PART 10

Adventure Completed 1568

(Di rumah Ena Mia)

"Apa yang perlu kami buat sekarang Ena Mia? Takkan kena tunggu sini sampai esok?" Tanya Kishi kun sambil melihat kearah Ena Mia. Yang lain-lain juga inginkan kepastian. Ena Mia hanya mendiamkan diri.

"Saya perlu keluar dulu. Berjumpa dengan ayah saya. Upacara korban yang manusia lakukan setiap tahun perlu dihentikan sekarang. Kalau tak, roh yang berada di sini akan dibangkitkan. Jika perkara itu berlaku, manusia akan terima padahnya. Malam ini adalah malam dimana dua dunia bergabung. Jika pertumpahan darah berlaku, keadaan akan menjadi tidak stabil. Walau setitik darah yang keluar dari badan manusia, dua dunia kita akan terbuka. Masa itu tiada siapa yang akan selamat kecuali..." Jelas Ena Mia perlahan. Kesemua mata tertumpu padanya.

"Kecuali apa?? Cakaplah.." desak Kie. Satu tepukan di belakangnya membuatkan dia berhenti bercakap. Kuroi merenung Kie dengan wajah garang.

"Kecuali apa Ena Mia? Apa yang perlu kami lakukan untuk menghilangkan semua perkara buruk ni jika benar-benar ianya terjadi?" Tanya Azuyu pula.

"Kecuali salah seorang manusia dijadikan korban untuk kali yang terakhir. Selepas itu kaum kami akan menutup hutan dan gunung ini dari dalam dengan menggunakan kuasa pelindung kami. Jika perkara ini berlaku, manusia tidak akan dapat melihat kami atau makhluk lain buat selama-lamanya." Terang Ena Mia sambil melihat bola kristalnya.

"Jadi... kami tak akan dapat tengok awak, Takumi atau Ai lagi.." tambah Hiro dari jauh. Semua orang mengeluh berat.

"Itu lagi baik dari makhluk jahat lain keluar dan kacau korang semua. Sepatutnya benda ni dah lama dirahsiakan dari manusia. Manusia tak ada hak untuk tahu hal kami, makhluk alam lain. Disebabkan seseorang yang baik hati, keadaan bertambah buruk. Dan rahsia besar terbongkar sehinggalah ramai makhluk alam ghaib yang inginkan kedamaian lenyap kerana disangkakan makhluk jahat. Aku benci manusia!" Luah Takumi. Dia yang berpakaian serba hijau, memakai bandana di kepala dan berambut pacak merenung Ena Mia dan Kishi kun bersilih ganti. Masing-masing seperti merahsiakan sesuatu.

"Perkara itu sudah lama berlaku. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi. Lagipun bukan salah Ena Mia. Semuanya salah saya. Saya yang terlalu terburu-buru. Gomenasai Takumi san!" Ucap Kishi kun sambil tunduk hormat. Takumi hanya menjeling.

"Tsk! Kau ingat aku akan lupakan semua tu ke? Kerana kau, aku hilang adik aku selama bertahun-tahun. Dan kerana kau keluarga aku mati. Walaupun aku dah jumpa adik aku yang sebenar, dia tak akan anggap aku abangnya. Kerana aku seorang Yokai. Kau bersalah dalam hal ni!" Marah Takumi. Aura api kelihatan diseluruh badannya.

"Berhenti Takumi Kun!! Jangan ikutkan dendam. Semua ni terjadi sebab ada tujuannya. Awak tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ni!" Kata Ena Mia tegas.

"Apa yang korang cakapkan ni? Kami tak faham." Kata Shinji hairan.

"Kalau kau nak tahu sangat, tanya dia! Dia tahu kenapa di sini terlalu banyak roh-roh yang tak aman! Dan kenapa gunung Hameda boleh berhubung dengan dunia kami!" Tengking Takumi sambil menunjukkan jarinya pada Kishi kun. Aura apinya semakin kuat.

"Apa yang berlaku Kishi kun? Boleh awak terangkan?" Tanya Kuroi mewakili yang lain. Kishi kun melihat wajah-wajah yang penuh kehairanan itu satu persatu. Dia menarik nafas panjang.

"Perkara ni perlu dirahsiakan. Saya tak akan ceritakan pada sesiapa. Saya dah berjanji." Jawab Kishi kun tenang. Dia melangkah keluar dari rumah Ena Mia. Takumi mengikutnya dari belakang. Pintu terkunci sendiri. Mereka meluru ketingkap untuk melihat apa yang akan berlaku.

"Kau jangan nak lari!" Panggil Takumi dan menarik kuat baju Kishi kun. Kishi kun berhenti melangkah dan merenung Takumi.

"Jangan paksa aku... benda tu dah lama lepas. Aku taknak ingat lagi." Jawab Kishi kun perlahan.

"Kau boleh lupakan semua tu! Tapi aku tak! Disebabkan kau, aku hilang keluarga aku! Disebabkan kau, aku hilang adik aku! Dan disebabkan kau juga, dua dunia kacau bilau! Semua sebab kau!!" Marah Takumi sambil mencengkam kolar baju Kishi kun. Kishi kun hanya diam tiada reaksi.

(Di dalam rumah)

"Hei! Mereka nak gaduhlah! Apa yang jadi sebenarnya ni?" Tanya Shinji yang melihat.

"Mana? Mana? Kie tak nampak!" Kie melompat-lompat untuk melihat tetapi gagal kerana tingkap dikerumuni oleh yang lain-lain.

"Tak payah sibuklah.. budak-budak pergi main jauh-jauh!" Kata Shinji sambil tolak kepala Kie jauh darinya. Kie menghentak kaki Shinji sekuat hati.

"Ittai!!!" Shinji pula yang terlompat-lompat sambil memegang kaki kanannya. "Tak guna punya budak!" Marah Shinji sambil duduk di lantai.

"Padan muka!!" Ejek Kie sambil tersenyum lebar. Dia melihat ketingkap.

              Kuro yang berada di sisi Shiro yang masih tidur, tidak mahu melihat apa yang berlaku tetapi hatinya kuat mengatakan perkara yang disebut oleh Takumi berkaitan dengan mereka.

"Macammana Takumi boleh kenal dengan Kishi kun? Rasanya selama kita kenal, mereka tak pernah berjumpa." Kata Hiro pelik.

"Aku tak tahu. Aku sendiri pun hairan. Kita tunggu je kat sini. Mungkin kita akan tahu kejap lagi." Balas Kuro dengan suara yang lembut. Mereka yang asyik melihat kearah kawan-kawan yang memandang ketingkap tidak menyedari sesuatu telah terjadi.

"Kuro.... kita kat mana?" Kedengaran suara yang mereka kenali. Kuro dan Hiro menoleh serentak kebelakang mereka.

"Shiro? Shiro!!" Jerit Kuro dan terus melihat adiknya dengan erat. "Nasib baik kau tak apa-apa!" Kuro sebak melihat adiknya telah sedar.

"Yokatta ne..." sebut Hiro dalam hati. Dia tersenyum gembira.

"Apa yang jadi? Rumah siapa ni? Cantik..." puji Shiro sambil melihat keadaan sekeliling.

"Panjang ceritanya. Nanti aku cerita ok." Jawab Kuro. Shiro melihat kearah tingkap.

"Itu kak Azuyu ke? Onee chan!!" Panggil Shiro gembira melihat Azuyu yang masih sibuk melihat ke luar. Azuyu menoleh kebelakang.

"Shiro Chan!! Awak dah ok ke?" Azuyu melambai kearah Shiro. Shiro bangun dan berjalan kearah Azuyu. Hiro dan Kuro mengikut dari belakang.

"Rasanyalah. Macammana onee chan boleh ada kat sini? Bukan ke onee chan dah sampai New Zealand untuk sambung belajar?" Tanya Shiro.

"Tak adalah. Nee chan tak jadi pergi. Shiro! Tengok sana! Aniki awak nak gaduh!" Tunjuk Azuyu kearah tingkap. Shiro melihat sama bersama dengan Kuro dan Hiro. Kuroi hanya mendiamkan diri bersama dengan Ena Mia dan Ai di bahagian tengah rumah. Ena Mia menggunakan kuasanya untuk menjelmakan air teh panas dihadapan Kuroi.

"Silakan...."  ajak Ena Mia tenang.

"Awak tak risaukan mereka ke? saya takut mereka bertarung pula." Tanya Kuroi bimbang.

"Jangan risau. Mereka memang macam tu. Kalau dengan cara bergaduh boleh meleraikan permusuhan mereka, biarkan saja. Kita tunggu sehingga mereka berpuas hati." Jawab Ai sambil menghirup air teh yang panas itu. Begitu juga Ena Mia.

(Di luar rumah)

"Lepaslah!" Marah Kishi kun sambil menyentap semula kolar bajunya. Takumi hanya terdiam menahan marah.

"Aku tak akan lupakan peristiwa tu Kishi! Tak mungkin! Dan aku harap kau tak lupa siapa sebenarnya Kuro dan Shiro. Mereka bukan ahli keluarga kau!" Tengking Takumi lagi. Sengaja membangkitkan amarah di dalam diri Kishi kun.

"Mereka adalah adik beradik aku! Termasuklah Hiro! Dan kau jangan nak masuk campur urusan aku!" Balas Kishi kun tegas.

"Kenapa? Kau takut mereka akan tahu mereka adalah separuh manusia dan separuh yokai? Kau dah lama rahsiakan hal ini dari  mereka. Mereka berhak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya." Kata Takumi sambil senyum sinis.

"Diam!! Mereka tak perlu tahu! Aku dah berjanji dengan oka-san dan oto-san akan rahsiakan hal ni. Dan aku harap kau tak akan buka mulut." Tengking Kishi kun dengan wajah serius.

"Hahaha! Kau takut mereka akan lari dari kau ke? Mereka bukan manusia biasa. Mereka lahir disini. Mereka anak manusia dan yokai. 18 tahun lepas, keluarga kau datang kesini. Dan terjadi sesuatu yang dasyat masa tu. Kebetulan keluarga kau melalui kawasan berkenaan. Pertarungan antara yokai dan manusia telah tercetus kerana kelahiran si kembar. Manusia menganggap si kembar adalah bala dan perlu dihapuskan. Ibu bapa kau terlihat kejadian ini dan sempat menolong seorang wanita yang sedang memegang dua anaknya ketika dikejar oleh manusia bodoh! Pada waktu itu ibu mereka yang sebenar, seorang manusia menyerahkan mereka kepada ibu bapa kau dan menghilangkan diri didalam hutan. Dan keluarga kau pergi dari gunung Hameda secepat mungkin. Kau tahu semua tu bukan?" Cerita Takumi. Dia tersenyum mengejek dihadapan Kishi kun yang melihat tepat kearahnya.

"Berhenti! Semuanya dah berlalu! Mereka berdua dah besar. Apa tujuannya kau buka rahsia ni Takumi?!" Ujar Kishi kun tegas. Meganenya diambil dan dimasukkan kedalam poketnya.

"Sebab aku berdendam dengan kau. Kau penyebab keluarga aku lenyap. Semuanya kerana kau!" Tambah Takumi lagi. Ais yang berada di sekelilingnya cair selepas aura apinya dikeluarkan.

"Takumi, apa yang berlaku pada 15 tahun lepas adalah silap aku. Aku mengaku. Tapi masa tu aku masih lagi budak mentah. Aku tak tahu apa-apa." Kata Kishi kun sambil melihat kearah lain.

"Aku akan sentiasa ingat perkara tu! Dan sekarang aku dah bebas. Aku tak akan lepaskan kau!" Serta merta Takumi menyerang dengan api di tangan. Kishi kun bersedia dari tadi. Dia hanya mengelak serangan dari Takumi. Tidak terlintas dihatinya untuk membalas. Mungkin ini sahaja caranya untuk dia meredakan kemarahan di dalam hati Takumi selama 15 tahun.

                Takumi menyerang bertubi-tubi. Api dilemparkan beberapa kali hingga membakar sebahagian pokok-pokok di kawasan mereka. Kishi kun akhirnya mengambil keputusan untuk membalas selepas melihat keadaan agak tidak terkawal. Dua pisau yang disimpan di tepi lengan dikeluarkan dan bersedia untuk menyerang. Kedua-duanya berada di dalam mode pantas. Takumi menggunakan kuasa apinya untuk membentuk sebilah pedang. Kedua-duanya bertembung dan api kelihatan disaat senjata mereka bertembung. Malam semakin hampir dan langit bertukar gelap. Di luar rumah hanya kelihatan percikan api dari pedang dan pisau mereka. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan rosak teruk kerana pertarungan itu.

"Mereka berlawanlah! Kuasa api dari yokai berlawan dengan manusia biasa. Hebat!" Kie bersorak didalam rumah teruja.

"Habis semuanya dah terbakar. Nampaknya Takumi betul-betul marah." Kuro mengulas keadaan yang berlaku secara ringkas.

"Terbakar?" Sebut Ena Mia terkejut.

"Habislah...." Ai menggelengkan kepala. Kuroi hanya mengangguk faham. Ena Mia hilang serta merta.

         Di luar, pertarungan masih diteruskan. Masing-masing kelihatan letih dan cedera. Takumi menyerang lagi sekali dengan api di tangannya yang marak. Tiba-tiba, keadaan sekeliling dihujani oleh air yang entah dari mana datangnya. Api di tangan Takumi terpadam. Ena Mia muncul ditengah-tengah mereka.

"Kamu berdua memang akan menerima balasan kerana telah merosakkan alam semulajadi saya!!" Marah Ena Mia. Ai juga kelihatan di situ.

           Air yang dihasilkan oleh Ena Mia kelihatan seperti ombak besar dan menenggelamkan Takumi dan Kishi kun. Kedua-duanya kelihatan lemas didalam air. Ena Mia membiarkan mereka untuk seketika.

"Ena Mia chan, sudahlah tu. Nanti mereka akan mati..." bisik Ai perlahan. Ena Mia mendengus. Ena Mia menghilangkan air yang ada di sekitar Takumi dan Kishi kun. Kedua-dua mereka tercungap-cungap menarik nafas masing-masing.

"Ena Mia! Kenapa buat kami macam ni?" Tanya Takumi dengan tegas.

"Supaya kamu berdua tahu betapa pentingnya tunbuhan dan alam semulajadi. Tanpa mereka, kamu tidak akan merasai udara yang nyaman dan hidup sihat selama ini!" Tegas Ena Mia dan menjeling kearah mereka berdua. "Dan saya tak akan teragak-agak membunuh sesiapa sahaja jika mereka cuba membahayakan alam semulajadi saya!" Ucap Ena Mia tegas. Mata hijaunya bercahaya terang. Takumi dan Kishi kun tersentak.

"First time tengok pari-pari hutan marah... seram..." bisik hati Kishi kun.

(Selepas beberapa minit)

           Mereka dirawat di dalam rumah. Hiro yang mengetahui tentang ubat ubatan menolong Kishi kun dengan membalut bahagian yang luka. Selepas itu, Hiro menolong Takumi pula. Takumi hanya merenung wajah Hiro lama-lama. Keadaan menjadi agak janggal pada Hiro.

"Tak payah nak malu-malu. Cakap je." Kata Kishi kun sambil melihat Takumi dengan hujung mata. Serta merta Takumi menoleh kearah Kishi kun.

"Apa kau cakap?! Jangan masuk campur urusan aku!" Tengking Takumi.

"Suka hati akulah. Tadi kau masuk campur urusan aku. Sekarang aku pula akan buat macam tu." Balas Kishi kun dengan wajah selambanya. Dia menghirup air teh panas yang disediakan oleh Ena Mia.

"Apa?! Kau memang nak kena!" Marah Takumi sambil menunjukkan penumbuknya.

"Ehem!!" Kuroi berdehem dan menunjukkan kearah Ena Mia yang sedang mengeluarkan air dari tangannya. Takumi duduk semula di lantai sambil berpeluk tubuh. Dia mengeluh dalam keadaan marah.

"Lain kali aku tak akan lepaskan kau!" Tegas Takumi.

"Aku tak takut.." sindir Kishi kun dengan suara perlahan.

"Awak berdua ni kenapa? Macam ada rahsia yang awak sembunyi dari kami. Tolong bagitahu boleh tak? Supaya perkara ni jelas."minta Azuyu.

"Sebenarnya saya dan Shiro bukan adik pada onii chan... oka-san dah ceritakan semuanya pada kami masa kami berusia 15 tahun. Tapi kami sembunyikan dari aniki sebab kami tahu benda ni adalah rahsia. Maafkan kami onii chan..." jelas Kuro serius.

"Betul tu. Kami sengaja datang kesini sebab kami nak tengok tempat asal kami. Dan disebabkan kami, oka-san.. oto-san... semuanya sebab kami...." Tambah Shiro mula menangis.

            Kishi kun bergerak kearah adik-adiknya dan memeluk mereka. Diusap-usap rambut adik-adiknya dan memujuk. Masing-masing terdiam di saat itu. Kishi kun melihat kearah Takumi. Takumi mencebik dan terus memeluk Hiro dengan erat. Hiro terkejut.

"Kau ingat kau seorang ada adik? Aku pun adalah!" Kata Takumi sambil menjeling.

"Hah?? Adik? Saya ke?" Tanya Hiro pelik. Dia membiarkan Takumi memeluknya dalam keadaan hairan.

"Ya.. kau adik aku. Walaupun kita berlainan dunia, kau adik aku. Kau dibawa pergi semasa kita bermain di dalam hutan. Masa tu aku berumur 7 tahun dan kau 5 tahun. Aku nak cari bunga untuk dibuat ubat atas arahan Ena Mia. Aku terlepas pandang. Kau hilang. Masa aku tengah cari kau, aku nampak Kishi ada kat tempat suci kaum kami! Dia tengah cabut kristal pelindung yang kaum kami buat untuk lindung dunia kami dari dilihat oleh manusia. Aku cuba halang tapi dah terlambat. Pelindung dibuka semasa hari perayaan yokai di dunia kami. Kristal tu pecah. Semua manusia nampak kami dan mula takut. Semua yokai melarikan diri kerana takutkan manusia termasuklah aku. Tapi aku cuba juga cari kau. Akhirnya aku nampak kau dibawa pergi oleh keluarga Kishi. Aku ditangkap oleh En. Honda dan dijadikan boneka dia. Semuanya salah dia!!" Cerita Takumi geram. Dia masih menyimpan dendam yang membara di hatinya.

"Aku tak sengajalah!! Mana aku tahu benda bulat tu kristal pelindung!! Kalau aku tahu, aku takkan usik!" Tengking Kishi kun.

"Kau yang bodoh sebab tak nampak tanda yang kami tulis!! Dah terpampang kat situ 'jangan datang dekat'!! Tapi kau pergi dan usik benda tu! Kalau kau tak buat macam tu, adik aku tak akan hilang! Mak dan ayah aku takkan lenyap! Dan gunung Hameda tak akan dihuni oleh roh jahat!!" Marah Takumi sambil mengangkat satu kaki dan menunjukkan penumbuk.

"Aku dah banyak kali cakap!! Aku tak sengaja!!! Benda tu cantik!! Aku usiklah!! Lagipun bukan aku yang nak datang ke sana! Aku terlihat Ena Mia!! Aku ikut dia!!  Kau faham tak?!!" Jerit Kishi kun sambil merenung tajam kearah Takumi.

"Hei.... korang... diamlah... Ena Mia macam dah nak meletup tu..." bisik Shinji sambil menarik kuat baju Kishi kun. Terlancar satu pisau tajam diantara mereka dan terpacak di dinding. Pisau itu bertukar menjadi air. Mereka menoleh kearah Ena Mia yang menutup mata dan sedang menahan marah.

"Gomenasai!!" Ucap mereka serentak dan tunduk hormat. Ena Mia menarik nafas sedalamnya dan menghembus keluar.

"Sekarang saya akan bawa awak semua ke bawah. Sebab saya tak mahu manusia terlibat dalam hal ini. Jadi, sayonara kamu semua. Semoga kita akan bertemu kembali. Kita berangkat sekarang." Arah Ena Mia serius. Mereka bersedia untuk pulang. Masing-masing keluar dari rumah lengkap berpakaian tebal yang dihadiahkan oleh Ena Mia. Ai mengikut dari belakang.

             Muncul Tengu san di situ. Dia ingin mengikut dan menjaga mereka sehingga mereka selamat pulang.

"Kishi sama, saya dah turunkan ibu dan bapa tuan ke bawah. Dan mereka dijaga dengan rapi." Lapor Tengu san ringkas. Kishi kun hanya mengangguk faham. Perasaan sedihnya perlu dipendam demi adik-adiknya. Mereka berjalan beriringan sambil ditemani cahaya dari kuasa bola kristal Ena Mia. Keadaan gelap gelita. Jam telah menunjukkan pukul 8 malam. Kuroi terbang bersama Tengu san. Azuyu, Kie dan Shinji berjalan di hadapan bersama Ena Mia dan Ai. Si kembar berjalan beriringan dengan Hiro. Manakala kishi kun dan Takumi dibelakang sekali.

"Maaf sebab buat silap 15 tahun lepas. Aku cuba tebus balik kesalahan aku dengan mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri kerana ingin melindungi orang-orang yang aku sayang. Dan juga dunia ni. Oto-san benarkan aku pelajari seni ninja kerana dia tahu suatu hari nanti aku akan berdepan dengan situasi yang macam ni. Tentang Hiro, aku sembunyikan Hiro dari kau bukan sengaja. Aku sendiri tak tahu yang dia adik kau. Masa dia dibawa naik kedalam kereta, dia cedera teruk. Mungkin orang ramai pukul dia kerana sangkakan dia adalah yokai. Kami rawat dia di rumah kami. Oto-san yang merupakan pakar sejarah telah menemui satu ayat lama untuk memadamkan ingatan manusia. Apabila Hiro sedar, dia asyik meracau dan membakar barang-barang kami. Kami terpaksa memadamkan ingatannya. Seminggu selepas itu, saudara kami menyatakan niat untuk mengambil Hiro sebagai anak angkat. Jadi kami berikan Hiro kepada mereka. Walaupun Hiro tinggal dirumah lain, tapi kami sentiasa memantau keadaan dia dan menolong apa yang perlu. Sehinggalah dia dah besar. Aku ingatkan nak beritahu dia hal sebenar semasa umur dia 21 tahun. Tapi dah terbongkar pun. Jadi, aku nak minta maaf pada kau. Gomenasai..." cerita Kishi kun panjang lebar. Takumi hanya mendiamkan diri.

"Baik! Kali ini aku maafkan kau. Tapi kalau kau buat perangai lagi, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau!" Tegas Takumi. Dia berjalan kehadapan bersama Hiro.

"Takumi san, awak ada kuasa api.. kalau betul saya adik awak, kenapa saya tak ada kuasa api macam awak?" Tanya Hiro ingin tahu. Takumi hanya tersenyum.

"Sebelum itu panggil saya aniki atau onii chan. Kalau diikutkan, Hiro pun ada kuasa api tu tapi tak kuat sebab Hiro separuh manusia. Ayah sebenar Hiro seorang manusia biasa. Berkahwin dengan oka-san yang merupakan seorang yokai dari kaum api. Disebabkan perintah dari ketua kaum supaya manusia dengan yokai tidak dibenarkan bersama, mereka terpisah. Tapi mereka dapat Hiro! Nama Hiro yang dulu adalah Miraie. Nama yang ibu bagi. Maksudnya masa depan. Ibu berharap yang Hiro akan membuktikan pada manusia yang yokai juga sama seperti mereka. Kuasa Hiro dipendamkan supaya bila tiba masa, Hiro akan dapat mengawalnya seperti yang Hiro nak. Tengok jugalah keadaan Hiro macammana masa tu." Jelas Takumi bersungguh-sungguh.

"Wakatta!! Arigato onii chan!" Ucap Hiro gembira. Impiannya menjadi kenyataan.

            Perjalanan mereka terhenti apabila mereka melihat satu tasik yang amat cantik dihadapan mereka. Dengan air yang kebiruan, jelas kelihatan keadaan di dalam air. Ena Mia duduk di tepi tasik dan meminumnya. Keseluruhan tubuhnya bercahaya.

"Wow! Air apa tu? Kie nak minum!" Kata Kie teruja.

"Ini air suci. Air untuk kelihatan muda buat selama-lamanya. Maksud saya air untuk menjadikan kita hidup buat selama-lamanya. Dan juga boleh menghidupkan manusia yang telah mati. Tetapi tempat ini dirahsiakan dan disembunyikan. Manusia tidak boleh tahu tentang ini. Cukuplah sekali tempat ini menjadi buruan manusia tamak." Terang Ena Mia. Dia membetulkan kimononya.

"Dan air ini juga boleh menyembuhkan luka dan kecederaan manusia. Tetapi tidak boleh dibawa keluar dari sini. Air ini perlu tetap disini. Jika dibawa keluar, ia akan menjadi air biasa." Tambah Ai lagi.

"Manusia tamak.... maksud awak dah ada manusia yang sampai ke sini sebelum kami?" Tanya Kuroi sambil meneliti air tasik.

"Ya.. 15 tahun dahulu selepas pelindung dibuka, banyak manusia datang kesini. Pada waktu iti, mereka sudah tahu kelemahan kami yokai. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk kami lenyap. Pada suatu hari, ada seorang manusia datang kesini. Secara tidak sengaja, dia minum air ini. Dia menjadi kebal dan hidup buat selama-lamanya. Namun badannya tidak bertahan lama. Dia menjadi roh yang tidak aman disini dan menganggu manusia. Banyak manusia disesatkan di dalam hutan dan ada yang mati dibunuh atau terbunuh. Roh ini akan membawa padah pada kami juga. Disebabkan itu, dunia yokai dengan manusia harus dipisahkan dan dibiarkan seperti itu buat selama-lamanya. Disebabkan manusia takutkan yokai dan sentiasa diganggu oleh Roh yang tak aman ini, mereka menyediakan korban setiap tahun. Bagi mereka inilah satu-satu caranya untuk lepas darinya. Tetapi mereka silap. Sebenarnya roh yang tak aman ni semakin banyak selepas mereka mengorbankan kaum sendiri. Mereka tidak berpuas hati tentang kematian mereka. Maka terjadilah ini. Saya minta kerjasama kamu semua. Jangan datang kesini lagi selepas pelindung diaktifkan. Ini untuk kebaikan semua." Terang Ena Mia panjang lebar.

            Kie berlari kearah tasik dan meminum airnya. Begitu juga Kuroi, Shinji, Azuyu, Tengu san, si kembar, Takumi dan juga Kishi kun. Selepas Takumi, Hiro melangkah kehadapan. Dia yang terakhir. Kesemua yang ada berada jauh dari tasik dan berborak antara mereka. Kishi kun dan Takumi berada berdekatan dengan Hiro. Kie menghidu sesuatu yang asing bagi dirinya.

"Ada orang kat sini!! Aura jahat!" Jerit Kie sambil menunjuk kedalam semak yang gelap.

            Satu cahaya terang kelihatan di dalam semak. Serentak dengan itu, Hiro mulai jatuh kedalam tasik dengan kesan tembakan tepat di dada. Sama seperti di dalam mimpinya. Dari jauh, Hiro dapat melihat satu lembaga hitam. Darah yang mengalir menitik ketanah.

              Satu jeritan kedengaran di seluruh gunung Hameda. Kesemuanya menutup telinga kerana terlalu nyaring dan kuat. Kishi kun melompat kedalam air untuk menyelamatkan Hiro yang semakin tenggelam jauh kedalam tasik. Kelihatan darah bertakung diatas tasik. Takumi tidak boleh memasuki tasik kerana kuasa apinya.

"Hiro!!" Panggil Takumi. Kesemuanya panik. Muncul seorang lelaki yang berdarah seluruh badan. Si kembar mengenalinya. Begitu juga Takumi.

"Takeru? Kau masih hidup.." sebut Kuro terkejut. Begitu juga dengan Shiro.

"Akhirnya dendam aku terbalas.... budak yang telah bunuh ayah aku sudah mati! Hahaha!!!" Takeru seperti orang hilang akal. Menembak rambang kesemua arah. Shinji dan Azuyu membuat benteng ais disekeliling mereka. Ai memerangkap Takeru di dalam aisnya. Pistol di buang jauh. Takumi masih mencari-cari di mana adiknya.

(Di kampus. Belakang bangunan lama)

              Rei sedang termenung di dalam kelasnya. Tiba-tiba dia melihat Hiro berada di situ. Seluruh badan Hiro dalam keadaan basah. Rei tersenyum lebar. Dia berlari kearah Hiro.

"Hiro!! Selamat pulang!! Saya rindu awak!!" Jerit Rei dan terus memeluk Hiro. Anehnya kali ini Rei dapat merasai sentuhan dari seluruh tubuh Hiro yang tidak pernah dirasai selama ini. Dia berundur kebelakang dengan wajah keliru. Dia teringat semula kata-kata dari Hiro sebelum ini.

"Tak mungkin.... awak bukan Hiro kan? Hiro belum mati lagi... Hiro dah janji..." Hiro hanya berdiri disitu tanpa bergerak walau seinci. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kosong. Seperti patung yang tidak bernyawa. Rei mendekati Hiro.

"Tolong pergi dari sini.... pergi... saya nak Hiro saya yang dulu.. saya janji saya tak akan minta yang bukan-bukan lagi... saya nak Hiro saya yang dulu... Hiro... Hiro!!" Rei menjerit sekuat hati. Bayangan Hiro lenyap.

(Di tasik)

"Hiro... Hiro... bangun.... Hiro..." panggil Takumi perlahan dihadapan Hiro yang telah diselamatkan oleh Kishi kun. Kesan tembakan telah sembuh. Hanya kesan darah yang kelihatan. Hiro membuka mata perlahan-lahan dan melihat wajah kesemua kawan-kawannya yang serius.

"Yokatta!! Yokatta!!" Si kembar memeluk erat Hiro yang berjaya diselamatkan oleh Ena Mia menggunakan air tasik.

"Apa yang jadi?" Tanya Hiro yang masih bingung.

"Kau kena tembak oleh Takeru. Tapi kau selamat sekarang. Ena Mia selamatkan kau. Pulihkan balik jantung kau yang dah hancur. Nasib baik air tasik ni ada!" Jawab Shiro terharu. Hiro melihat Takeru yang masih dibekukan separuh badannya oleh Ai. Kishi kun berada bersama Ena Mia di sebelah tasik. Azuyu, Shinji, Kuroi dan Tengu san berada bersama Ai memerhatikan keadaan sekeliling.

"Kita semua kena pergi. Keadaan semakin bahaya! Pintu antara dua dunia telah terbuka. Kita hanya ada masa 10 minit untuk sampai kebawah. Sementara itu Ena Mia akan cuba halang makhluk lain dari keluar dari pintu! Cepat!!" Arah Kishi kun selepas berbincang dengan Ena Mia tentang strategik mereka.

          Takumi mengendong Hiro di belakangnya dan menggunakan kuasa apinya untuk bergerak pantas. Kesemua mereka menggunakan kuasa masing-masing. Tengu san dan Kuroi melihat sesuatu dari jauh ketika terbang. Satu cahaya terang bersinar ditengah-tengah gunung Hameda.

"Nampaknya mereka dah muncul." Kata Tengu san perlahan.

"Itu bermakna kita kena cepat!" Jawab Kuroi. Mereka terbang dengan kelajuan pantas.

               Akhirnya mereka sampai di kaki gunung. Sebaik sahaja kaki mereka melangkah dari kawasan gunung, mereka melihat kebelakang. Takumi menurunkan Hiro disisi kawan-kawannya.

"Onii chan terpaksa pergi. Jaga diri Hiro chan. Kalau ada peluang, kita akan bertemu kembali. Buat masa sekarang, jangan datang kesini. Biar apa pun yang terjadi. Kishi san, tolong jaga adik aku bagi pihak aku. Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu aku. Biar tengu san jadi orang tengah." Minta Takumi dengan suara yang perlahan. Tiba-tiba satu jeritan kedengaran di seluruh kawasan.

"Itu macam suara Takeru." Tegur Azuyu sambil meneliti. Kesemuanya mengangguk setuju.

"Takeru dijadikan korban yang terakhir untuk upacara malam ni. Sekarang semuanya telah tamat. Aku pergi dulu. Sayonara my otouto. Ambil ni. Untuk keselamatan kamu." Kata Takumi dan melemparkan satu rantai yang berbentuk permata pelbagai warna dan satu seruling kecil kepada Hiro.

                  Mereka seperti terlihat sesuatu yang bersinar dari jauh. Cahaya itu seakan-akan lutsinar dan menghampiri mereka. Cahaya yang bersinar terang menjadi pelindung di seluruh kawasan di gunung Hameda dan juga dihadapan mereka. Susuk tubuh Takumi sudah tidak kelihatan.

           Masing-masing berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Keadaan  menjadi senyap sunyi. Tiada lagi kedengaran suara jeritan sesiapa.

"Nampaknya pelindung dah diaktifkan. Kita dah terputus hubungan dengan mereka. Jom kita balik. Ada urusan yang belum selesai." Ajak Kishi kun. Dia berjalan meninggal kawasan itu. Hiro berdiri di situ dan merenung rantai di tangan.

"Semoga kita berjumpa lagi...." bisik hatinya.

              Tidak berapa lama kemudian, pihak berkuasa sampai dan menguruskan perkara yang berlaku. Mereka dihantar pulang kerumah masing-masing selepas memberi keterangan. Mereka mengambil keputusan untuk tinggal di kediaman si kembar untuk sementara. Mayat ibu bapa mereka dan juga En. Honda telah dikebumikan dengan lancar. Kelihatan si kembar memakai baju serba hitam. Mereka berdiri di hadapan kubur ibu bapa mereka dengan linangan air mata.

"Oka-san, oto-san... gomenasai... kami dah banyak buat salah pada kalian. Kami tak sempat nak balas jasa-jasa kalian. Kami minta maaf..." ucap Kuro satu persatu.

"Oka-san, oto-san... Shiro rindu dengan pelukan kalian.. Kami nak tinggal dengan kalian macam dulu.. macammana kami nak hidup tanpa kalian.... kami tak sanggup..." Shiro meratap dihadapan kubur ibu bapa mereka.

           Satu usapan manja dikepala masing-masing membuatkan mereka terdiam.

"Jangan risaukan kami oka-san, oto-san... saya ada disini untuk jaga mereka berdua. Saya akan pastikan mereka berjaya dalam hidup. Saya berjanji!" Luah Kishi kun sambil tersenyum.

"Onii chan..." panggil mereka serentak.

"Jom balik... nanti kita datang lagi. Hidup perlu diteruskan. Hargailah usaha dan jasa oka-san dan oto-san yang sentiasa memastikan kita hidup selama ini. jangan putus asa." Pujuk Kishi kun dengan suara lembut.

"Hait....." jawab mereka serentak. Mereka berlalu dari situ. Di luar kawasan kubur, kawan-kawan mereka menanti. Azuyu, Shinji, Kuroi dan Hiro. Kie juga berada di sana tetapi hanya di dalam kereta. Keadaan fizikal Kie tidak membenarkannya berkeliaran di kawasan manusia. Mereka melambai dari jauh dan tersenyum lebar. Akhirnya hidup yang hampir hilang dikembalikan dengan usaha dan tekad masing-masing. Semangat kekeluargaan merapatkan lagi hubungan mereka walaupun tiada pertalian darah. Hidup perlu diteruskan......

(Selepas 2 bulan)

"Hoi bangun!!!! Hari ni hari yang penting!! Bangun semua!!!" Jerit Kishi kun dari tingkap bawah. Dia mengetuk kuali besi dan membuat bising. Penghuni yang masih tidur bangun secara mengejut. Masing-masing  berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Aniki!! Kenapa bising-bising ni?!" Tanya Kuro agak marah.

"Entah.... hari ni cuti lagi... kami nak rehat..." tambah Shiro pula. Mereka berdiri ditingkat atas. Kishi kun tersenyum.

"Kamu berdua lupa ke hari ni hari apa? Hari ini adalah hari pertama kamu di kampus baru." Jawab Kishi kun. Kuro dan Shiro membuat muka pelik.

"Kampus baru?? Bukan ke kami masih lagi pelajar tahun kedua di kampus lama. Kami kena habiskan tiga tahun di sana baru boleh pindah kampus lain." Kata Kuro lagi.

"Yelah aniki. Mana boleh tukar sesuka hati." Jelas Shiro pula.

"Sebenarnya aniki dah lama rancang semua ni. Aniki dah tukarkan kamu di kolej baru. Berdekatan dengan kolej lama oto-san. Di sana agak istimewa sebab di kolej tu menyediakan pelbagai kemudahan dan kelebihan untuk kita. Bukan hanya kerana kita seorang manusia biasa. Ianya kolej yang agak istimewa." Jawab Kishi kun panjang lebar. Mereka berdua menunjukkan wajah ceria.

"Jadi maksud aniki, kami akan mula belajar disana ke? Cool!!" Kata Kuro gembira. Mereka berdua menepuk tangan.

"Apa yang bising pagi-pagi ni? Orang nak tidur pun tak senang." Kelihatan Shinji keluar dari bilik bersama dengan Hiro.

"Ohayou minna..." ucap Hiro perlahan.

"Ohayou!!" Jawab mereka serentak.

"Dah bangun ke? Mandi dan siap-siap. Nanti kita boleh makan." Muncul Azuyu dan Kuroi dari dalam dapur. Mereka telah selesai menyediakan sarapan pagi.

"Seronok! Seronok! Nak pergi kolej!!!!" Jerit Kie yang sedang memanjat dan melompat sekelilingnya. Telinga dan ekor yang sebelum ini kelihatan di tubuh Kie telah tiada. Cuma taring masih ada tapi tidak terlalu panjang.

"Kie dah lain. Dah sama macam manusia biasa." Puji Hiro.

"Ya! Kie dah jadi manusia! Kie nak masuk kolej. Kie boleh masuk kolej macam awak semua!" Jawab Kie teramat gembira.

"Baguslah. Kita dah bersama dalam satu rumah. Macam pelik tapi sebenarnya bagus. Jomlah pergi kolej baru. Mesti banyak kawan-kawan baru yang akan kita jumpa di sana." Ajak Kuro.

"Kejap! Kami mungkin akan belajar di sana. Tapi Aniki, Kuroi san, Azuyu nee chan dan Shinji san buat apa kat sana?" Tanya Shiro ingin tahu.

"Hahaha! Kami akan jadi pensyarah di sana. Dan kami akan sentiasa perhatikan kamu semua. Jangan nakal-nakal.." jawab Kuroi selamba. Mereka tersenyum lebar.

"Apa?!! No!!!" Jerit mereka serentak termasuklah Hiro.

"Yes!!!!! Woho!!!" Tambah Kie pula.

              Mereka bersiap untuk ke kolej. Kishi kun memasuki bilik Hiro ketika mereka semua berada di ruang tamu. Dia meletakkan satu barang di atas katil Hiro. Dia keluar dari bilik senyap-senyap. Hiro yang baru siap mandi hairan melihat satu bungkusan kecil disitu. Hiro yang masih mamakai tuala membuka barang itu. Sebaik sahaja dibuka, jelmaan Rei muncul dihadapan Hiro.

"Hiro!!!" Panggil Rei teruja.

"What??? Macammana awak boleh ada kat sini?!" Tanya Hiro terkejut besar.

"Kishi kun memasukkan roh saya dalam rantai awak. Jadi saya boleh mengikut awak kemana saja awak berada mulai sekarang!" Jawab Rei sambil menutup wajahnya. Serta merta Hiro melihat ke tubuhnya yang tidak berpakaian. Dia berlari kedalam bilik air.

"Aniki!!!!!!" Jerit Hiro sekuat hati.

            Kishi kun yang berada di bawah tersenyum lebar dan ketawa. Nampaknya pasangan kekasih sudah bersama.

(TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience