PART 5

Adventure Completed 1567

(Di kampus)

"Kishi san! Kishi san! Chotto matte yo!!" Panggil Azuyu sambil berlari dari belakang. Kishi kun mempercepatkan langkahnya. Satu tarikan di baju memberhentikan langkahnya.

"Awak ni dah kenapa? Panggil nama orang tak berhenti. Malulah orang pandang." Ujar Kishi kun agak tegas.

"Awak yang tak pedulikan saya! Saya panggil awak langsung tak jawab!" Marah Azuyu. Kishi kun memandang kearah lain sambil mengeluh.

"Apa yang awak nak?" Tanya Kishi kun selamba sambil membetulkan bajunya.

"Saya nak tumpang awak boleh tak? Hari ni saya malas nak balik naik teksi. Saya nak ajak awak pergi ke satu tempat. Boleh tak?" Minta Azuyu beria-ia. Kishi kun terdiam dan berfikir.

"Yelah... kali ni je. Dah besar pun nak tumpang orang.." ejek Kishi kun. Dia yang sememangnya tidak berapa suka dengan Azuyu terpaksa melayan Azuyu setiap kali berjumpa. Ini kerana Azuyu adalah sepupunya.

              Ibu Azuyu adalah adik kepada ayahnya yang tinggal di Rusia. Azuyu seorang yang lasak dan sukakan cabaran. Dia lebih suka tinggal di tempat baru tanpa bantuan sesiapa termasuklah keluarganya sendiri. Azuyu merupakan anak tunggal. Disebabkan umurnya dengan Kishi kun hampir sebaya, dia kerap meluangkan masa dengan sepupunya itu. Dari kecil hinggalah sekarang.

"So nak kemana ni?" Tanya Kishi kun sambil memandu kereta mewahnya. Azuyu hanya tersenyum.

"Em.... nanti saya bagitahu. Drive je.." Azuyu tersenyum dan tersenyum sambil bersiul. Kishi kun agak bengang dengan sikap Azuyu yang terlalu berahsia.

            Mereka menuju ke satu tempat yang agak jauh dari bandar. Kawasan berais di satu tasik yang membeku. Musim sejuk memainkan peranannya untuk membekukan keseluruhan tasik. Mereka keluar dari kereta setelah Kishi kun meletakkan keretanya berhampiran kawasan rehat. Azuyu berlari ke tasik dengan gembira. Kelihatan sepasang couple sedang bermain 'ais skatting' di atas tasik. Yang menghairankan Kishi adalah kasut mereka. Ianya diperbuat daripada ais itu sendiri.

"Peliknya.. "bisik hati Kishi kun dan mengikut Azuyu dari belakang. Azuyu menemui mereka. Kelihatan mereka seperti sudah lama kenal. Azuyu melambai kearah Kishi kun. Yang menghairankan Kishi adalah pakaian yang dipakai oleh Azuyu. Dia hanya memakai baju nipis dan sweater berhood yang hanya dipakai pada waktu musim panas. Manakala dia sendiri terpaksa memeluk tubuh kerana kesejukan.

"Kishi san!! Kenalkan ini 'tomodachi' saya! Yang perempuan ni Kamiya Kuroi. Yang lelaki ni Kido Shinji. Kawan sekolej saya." Kenal Azuyu. Mereka bersalaman.

"Saya Tetsuya Kishi. Panggil Kishi. Yoroshiku!" Kishi kun tunduk hormat.

"Yoroshiku..." balas mereka serentak. Kishi merenung setiap seorang dari mereka. Kamiya Kuroi yang memakai baju berbelang putih hitam, memakai klip rambut dan berkulit putih tersenyum kearahnya. Kido Shinji pula memakai baju t-shirt tidak berlengan, berseluar tebal, berambut ikal dan memakai sarung tangan hitam menarik minat Kishi kun untuk mengenalinya. Mereka berbual untuk seketika.

(Di dalam hutan)

              Si kembar, parent mereka, Hiro, en. Honda, Takeru dan Takumi dikelilingi oleh sesuatu yang begitu asing bagi mereka. Tetapi mereka tidak menyedarinya. Akhirnya mereka sampai di perhentian pertama setelah beberapa jam berjalan. Mereka berehat dan membersihkan diri di bilik masing-masing.

"Letihnya... tak sangka pula jauh juga tempat ni. Aku rasa aku dah tak laratlah nak jalan lagi..." mengadu Shiro sambil terbaring di katil. Kuro mengikut cara adiknya.

"Betul tu. Letih sangat-sangat ni.. aku tak pernah berjalan sejauh ni selama aku hidup. Apa tujuan oto-san bawa kita kesini ya?" Tanya Kuro sambil melepaskan lelah. Hiro hanya memerhatikan mereka berdua.

"Entahlah. Oto-san tu lain macam sikit bila dikaitkan dengan hutan. Selama kita hidup, ini pertama kali aku tengok oto-san bersungguh-sungguh bawa kita ke sini. Mungkin ada sebab." Jawab Shiro. Dia duduk dengan selesa di atas katilnya

"Kuro, Shiro. Aku nak mandi dulu. Korang boraklah." Kata Hiro tenang. Hiro keluar dari bilik untuk ke tempat mandi di hujung koridor. Semasa melalui satu semak, Hiro terdengar sesuatu di sebelah kirinya.

                  Dengan perasaan takut, dia mengintai kearah semak yang masih bergerak. Tiba-tiba seekor kucing hutan muncul dan mencakar wajahnya. Hiro terjatuh kelantai. Berbekas 5 kesan cakar di wajah Hiro dan mula berdarah.

"Ittai...... apa salah aku?" Ujar Hiro sambil mengelap darah yang keluar dengan tualanya. Kucing hutan itu melihatnya dengan pandangan yang pelik. Kucing itu mendekati Hiro. Hiro hanya menunggu tindakan selanjutnya dari neko itu.

                Kucing hutan itu memanjat badan Hiro dan menjilat kesan cakaran di wajah Hiro berkali-kali. Ajaibnya, kesan calar dan luka itu hilang dalam sekelip mata. Hiro memegang wajahnya sendiri dan berundur ke belakang. Dia menyentuh neko yang masih berada dihadapannya dengan was-was. Akhirnya dia memeluk neko hutan itu dan tersenyum.

"Arigato neko nyan..." ucap Hiro. Hiro merenung mata neko yang berwarna merah kehitaman itu. Neko itu diletak di lantai dan duduk dengan diam.

               Hiro memerhati makhluk manja dihadapannya dengan teliti. Mata merah, wajah seakan-akan serigala, berbulu hitam hampir keseluruhannya. Hanya ada tompok putih betul-betul di dada. Memakai kalung emas yang tertulis tulisan kanji lama. Bersaiz agak besar dari kucing dewasa biasa dan berekor panjang. Tiba-tiba, neko itu memandang kesebelah kanannya dan berbunyi agak kuat. Seperti melihat musuh di situ. Neko hutan itu melarikan diri kedalam semak semula. Hiro menoleh ke kanan dan melihat en. Honda sedang mendekati bilik mandi. Hiro bertambah curiga.

"Oi Hiro chan! Buat apa duduk kat lantai? Kata nak mandi! Nak aku bukakan baju ke?" Usik Shiro yang berjalan bersama abangnya.

"Tak adalah. Saja nak tengok alam sekitar. Sambil-sambil tunggu korang." Balas Hiro dan tersenyum.

             Mereka bertiga mandi di bilik mandi yang telah disediakan. Setelah selesai, mereka pulang ke bilik masing-masing. Di bilik, Kuro dan Shiro mengambil gambar mereka. Berselfie untuk beberapa minit dan menghantar gambar mereka kepada Kishi kun.

"Biar dia jealous tengok kita berseronok kat sini!"ujar Shiro sambil ketawa. Kuro menolak kepala Shiro.

"Kau ni memang jahat kan! Kesianlah kat Onii chan. Dia ada kerja. Sebab tu tak boleh datang. Aku takut nanti bila kau hantar banyak gambar pada dia, dia buat keputusan datang sini untuk tengok kita. Macammana? Kalau betul onii chan datang sini, siap kau! Aku lempar iphone kau ni dalam gaung!" Usik Kuro buat muka garang. Shiro membuat wajah yang cuak.

"Nanti onii chan datang ke? Aku taknak dia datang!" Shiro menekan butang delete di telefonnya. Kesemua gambar yang hampir diterima oleh Kishi kun terbatal.

"Kau suka usik adik kau kan. Jangan buat macam tu Kuro. Aku tahulah dia agak bengap sikit. Tapi dia adik kau. Kau tengok dia dah menggigil. Takut dengan Kishi san. Jahatlah kau ni." Hiro menumbuk bahu Kuro sambil berbisik dengannya. Kuro menekup mulut menahan gelak.

"Aku tahu dia tak berapa cerdik. Sebab tu aku suka sakat dia. Kau jangan risau. Dia akan lupa segala-galanya esok. Esok dia akan buat balik apa yang dia buat sekarang." Balas Kuro berbisik. Hiro menggelengkan kepala. Pening dengan perangai mereka berdua.

(Di tasik)

                Kishi kun tersenyum sendiri setelah gambar-gambar adiknya diterima sebentar tadi. Entah kenapa hatinya tidak begitu. Seperti ada sesuatu yang menganggu dirinya sejak keluarganya ke sana. Sedang asyik dia membelek gambar yang diterima, muncul Shinji dari belakang.

"Hei Kishi san! Buat apa? Saya tak ganggu kan?" Tanya Shinji dan duduk di tepi Kishi kun.

"Taklah.. saja tengok gambar adik-adik. Diorang pergi mendaki dengan parent kita orang." Jawab Kishi kun perlahan tanpa melihat kearah Shinji.

"Mendaki? Kat mana?" Tanya Shinji lagi. Kishi kun melihat kearah Shinji.

"Entah. Dengar cerita kat satu kawasan pergunungan yang baru dibuka untuk pelancong. Mereka orang pertama yang terpilih pergi ke sana. Kalau tak silap gunung Hameda.." balas Kishi lagi sambil meneliti gambar.

"Gunung Hameda?? Oi!! Bahaya tempat tu. Macammana gunung tu boleh dibuka untuk orang ramai sedangkan banyak kes kematian kat situ." Cerita Shinji tegas. Kishi kun terperanjat apabila mendengar perkataan kematian.

"Apa? Kematian? Tapi saya tak pernah dengar pun tentang kematian yang pernah terjadi di gunung tu. Bahkan saya dah periksa semua cerita atau fakta-fakta tentang gunung Hameda tu. Kenapa awak kata pasal kematian?" Tanya Kishi kun ingin tahu. Shinji mengeluh. Dia melambai ke arah Kuroi yang sedang berbual dengan Azuyu.

"Ya.. kenapa?" Tanya Kuroi pula.

"Sebenarnya, saya nak awak cerita pasal gunung Hameda pada Kishi san. Dia perlu tahu apa yang ada dalam gunung tu." Kata Shinji sambil merenung kemata Kuroi. Kuroi yang berambut panjang dan memakai mafela di leher menceritakan segala-galanya kepada mereka berdua.

"Gunung Hameda ke? Sebenarnya Kishi kun, kami tinggal berdekatan dengan gunung tu. Gunung tu memang cantik dan sayup tinggi. Tetapi di sana ada satu misteri berlaku. Setiap kali bulan mengambang, mesti ada kematian kat sana. Tak tahu kenapa. Ada cerita tentang roh yang ingin membalas dendam berkeliaran di dalam hutan mencari mangsa. Dia hanya akan ambil seorang sahaja. Kalau diikutkan benda ni dah lama. 50 tahun yang lepas. Tapi sampai sekarang kes kematian semakin banyak yang berlaku. Penduduk kat sana dah tak benarkan orang luar masuk dalam kawasan pergunungan tu lagi." Kuroi bercerita panjang.

"Yang peliknya kenapa baru sekarang ianya dibuka untuk umum sedangkan kawasan tu adalah kawasan larangan? Mesti ada benda lain ni. Aku takut family kau akan jadi mangsa seterusnya dalam kes kematian dalam kawasan tu sebab tahun ni belum pernah terjadi apa-apa." Tambah Shinji lagi. Dia mengusap rambut depannya yang hampir menutup mata.

"Kishi san, awak mesti fikirkan sesuatu bukan? Atau awak ada rancangan apa-apa?" Tanya Azuyu serius.

"Kalau diikutkan saya nak pergi kesana. Tapi saya tahu oto-san dengan oka-san tak akan suka. Saya kena tunggu isyarat dari mereka. Kalau jadi apa-apa, baru saya ke sana." Jawab Kishi kun perlahan.

"Kalau macam tu, buat masa sekarang kita enjoy dulu!" Shinji menarik tangan Kishi kun pergi ketengah-tengah tasik yang membeku. Kishi kun mendepakan tangan supaya tidak jatuh.

               Shinji menunjukkan tangannya kearah kaki Kishi kun. Tiba-tiba, ais mengeras dan menjadi alat peluncur ditapak kasut Kishi kun.

"What?! Macammana awak boleh buat?" Tanya Kishi kun sambil mengimbangkan badannya supaya tidak jatuh.

"Itu rahsia kami.." bisik Azuyu di telinga Kishi kun. Kishi kun hanya merenung kearah mereka bertiga. Dia berdiri ditengah-tengah tasik tanpa bergerak walau seinci. Dia melihat mereka bertiga meluncur dengan gembira. Bahkan agak terkejut apabila melihat Kuroi bergerak laju diatas permukaan ais dan melompat dengan tinggi. Seolah-olah Kuroi terbang dan mempunyai sayap lutsinar. Kegembiraan terpancar diwajah kawan-kawannya.

"Setiap yang terjadi ada ceritanya..." bisik hati Kishi kun sambil merenung langit.

"Jom 'ais skatting'!" Laung Azuyu sambil menolak Kishi kun dari belakang.

"Hei Azuyu!!! Saya tak pandai main benda ni!" Jerit Kishi kun. Keadaannya yang kelam kabut sambil tangan didepakan melucukan hati mereka yang melihat.

(Di kawasan rehat di gunung Hameda)

              Kelihatan mereka sedang berehat setelah selesai makan di tempat yang telah disediakan. Hiro, Kuro dan Shiro hanya melihat kawasan sekeliling dengan rasa hairan.

"Hei geng! Korang tak rasa pelik ke? Aku tengok tempat ni lain macamlah. Sunyi sepi je. Dikelilingi oleh hutan belantara. manusia yang ada kat sini cuma kita je." Ulas Shiro yang berdiri di tepi tingkap. Kuro memerhatikan keadaan disekeliling mereka lagi sekali.

"Betul juga. Takkanlah kita sahaja yang terpilih masuk program ni. Macam ada sesuatu yang tak kenalah." Kata Kuro pula. Mereka saling berpandangan.

"Sebenarnya aku nak cakap banyak benda dengan korang. Tapi aku takut korang tak percaya. Tapi tak apa. Kita tunggu sampai keatas gunung, baru aku ceritakan. Sebelum tu, aku nak tido. Pendakian ditamatkan sementara. Esok sambung kan. So apa lagi. Rehat secukupnya." Ujar Hiro pula sambil berbaring.

"Kau nak cerita apa? Ceritalah sekarang. Aku nak dengar. Hei Hiro!! Bangunlah!" Panggil Shiro agak kuat.

"Esok jelah. Aku letih nak tidur." Jawab Hiro dan akhirnya terlelap. Jam menunjukkan pukul 3 petang.

"Em... kita pun rehat jelah dulu. Esok kita tunggu Hiro ceritakan semuanya pada kita. Dan aku tahu kau pun ada banyak perkara yang kau nak bagitahu kami kan." Kata Kuro tegas sambil membuka kasutnya. Dia bergerak naik ke atas katil. Shiro juga melakukan perkara yang sama. Baring disebelah abangnya. Akhirnya mereka tertidur.

              Sepasang mata memandang kearah mereka dari jauh. Memandang seakan-akan ingin memberitahu sesuatu. Suara yang sayu kedengaran. Satu tangan pucat kelihatan di tingkap bilik mereka. Tingkap yang dipegang menjadi ais. Bayangan putih ditingkap akhirnya menghilang dalam sekelip mata. Suhu sejuk semakin naik dan ribut seperti akan bermula.

(tamat bab 5)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience