PART 9

Adventure Completed 1567

(Di kampus. Belakang bangunan)

              Kelihatan Rei sedang termenung tanpa bicara. Walaupun dia hanyalah roh yang tidak aman, tetapi perasaan sayang dan cinta tetap ada dalam dirinya. Ini kerana dia mati juga disebabkan cinta. Rei berjalan dan berpusing menari-nari sendirian. Dia bosan menunggu hari esok untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

"Hiro akan balik esok. Apa yang aku nak cakapkan pada dia nanti? Em... mungkin selamat pulang atau awak selamat balik! Lepas tu peluk dia. Kalau aku boleh peluk dia! Hahaha! Tak sabar rasanya! Cepatlah balik Hiro!! Saya menunggu di sini!!" Jerit Rei sekuat hati. Namun tiada siapa yang akan mendengarnya. Rei merenung bekal makanan Hiro yang ditinggalkan sebelum Hiro bertolak dua hari lepas. Terukir senyuman di bibirnya.

(Di rumah kosong di gunung Hameda)

                Sebaik sahaja mereka memasuki rumah kosong berkenaan, mereka agak terkejut kerana rumah berkenaan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Di dalam rumah itu lengkap dengan semua perabot dan barang-barang yang berkilat. Ruang di dalam juga sangat besar walaupun bila dilihat dibahagian luar rumahnya buruk dan kecil. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berada di hadapan pintu masuk sahaja tanpa melihat kedalam.

"Aku harap Shiro selamat. Aku taknak apa-apa jadi pada dia. Kalau tak, aku akan pikul rasa bersalah seumur hidup aku Hiro." Ujar Kuro sambil melihat adiknya yang tidur di sebelah. Cuaca semakin sejuk. Dan hari semakin memasuki lewat petang. Kuro cuba mencari kayu api untuk dibakar jika mereka terpaksa bermalam di situ.  Hiro pula mengawasi keadaan Shiro yang masih demam panas.

"Kau rasa ada tak orang akan datang tolong kita? Kita mungkin ambik masa sikit untuk sampai kebawah. Dalam 2,3 jam jugaklah. Tapi kalau lambat kita terpaksa turun waktu malam. Itu bahaya Kuro." Terang Hiro bimbang. Kuro mengeluh.

"Aku tahu. Tapi apa yang patut kita buat lagi. Itu je caranya Hiro kalau nak selamat. Kali ini aku betul-betul berdoa semoga ada manusia yang baik hati datang cari kita." Kata Kuro. Dia meletakkan kayu-kayu yang dicarinya di luar rumah. Dia cuba menghidupkan unggun api yang telah dikumpulkan sebentar tadi. Dia mengetuk dua batu beberapa kali. Akhirnya berjaya apabila percikan api telah menjadi besar disaat membakar kayu-kayu yang ada walaupun agak basah.

"Yokatta!! Api dah ada. Boleh panaskan badan. Tapi... macammana nak masak? Pekakas dapur pun tak ada. Shiro perlu makan." Kata Hiro. Tiba-tiba kedengaran bunyi besi terjatuh di belakang Hiro. Hiro terus berpaling. Satu kuali kecil bergolek kearahnya dan berhenti betul-betul ditangan. Dia terkejut. Dia berlari kearah Kuro.

"Kuro, aku rasa rumah ni ada penunggulah.. kau tengok ni. Aku baru sebut pasal nak masak, kuali jatuh dekat aku. Aku risaulah. Takut apa-apa jadi." Bisik Hiro ditelinga Kuro. Kuro hanya melihat kuali berkenaan dan menoleh kedalam rumah.

"Dia nak tolong je kot. Biarlah. Kalau kau nak masak, masak sekarang sebelum malam. Kena cepat." Arah Kuro selamba. Hiro membuat muka.

"Oklah." Hiro mengambil beg kecil yang dibawanya selama ini. Di dalamnya masih ada satu tin ikan sardin dan bubur segera. Satu botol mineral kecil dikeluarkan dari dalam beg.

"Kau bawa semua ni? Patutlah aku selalu nampak kau gendong beg ni kemana saja kau pergi. Ada isi rupanya kat dalam." Tanya Kuro kagum.

"Aku selalu terlepas makan di kampus. Dan selalu juga kena temankan Rei di bangunan belakang. Kalau aku tak beli apa-apa makanan, aku masak kat sana je. Tapi aku akan bawa pekakas yang senang dibawa. Kali ini aku lupa bawa barang-barang tu semua. Aku hanya bawa beg yang ada barang-barang makan je. Lagipun beg ubat aku tertinggal kat atas. Kalaulah aku bawa, mesti aku dapat rawat macam-macam kecederaan." Jelas Hiro panjang lebar. Kuro tercengang.

"Kau memang teliti dan serba boleh. Semua kau dapat buat. Bagus juga jadi diri kau ni. Kau patut bangga tau sebab kau berfikiran matang. kadang-kadang lebih matang dari aku." Puji Kuro sambil melemparkan lagi kayu kedalam unggun api. Hiro hanya tersenyum. Dia memasak bubur dalam beberapa minit. Setelah siap, dia cuba menyejukkannya sedikit untuk diberikan kepada Shiro di dalam.

              Hiro membawa kuali kecil itu di tangan dan berjalan masuk. Satu angin menerpa kearahnya. Dia cuba memegang erat kuali kecil yang hampir tumpah. Tiba-tiba salji yang entah dari mana datang bergerak laju dan menyekat angin berkenaan.

"Pergi masuk cepat..." kedengaran suara halus di telinga kirinya. Hiro mengikut arahan yang diberi walaupun agak was-was. Sebaik sahaja sampai dekat dengan Shiro, sekali lagi dia terperanjat. Shiro telah diselimut rapi oleh satu futon tebal dan ada kain basah didahinya. Ubat-ubat juga disusun cantik di tepi Shiro. Hiro meneliti ubat berkenaan. Dia tidak mengenali ubat-ubat yang diletakkan di dalam botol kecil itu tetapi melalui bau ubat, Hiro dapat mengagak jenis ubat yang ada.

"Kuro! Kuro!!" Panggil Hiro teruja. Kuro yang berada di luar masuk dengan segera. Dia juga menunjukkan wajah terkejut.

"Siapa yang buat semua ni?" Tanya Kuro inginkan kepastian. Hiro menggelengkan kepala.

"Mungkin ada sesuatu yang tolong kita. Kita anggap jelah sesuatu tu adalah manusia yang baik hati." Ucap Hiro. Dia masih meneliti ubat-ubat yang ada.

          Tiba-tiba, pintu ditutup dan terkunci dari luar. Keadaan menjadi gelap gelita. Kedengaran angin dan ribut salji di bahagian luar rumah. Lampu terpasang satu persatu di sekeliling mereka. Kuro melihat satu lembaga sedang berdiri dihadapan mereka. Wajahnya akhirnya jelas kelihatan. Seorang gadis kecil yang memiliki telinga yang besar dan runcing. Wajah yang putih dan bersinar. Memakai baju berwarna hijau. Dan mempunyai sayap lutsinar. Gadis itu tersenyum dan membetulkan rambut panjang yang hitam kehijauan itu. Diruang tamu penuh dengan serbuk-serbuk halus yang berbau wangi. Gadis itu tersenyum dan memberikan dua kain lembut dan besar kepada Kuro. Kuro mengambilnya.

"Siapa awak? Awak tuan rumah ni ke?" Tanya Kuro perlahan.

"Nama saya Ena Mia. Saya adalah kaum mynth atau pari-pari. Ini rumah saya. Selamat datang." Kenal gadis itu lembut.

"Maafkan kami kalau kami menceroboh masuk kedalam rumah awak. Kami perlukan tempat perlindungan. Sekejap je. Lepas tu kami akan keluar. Nama saya Kuro. Ini Hiro dan yang sakit ni Shiro. Adik-adik saya." Kenal Kuro pula sambil tunduk hormat.

"Tidak mengapa. Lagipun saya memang suka tolong manusia dan juga kaum lain. Bila adik awak dah sihat, baru awak boleh pergi." Kata Ena Mia tenang.

"Em.... Ena Mia.. boleh berikan saya sudu? Saya nak bagi Shiro ubat." Minta Hiro dengan suara perlahan.

"Boleh. Sekejap ya." Ena Mia masuk kedalam dapur dan membawa satu sudu emas. "Nah! Kalau nak apa-apa bagitahu ya. Saya ada dalam bilik." Kata Ena Mia dan hilang.

(Di luar rumah)

"Kitsune Mayumi! Jangan cabar aku! Pergi dari sini! Kau tak akan dapat sentuh mereka!" Satomi Ai berdiri di hadapan rumah Ena Mia. Ditangannya kelihatan wap yang berasap. Mayumi terapung diudara dengan wajah bengis.

"Aku akan tetap ambil jantung budak tu! Dia tak akan dapat lari dari aku! Hanya dia yang dapat mengembalikan rupa aku seperti dulu!" Marah Mayumi dan ingin menyerang.

            Mayumi menggunakan angin pusar untuk menyerang Satomi Ai tetapi satu kuasa seperti dinding penghalang menyekat kuasa angin Mayumi.

"Jangan lakukan apa-apa dihadapan rumah aku! Pergi dari sini!" Ena Mai menolak kuasa angin Mayumi kearah tuannya sendiri. Mayumi mengelak. Dia menahan marah dan lenyap dalam angin.

"Arigato Ena Mia sebab selamatkan mereka." Ucap Ai.

"Sama-sama. Tapi saya tak boleh biarkan  mereka lama disini sebab malam nanti, saya perlu pergi kerumah ayah saya. Manusia semakin banyak memasuki kawasan ini. Saya takut mereka akan menjadi ancaman untuk kita. Jadi Ai, awak perlu perhatikan mereka sebelum berlaku apa-apa. Mungkin saya dengan kaum saya akan cuba menghalau mereka supaya kembali semula ke kawasan manusia." Jawab Ena Mia lembut.

"Baik. Saya akan berhati-hati." Janji Ai tenang. Ena Mia hilang dari pandangan.

           Hiro membuka pintu utama dan terlihat Ai di hadapannya. Sekali lagi mereka terpaku disitu.

"Awak ni perempuan yang saya lihat terapung pagi tadi bukan? Betul kan?!" Tanya Hiro ingin tahu. Dia berdiri dihadapan Ai. AI menutup wajahnya separuh.

"Etto.... ya.. itu saya.." jawab Ai malu-malu. Matanya yang putih kebiruan bersinar.

"Nama saya Hiro. Yoroshiku!" Ucap Hiro sambil tunduk hormat.

"Ore wa Satomi Ai. Yoroshiku..." balas Ai dan juga tunduk hormat. Mereka terdiam dan malu untuk berkata-kata.

"Ano.... macammana dengan kawan awak? Dia dah sihat ke?" Tanya Ai risau.

"Shiro san? Dia dah ok. Demam dah kebah. Tapi perlu banyak berehat. Dia masih berisiko tinggi untuk sakit lagi sekali. Mungkin kami akan bermalam dalam rumah ni malam nanti." Cerita Hiro sambil tersenyum.

"Sebelum tu, saya nak bagi amaran keras. Jangan keluar malam nanti sebab akan ada kejadian berlaku di luar rumah. Saya harap awak semua akan faham. Di sini waktu malam bukan untuk manusia. Disini pelbagai makhluk akan keluar. Lagipun malam ini adalah malam upacara korban di tempat kami." Tegas Ai dengan suara yang perlahan. Hiro menunjukkan wajah hairan.

"Upacara korban? Siapa yang akan dikorbankan? Manusia ke?" Tanya Hiro lagi. Ai melihat kearah lain.

"Kalau saya jelaskan pun, awak tak akan faham. Saya cuma minta awak dengan kawan-kawan awak jangan keluar dari rumah. Kalau tak awak semua akan mati dibunuh. Bukan sahaja oleh manusia yang tamak, juga dari ancaman mahkluk lain yang dahagakan darah manusia muda macam awak semua." Jelas Ai.

"Hiro! Hiro! Sini sekejap!" Panggil Kuro beberapa kali. Hiro menoleh kesebelah kirinya.

"Kejap!!" Dia menyahut. "Saya ada banyak...." sebaik sahaja Hiro melihat semula kehadapan, Ai telahpun tiada. Hiro mengeluh dan masuk semula ke dalam rumah usang itu.

(Di dalam hutan)

"Nampaknya kita dapat kejar mereka sampai sini. Kenapa kumpulan mereka ni cuma ada orang-orang tua? Pelik kan." Luah Shinji ketika dia bersama yang lain-lain sedang mengintai sekumpulan manusia yang sedang beristirehat di satu kawasan.

"Mungkin geng orang veteren kot. Tengoklah tu! Kepala penuh uban. Kalaulah kita kena lawan dengan mereka, jentik kat dahi je dah tumbang." Tambah Azuyu sambil ketawa kecil.

"Jangan cakap macam tu. Kalaulah mereka ni lemah, mereka tak akan dapat naik ke atas gunung yang tinggi ni. lagipun mereka ada senjata masing-masing. Saya rasa mereka ni bekas askar." Rumus Kuroi sambil berfikir.

"Betul cakap Kuroi. Kita tak boleh buat andaian kosong. Nanti kita juga yang kena. Sekarang kita perhatikan mereka. Pada firasat saya, saya rasa mereka nak naik keatas. Kita ekori mereka." Terang Kishi kun serius.

              Azuyu melihat Kie yang berada di belakangnya. Kie seperti menghidu sesuatu. Matanya bersinar. Dia menelan air liur. Azuyu baru perasan salah seorang lelaki tadi sedang makan makanan yang dibawa. Kie bangun dengaa mengejut.

"Oi... Duduklah...." tarik Azuyu dengan cepat. Dia memeluk erat Kie supaya tidak bergerak. Azuyu cuba menahan Kie yang semakin ganas. Shinji menoleh kekiri dan melihat Kie ingin menjerit. Dengan kuasanya, dia menutup mulut Kie dengan ais. Azuyu menarik nafas lega apabila melihat Kie cuba mengetuk ais yang membeku dimulutnya.

"Padan muka... suka buat masalah..." sindir Shinji. Selepas beberapa minit, lelaki-lelaki tadi bergerak semula. Setelah dipastikan selamat, mereka keluar dari belukar.

"Nasib baik mereka tak sedar kita kat sini! Kau ni memang suka cari pasal!" Marah Shinji dan mengetuk kepala Kie. Kie mula menangis.

"Apa yang awak buat ni Shinji? Kesian dia! Dia budak lagilah!" Marah Kuroi sambil menampar lengan Shinji. Kuroi melenyapkan ais yang ada di mulut Kie. Kie mula menangis dengan kuat.

"Diam ya. Nanti ada orang datang tangkap macammana?? Diam tau." Pujuk Kuroi sambil menyeka air mata Kie. Kie memeluk Kuroi dalam keadaan tersedu kerana puas menangis.

"Sekarang nak buat apa Kishi san?" Tanya Azuyu.

"Kita ikut mereka. Sebelum itu, saya akan minta bantuan kawan saya." Kata Kishi kun dan mula membaca jampi seperti malam sebelumnya. Dari jauh mereka melihat sesuatu sedang terbang. Burung itu berubah dan mendarat dengan lembut dihadapan mereka.

"Konichiwa Kishi sama! Ada tugas untuk saya ke?" Tanya Tengu san. Wajahnya yang memakai topeng menimbulkan niat seseorang untuk melihat siapa dia yang sebenar.

"Saya nak awak tolong saya carikan family saya di atas sana. Sekarang juga sebab saya bimbangkan mereka." Arah Kishi kun.

"Hait Kishi sama! Saya akan cari. Dan saya akan beritahu tuan dengan segera. Saya pergi dulu." Jawab Tengu san ringkas.

"Tunggu! Saya nak ikut!" Panggil Kuroi dengan segera. Kesemua mata melihat kearahnya.

"Tapi..." Kishi kun ingin membantah tetapi Kuroi seorang yang tegas. Dia tidak akan mengalah dengan mudah. "Baik! Awak boleh ikut Tengu san. Bila awak jumpa mereka di atas sana, tolong telefon saya dengan cepat." Kata Kishi kun.

"Baiklah. Terima kasih." Kuroi menggunakan sayap lutsinarnya untuk terbang bersama Tengu san. Setelah mereka bertolak, kedengaran Kie menjerit.

"Kie lapar!!!! Kie nak makan!!" Jerit Kie sekuat hati. Shinji mengetuk kepala Lie lagi sekali.

"Bisinglah! Kalau dia orang dengar dan tembak kita, macammana?! Diam boleh tak?!" Marah Shinji dengan wajah garang.

"Pakcik tua!! Jahat!!" Tengking Kie pula sambil menunjukkan taring dan kuku panjangnya.

"Sudahlah! Kita kena cepat pergi dari sini! Kie kalau lapar, tolong kami dulu. Kita selamatkan keluarga Kishi. Lepas tu kita boleh makan!" Pujuk Azuyu. Kie tersenyum.

"Boleh!! Jom pergi!!" Ajak Kie gembira.  Mereka mula melangkah pergi.

(Pukul 6 petang. Di rumah Ena Mia)

"Saya perlu keluar dulu. Mungkin tengah malam nanti saya balik. Tolong jangan keluar sebab malam ni akan berlaku sesuatu yang tak mungkin manusia biasa akan faham. Saya pergi." Nasihat Ena Mia dan terus keluar.

         Mereka melihat wajah masing-masing. Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam rumah.

(Di kawasan rumah Ena Mia)

              Sekumpulan lelaki yang sampai disitu terlihat rumah berkenaan dan perasaan ingin tahu menebal di hati.

"Macammana boleh ada rumah dalam hutan tebal ni? Nak pergi tengok ke? Mungkin ada sesuatu." Kata salah seorang dari mereka.

"Kita pergi sana! Jom!" Arah ketua mereka dan bergerak kedepan.

            Tiba-tiba satu pusaran angin terbentuk dihadapan mereka. Muncul Mayumi di hadapan mereka. Kelima-lima lelaki tadi terkejut dan melaraskan senapang mereka kearah Mayumi. Mayumi hanya ketawa.

"Kamu ingat boleh kalahkan aku dengan senapang mainan ni? Aku tahu tujuan kamu kesini. Kamu ingin mencari korban untuk upacara malam ini bukan? Aku boleh tolong. Tetapi aku nakkan balasan." Ugut Mayumi sambil meliuk lentok badannya. Tujuannya untuk mengoda.

"Kenapa kami kena dengar cakap kau? Kau bukan manusia macam kami! Kamu makhluk jahat! Kalau kami ikut cakap kamu, kamu akan makan kami juga akhirnya!" Tengking salah seorang dari mereka. Mayumi merenung tajam kearah lelaki yang bercakap sebentar tadi.

"Kau diam!!!" Lelaki tadi terapung tinggi keatas. Mayumi menggunakan kuasanya. Kesemua senapang mereka juga terapung.  "Kalau kau tak ikut arahan aku, disini juga kamu semua akan mati! Faham?!" Marah Mayumi. Mayumi perlukan lelaki-lelaki itu kerana rumah Ena Mia telah dilindungi oleh sejenis pendinding yang tidak dapat ditembusi oleh makhluk lain kecuali manusia.

"Baik.... baik.. kami ikut perintah.." jawab mereka serentak. Senapang mereka bertaburan di tanah. Mereka segera mengambilnya.

"Apa yang aku nak, kamu masuk kedalam rumah tu. Di dalam ada tiga remaja lelaki. Salah satu darinya sakit. Aku nakkan yang sakit tu. Yang dua lagi kamu jadikan korban malam ni. Selepas aku ambil jantung kawan mereka yang sakit tu, kamu ambil mayatnya dan jadikan  korban. Bukan susah kan. Campak sahaja di dalam api." Arah Mayumi sambil tersenyum sinis.

"Baiklah.. kami akan buat! Tapi macammana kalau kami tak berjaya?" Tanya ketua kumpulan. Mayumi memandang mereka dengan pandangan marah.

"Kalau aku arahkan kamu buat, kamu kena buat!!" Sekarang!!!" Amuk Mayumi. Kesemua pokok-pokok disekeliling mereka diangkat dan dihayun kekiri dan kanan. Lelaki yang terapung sebentar tadi juga diterbangkan bersama. Diterbangkan jauh kedalam hutan.

"Baik! Kami buat!!" Mereka bersetuju dan berlari kearah rumah berkenaan. Mayumi ketawa sepuas hati. Dia tidak sabar ingin merasai jantung manusia yang telah lama tidak dirasa.

              Beberapa minit kemudian, Kishi kun dan yang lain-lain sampai di kawasan rumah usang berkenaan. Mereka melihat lelaki-lelaki tadi sedang menuju ke rumah itu. Sebaik sahaja mereka bergerak kehadapan, pusaran angin muncul dan menerbangkan mereka. Kesemuanya jatuh ketanah.

"Adoi!! Apa jadi ni? Mana datang angin kuat tu?" Tanya Shinji sambil bangun. Mayumi memperlihatkan dirinya.

"Kamu tidak dibenarkan kesana. Pergi dari sini!" Marah Mayumi. Kishi kun dapat melihat siapa di sebalik wajah cantik itu. Wajah sebenar Mayumi. seorang wanitu dengan wajah yang teramat buruk dan berkedut.

"Nampaknya kita berdepan dengan seseorang yang bukan manusia. Bersedia kawan-kawan. Musuh kita agak kuat." Kata Kishi kun.

"Kami dah lama bersedia! Syoknya dapat lawan! Dah lama kami tunggu!" Jerit Azuyu. Kishi Kun melihat Azuyu yang teruja. Azuyu terdiam.

"Kamu tak akan dapat kalahkan aku! Aku lebih berkuasa dari kamu semua!" Mayumi mula mengeluarkan kuasa anginnya. Angin datang dengan kuat dan cuba menerbangkan mereka berempat. Satu anak panah menuju kearah Mayumi. Mayumi dapat mengelaknya.

"Alamak! Tak kena!" Kata Kie kecewa. Dia yang berada di dahan pokok cuba memanah sekali lagi namun gagal.

           Shinji dan Azuyu menggunakan kuasa ais mereka untuk membuat benteng. Kishi kun menggunakan kemahiran yang dipelajari dari pasukan elit ninja ketika dia berusia 15 tahun. Dia menghilangkan diri dan muncul dibelakang Mayumi. Dia menikam Mayumi tepat di dada. Kishi hilang dan muncul di hadapan kawan-kawannya. Kedengaran suara Mayumi yang ketawa besar.

"Kau ingat dengan senjata tajam ini dapat membunuh aku?! Kamu silap!" Mayumi menambah kelajuan anginnya hingga menjadi tajam seperti pedang.

                Shinji dan Azuyu melindungi diri dengan ais disekeliling mereka. Shinji membuat berpuluh ketulan ais yang keras dan menyerang Mayumi seolah-olah anak panah. Ketulan ais terkena pada Mayumi dan membuatkan dia hilang fokus. Selepas itu, Azuyu mencipta ais disekeliling Mayumi dan memerangkapnya didalam ais tersebut. Ais ditebalkan hingga beberapa lapis.

"Kita berjaya!!" Sahut mereka gembira.

"Belum lagi!" Bantah Kie yang berada di belakang. Kie menunjuk kearah Mayumi.

        Ais yang memerangkap Mayumi dihancurkan dari dalam. Mayumi terlepas. Mereka perlu memikirkan strategi lain untuk mengalahkan makhluk itu. Kedengaran suara seseorang yang amat Kishi kun kenali. Dari jauh dia nampak adik-adiknya diheret keluar dari rumah usang itu. Kuro dibelasah teruk. Mungkin kerana dia melawan. Shiro hanya terbaring di tanah yang berais. Manakala Hiro cuba melindungi Kuro tetapi dia sendiri dipukul dengan senapang patah.

"Tak guna!!" Kishi kun berlari kesana tetapi tersekat oleh angin yang dijadikan dinding keras.

"Kau semua tak akan kemana-mana! Mereka bertiga akan dibunuh dan dijadikan korban upacara oleh manusia malam ini. Dan salah seorang dari mereka akan aku ambil jantungnya. Aku akan kekal muda!" Mayumi merenung mereka.

"Aku akan halang kau! Kau tak akan dapat apa-apakan adik-adik aku!!" Kishi kun menggunakan pokok-pokok disekelilingnya untuk melompat kearah Mayumi yang terapung di udara. Namun hanya separuh jalan apabila Mayumi hilang semula. Mayumi muncul berdekatan dengan Kishi dan cuba menggunakan anginnya untuk mengelar leher Kishi kun. Beberapa ais seperti pisau, terbang dengan laju kearah mereka berdua. Kishi kun dilindungi oleh satu lapisan ais yang dibuat oleh Azuyu. Shinji masih menyerang Mayumi dengan pisau aisnya. Masing-masing berkerjasama.

"Kie!! Tolong mereka berdua! Saya nak selamatkan adik-adik saya!" Arah Kishi kun.

"Baik!! Nanti belanja Kie makan!" Jerit Kie selepas Kishi kun berlari ke arah rumah usang.

               Di saat itu, salah seorang dari mereka cuba menembak Shiro atas arahan Mayumi kerana Mayumi inginkan jantungnya. Walaupun Kishi kun menggunakan kemahirannya dalam menghaibkan diri, dia tidak akan sempat menyelamatkan Shiro. Tembakan kedengaran. Dalam sekelip mata, seseorang berdiri dihadapan Shiro memegang senapang yang telah memuntahkan peluru itu. Peluru telah tertanam di dalam dada penyelamat Shiro tetapi darah tidak setitik pun keluar dari kesan tembakan. Kishi kun melihat seorang remaja lelaki yang berdiri di situ. Nampaknya Kuro dan Hiro seperti mengenali remaja itu.

"Kenapa kau tolong kami Takumi?" Tanya Hiro panik.

"Sebab aku terhutang budi pada kau! Sekarang aku akan balas budi kau dengan nyawa aku!" Balas Takumi sambil membelokkan senapang yang dipegangnya.

"Balas budi?" Hiro semakin pening dengan perkara yang berlaku. Salah seorang dari lelaki tadi mengeluarkan sebilah pisau lipat dari tepi kakinya dan mengangkat tinggi untuk membunuh Kuro yang kebetulan berada dihadapannya.

           Kishi kun muncul disitu dan memberi tumbukan sulung pada penyerang adik-adiknya.

"Onii chan!!" Panggil Kuro gembira.

"Kamu semua tak apa-apa ke?!" Kishi kun memeriksa adik-adiknya termasuklah Hiro yang berdarah dikepala. Kuro lebam diseluruh badan dan berdarah dibibir. Selepas dipastikan tidak serius, dia bangun dan bersedia untuk menyerang mereka berempat bersama Takumi.

          Belum sempat mereka melunaskan niat mereka, kesemua lelaki tadi dibekukan dengan ais yang tebal. Kelihatan Shinji dan Azuyu berlari kearah mereka.

"Powerlah! Boleh buat ais blended ni!" Kata Shinji sambil mengetuk ais yang dibuat.

"Tak sedap perisa ni. Kita buat ais lain. Yang ni kita awetkan kat dalam peti sejuk kat makmal kampus. Mesti banyak kajian yang akan dibuat nanti." Tambah Azuyu sambil membuat wajah serius.

           Kishi kun mengangkat Shiro yang masih tidur masuk kedalam rumah. Bersama-sama dengan mereka semua. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Ena Mia telahpun berada di hadapan mereka. Menanti ketibaan mereka.

"Letakkan dia disini. Biar saya rawat mereka semua. Awak masih ada tugas yang belum selesai Kishi sama." Ucap Ena Mia dengan lembut.

"Hait Ena Mia san! Tolong jagakan mereka. Saya akan kembali! Takumi! Jaga adik-adik! Saya harapkan kamu kali ini." Ujar Kishi kun dan terus keluar dari rumah itu. Azuyu dan Shinji mengekori dari belakang.

"Kejap! Ena Mia? Takumi? Dan budak-budak tadi! Siapa mereka tu? Apa kaitan mereka dengan awak Kishi san?" Tanya Shinji

"Mereka bertiga adik-adik saya. Takumi adalah yokai yang menjaga alam semulajadi. Kawan baik Ena Mia. Mereka berdua adalah Mynth atau dikenali sebagai Pari-pari. Mereka yang menjaga tempat ni. Disebabkan manusia bernama Honda, Takumi ditangkap dan dikawal. Dan saya rasa Honda dah mati. Disebabkan itu, Takumi telah sembuh." Cerita Kishi kun sambil berjalan kearah tempat mereka berlawan sebentar tadi.

              Mayumi masih bertarung dengan Kie dan Ai. Ai tiba bersama Ena Mia dan menolong mereka tepat pada masanya. Dari jauh mereka dapat melihat Mayumi hampir kalah. Ai menggabungkan aisnya dengan anak panah Kie untuk membuatkannya bergerak dengan laju dari sebelumnya. Mayumi cuba menahan serangan itu tetapi gagal. Anak panah yang berwarna emas itu tepat mengenai dada dan menembusi jantung Mayumi. Mayumi terkejut kerana alatan manusia dapat mencederakannya.

"Jangan terkejut sangat. Bilah panah tu sebenarnya dari tanduk naga emas yang dihadiahkan oleh Kifune, naga dewa pada Kie. Kie hancurkan dan Kie buatkannya jadi anak panah. Tanduk emas naga boleh membunuh dan mencederakan segala jenis Yokai termasuklah roh. Tetapi tidak boleh membunuh manusia." Kie bercerita tentang anak panah yang diciptanya sendiri.

                 Kie memanah sekali lagi kearah Mayumi. Tepat di kepala Mayumi. Mayumi menjerit dan badannya terbakar. Dalam beberapa saat, Mayumi hangus menjadi debu halus. Mereka tiba di sisi Kie dan Ai.

"Apa yang jadi? Yokai tu dah mati ke?" Tanya Azuyu. Kie hanya mengangguk.

"Arigato Yukii-ona, Satomi Ai sebab menyelamatkan kami dan melindungi adik-adik saya selama ini." Ucap Kishi kun sambil tunduk. Begitu juga dengan Ai.

"Saya hanya mengikut arahan dari Tuan besar. Dia yang menyuruh saya menjaga mereka bertiga selama mereka disini. Tetapi tuan besar..." jawab Ai ringkas tetapi terhenti.

               Saru deringan handphone Kishi kun kedengaran. Kishi kun melihat nama Kuroi berada di skrin. Hatinya dilanda keresahan. Dia menekan tanda jawab.

"Ya Kuroi san?? Macammana dekat sana?" Tanya Kishi kun.

"Kishi san, saya harap awak bersabar. Bawa bertenang. Sebenarnya saya jumpa tiga mayat di sini. Dua daripadanya..... adalah mak dan ayah awak. Mereka seperti baru dibunuh." Rumus Kuroi secara perlahan-lahan. Dihadapan Kuroi terlihat tiga mayat iaitu Encik dan Puan Tetsuya dan juga En. Honda.

          Kishi terdiam dan hanya mampu mendengar. Dia cuba menahan sebak didadanya. Setelah selesai berbincang, mereka menamatkan perbualan masing-masing. Kishi kun terduduk di situ.

"Kishi! Kenapa ni? Ada masalah besar ke?" Tanya Azuyu ingin tahu.

"Oto-san dengan oka-san...dah tak ada... mereka dah tak ada...." jawapan Kishi kun hanya terdengar sedikit sahaja oleh mereka.

"Sabarlah Kishi san.. tuhan lebih menyayangi mereka...."pujuk Shinji sambil menepuk belakang Kishi kun.

"Makcik dengan pakcik dah tak ada... kalaulah adik-adik tahu apa reaksi mereka nanti?" Azuyu menyebut nama pakcik dengan makciknya beberapa kali.

"Kuatkan semangat. Awak boleh bertahan. Untuk masa depan awak dengan adik-adik awak. Tabahkan hati." Pujuk Shinji pula. Kishi kun bangun dan berjalan kearah rumah berkenaan. Kie hanya melihat.

"Kesian mereka. Parent mati dalam sekelip mata. Tapi Siapa yang bunuh ya?" Azuyu memikirkan sesuatu.

(Di perhentian yang terakhir)

"Jadi macammana ni?" Tanya Kuroi bersama dengan Tengu san.

"Kita terpaksa bawa turun mayat -mayat ni untuk  uruskan hal mereka. Dan kita juga patut meninggalkan gunung Hameda secepat mungkin. Masih ada misteri yang belum selesai. Jom pergi!" Arah Tengu san secepat mungkin.

"Macammana nak bawa turun?" Tanya Kuroi lagi. Dia berjalan dihadapan.

"Yang itu saya akan uruskan. Sekarang ini, saya perlu hantar awak balik ke bawah. Kawan-kawan awak sedang menunggu." Jawab Tengu san lagi.

            Semasa mereka membelok ke kanan, seseorang datang menerkam Kuroi dan menangkapnya. Pistol milik En. Honda berada di tangan Takeru. Rupa-rupanya dia masih hidup.

"Jangan bergerak! Kalau tak aku bunuh dia! Mana budak yang bunuh ayah aku?!! Mana?!!" Tengking Takeru seperti orang hilang akal. Picu ditarik kebelakang.

              Tanpa berlengah, Kuroi mengembangkan sayapnya sehingga jelas kelihatan. Sayap burung seperti merpati. Besar dan cantik. Takeru yang terjatuh hanya melihat mereka berdua dan terus melarikan diri dengan pistol masih ditangan. Kuroi ingin mengejarnya namun disekat oleh Tengu san.

"Biarkan dia. Dia tak akan selamat di sini. Kita kena balik." Jelas Tengu san pendek. Kuroi hanya mengeluh.

            Mereka berlalu dari situ tanpa melihat kebelakang lagi. Tempat yang indah dilihat dari luaran bukanlah seindah seperti yang digambarkan. Masih banyak misteri yang masih belum terungkai.

(tamat bab 9)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience