PART 7

Adventure Completed 1568

Perjalanan mereka berjalan lancar tanpa masalah. Mereka tiba di kawasan berbukit dan mereka terpaksa melaluinya dan hutan di situ untuk sampai ke gunung Hameda. Namun perjalanan aman mereka hanyalah sementara. Secara tiba-tiba, satu anak panah terpacak di tepi tingkap hampir mengenai Shinji.

              Shinji yang terkejut hilang kawalan. Kereta bergerak tidak stabil di jalan raya berbukit itu. Kereta mereka hampir terjunam kedalam gaung yang dalam tetapi terhenti hanya beberapa meter dari gaung. Kereta mereka berundur tanpa dikawal hingga berada semula di jalan raya dengan selamat. Masing-masing keluar dari kereta dengan wajah pucat.

"Gilalah!! Apa yang jadi tadi?! Hoi!! Siapa yang suka-suka hati panah kereta orang ni hah?! Keluar sekarang sebelum aku cari kau!" Laung Shinji geram.

"Adoi!! Sakit jantung aku! Tapi.... macammana kereta boleh undur balik? Siapa yang selamatkan kita?" Tanya Azuyu kehairanan.

"Tak payahlah ambik tahu. Sekarang kita cari siapa punya anak panah ni. Nasib baik kita yang kena. Kalau orang biasa, hilang nyawa hari ni." Jawab Kishi kun sambil melihat keadaan sekeliling. Kuroi terlihat sesuatu di dalam semak. Dia terbang dengan pantas dan menarik keluar seseorang yang bersembunyi. Ditangannya kelihatan busur dan juga anak panah.

"Saya jumpa dia menyorok kat sana. Kita nak buat apa dengan dia?" Ujar Kuroi tegas. Semua orang memandang remaja yang sedang duduk di tanah itu dengan wajah garang.

"Kita bekukan dia!!" Jawab Shinji sambil menunjukkan tangannya yang berwap.

"Lepas tu kita awet dia sampai berpuluh tahun. Kita jadikan dia bahan pameran di muzium. Ok tak?" Tambah Azuyu pula. Dia telahpun siap mencipta ais beku di tangan.

"Ok jugak tu. Dapat duit sebab dia ni macam bukan spesis manusia biasa. Laku pameran kita! Mesti ramai orang datang!" Kata Shinji lagi sambil tersenyum sinis. Mereka berdua merenung penceroboh itu.

"Sudahlah tu.. jangan nak takutkan dia lagi. Dia tak sengaja kot." Kuroi tunduk dan melihat wajah si pemanah dan tersenyum.

"Makcik ni garang. Saya tak suka!" Jawab si pemanah tanpa rasa bersalah. Wajah Kuroi berubah dan mula menggengam penumbuk.

"Apa?! Makcik?!! Siapa makcik kau?! Bila masa aku kahwin dengan pakcik kau?! Aku muda lagi tau tak?!" Tengking Kuroi. Shinji menyekat pergerakan Kuroi.

"Sabar... budak tu bergurau je.. sabar.." pujuk Shinji sambil menahan ketawa. Azuyu menoleh kearah lain sambil menutup mulut.

"Adik, Siapa nama adik dan adik datang dari mana? Kenapa panah kereta kami? Kalau jadi apa-apa tadi, macammana?" Tanya Kishi kun tenang. Dia tunduk untuk melihat remaja yang agak ganjil itu.

"Nama saya Kie. Sebenarnya tadi Kie lapar. Jadi Kie pergi memburu. Kie jumpa seekor arnab tapi dia dah lari arah sana. Jadi Kie cuba panah. Tak sangka pula ada kereta lalu. Gomenasai!" Ucap remaja itu sambil tunduk hormat. Kishi kun bangun dan mengeluarkan bento yang dibawa bersama.

"Nah! Makan ni! Mesti Kie dah lapar kan!" Kata Kishi kun sambil memberi bento buatannya pada Kie. Wajah Kie berubah ceria. Akhirnya mereka semua berkhelah di situ sambil berbual kosong. 

(Di kawasan gunung Hameda)

                Ribut salji turun dengan lebat sebaik sahaja mereka semua sampai diperhentian yang terakhir. Masing-masing berehat di bilik yang telah disediakan. Kuro dan Shiro menemani ibu mereka ke bilik dengan memimpin ibu kesayangan ke sana. Ibu mereka agak lemah pada waktu sekarang. Setelah ibu mereka masuk kedalam bilik, Kuro dan Shiro berjalan kebilik mereka.

"Kuro, aku rasa tak sedap badanlah. Esok kalau boleh kita balik ke rumah. Aku taknak duduk sini lama-lama." Luah Shiro perlahan. Kuro menoleh kearah adiknya.

"Aku tahu. Tapi kita tetap kena tunggu esok untuk balik. Sekarang ribut salji dah turun. Mengikut berita, ribut ni tak akan berhenti hingga esok. Kita kena sabar dulu." Pujuk Kuro. Dia mengusap kepala adiknya supaya bertenang.

               Mereka sampai dibilik di hujung bangunan. Bilik mereka berdekatan dengan satu taman kecil yang diselaputi ais. Kuro hanya memandang kearah taman dan matanya terlihat sesuatu.  Seseorang sedang bersembunyi di sebalik pokok besar.

"Hei! Siapa tu?!!" Panggil Kuro dan berlari kearah taman. Dia cuba mengejar pengintip yang dilihat tetapi bayangnya hilang dalam sekelip mata. Kuro semakin musykil.

"Kuro, kenapa ni? Jumpa apa-apa ke?" Tanya Shiro yang berada di belakangnya.

"Tak.. tak ada apa-apa. Jom masuk bilik." Ajak Kuro sambil menarik tangan adiknya. Hiro telah lama menunggu mereka di bilik.

             Mereka berbual sementara menunggu masa makan. Di dalam bilik, masing-masing cuba untuk menceritakan apa yang telah dilihat dan dialami selama mendaki di gunung Hameda. Setelah berehat untuk seketika, mereka dikejutkan dengan ribut salji yang semakin ganas. Cermin tingkap terbuka dan menghempas. Salji memasuki ruang bilik. Angin juga bertiup kencang.

"Kenapa boleh teruk macam ni? Ramalan cuaca kata hanya ribut salji biasa."kata Hiro sambil menahan cermin tingkap yang terbuka.

"Entahlah. Aku sendiri pun tak pasti. Mungkin sebab kita berada di tempat tinggi, keadaan lain sikit. Harap-harap ribut ni reda sebelum malam." Jawab Kuro ringkas. Dia menahan pintu bilik dengan badannya.

                    Di kejauhan, sesuatu berlaku. Kelihatan Satomi Ai dan Kitsune Mayumi sedang bertarung menggunakan kuasa masing-masing. Kitsune menggunakan kuasa anginnya dengan menolak serangan ais dari Ai. Ai bersedia untuk menyerang lagi dengan mencipta ribut salji yang kuat. Keadaan sekeliling kacau bilau. Pokok-pokok renek diterbangkan oleh angin yang kuat. Kuasa kedua-dua bertembung dan nengakibatkan ribut salji yang seakan-akan taufan. Keadaan itu merisaukan Ai kerana pertarungan mereka berdekatan dengan bilik si kembar dan Hiro.

"Kau tak akan dapat selamatkan mereka setiap waktu Ai. Suatu hari nanti salah seorang dari mereka akan menjadi milik aku!" Mayumi bersuara. Ai menumpukan perhatiannya.

"Aku akan selamatkan mereka dari kau. Tidak kira siapa mereka yang sebenarnya. Kerana keselamatan mereka di bawah jagaan aku!" Ai mengumpulkan ais yang berada dalam tanah dan menajamkannya. Beberapa tombak ais tercipta dan meluru kearah Mayumi. Mayumi mengelak serangan yang bertubi-tubi dari Ai. Tumpuannya agak terganggu sebelum Ai menolaknya jatuh ke tanah. Mayumi menghentikan kuasa anginnya dan melarikan diri.

"Kau tak akan selama-lamanya dapat melarikan diri Kitsune Mayumi.." bisik hati Ai. Dia melihat kearah bilik yang didiami oleh kawan barunya dan tersenyum. Salji yang membukit dihadapan bilik dihilangkan. Dia yang masih terapung merenung bilik yang terbuka tingkapnya dan melihat kearah matahari.

"Akhirnya ribut dah reda! Kuat gila ribut tadi. Macam nak pecah pintu bilik ni!" Kata Kuro sambil menyandar di pintu. Hiro melihat keluar tingkap yang terbuka. Matanya menangkap sesuatu yang sedang terapung di sebalik pokok. Sesuatu yang bercahaya putih.  Hiro berlari keluar selepas menolak Kuro ketepi. Dia menuju kearah sesuatu itu.

"Perempuan? Tapi dia boleh terapung..." ujar Hiro perlahan. Ai yang berada di situ tidak menyedari kehadiran Hiro. Dia asyik memikirkan rancangan untuk menyekat Mayumi dari melakukan kerja jahatnya.

               Sebaik sahaja Hiro melangkah mendekati Ai, mereka melihat diri masing-masing. Kedua-duanya kaku tidak bergerak. Hiro yang mendongak keatas hanya mampu merenung manakala Ai yang menunduk melihat Hiro hanya mampu mendiamkan diri. Mata Ai yang seakan-akan ais yang berwarna biru memukau pandangan Hiro. Cahaya yang memancar di kawasan berais menyilaukan mata yang melihat.

"Hiro!! Kau kat mana?!!" Panggil Kuro agak jauh dari Hiro sambil menutup mata kerana silau.

"Aku kat sini!" Balas Hiro sambil menoleh kearah Kuro. Sebaik sahaja dia melihat semula kearah Ai, gadis itu telahpun tiada. Hiro mencari-cari Ai tetapi kesannya hilang.

"Hiro! Ada masalah! Sesuatu berlaku pada Shiro! Cepat!" Panggil Kuro panik. Mereka berdua berlari meninggalkan tempat itu. Hiro memasuki bilik dan melihat Shiro menggigil kesejukan.

              Hiro memeriksa badan Shiro. Dia mengambil suhu badan Shiro. Wajah Hiro berubah. Dengan segera dia memegang baju dan seluar Shiro.

"Buka baju dan seluar dia sekarang! Kalau tak keadaan dia akan jadi lebih teruk!" Arah Hiro sambil membuka kasut dan stoking  Shiro. Kuro mengikut arahan Hiro secepat mungkin. Mereka memakaikan baju dan seluar yang baru kepada Shiro yang masih menggigil.

"Kenapa ni Hiro? Apa yang jadi pada Shiro sebenarnya?!" Tanya Kuro cemas.

"Baju dan seluar dia basah. Dia mengalami hipotermia. Gejala ni dah biasa jadi kalau kita berada di tempat dingin macam ni. Lagi-lagi kalau beraltitud tinggi. Aku rasa Shiro dah mengalami simpton ni sejak tadi. Disebabkan baju dan seluar dia basah, simpton tu telah bertindak balas lebih cepat. Kalau kita tak cuba panaskan balik badan dia, dia boleh mati kesejukan." Terang Hiro panjang lebar. Dia mengambil termos yang selalu dibawa dan membancuh sedikit air coklat panas untuk Shiro. Kuro mengambil cawan plastik yang diberikan oleh Hiro padanya dan memberikannya pada Shiro.

"Shiro, bangun. Minum ni. Lepas ni, kita pergi jumpa oka-san dan oto-san di bilik mereka." Pujuk Kuro lembut. Shiro bangun dan minum hot choco yang dibuat oleh Hiro.

"Parah kalau macam ni. Hipotermia ni kalau dibiarkan, akan jadi lebih teruk. Bahkan boleh bawa mati. Aku tak ada ubat untuk penyakit ni. Kau kena bawa Shiro berjalan sebab kalau dibiarkan Shiro baring je, urat dalam badan dia akan keras dan terputus. Pendarahan akaa berlaku." Cerita Hiro lagi. Kuro menggosok badan Shiro supaya lebih panas. Mereka bangun dari katil selepas Shiro menghabiskan minumannya. Mereka keluar dari bilik untuk pergi ke tempat ibu bapa mereka.

(Di kawasan pergunungan Hameda)

"Kenapa kita kena bawa budak ni sama? Bukan ke dah cukup masalah yang kita hadapi sekarang?" Tanya Shinji sambil memandu. Dia menjeling kearah Kie yang tersenyum dibahagian belakang bersama Azuyu dan Kuroi.

"Biarlah dia ikut. Lagipun dia memang tinggal seorang diri. Lagi ramai lagi meriah. Takkan kita nak tinggalkan dia kat bukit tu sorang-sorang? Kan Kishi san?" Balas Azuyu sambil memujuk.

"Betul juga. Biarlah dia ikut. Dia akan bantu kita nanti. Dia lebih mahir dan pakar tentang hutan berbanding awak Shinji. Tengoklah dia macammana. Jenis kacukan." Tambah Kishi kun tanpa melihat kearah mereka. Hatinya masih bimbangkan keluarganya di atas gunung Hameda.

"Hah! Itulah gunung Hameda! Kita dah nak sampai!" Jerit Kuroi agak kuat. Mereka semua merenung gunung yang agak tinggi itu dengan perasaan bercampur baur. Entah apa yang akan menanti mereka disana.

"Tolong berhenti!! Kie nak makan!!" Laung Kie sekuat hati. Kesemua mereka menutup telinga masing-masing kerana kenyaringan suara Kie.

"Kenapa jerit macam tu?! Kami tak pekak lagilah!" Tengking Azuyu sambil menolak badan Kie. Ekor dan telinga serigala Kie bergerak beberapa kali kerana menahan lapar.

             Kishi kun membuka beg galasnya dan mengeluarkan bekalan simpanan yang masih ada. Lalu memberikannya pada Kie. Dengan wajah gembira dan mata yang bersinar, Kie mengambil bekalan itu dan terus membukanya. Kelihatan isi daging dan ayam yang telah disalai dan dipanggang rapi terletak cantik didalam bekas. Kesemua mereka yang melihat terliur.

"Macammana awak masak semua ni? Nampak sedap!" Kata Azuyu ingin tahu.

"Macam biasa je. Shinji, berhenti dulu. Biar saya yang pandu." Arah Kishi kun.

"Ok!" Shinji mengikut arahan dan memberhentikan kereta di tepi jalan. Mereka menukar tempat duduk. Kishi kun menekan gear dan kereta mula bergerak laju kearah pergunungan. Hatinya masih berdebar-debar menanti berita dari atas sana. Dia berharap dia sempat sampai. Dia melihat kawan-kawannya yang sedang menjamu selera. Dia hanya tersenyum.

(tamat bab 7)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience