Di dalam sebauh kedai runcit terlihat seorang remaja lelaki sedang memandang ke arah rak roti. "Hmm...roti ni nampak sedap tapi duit yang aku bawak cukup-cukup je untuk beli bahan masakan untuk malam haih" Kata lelaki itu dengan sedih.
Dia pun pergi membayar barang dapur itu dan segera pulang dengan berjalan kaki tetapi dia tiba-tiba merasakan hawa keberadaan seseorang sedang mengikutinya.
“Siapa di sana cepat keluar" Kata lelaki itu. Dari dalam gelap keluar seorang lelaki seumuran dengannya. "Rambut kuning keemasan, mata merah kau ni Number 2, Hyuga kan?" Tanya lelaki itu.
Hyuga pun hanya mengangguk sahaja sebagai tandai jawapan kepada pertanyaan tadi. "Apa kau perlu sesuatu dengan aku?" Tanya lelaki iti sekali lagi.
"Tentu saja ada, kau merupakan salah satu dari empat kekuatan perang dan kau yang paling menjadi ancaman kepada aku wahai si Number 1, Ryu" Jawab Hyuga. Seperti yang dikatakan Hyuga, Ryu ialah Number 1 iaitu merupakan orang pertama yang bangkit menjadi level 5. "Apa maksud kau dengan paling menjadi ancaman" Tanya Ryu.
"Banyak betul pertanyaan kau tapi biar aku jawab itu kerana kau merupakan satu-satunya skiller yang dapat menandingi kekuatan aku berdasarkan penilaian aku terhadap kau". Tanpa berfikir panjang Hyuga pun terus membuka Hero Gate dan menyerang Ryu dengan harta agung secara beruntun.
Ryu dengan mudah dapat mengelak serangan itu tetapi dia terpaksa merelakan barangan yang dia beli rosak akibat serangan itu.
"Cis! Habis semua duit aku melayang begitu saja, sekarang aku nak makan apa malam ni?" Ucap Ryu sambil terus mengelak serangan daripada Hyuga. "Sempat lagi kau fikir nak makan padahal sekarang nyawa kau dalam bahaya" Kata Hyuga.
"Habisnya aku tak rasa akan kalah melawan kau" Kali ni giliran Ryu yang menyerang. Dalam sekejap kobaran api yang sangat besar terbentuk dan menelan harta agung milik Hyuga dan dalam masa yang sama dua dinding tanah terbentuk dan menghentam Hyuga.
"Apa sudah berakhir?" Tanya Ryu pada diri sendiri. Namun begitu, terlihat kilatan cahaya membelah batu yang menghentam Hyuga. "Boleh tahan tapi kau belum bersungguh-sungguh kan" Kata Hyuga dengan nada yang bersemangat. "Kau pun sama kan" Balas Ryu.
Kali ini Ryu menyerang Hyuga dengan serangan berskala besar dengan elemen yang berbeza-beza. Ryu merupakan skiller dengan kuasa elemental, dia mampu mengendalikan lima elemen asas iaitu api, air, kilat, angin dan tanah. Dia juga dijuluki penguasa elemental berkat kehebatannya.
Pertarungan mereka menyebabkan kekacauan di kota tersebut. Polis pun mula berdatangan untuk evakuasi orang awam kerana menyedari mereka tidak akan mampu berbuat sesuatu kepada mereka berdua.
Setelah sekian lama akhirnya Hyuga kembali tersenyum puas ketika bertarung. Dia hampir melupakan sensasi keseronokan dalam pertarungan akibat selalu bertarung dengan orang yang lemah.
"Bagus sekali Ryu, jika dibandingkan saat melawan level 5 yang lain kau betul-betul dapat memberi saingan kepada aku" Dalam keseronokannya tiba-tiba dia menerima tebasan dari pedang kilat. "Ada apa Hyuga kau terlihat terkejut" Kata Ryu.
"Bagaimana dia melakukannya?" Fikir Hyuga. Dia sedar jika Ryu itu cukup kuat tapi dia sama sekali tidak faham bagaimana cara Ryu menembusi pertahanan miliknya. Hyuga sangat percaya diri dengan kemampuan yang dia miliki salah satunya ialah pertahanannya.
Akan tetapi Ryu dengan mudahnya menembusi pertahanannya tersebut. Menurut Hyuga hanya orang yang memiliki kemampuan untuk membelah ruang dan waktu sahaja yang dapat melakukannya.
"Apa kau dah lupa kalau kilat tu sama sahaja seperti cahaya, sesuatu yang mampu melampaui ruang dan waktu" Ucapan Ryu membuat Hyuga sedar kalau Ryu berbeza dengan pengguna elemental yang lain kerana mampu memanipulasi elemen asas hingga setingkat elemen tingkat khusus seperti cahaya dan kegelapan.
"Hampir saja aku meremehkan kau Ryu tapi kali ini aku tak akan main-main lagi" Hyuga mengambil sebilah pedang dari Hero Gate dan tiba-tiba sahaja Ryu merasakan kekuatan Hyuga meningkat dengan pesat.
"Kalau kau nak tahu, saat aku memegang harta agung kekuatannya akan meningkat dua kali ganda dari biasanya" Kata Hyuga. Setiap harta agung milik Hyuga memiliki kemampuan yang berbeza-beza dan hanya aktif saat Hyuga memegangnya. Harta agung yang Hyuga gunakan bernama Devu Volt, merupakan pedang pengendali langit.
"Bersedialah Ryu" Dengan kecepatan yang tak masuk akal. Ryu diserang dengan panahan kilat yang beruntun. Ryu pun menerima luka yang cukup teruk tetapi yang mengejutkan adalah bagaimana Ryu boleh terluka.
Ryu memilik kekebalan terhadap serangan dari jenis elemen asas dan sudah jelas serangan Hyuga merupakan serangan dari elemen kilat. "Sepertinya itu bukan kilat biasa" Kata Ryu sambil mengusapa darah di bibirnya.
"Entahlah siapa yang tahu, mari kita teruskan pertarungan ni" Kata Hyuga. Kali ini dia menggunakan harta agung yang lain dan menyerang Ryu. Ryu pun melapisi tangan kanannya dengan api manakala tangan kiri dengan kilat dan mula menyerang Hyuga.
Harta agung yang Hyuga gunakan kali ini nampaknya dapat membekokkan ruang dan waktu akan tetapi berkat kecepatan Ryu dia dapat mengelak serangan Hyuga dengan mudah.
Ryu pun berjaya mendaratkan tinju dengan tangan kirinya ke Hyuga dan menghempaskannya hingga menembusi tiga bangunan. Hyuga pun bangkit lagi dan menggunakan harta agung yang lain. Pertarungan terus saja berlangsung di langit yang gelap itu.
Kali ini Hyuga dapat bertukar tempat dengan benda-benda di sekitarnya. Dengan memanfaatkan serpihan-serpihan bangunan yang hancur dia bertukar tempat dengan cepat sambil menyerang Ryu dan berjaya menusuk perutnya. Ryu pun menerima luka yang cukup fatal.
Hyuga dan Ryu mula terlihat keletihan. "Apa kata kita segera mengakhiri pertarungan ini" Kata Ryu sambil memegang kawasan perutnya yang ditusuk.
Tanpa berfikir panjang Ryu pun melapisi tangan kanannya dengan kesemua elemen. Hyuga pun langsung mengeluarkan Hero Blade untuk melancarkan serangan terakhir.
"Heh..aku cukup puas bertarungan dengan kau Hyuga" . "Aku pun sama Ryu". Dengan memampatkan kelima-lima elemen dasar, Ryu pun menyerang Hyuga dengan serangan bernama Elemental Blast.
Hyuga hanya tersenyum dan melibaskan pedangnya dengan anggun dan berkata "Atomic Breaker". Cahaya keemasan pun menelan Elemental Blast dengan mudahnya. Ryu yang melihatnya pun kehilangan harapan sambil menunggu gilirannya. Cahaya keemasan itu pun menerangi kota layaknya di cuaca di siang hari.
"Kau kuat Ryu tapi aku jauh lebih kuat" Kata Hyuga yang mengakui kekuatan lawannya. "Tapi untuk jaga-jaga aku tenggelamkan kau bersama kota ni" Kata Hyuga. Ribuan Hero Gate terbuka dilangit menghadap kota tersebut. "Tidurlah dengan nyenyak Number 1".
Kota itu pun segera dihujani harta agung dengan jumlah yang tidak terhingga. Seluruh bangunan musnah hanya dalam satu malam sahaja.
Keesokan harinya di markas utama Frinxx. Arata dijemput hadir ke mesyuarat mengejut oleh pihak Frinxx. Dia diiringi oleh Erina ke bilik mesyuarat.
"Tapi kan aku masih tak percaya kota tu hancur hanya dalam satu malam je" Kata Arata yang masih belum boleh menerima tentang apa yang berlaku.
"Ikut kau lah nak percaya ke tak, kita dah sampai inilah biliknya" Kata Erina. Segera memasuk bilik itu Arata dikejutkan dengan berkumpulnya para level 5 kecuali Hyuga, Ryu, Shota dan Ana.
Mereka semua sudah duduk di tempat masing-masing. Inilah senarai level 5 yang hadir beserta kuasa mereka:
1. Number 3, Erina - Electromaster
2. Number 4, Yudo - Darkness
3. Number 6, Ryan - Orca
4. Number 7, Arata - Gravity
5. Number 8, Shimon - Flame
6. Number 9, Leo - Enchant
7. Number 10, Shiro - Light
8. Number 11, Rena - Space time & Telekinesis
9. Number 12, Sorata - Damage point
Erina pun memulakan mesyuarat. "Disebabkan semua dah ada mari kita mulakan mesyuarat ini jadi--" . "Tunggu dulu sebelum tu aku nak tanya asal mereka bertiga ni macam baru balik perang je" Tanya Arata dengan nada yang selamba. Orang yang dimaksudkan Arata ialah Ryan, Shimon dan Shiro.
"Haha, rupanya Arata ialah orang macam ni rupanya, sebenarnya luka yang kami bertiga dapatkan ni adalah disebabkan pertarungan kami dengan Hyuga" Jawab Ryan.
"Hyuga yang lakukannnya" Arata agak terkejut kerana mereka bertiga bukanlah calang-calang Skiller melainkan level 5 sepertinya. "Dan hal itulah yang akan kita bahas apa kau ada apa-apa lagi nak dipersoalkan Arata?" Tanya Erina dengan nada agak kesal kerana Arata memotong ucapannya tadi.
"Tak...tak ada" Jawab Arata dengan nada menyesal. "Baiklah pertama-tamanya aku ada berita buruk, Number 1 telah pun meninggal dalam pertarungan melawan Hyuga semalam". Semua orang di dalam bilik terkejut mendengarnya. Tidak ada yang menyangka Ryu akan tewas ditangan Hyuga.
Ini disebabkan mereka tahu kalau Ryu itu merupakan salah satu level 5 terkuat selepas Hyuga. "Apa berita ini betul?" Orang yang bertanya ialah Leo iaitu Number 9. "Tak salah lagi kerana ini dipastikan langsung oleh pihak hospital di kota itu" Jawab Erina.
"Menyedihkan, apa cuma sebegitu sahaja kekuatan dari Number 1" Kata Rena. Para level 5 yang lain mula memandang ke arah Rena disebabkan ucapannya yang kurang beradab.
"Oi, memangnya kau siapa nak berkata begitu, orang yang kau remehkan tu baru sahaja meninggal jadi jaga ucapan kau" Orang yang menegur Rena ialah Yudo. Rena hanya mengabaikan sahaja teguran itu.
Erina pun hanya diam sahaja atas tindakan Rena dan memilih untuk menyambung ucapannya. "Aku nak terus pada point utama, 2 minggu lagi kita semua akan bertarung bersama-sama melawan Hyuga di Death City dengan tujuan untuk menghentikannya". Semua orang bersetuju kerana menyedari akan bahaya yang Hyuga bawa pada mereka.
"Tunggu dulu kenapa aku perlu bekerjasama dengan orang-orang lemah seperti kamu semua" Bantah Rena sambil merendahkan level 5 yang lain. "Ini adalah permintaan dari Hyuga sendiri kalau kita tak mematuhi aku takut nyawa orang awam boleh terancam" Jelas Rena.
"Hmm sepertinya kau terlalu sombong Rena, kalau kau rasa kau tu kuat sangat mari kita selesaikannya di luar" Arata pun langsung menentang Rena untuk bertarung.
"Tunggu dulu Arata biar aku yang hadapi dia" Kata Erina dengan menawarkan dirinya sahaja untuk bertarung melawan Rena.
Rena pun bersetuju dengan tawaran itu dan pertarungan mereka pun tidak dapat dielakkan.
"Tak masalah kan kalau aku nak gunakan pedang aku habisnya aku selalu menggunakannya ketika bertarung" Tanya Rena. "No problem" balas Rena.
Pertarungan pun bermula tanpa basa basi Rena langsung membuka portal dan menarik meteor ke arah Erina. Rena merupakan satu-satunya skiller dengan dua kuasa. Berkat itu dia digelar sebagai skiller wanita terkuat.
Erina pun menarik pedangnya "Mari kita lakukannya Voltra". Dalam satu tebasan meteor itu langsung hancur. Arata pun menggunakan kuasanya untuk melindungi kota dari serpihan meteor. "Terima kasih Arata" Ucap Erina. "Bukan masalah besar, kau fokus sahaja pada pertarungan kau" Jawab Arata.
Pertarungan pun diteruskan. Erina terus-terusan melancarkan tebasan kilat tetapi Rena memantulkan balik serangan tersebut menggunakan manipulasi ruang dan waktu. Namun begitu, itu bukanlah masalah kepada Erina kerana dia memiliki kekebalan terhadap kuasanya sendiri.
Rena menyerang menggunakan batu-batuan yang diperkuat dengan tenaga Telekinesis dalam jumlah yang sangat banyak. Erina dapat mengimbangi serangan tersebut berkat kecepatannya luar biasa.
Menurut Shiro, sebagai pengguna kuasa cahaya kecepatan Erina sudah setara dengannya. "Voltra Zone" Dengan kecepatan kilat Erina menyerang Rena dari segala arah tapi dapat ditahan dengan menciptakan perisai ruang waktu. "Kau fikir kilat kau dapat menembu---" sebelum Rena habis berkata-kata dia dikejutkan dengan perisainya yang mula terkikis.
"Si Rena tu belum tahu seberapa kuat Erina, melawan dia sama saja seperti kau melawan dua level 5" Kata Arata.
Ini kerana pedang Erina iaitu Voltra bukanlah pedang biasa. Ia diciptakan menggunakan teknologi yang tersangat canggih milik Frinxx ditambah lagi Erina juga turut membantu dalam proses pembuatan menggunakan kekuatannya.
Pedang tersebut boleh dikatakan memiliki kekuatan yang setara dengan level 5 yang baru bangkit. Oleh itu, Erina memiliki satu gelar rahasia iaitu Double 5 yang membawa maksud dua level 5.
"Ciss jangan sombong dulu, rasakan ni" Tiba-tiba Rena menjadi marah dan bersiap melancarkan serangan yang sangat bahaya. Kesemua level 5 di sana dapat merasakan bahaya yang sedang mendatang.
Namun sebelum sempat Rena mengeluarkan serangannya Arata langsung menghentikannya dengan meletakkan sabit hitamnya di leher Rena. "Apa yang kau lakukan Arata, cepat alihkan sabit ni". "Hentikan dulu tindakan kau ni, apa kau berniat membunuh Erina".
Rena pun menurut sahaja arahan Arata dan segera meninggalkan tempat itu. "Apa menurut kau dia akan datang nanti saat pertarungan kita melawan Hyuga" Tanya Erina.
"Jangan risau dia pasti datang, habisnya kita perlukan kekuatan dia kalau nak kalahkan Hyuga...ouh ya aku juga berniat membawa Ana sekali tak ada masalah kan?" Tanya Arata. "Tentu sahaja aku pun berniat nak ajak dia jugak cuma takut kau tak setuju je".
"Baiklah semua, seperti yang aku katakan kita akan jumpa 2 minggu lagi di Death City" Kata Erina kuat-kuat. Mereka semua pun bersurai
Beralih ke tempat persembunyian Hyuga. "Panggung telah disiapkan, baiklah datanglah para level 5 perang penguasa akan segera bermula...hahahaha" Kata Hyuga sambil mengeluarkan ketawa jahatnya.
Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf kerana jarang update disebabkan kesibukan di dunia nyata. Jumpa lagi next chapter^-^
Share this novel