PART 1

Adventure Completed 1568

(50 tahun dahulu)

"Jangan bunuh aku! Aku tak salah! Jangan bunuh aku!! Jangan!!" Kedengaran suara seseorang merayu di dalam sebuah hutan tebal. Beberapa orang lelaki yang berada di situ hanya ketawa melihat mangsa mereka menangis dan meminta nyawa mereka yang hampir dirampas. Salah seorang dari lelaki tadi hanya melihat dan akhirnya menarik picu senapang patah miliknya. Satu das tembakan tepat mengenai kepala lelaki yang ketakutan itu. Nyawanya dicabut begitu sahaja. Hanya gelak ketawa yang menyelubungi hutan belantara yang sepi. Mereka membiarkan mangsa mereka di situ. Hutan tebal yang sentiasa dikatakan berhantu telah menerima mangsa pertama. Mungkinkah akan ada mangsa yang kedua atau seterusnya?

(50 tahun kemudian)

              Seorang remaja lelaki yang berusia 20 tahun berlari anak kearah kelasnya di kampus yang baru sahaja diduduki. Dia memasuki bilik kuliahnya sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Dia segera ke arah meja yang telah dilihatnya pagi tadi. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia terus duduk tanpa menyedari seseorang sedang memerhatikannya. Di saat dia duduk, kedengaran bunyi yang tidak menyenangkan dari kerusinya. Semua pelajar melihat kearahnya tanpa berkelip. Akhirnya ketawa bergema seluruh kelas.

"Bodohlah kau ni! Kau kentut kan! Tak malu!! Pergi main jauh-jauh!!" Halau seorang remaja lelaki yang kelihatan seperti gangster kampung di hadapan remaja yang tunduk malu itu. Dengan muka merah, dia berlalu dari situ.

               Satu tangan menyekat pergerakan. Dua remaja berdiri di hadapannya sambil mengepal tangan masing-masing.

"Ehem!! Rasa-rasanya macam ada orang nak rasa penumbuk aku hari ni. Kau rasa siapa ya Shiro?" Tanya remaja itu pada Shiro.

"Siapa lagi kalau bukan samseng kampung ni! Kau ingat kau terer? Berlagak! Nak rasa kaki saiz 8 tak?!" Ejek Shiro tersenyum sinis. Samseng kampung berundur dan pergi dari situ dengan wajah merah macam delima.

"Te... terima kasih Shiro, Kuro. Kalau korang tak ada tadi, tak tahulah aku apa yang jadi. Nanti aku belanja korang makan ya." Ucap remaja itu sambil terangguk-angguk. Shiro dan Kuro hanya ketawa dan menepuk bahu remaja itu lembut.

"Apalah kau ni. Kita kan kawan lama. Aku tak kisahlah. Yang kau tu kenalah defend diri kau. Kau kan lelaki Hiro san. Kenalah kuat! Nanti aku ajar kau macammana nak belasah orang. Aku ajar kau kungfu. Nak?" Shiro merenung wajah Hiro menunggu jawapannya.

"Aku tak naklah Shiro. Aku suka duk macam ni je. Aku tak suka gaduh-gaduh. Sorry sangat-sangat..." rayu Hiro serba-salah.

"Tak apa. Kita orang tak kisah. It up to u. As long as u can take care of yourself, we fine with it.. but make sure u're not in trouble next time young man." Kuro mula bersyarah dengan tegas.

"Hoi! Tak payah nak omputih sangat. Tahulah kau terer dalam english, jangan nak menunjuk depan aku!" Marah Shiro sambil berpeluk tubuh.

"Kau apahal? Itu aku punya pasallah. Yang kau sibuk kenapa? Nak gaduh?!" Balas Kuro.

"Boleh! Jomlah!!" Mereka mula mengangkat penumbuk masing-masing. Tiba-tiba telinga mereka ditarik.

"Tak habis-habis nak gaduh! Meh sini aku betulkan korang. Datang sini nak bergaduh ke nak belajar?!" Seorang lagi remaja muncul di belakang mereka.

"Onii chan! Bila aniki sampai? Kita orang main-main je. Sakit ah!" Kata Shiro sambil senyum kambing.

"Betul betul betul! Lepaskan telinga kita orang. Malulah orang tengok.. nanti telinga kita orang capang, macammana? Dah tak hensem.."rayu kuro pula. Akhirnya mereka dilepaskan dari hukuman.

"Tahu malu. Bergaduh depan orang tak malu. Nama je kembar. Bergaduh je kerjanya. Dah duduk. Abang nak mula mengajar ni." Desak Kishi kun dengan muka garangnya. Cermin mata diangkat sedikit menggunakan jari telunjuk. Akhirnya pelajaran dimulai..

"Hei Kuro, kau tahu kan family kita nak pergi holiday minggu depan?" Shiro bertanya dengan menggunakan mindanya. Kuro tidak memandang. Hanya tersenyum.

"Aku tahu. Takkan aku tak tahu. Nama pun family. Bodohnya kau.. "balas Kuro sambil ketawa kecil.

                Shiro melempar pennya ke arah Kuro. Hiro yang berada di tengah-tengah pening melihat kembar tak seiras itu. Asuka Hiro atau panggilan manja Hiro sudah lama berkawan dengan pasangan kembar dan juga abang mereka, Tetsuya Kuro, Tetsuya Shiro dan abang mereka Tetsuya Kishi. Mereka selalu menolong Hiro jika berkesempatan.

                Keluarga mereka dari orang berada. Manakala Hiro dari keluarga susah. Mereka banyak menyumbang jasa kepada keluarga Hiro tanpa balasan. Hiro amat berterima kasih kerana dikurniakan kawan-kawan yang sedemikian. Walaupun mereka kaya tetapi mereka tidak sombong seperti sesetengah keluarga kaya di bandar jepun ini. Mereka menyambung pelajaran mereka yang tergendala. Satu bisikan kedengaran di telinga Hiro. Menganggu Hiro untuk menumpukan pelajarannya. Dia memandang ke belakang. Seorang remaja perempuan yang berwajah pucat sedang duduk di belakangnya. Hiro memberi isyarat kenapa. Remaja perempuan itu membalas dengan lembut tujuannya. Selepas itu, remaja pucat itu hilang. Hiro menggelengkan kepala.

"Kau kenapa bro? Ada masalah ke? Nak cerita kat aku? Cer criter... cer criter.." usik Kuro apabila melihat Hiro dalam resah.

"Sapa lagi kalau bukan miss perfect yang pucat tu? Dia nak jumpa aku kat kelas lama nanti. Korang teman aku boleh?" Ajak Hiro bersungguh-sungguh.

"Mana boleh! Kau keluar date dengan dia. Kita orang tak boleh kacau.. lagipun kita orang ada kerja lepas ni. Pergi sendirilah..." balas Shiro agak kuat. Satu pen melayang kearahnya dan tepat mengenai kepala Shiro.

"Adoi!! Apa ni?!" Marah Shiro sambil mengutip pen di kaki.

"Kenapa? Marah ke?!" Kishi kun berdiri di hadapan Shiro semasa adiknya mendongak.

"Tak ada apa-apalah onii chan. Sedap rasa kena baling pen. Sweet sangat!" Jawab Shiro sambil tersenyum. Kuro dengan Hiro hanya mampu menahan ketawa.

"Siap kau kat rumah nanti!" Kishi kun berbisik ke telinga Shiro. Dia meneruskan kuliahnya.

(Selepas dua jam)

               Hiro berlari kebelakang bangunan lama untuk menemui remaja perempuan yang membuat temu janji dengannya. Kelihatan remaja itu sedang berdiri di hadapan sebuah kelas sambil bernyanyi riang. Dia tersenyum apabila melihat kekasih hati dihadapannya.

"Hiro!! Rindu awak!!" Remaja perempuan itu berlari ke arah Hiro dan ingin memeluknya tetapi tembus begitu sahaja.

"Awak tahu kan awak tak boleh sentuh manusia?" Ujar Hiro serius.

"Hahaha! Saya tahu. Saja je bergurau. Kalaulah saya boleh sentuh awak, kan bagus." Kata remaja perempuan itu dengan nada sedih.

"Salah awak juga Rei. Yang awak bunuh diri tu kenapa? Kan terpaksa stay sini sampai kiamat. Awak tak nak balik ke tempat asal ke? Sedih tau duduk sini sorang-sorang." Hiro duduk di tepi Rei.

"Saya tahu saya salah. Nak menyesal pun tak guna. Saya tak nak pergi mana-mana. Saya nak stay sini dengan awak. Jaga awak dan tengok awak setiap hari. Kita dah kenal hampir dua tahun. Hanya awak je yang dapat tengok saya kat sini. Orang lain takut dengan saya. Saya taknak orang lain. Saya nak awak!!" Rei cuba memegang tangan Hiro namun tak berguna.

"Kita dari dunia berbeza Haruno Rei. Awak roh yang tak aman. Saya manusia biasa. Kalau awak nak bersama saya, tunggu saya mati dulu, boleh?" Gurau Hiro sambil tersenyum manis.

"Saya... saya memang nak bersama awak. Tapi saya taknak awak mati.. saya taknak!" Rei mula meracau dan menangis. Roh tak aman seperti Rei sentiasa berkelakuan begini. Sebab itu pelajar lain sentiasa mendengar suara orang menangis, menjerit dan meminta tolong. Mereka perlu ditenangkan.

"Ok! Saya tak akan mati. Saya janji saya akan mati selepas saya tua ok?! Saya kena pergi dulu.. saya masih ada kelas. Nanti saya jumpa awak lagi. Kalau ada masalah, datang jumpa saya ya.." kata Hiro dan terus meninggalkan Rei.

"Macammanalah aku boleh sangkut dengan dia ni? Salah aku jugak rasanya.. bodoh betul!" Hiro membebel dan mengutuk diri sendiri.

(tamat bab 1)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience