PART 8

Adventure Completed 1568

(Di gunung)

"Too-san! Kaa-san! Kita ada masalah! Shiro tak sihat.!" Panggil Kuro sambil memapah adiknya. Hiro mengikut mereka dari belakang. Kuro membuka pintu bilik ibu bapanya saat mereka bercakap.

"Jangan masuk!!" Jerit ayah mereka dari dalam. Tetapi semua itu terlambat apabila keadaan sebenar di dalam bilik dilihat oleh mereka.

               En. Honda sedang mengacukan sejenis pistol tentera kearah bapa mereka. Kelihatan ibu mereka terbaring dikatil dengan kesan tembakan di dada. Shiro yang melihat terkejut besar dan terus meluru kearah ibunya. Takeru berdiri dihadapan Shiro sambil meletakkan pisau di leher Shiro. Kuro yang terdiam dari tadi menarik Shiro kearahnya. Hiro juga tercengang di situ.

"Oka-san! Oka-san!!" Panggil Shiro namun tiada reaksi dari ibunya.

"Maafkan oto-san.... oto-san cuba nak selamatkan ibu kamu tapi oto-san gagal..." rayu ayah mereka yang masih melutut dihadapan En. Honda.

"Ibu kamu sangat bising. Dia tahu yang aku sedang merancang sesuatu di sini. Sebenarnya kamu semua adalah sebahagian dalam ritual korban yang selalu aku lakukan sejak bertahun-tahun. Mereka berdua tahu tentang mangsa-mangsa yang hilang dan mati di gunung ini. Aku tak sangka yang ibu bapa kamu sedang menyiasat perkara ni. Aku tak tahan bila dia cakap dia nak beritahu polis tentang rahsia aku di sini. Jadi aku terpaksa diamkan dia. Sekarang giliran kamu! Hahaha!" En. Honda seperti dirasuk hantu. Dia ketawa sambil menarik picu pistol yang berada di kepala ayah si kembar.

            Kuro menerkam kearah En. Honda dan menendang tangannya. Dia memanfaatkan seni wushu yang dipelajari untuk mengubah nasib mereka. Dia sempat menendang dan menumbuk en. Honda atas apa yang terjadi pada ibunya berkali-kali. Hiro berada bersama Shiro yang terduduk di lantai kerana masih terkejut. Hiro menyedari Takeru cuba menikam Kuro dari belakang.

"Kuro! Hati-hati!" Jerit Hiro. Satu badan menghalang tikaman dari Takeru. Ayah si kembar ditikam tepat di pinggang. Kuro yang melihat menyambut ayahnya dari jatuh. Kuro menyerang Takeru selepas meletakkan ayahnya di lantai. Pisau dirampas ketika Kuro memulas tangan Takeru kebelakang.

              Kuro melepaskan amarahnya pada Takeru pula. Darah memercik dimerata-rata tempat disaat Kuro menumbuk wajah Takeru berkali-kali. Tiba-tiba satu tembakan kedengaran. Kesemua mereka terdiam. En. Honda tumbang dengan kesan tembakan tepat di dahi. En. Honda mati disitu. Takeru bangun setelah menolak Kuro ketepi. Dia merangkak kearah ayahnya yang telah mati.

"Papa? Papa!!!" Panggil Takeru sambil mengoncangkan badan bapanya. Dia juga rebah kebumi di sisi bapanya. Hiro yang kaku masih memegang pistol milik En. Honda ditangan. Kuro merampas pistol ditangan Hiro dan melemparnya jauh ke luar bilik.

"Oto-san!!!"si kembar meluru kearah ayah mereka yang nyawa-nyawa ikan.

"Pergi.... dari.. sini... beritahu... pihak berkuasa... cepat.. biarkan too-san.... di sini dengan ....oka-san kamu.... pergi... jaga diri... Kishi adalah.. ketua sekarang... bagitahu dia..." arah ayah mereka dengan suara yang tersekat-sekat.

"Tak!! Shiro takkan pergi tinggalkan oka-san dan Oto-san! Shiro taknak!" Bantah Shiro dengan linangan air mata.

"Shiro chan... kami sayang.... kamu semua... ikut cakap oto-san.. Kuro chan... bawak adik kamu... pergi Kuro... jaga Hiro juga... Hiro pun... adik kamu... pergi... demi kami..." rayu ayah mereka lagi. Kuro terpaksa mengikut arahan ayahnya apabila melihat adiknya masih tidak bermaya. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan ayah dan ibunya, dia terpaksa demi Shiro dan Hiro.

"Arigato oto-san... oka-san... aishiteru yo..." Kuro menarik tangan Shiro dan Hiro keluar dari bilik. Kuro mesti pastikan adik-adiknya selamat. Mereka meninggalkan tempat yang menjadi sejarah hitam mereka tanpa menoleh lagi. Dia berharap mereka akan selamat.

(Di kawasan gunung)

"Akhirnya sampai!! So what's next?" Tanya Shinji teruja apabila melihat gunung Hameda yang telah lama ditinggalkan.

"Kita naik sampai atas. Saya tak sedap hati ni. Macam ada yang berlaku kat sana." Jawab Kishi kun tegas. Mereka mengeluarkan barang-barang yang perlu untuk mendaki. Kishi kun membawa satu alat yang agak pelik di mata mereka tetapi mereka hanya mendiamkan diri.

"Azuyu san, Kie nak pergi tandas boleh? Azuyu san teman ya." Minta Kie sambil terlompat-lompat. Azuyu menarik nafas malas.

"Yelah! Mana tandas ya? Sana kot." Azuyu berjalan dengan Kie mencari tandas di tempat yang asing bagi mereka. Tidak lama kemudian, mereka terdengar jeritan dari jauh. Kishi kun berlari kearah suara itu. Kelihatan Azuyu dan Kie melihat kearah satu rumah kecil. Kishi kun mengintai kedalam rumah dan terkejut apabila terlihat tiga lelaki mati dengan kesan tikaman di setiap badan mereka. Kishi kun memeriksa mayat mereka.

"Dah lebih sehari mati ni.. Jom pergi. Kita kena beritahu polis tentang hal ni." Ajak Kishi kun sambil menarik tangan Azuyu dan Kie. Mereka sampai di tempat Shinji dan Kuroi yang sedang menanti.

"Kenapa tadi? Korang jumpa apa?!" Tanya Shinji ingin tahu.

"Kami.... kami jumpa mayat dekat belakang. Tiga orang. Dalam satu bilik kecik." Cerita Azuyu ringkas.

"Dia orang kena tikam sampai mati! Tikam! Tikam! Tikam!" Tambah Kie lagi sambil menunjuk gaya pegang pisau dan tikam.

"Kita kena naik ke atas. Saya rasa ada perkara buruk yang sedang berlaku. Sambil-sambil tu kita hubungi pihak polis supaya ke sini." Ajak Shinji serius.

"Wow! First time i see you look so serious Shinji san.. i think this problem is a big problem." Kata Kuroi sambil tersenyum.

"Really? I look serious to you? Well... that me! I'm always serious." Kata Shinji sambil menaikkan kolar baju dan buat lagak macho.

"Jangan puji lebih-lebih. Nanti dia akan buat lagak macam tu sampai bila-bila." Ejek Azuyu sambil berpeluk tubuh. Kishi kun telah menelefon pihak berkuasa dan mereka dalam perjalanan ke sana.

"Kita pergi sekarang. Tak ada masa nak lengahkan lagi." Kishi kun membawa begnya dan masing-masing telah bersedia. Mereka mula mendaki di tapak yang sama di mana keluarga Kishi kun mendaki.

(Di pertengahan gunung)

"Lepaslah Kuro!! Aku nak bawa oka-san dengan Oto-san balik!! Lepaslah!!" Marah Shiro dan menarik tangannya. Mereka bertiga tercungap-cungap menarik nafas selepas berlari dari tempat perhentian sejam yang lepas.

"Jangan degil boleh tak?! Kita kena ikut arahan too-san! Semuanya untuk kebaikan kita!" Balas Kuro sambil berdepan dengan adiknya.

"Kau yang degil! Dan kau jahat!! Kau sanggup tinggalkan keluarga kau sebab nak lepaskan diri kau sendiri! Aku tak ada abang macam kau!!" Tengking Shiro dengan wajah garangnya.

"Sudahlah tu Shiro.. gaduh pun tak gunalah.. kita kena cari orang untuk tolong kita.. janganlah gaduh.." pujuk  Hiro dengan suara yang perlahan. Dia memegang bahu Shiro cuba memujuk.

"Pergilah kau!! Jangan nak campur urusan aku! Kau siapa nak nasihat aku?! Kau siapa hah?!!" Marah Shiro lagi sambil menepis tangan Hiro sekuat hati. Hiro melihat Shiro dengan wajah yang terkejut.

"Jangan kurang ajarlah!" Satu tamparan tepat mengenai pipi kanan Shiro. Kuro mengetap gigi menahan marah. Shiro terdiam. Dia mengusap pipinya yang kemerahan.

"Kuro!!" Sekali lagi Hiro terkejut dengan tindakan dari Kuro. Shiro mula menangis sambil melutut.

"Oto-san.... oka-san.... gomenasai...." Shiro menutup wajah dengan kedua-dua tangannya. Kuro menarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya.

"Shiro.... aku pun tak sanggup buat macam tu. Tapi aku juga tak sanggup kehilangan korang serentak. Setiap kebahagiaan ada pengorbanan. Dan aku taknak kau menjadi salah satu pengorbanan yang terpaksa aku buat untuk cari kebahagian aku. Mungkin kalau kita cepat, oto-san dan oka-san dapat diselamatkan. Kita kena cekalkan hati! Gambatee!!" Pujuk Kuro sambil duduk dihadapan adiknya. Shiro hanya mengangguk lemah.

           Hiro menyedari perubahan wajah pucat Shiro dengan badan Shiro yang menggigil. Dia memeriksa Shiro sekali lagi.

"Kita kena cepat. Keadaan Shiro kembali teruk. Dia dah mula tunjuk gejala hipotermia peringkat awal macam tadi." Ulas Hiro seringkasnya.

              Secepat mungkin Kuro memapah adiknya dan bergerak dari situ. Hiro berjalan di belakang si kembar sambil melihat keadaan sekeliling. Dia masih risaukan seseorang yang tidak dijangka.

"Apa yang kau fikirkan Hiro?" Tanya Kuro tanpa melihat kearah Hiro.

"Takumi! Aku risau kalau dia ikut kita sebab aku dah bunuh ayah dia. Mesti dia dah tahu perkara yang terjadi kat sana." Jawab Hiro agak takut. Dia masih terbayangkan situasi ketika menembak En. Honda sebentar tadi. Dia yang melihat en. Honda ingin memukul Kuro terpaksa menembak mati En. Honda. Kebetulan pistol en. Honda berada di hadapannya ketika itu. Tangannya masih mengeletar akibat impak dari pistol berkenaan. Mereka melalui kawasan hutan untuk turun ke bawah tetapi jalan yang berlainan dari jalan yang digunakan mereka sebentar tadi.

(Di satu kawasan lapang di tengah hutan)

            Kelihatan sekumpulan lelaki sedang berehat di satu kawasan sambil memegang senapang masing-masing. mereka berborak dan ketawa bersama.

"Mana Honda ni? Kata nak jumpa kita kat sini! Malam ni ada upacara korban manusia. Dia janji nak bawa satu keluarga untuk dijadikan korban." Tanya salah seorang dari mereka yang memakai topi.

"Entahlah. Sepatutnya dah sampai. Kita tak boleh lengahkan lagi upacara ni. Dah banyak manusia mati dalam hutan ni. Tanpa korban tu, satu kampung kena bala nanti."balas seorang lagi. Dia memijak putung rokoknya di tanah.

"Apa kata kita cari je mereka kat atas sana? Rasanya dia orang masih ada di perhentian terakhir tu. Jom semua! Kita kena cepat! Perjanjian mesti tepat pukul 7 petang. Kalau tak, roh tempat ni pasti akan bunuh kita semua!" Ajak ketua mereka yang memakai cermin mata.

              Mereka bergerak naik ke gunung. Termasuklah Kishi kun dan kawan-kawannya. Setelah mereka meninggalkan tempat mereka, Kishi kun dan kawan-kawan sampai di situ.

"Nampaknya ada orang dalam hutan ni. Tak sangka pula." Kata shinji selepas melihat bekas tapak kasut di serata tempat.

"Kie bau sesuatu.. bau belerang.. dan peluh manusia! Busuk! Kie rasa dalam 5 orang berada di dalam hutan ni. Tak termasuk kita." Kie membuat analisis menggunakan kepekaan hidungnya.

"Apa yang mereka buat kat sini? Lagipun mengikut pengetahuan kita, hanya keluarga Kishi san sahaja yang dibenarkan masuk. Tak ada orang lain." Tambah Kuroi lagi sambil memikirkan sesuatu.

"Tambahan lagi mereka bawa senapang. Mungkin bukan orang biasa. Kuroi, Shinji, boleh awak berdua ceritakan pada kami peristiwa yang terjadi dalam hutan ni? Yang pernah awak beritahu dulu. Tentang kematian yang berlaku setiap tahun." Minta Kishi kun.

"Sebenarnya parent kita orang selalu ceritakan pasal lagenda roh tak aman ni. Dulu kami ingat mereka hanya nak bergurau. Sebab dia orang tak nak kami main dalam hutan. Tapi satu kejadian berlaku. Kejadian tu buat kami sedar bahawa roh tak aman tu memang ada. Masa tu kami berumur 8 tahun. Kami berdua dan seorang lagi kawan kami bermain dalam hutan di kawasan pergunungan Hameda. Tak lama kemudian, kami keluar dari hutan."cerita Shinji.

"Tapi kawan kami tu tak muncul. Kami cuba cari tapi tak jumpa. Kami cuma jumpa kasut dia je. Itupun kat tepi gaung. Kami panggil orang kampung untuk cari dia tapi tak ada siapa yang sanggup. Kami cari dia selama bertahun-tahun sampailah kami besar. Selepas dapat tawaran belajar di Tokyo, kami tinggalkan kampung ni. Sekarang baru kami jejakkan kaki kat sini." Sambung Kuroi dengan suara yang perlahan.

"Selepas kawan kami tu hilang, setiap tahun mesti ada seseorang yang akan terkorban. Demi untuk menyelamatkan kampung kami, tok batin menyarankan kami supaya mengadakan upacara korban. Dan korbannya adalah manusia. Tapi cara mereka macam menjadi. Sebab setiap kali korban diberi, kematian tidak berlaku di kampung kami selama dua tahun. Disebabkan itu ritual korban ni diteruskan sampai kami dewasa." Terang Shinji pula.

"Kami tak setuju pasal korban ni dan cuba cakap pasal hal ni. Tetapi kami pula dipersalahkan. Mereka cakap pasal kamilah kematian berlaku semula dalam kampung-kampung. Bahkan keluarga kami dipersalahkan di atas ahli keluarga mereka yang telah mati dan hilang. Disebabkan itu kami benci balik ke sini." Tegas Kuroi. Dia memeluk tubuh dan memandang kearah lain.

"Sedihnya... awak berdua tak pernah beritahu saya pun pasal hal ni.." ujar Azuyu dengan wajah sedih sambil melihat Kie yang terlompat-lompat mengejar rama-rama di belakang mereka.

"Awak tak tanya. Sebab tu kami tak bagitahu. Lagipun ini cerita lama. Malas nak ungkit balik. Gomenasai Azuyu san." Ucap Kuroi sambil tersenyum.

"Dan saya rasa upacara tu masih diteruskan sampai sekarang. Kalaulah mereka berjumpa dengan family saya, habislah. Kita kena cepat! Jom!" Arah Kishi kun. Dia mula melangkah meninggalkan tapak yang didiami oleh musuh mereka.

(Di dalam hutan yang berais)

              Kuro, Shiro dan Hiro sedang berjalan dan mencari arah di dalam hutan berkenaan. Entah di mana tujuan dan arah. Mereka hanya mengikut kata hati. Selepas penat berjalan, mereka berhenti di satu tempat. Shiro disandarkan di tepi pokok dan mereka duduk di tanah berais itu.

"Nampaknya demam dia semakin kuat. Kita kena cepat Kuro. Kalau tak, dia akan jadi lebih teruk.." jelas Hiro perlahan selepas memeriksa Shiro. Kuro menanggalkan jaket yang dipakainya dan diberikan pada Shiro. Jaketnya dapat memanaskan Shiro untuk sementara.

"Kuro..... aku nampak oto-san dan oka-san panggil aku.... aku nak ikut dia orang..." Shiro mula berhalusinasi. Hiro mula mengelabah.

"Kau jangan nak mengarut Shiro! Kau ada dengan kamilah! Kau jangan berani tinggalkan aku!!" Marah Kuro sambil menepuk-nepuk lembut wajah adiknya supaya sedar. 

"Dia dah masuk tahap kedua dalam hipotermia. Ini teruk Kuro. Kalau dia dah start buka baju dan cakap panas, bersedialah!" Terang Hiro tegas.

"Bersedia apa?"! Kuro mula panik.

"Bersedia untuk kehilangan dia. Itupun kalau rawatan tak sampai tepat pada masanya." Jawab Hiro tanpa teragak-agak. Dia perlu jujur dalam perkara seperti ini. Tidak guna berselindung dari Kuro. Dia perlu tahu.

"Tak... tak!! Adik aku takkan mati macam family aku! Takkan! Aku takkan benarkan!!" Tengking Kuro dengan wajah bengis. Dia memapah semula Shiro dan mula bergerak.

       Hiro tersenyum. Kasih sayang seorang abang. Dia terkenangkan abangnya yang telah lama pergi meninggalkan dirinya. Dia berharap dia masih mempunyai seorang abang. Hiro menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan handphonenya yang telah pecah. Handphone Kuro dan Shiro tertinggal di dalam bilik. Dia memasukkan semula handphone kedalam poketnya. Dia berjalan dibelakang si kembar.

          Tidak berapa lama kemudian, si kembar dan Hiro menemui satu rumah kecil di dalam hutan berais itu. Mereka berdiri di hadapan rumah itu sambil berfikir.

"Nak masuk ke?" Tanya Kuro bimbang.

"Entah.. tapi demi Shiro rasanya kita terpaksa. Dia perlu berehat dan diperhatikan demamnya. Dan rumah tu tempat yang sesuai." Jawab Hiro tenang. Tetapi hatinya tetap risau.

"Ok then, come! I hope nothing's happen." balas Kuro dan membawa adiknya ke arah rumah berkenaan sambil diikuti oleh Hiro.

           Tiga kumpulan bakal bertemu. Tetapi dalam situasi yang berlainan. Keadaan akan menjadi lebih teruk selepas ini. Alam maya telah dibuka pintunya dengan kehadiran manusia di sana.

(tamat bab 8)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience