang berlaku sebenarnya? Dia melihat kucingnya iaitu Inu yang telahpun mati. Isi perutnya seakan dirobek dendagan ganas oleh sesuatu dengan kesan darah di merata tempat.

"Inu.... Inu...."Hiro memeluk bangkai neko kesayangannya dan menangis...

(Realiti)

           Hiro tersedar dari tidurnya dengan kesan air mata yang masih mengalir di pipi. Dia terbangun sendiri dan berdiri. Badannya menggigil secara automatik. Dan perasaan seram sejuk mula bersarang. Dia melihat sesuatu bergerak di bawah selimutnya. Dia cuba membuka selimutnya dengan tangan yang terketar-ketar. Apabila dibuka, satu suara menyebabkan Hiro tersenyum lebar.

"Inu!!!" Inu keluar dari dalam selimut dan bersuara manja. Hiro memeluk neko kesayangan dan menciumnya beberapa kali. Setelah bertenang untuk seketika, dia kembali memikirkan semula tentang mimpinya. Adakah mimpinya betul? Dan siapa Eric yang sebenarnya?

(tamat bab 2)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience