PART 6

Adventure Completed 1568

(Pukul 12 tengah malam)

          Shiro terbangun sendiri setelah lama tertidur sejak petang tadi. Dia melihat keadaan sekeliling yang kosong. Abangnya dengan Hiro tiada di bilik. Dia yang  masih mamai berjalan ke tandas sambil menggaru kepalanya dan menguap. Dia menggosok mata supaya boleh melihat dengan lebih jelas. Tanpa mempedulikan kawasan sekeliling yang gelap, Shiro terus masuk kedalam tandas tanpa berfikir panjang. Setelah selesai, dia keluar dari tandas. Tetapi kali ini perasaan yang berlainan dirasai olehnya. Bulu romanya menegak secara tiba-tiba. Angin sejuk menghembus kearahnya dengan kuat. Salji yang mulai turun terapung hingga terkena padanya. Dia melihat keadaan yang tenang menjadi agak tegang. Seperti ribut akan melanda. Shiro terjatuh kelantai sebaik sahaja dia melihat seseorang sedang berdiri di hadapannya. Wanita muda berpakaian kimono. Berwajah putih melepak, mata bundar dan manis berdiri dihadapannya sambil tersenyum. Wanita itu mendekatinya yang masih kaku.

"Tak sangka boleh jumpa awak disini. Selama ini saya hanya perhatikan awak dari jauh. Sejak awak kecil hinggalah awak dewasa. Nampaknya jodoh kita panjang. Sekarang awak berada di tempat saya. Jom ikut saya ke istana. Awak akan jumpa dengan keluarga saya. Marilah!" Ajak wanita muda itu sambil memegang tangannya. Shiro semakin takut apabila menyedari bahagian belakang wanita itu berulat dan berdarah.

"Jangan.... jangan pegang aku!!" Shiro berlari meninggalkan tempat itu dengan peluh menyelaputi wajahnya. Dia berlari sekuat hati tanpa menoleh kebelakang hingga dia sampai di biliknya.

              Dia cuba membuka pintu tetapi pintu dikunci dari dalam. Dia cuba lagi kuat tetapi pintu tetap tidak terbuka. Dia mendengar bisikan di telinga.

"Awak tak boleh lari dari saya.... sebab awak adalah orang pertama yang dapat melihat saya.... awak tak boleh pergi.... kecuali awak berikan saya jantung awak.." wanita muda tadi dilihat terapung dibelakang Shiro dengan senyuman lebar. Shiro semakin menggigil ketakutan apabila di dengar perkataan 'jantung'.

"Buka!!! Bukalah pintu ni!! Kuro!! Hiro!! Tolong aku!!! Tolong!!" Jerit Shiro sekuat hati sambil menggegarkan pintu. Dia berhenti bergerak apabila satu tangan memegang bahunya. Tanpa berfikir, dia menghayunkan penumbuknya dan tepat mengenai orang yang berada di belakangnya. Orang itu jatuh kelantai.

"Adoi!!! apa ni?!!" Marah Kuro sambil memegang pipinya yang kemerahan. Dia mengelap sedikit darah yang mengalir dibibir akibat tergigit. Hiro menolong Kuro bangun dengan wajah panik.

"Kau kenapa? Pucat semacam je ni!" Tanya Hiro tegas.

"Aku..... aku tak sengaja... tadi ada masalah besar ! Aku nak buka pintu tapi tak terbuka." Jawab Shiro kelam kabut. Hiro membuka pintu dengan sekali pusingan sahaja.

"Mana ada kunci! Kau ni dah kenapa?!" Marah Kuro sambil menempeleng kepala adiknya. Ketiga-tiga mereka masuk ke bilik dan mengunci pintu. Kuro mengambil ais batu yang telah disediakan di dalam peti ais kecil yang sememangnya ada di dalam bilik. Dia hanya memandang wajah adiknya yang pucat.

"Apa masalah kau sekarang ni? Apa yang kau nampak? Ceritalah!" Tegas Kuro. Shiro hanya mendiamkan diri. Dia baring di katil sambil menyelimutkan dirinya. Matanya asyik memandang keadaan sekeliling.

"Tak payahlah kacau dia Kuro. Mungkin dia terkejut lagi tu. Mesti ada sesuatu yang dia tak sepatutnya tengok di kawasan sini." Kata Hiro tenang. Kuro mengeluh.

"Aku tahulah kau boleh nampak benda halus tu semua. Tapi janganlah tegur. Diam jelah. Aku dah lama tahu ada sesuatu ikut kita sejak kita mula mendaki lagi. Tapi aku diamkan sebab aku hanya boleh rasa kewujudan diorang. Hanya kau je yang boleh tengok diorang tu. Tapi tolonglah hati-hati. Kadang-kadang roh yang ada di dalam hutan ni bukan semuanya baik. Ada juga yang sekadar nak mengusik dan juga ada yang nak balas dendam. Kenalah berjaga-jaga!" Nasihat Kuro lagi sambil mendekati adiknya. Hiro menoleh ke cermin bilik. Dia menyedari sesuatu sedang melihat kearah mereka. Namun hilang setelah dia melihatnya. Hiro mengambil keputusan mendiamkan diri memandangkan Shiro masih tidak stabil.

"Kuro, aku nak call aniki.. boleh tak?" Tanya Shiro perlahan. Kuro mendengus. Dia tahu perangai adiknya. Jika Shiro mengalami masalah yang dia sendiri tidak dapat handle, Shiro lebih suka bercakap dengan abangnya Kishi kun.

"Esok jelah. Onii chan mungkin dah tidur. Esok ya. Dah! Tidur dulu. Esok nak mendaki lagi." Pujuk Kuro sambil baring di sisi adiknya. Hiro hanya memandang kearah mereka dengan senyuman.

"Kenapa kau senyum? Ada yang pelik ke?" Tanya Kuro ingin tahu.

"Tak ada apa. Cuma kalau aku tak kenal korang, aku akan cakap yang korang ni pasangan yaoi! Lawak!!" Jawab Hiro selamba. Serta merta Kuro bangun.

"Apa kau cakap?!" Kuro bangun dari katil. "Yaoi?! Nah! Ini yaoi kau!" Kuro bergusti dengan Hiro. Membuat gaya ala-ala gusti WWE. Shiro tumpang sekaki. Bergegar ruang bilik dengan gelak ketawa dan jeritan mereka.

                    Seseorang ketawa di luar bilik mereka tetapi mereka tidak dapat mendengarnya. Bayangan wanita berpakaian putih itu terapung dan berhenti apabila melihat seorang lagi wanita yang memakai baju kimono berwarna merah dihadapannya.

"Kau menganggu aku malam ini yuki-onna, Satomi Ai!" Marah wanita kimono merah. Satomi Ai hanya tersenyum.

"Kau menganggu tuan aku Kitsune Mayumi. Aku tak akan berdiam diri... jauhkan diri kau dari mereka, faham!" Ujar Satomi Ai dengan tegas. Ribut salji muncul dan menyelubungi kawasan bilik mereka bertiga seperti penghadang.

"Kau akan menyesal Satomi Ai! Aku akan cari jalan untuk dapatkan jantung yaag aku nak!" Kitsune Miku menghilangkan diri. Begitu juga satomi Ai. Penghadang yang dia ciptakan hanya boleh dilihat dari luar.

(Di Rumah)

"Macam ada sesuatu yang terjadi... " bisik hati Kishi kun. Dia bangun dan menuruni tangga. Dia keluar dari rumah dan merenung bulan yang penuh malam itu. Dia menutup mata dan membaca sesuatu. Angin kencang berputar dihadapannya dan muncul sesuatu dihadapannya.

"Kishi sama! Ada tugas baru ke untuk saya?" Seseorang yang memakai topeng dan bersayap seperti burung gagak menundukkan kepala dihadapan Kishi kun. Melalui mitos jepun, makhluk ini dipanggil kerasu tengu.

"Tengu san, tolong perhatikan adik-adik saya di gunung Hameda. Saya rasa seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Kalau ada apa-apa, cepat beritahu saya." Arah Kishi kun tegas.

"Hait!! Wakatta!! Saya pergi sekarang!" Minta Tengu san dan melihat kearah Kishi kun.

"Gomenasai kerana menyusahkan awak malam ni." Ucap Kishi kun sambil tunduk hormat.

"Daijoubu Kishi sama! Itu tugas kami sebagai penjaga keluarga ini. Jangan risau." Balas Tengu san dan hilang dalam angin kuat. Kishi kun hanya melihat keindahan malam dengan perasaan gusar. Dia masuk semula kedalam rumah banglo mewah itu.

(Keesokan harinya, pukul 9 pagi)

               Mereka bersedia untuk mendaki semula pada pagi itu. Shiro masih dengan keadaannya yang ketakutan. Tetapi dia berusaha untuk mengawalnya disamping Kuro yang sentiasa ada bersama. Hiro hanya mampu melihat keadaan yang berlaku pada kawan baiknya itu. Dia berharap perkara semalam tidak berlaku lagi.

"Baiklah. Hari ini kita mulakan perjalanan kita ke puncak gunung. Saya harap tiada apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan. Sesiapa yang ada masalah, sila beritahu kami secepat mungkin. Faham?" Arah en. Honda serius.

"En. Honda, selepas naik ke atas, kita akan berada di satu lagi perhentian. Berapa lama jarak masa yang perlu kita ambil untuk sampai ke sana?" Tanya ayah si kembar.

"Kita tengok dulu macammana sebab sebaik sahaja kita sampai di sana, saya akan membawa awak semua ke satu tempat yang istimewa." Jawab En. Honda sambil tersenyum sinis.

         Hiro melihat wajah en. Honda dan anak-anaknya. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari mereka.

(Di kampus)

            Kishi kun berjalan pantas menuju ke belakang kampus. Di sana berdiri seseorang yang memakai baju serba hitam dan berhood. Tidak dapat dilihat wajahnya. Dia menunduk hormat kepada Kishi kun.

"Macammana tengu san? Ada apa-apa berita tentang keluarga saya?" Tanya Kishi kun ingin tahu.

"Berita agak tidak baik Kishi sama. Mereka yang mendaki kemungkinan akan ditimpa masalah. Dari luaran dan dalaman. Kishi sama perlu ada di sana dengan segera." Jawab tengu san secepatnya. Kishi kun mengeluh berat.

"Baiklah... awak boleh pergi. Arigato!" Kishi kun tunduk hormat. Tengu san menghilangkan diri. Kishi kun berdiri di situ sambil memikirkan sesuatu. Satu tepukan di belakang mengejutkannya.

"Hai Kishi san!! Apa yang awak buat kat sini?" Azuyu muncul dibelakang Kishi kun sambil tersenyum manis. Kishi kun menoleh ke tempat lain.

"Tak ada buat apa-apa. Saya kena pergi dulu." Kishi kun berlalu dari situ tanpa melihat kearah Azuyu. Azuyu yang berdiri hanya tersenyum dan menoleh kebelakang. Terlihat sekilas seseorang sedang bersembunyi di kawasan hutan.

(Di gunung Hameda)

"Oka-san, kenapa ni? Oka-san tak apa-apa ke?" Tanya Kuro apabila melihat ibunya terduduk di tanah yang dipenuhi ais.

"Oka-san pening. Dah tak ada tenaga untuk bergerak. Tak tahu kenapa." Jawab ibunya. Hiro memeriksa keadaan ibu si kembar.

"Makcik mengalami hidrasi yang agak tinggi. Makcik kena banyak minum air dan minum glukos. Sekejap saya buatkan." Hiro membuka beg galasnya dan membancuh sedikit air glukos untuk ibu si kembar.

"Kita berehat seketika. Tunggu keadaan dah ok, kita sambung lagi pendakian kita." Arah en. Honda sambil duduk di tepi pokok. Takumi dengan Takeru berada di di bahagian belakang melihat dan mencebik kearah mereka.

"Lemah dan lembik... macammana boleh terpilih pun aku tak tahu. Kalau macam ni setiap kali, sampai esok pun tak akan sampai." Ejek Takumi agak berbisik.

"Sabarlah.. diorang bukan sengaja pun. Tak lama lagi tamatkan kerja kita. Jangan sampai diorang curiga sudahlah." Balas Takeru perlahan.

             Shiro yang berada bedekatan dapat mendengar apa yang diucapkan oleh Takumi. Dia berdiri dan berjalan kearah Takumi.

"Apa yang kau cakap pasal mak aku?! Kau cakap depan aku sekarang aku nak dengar!" Tengking Shiro sambil mencekak pinggang.

"Apa yang aku cakap?! Kau jangan nak tuduh-tuduh ya! Sudahlah! Berambus!" Marah Takumi dan menolak Shiro hingga terjatuh. Shiro melihat dengan perasaan marah yang membuak.

"Kau!!" Shiro bangun dan ingin menumbuk Takumi tetapi dapat ditahan oleh Kuro.

"Sudahlah tu Shiro!! Apa ni?! Janganlah gaduh!" Nasihat Kuro sambil cuba menahan adiknya dari mendekati Takumi. Manakala Takeru cuba menahan Takumi.

"Dia yang mula dulu! Aku dengarlah apa yang kau cakap pasal mak aku!!" Jawab Shiro dengan wajah bengis.

"Apa yang aku cakap?!!" Balas Takumi pula.

"Biarkan dia Takumi!" Pujuk Takeru. Dia menarik abangnya supaya jauh dari Shiro dan Kuro.

"Jangan nak bergaduh dekat sini! Kalau tak, aku hukum kamu berdua!" Jerit En. Honda nyaring. Kesemuanya terdiam dan mata tertumpu pada en. Honda. Shiro dan Takumi merenung antara satu sama lain tanpa bercakap.

"Shiro, dengar cakap en. Honda. Dia ketua ekspedisi kita! Jangan degil!" Kata ayah si kembar. Shiro mengeluh. Setelah ibu mereka stabil, mereka memulakan perjalanan untuk ke puncak.

(Di rumah banglo si kembar)

           Kishi kun berjalan kearah keretanya sambil memegang beg besar. Dia memasukkan beg itu kedalam kereta dan mula memandu pergi. Nampaknya perjalanannya untuk ke gunung Hameda akan dimulakan. Sebaik sahaja dia memandu keluar dari kawasan rumah, dia melihat Azuyu sedang berdiri di tengah-tengah jalan sambil berpeluk tubuh. Kishi kun dapat merasakan perjalanannya kali ini penuh cabaran. Dia keluar dari kereta dan merenung Azuyu.

"Apa lagi?" Tanya Kishi kun perlahan.

"Kami akan ikut awak ke gunung Hameda. Jadi awak tak boleh pergi tanpa kami." Jawab Azuyu sambil ketawa kecil.

"Kami?" Kishi kun hairan dan menyedari sesuatu. Muncul satu kereta dari kejauhan. Keluar Shinji dan Kuroi dari dalam kereta.

"Yo kishi san!" Ucap Shinji sambil melambai.

"Ohayou minna!" Tambah Kuroi pula. Mereka berdua seakan-akan gembira melihat Kishi kun disitu.

"Alamak.... apa ni Azuyu? Saya ada hal penting ni! Tolong ketepi!" Kata Kishi kun dan memasuki kereta dan cuba bergerak. Namun keretanya tidak bergerak walau seinci. Seperti ada sesuatu menyekat tayar keretanya.

"Awak tak boleh pergi tanpa bawa kami bersama. Faham?" Azuyu berdiri di tepi kereta Kishi kun. Kishi kun keluar dari kereta dan melihat keempat-empat tayar keretanya disaluti oleh ais yang membeku. Azuyu dan Shinji ketawa sambil menunjukkan kedua-dua tangan mereka yang dipenuhi salji.

"Korang ni kenapa?! Saya kena pergi sekarang! Kalau tak..."belum sempat Kishi kun membalas, dia terdiam apabila melihat Kuroi terapung kearahnya.

"Kami tahu apa yang akan jadi pada keluarga awak. Sebab itu kami akan ikut sekali. Lagipun gunung Hameda tu tempat permainan kami berdua. Awak perlukan kami supaya awak dapat mencari mereka. Jangan membantah!" Ulas Kuroi. Kishi kun hanya mampu mengeluh.

"Ok! Fine! You guys can go! Tapi ingat, jaga diri masing-masing. Di sana banyak halangannya." Jawab Kishi kun sambil melihat mereka bertiga. Kishi kun menaikkan sedikit meganenya.

"Yes!!! We can go!!"sorak mereka serentak. Disebabkan kereta Shinji lebih besar, Kishi kun meninggalkan keretanya di dalam kawasan parking dan pergi bersama mereka. Dia berada di bahagian depan dan Shinji yang memandu.

"Habislah... macam-macam yang akan jadi lepas ni.." bisik hati Kishi kun. Dia merenung keluar tingkap tanpa mempedulikan mereka bertiga yang sedang menyanyi.

"Jangan bimbang. Keadaan akan selamat. Dan akan menjadi lebih menarik!" Azuyu menepuk bahu Kishi kun. Kishi kun hanya mejeling dan memandang kehadapan.

"Yeah right." Balas Kishi kun. Mereka memulakan perjalanan luar biasa mereka ke gunung Hameda. Diharap semuanya akan berjalan lancar.

(tamat bab 6)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience