7.1.2080
Pada siang hari di sebuah bangunan yang berada di Kota Neuro, terlihat seorang lelaki yang berada di sebuah ruangan menghadap ke luar tingkap sambil memegang beberapa helai kertas. Dia ditemani oleh pembantunya yang berdiri di sebelah kanan mejanya.
"Apa semua maklumat ini benar Maya?" Tanya lelaki itu. "Tidak salah lagi tuan, semua maklumat ini memang benar" Jawab pembantunya yang bernama Maya itu. Lelaki itu pun merenung ke luar tingkap.
Lelaki itu berambut kuning dan warna matanya ialah biru, umurnya sekitar 17 hingga 19 tahun. Dia ialah Shota, salah satu Level 5 di dunia itu iaitu Number 5.
"Jika maklumat ini benar, maka si Arata ini sudah benar-benar mencampuri urusan aku, apa aku sudah perlu turun tangan" Kata Shota sambil menghela nafas.
"Jadi apa yang akan tuan lakukan" Tanya pembantunya. Shota pun menjawab pertanyaan tersebut "Mahu bagaimana lagi, lambat laung aku memang perlu berurusan dengan dia, lagipun dia telah membunuh salah satu pembekal senjata kita, tentu saja aku sedkitit marah padanya".
Tiba-tiba terdengar telefon berdering. Itu ialah telefon milik Maya. Maya pun mengangkatnya, setelah beberapa saat Maya berkata "Tuan, sepertinya Sorata telah memakan umpan" .
"Begitu ya, baiklah Maya buatlah persiapan kita akan naik ke atas bangunan" Kata Shota sambil memberikan arahan kepada Maya. Maya pun mengangguk dan memulakan persiapan.
Tidak jauh dari tempat Shota berada, terjadi sebuah kekecohan di sebuah fasiliti. Dikatakan berlaku sebuah pencerobohan di tempat itu. Terlihat para pengawal di situ mula bersiap siaga menghadapi penceroboh.
Mereka menggunakan sut dan peralatan yang diciptakan khas untuk menghadapi Skiller kerana penceroboh tempat tersebut ialah seorang Skiller dan jumlah penceroboh hanya seorang sahaja.
"Semuanya ambil posisi masing-masing" Kata ketua pasukan pengawal itu. "Siap sedia, tembak"
Para pengawal pun mula menembak ke arah penceroboh berada. Penceroboh itu pun dihujani peluru yang banyak. "Apa kita berhasil" Tanya ketua pasukan di dalam hatinya.
Setelah debu yang bertebangan menghilang mereka semua pun langsung terkejut. Mereka mendapati penceroboh itu telah menghilang. "Kemana dia pergi, tak kan dia hancur tak tersisa kerana serangan tadi" Kata salah satu daripada mereka.
Namun mereka tahu kalau serangan tadi tidak akan menyebabkan perkara seperti itu. Tiba-tiba mereka terdengar suara "Apa kamu semua mencari aku".
Mereka semua pun langsung memandang ke atas dan mendapati penceroboh itu berada tepat di atas mereka. Penceroboh itu pun jatuh dan menghemtam lantai yang menyebabkan goncangan yang kuat sehingga lantai di situ hancur.
"Jangan-jangan dia melompat ketika di tembak tadi" Gumam ketua pasukan itu. Lelaki itu pun tersenyum sambil memandang ke arah mereka.
"Masing belum lagi, terlalu awal untuk menyerah, bawakan kan meriam laser ke sini" Teriak ketua pasukan itu. Salah seorang daripada mereka pun membawakan senjata itu.
"Inilah akibat kerana bermain-main dengan kami" Pengawal itu pun memembakkan meriam laser itu ke arah penceroboh.
Tepat sebelum serangan itu mengenai lelaki itu, dia langsung meninjunya menggunakan tangan kirinya sehingga menyebabkan laser itu musnah.
"Apa yang baru sahaja terjadi, di...dia meninju laser itu, bagaimana dia mampu melakukannya" Kata pengawal itu dengan sangat terkejut. "Maaf tapi mainan macam tu tak kan berguna pada aku" Lelaki itu pun mula mengepal tangan kanannya dan bersiap untuk melepaskan tinju.
"Bersedialah, Dynamic Smash" Teriak lelaki itu sambil melepaskan tinjunya ke arah kelompok pengawal.
Secara bersamaan, sebuah tenaga yang sangat besar turut keluar daripada tinjunya seperti sebuah meriam kereta kebal. Akibatnya para pengawal itu terhempas ke segala arah disebabkan daya hentaman yang sangat kuat daripada serangan tersebut.
"Oi oi, ini terlalu mudah kau tahu" Kata lelaki itu dengan gaya yang sombong. Lelaki itu sebenarnya ialah Sorata yang merupakan salah satu Level 5 iaitu Number 12.
Sorata pun terus meratakan para pengawal yang berterusan datang untuk menangkapnya sehingga tidak tersisa satu pun daripada mereka.
"Apa dia juga tidak ada di sini" Fikir Sorata. Secara tiba-tiba nalurinya merasakan ada sesuatu yang bahaya sedang menuju ke arahnya. Tidak lama setelah itu sebuah kilat yang sangat besar menyambar fasiliti itu dan menyebabkan sekitar 70% kerosakan pada tempat itu.
Dibalik serpihan runtuhan itu, terlihat ada seseorang yang mencuba mengangkat puing-puing bangunan yang menimpanya.
"Cis, nampaknya serangan itu benar-benar ditujukan ke arah aku, padahal aku sudah tahu kalau ini hanya perangkap tapi kenapa aku tetap datang" Gumam Sorata sambil menyapu bajunya yang dipenuhi debu.
Sorata berfikir dengan memasuki perangkap itu dia dapat bertemu dengan sasarannya iaitu Shota. "Untung aku sempat memukul kilat itu sebelum ia mengenai aku" Kata Sorata dalam hatinya.
Kembali ke tempat Shota berada, terlihat dia dan Maya sedang berada di atap bangunan itu. "Apa serangan itu berhasil membunuhnya, jika berjaya baguslah sekurang-kurangnya satu masalah sudah selesai tapi aku ragu Level 5 macam dia akan langsung mati terkena serangan selemah itu" Fikir Shota.
Kemampuan Shota ialah pengendalian elektrik atau lebih sering dipanggil sebagai Electromaster. Serangan yang digunakan dia tadi ialah Sky Volt. "Jadi apa yang akan tuan lakukan jika dia masih tidak mati" Tanya Maya kepada Shota.
Dia pun menjawab dengan berkata "Untuk sekarang aku akan biarkan sahaja dulu dia itu, masih ada banyak kerja yang perlu aku lakukan untuk menyiapkan rancangan aku, jika tidak impian aku untuk memenangkan Perang Penguasa tidak akan kesampaian" Kata Shota sambil menatap ke langit.
Setelah itu pun mereka berdua masuk kembali ke dalam bangunan untuk menyambung kerja mereka.
*
Di hari yang sama namun di tempat yang berbeza atau lebih tepatnya di markas utama Frinxx yang terletak di Kota Ace yang merupakan kota tercanggih di dunia, sedang berlangsung mesyuarat di antara para petinggi Frinxx.
Jumlah mereka ialah 9 orang. 8 daripada mereka berpangkat Frinxx Veteran dan satunya lagi ialah Frinxx Master iaitu ketua tertinggi Frinxx. Mereka sedang membincangkan tentang masalah-masalah yang ditimbulkan oleh UNIT.
"Jadi ada sesiapa yang boleh memberikan cadangan tentang apa yang patut kita lakukan ke depannya nanti" Tanya Jellal yang merupakan Frinxx Master.
"Saya cadangkan supaya kita hancurkan sahaja mereka itu, lagi pula dari dulu lagi saya sudah tidak bersetuju dengan kesepakatan ini" Ucap salah daripada mereka.
Orang itu ialah Light, dia ialah orang yang sangat menentang kesepakatan yang dibuat Frinxx dengan UNIT.
"Tapi menurut aku kita patut teruskan sahaja kesepakatan ini, habisnya mereka sudah sangat sering membantu kita menyelesaikan pekerjaan yang tidak dapat kita selesaikan" Semua orang pun mengangguk setuju dengan pernyataan itu kecuali Light.
"Benar kata Ben, lagi pula ketua mereka itu ialah seorang Level 5, aku tak nak misi tingkat S sampai dibuka kau tahu" Kata salah satu daripada mereka. Mereka semua paham dengan perkara yang disampaikan.
Pihak Frinxx semampu mungkin cuba untuk mengelakkan berlaku pergaduhan dengan para Level 5 kerana mereka mengetahui kekuatan Level 5 itu sangat besar.
"Bodoh, sejak bila kamu semua jadi setakut ini, kalau berbicara tentang Level 5 bukankah kita boleh suruh Erina sahaja untuk mengurusnya" Kata Light sambil menghemtam meja dengan kedua-dua belah tangannya.
Setelah itu mereka semua mula menumpukan pandangan mereka kepada seorang wanita muda yang duduk bertentangan dengan Jellal.
Dari mula pembicaraan hingga sekarang, wanita itu hanya mendengarkan sahaja perdebatan di antara mereka. Namun kini, dia mula membuka mulutnya "Aku rasa kaulah yang bodoh, siapa yang ingin berurusan dengan budak itu, aku tidak ingin memperbesarkan masalah".
Light yang mendengar itu pun menjadi kesal. Dia pun mula berdiri dan memandang Erina dengan tatapan yang menakutkan. "Apa, kau ingin menakutkan aku, maaf tapi trik itu tidak akan berguna pada ku" Kata Erina yang masih tetap tenang.
"Kau itu dah lupa ke siapa diri kau tu, kau itu adalah salah satu Frinxx Veteran dan merupakan Number 3 cuba ingat itu baik-baik" Kata Light dengan nada yang sangat marah. Erina ialah seorang Level 5 ketiga di dunia dan merupakan Electromaster.
Erina pun berbicara lagi "Tentu sahaja aku tahu itu tapi aku sebenarnya tak ingin bertarung dengan sesama Level 5, aku pun yakin kalau yang lain turut bersetuju".
Semua orang pun mengangguk, mereka tahu sekiranya berlaku pertempuran antara Level 5 akan menyebabkan kerosakan yang sangat besar. "Baiklah kalau begitu kita sepakat untuk meneruskan kesepakatan dengan UNIT jadi mesyuarat dibubarkan" . Dengan pernyataan daripada Jellal, mesyuarat di antara para petinggi Frinxx pun berakhir.
*
10.1.2080
Di rumah Arata, mereka semua baru sahaja selesai makan tengahari dan mula berehat sambil menonton televisyen. Namun begitu hanya Ana sahaja yang tidak ada bersama mereka berempat.
"Sebenarnya aku merasa aneh kenapa sudah lama Frinxx tidak memberikan kita misi biasanya ada je misi yang nak mereka suruh kita uruskan" Seketika suasana menjadi senyap.
Kata-kata Reiss membuat mereka befikir tentang perkara yang sebenarnya terjadi kepada mereka dan pihak Frinxx.
Arata juga merasakan perkara yang sama dan berkata "Kalau mereka ingin kita berehat itu aneh dan kalau mereka memberi kita cuti pasti mereka akan mengatakannya terlebih dahulu".
"Sebenarnya setelah aku mencari beberapa informasi, aku dapati kalau Frinxx baru sahaja mengadakan mesyuarat di antara para petinggi sekitar tiga hari lepas".
Mereka semua terkejut setelah mendengar ucapan Ruiko. Sejauh yang mereka ketahui biasanya sekiranya mesyuarat di antara petinggi diadakan itu bermaksud masalah yang besar telah berlaku atau melibatkan misi tingkat S.
Arata pun bertanya kepada Ruiko tentang perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu tetapi Ruiko mengelengkan kepalanya dan berkata "Maafkan saya kapten, saya gagal mendapatkan informasi kerana gagal merentas CCTV mereka sepertinya Erina telah menggunakan kekuatannya untuk membatasi perentasan sistem mereka".
Ruiko terlihat sedih kerana tidak berjaya mendapatkan maklumat. Arata mencuba menghibur Ruiko dengan berkata "Tidak apa-apa, lagi pula kamu telah berusaha yang terbaikkan" . Sebenarnya Arata menduga kalau mesyuarat itu berkaitan dengan mereka. "Sepertinya akhir-akhir ini kami telah berlebihan ya" Fikir Arata dalam hatinya.
Tiba-tiba rancangan yang sedang ditonton oleh mereka beralih ke saluran berita terkini.
"Salam sejahtera kepada semua penduduk Kota Neuro, sebentar tadi sebuah rompakan telan berlaku di sebuah pasar raya dan dikatakan tidak lama setelah rompakan berlaku sebuah pertarungan di antara para perompak dengan seorang Skiller yang menyebabkan dampak yang sangat besar pada pasar raya itu, akan tetapi semua orang di dalam pasar raya itu selamat kecuali para perompak yang mengalami cedera yang cukup parah serta ketua mereka terbunuh akibat pertarungannya dan dikhabarkan Skiller wanita yang bertarung melawan perompak menghilang sebaik sahaja pihak polis sampai di tempat kejadian" Lapor pembaca berita itu.
Seketika setelah mendengar berita itu Arata langsung bertanya kepada mereka bertiga di mana Ana berada. Ruiko pun menjawab dengan berkata "Kalau tak salah saya Ana kata dia nak pergi keluar sekejap tapi dia tak kata ke mana tujuannya" . Setelah itu mereka mendapat sebuah panggilan telefon.
Beberapa minit yang lalu sebelum rompakan berlaku Ana berada di dalam sebuah pasar raya. Dia terlihat sedang berkeliling di dalam pasar raya itu sambil mencari sesuatu untuk dibeli.
"Bosannya, tidak ada sesuatu yang menarik untuk aku beli ke, ini sudah tempat kelima aku masuk" . Ana sudah berkeliling ke empat pasar raya dan ini adalah yang kelima. Ana terus berkeliling sehingga dia berasa sakit perut "Apa ini kerana jeruk buah yang aku makan tadi. sial aku perlu cepat ke tandas" .
Dengan wajah yang pucat Ana pun berlari mencari tandas. Tidak lama setelah Ana menemukan tandas dan memasukinya, sebuah kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pasar raya itu dirompak sekempulan perompak berjumlah 17 orang termasuk ketua mereka memasuki bangunan itu. "Dengar sini semuanya ini ialah rompakan jika ingin selamat jangan melawan dan berkumpul di sini sekarang" Kata ketua perompak itu sambil menyuruh anak buahnya untuk mengumpulkan orang-orang.
Ana yang masih berada di dalam tandas pun berasa hairan dengan kebisingan yang berlaku di luar.
Ketua perompak itu meletakkan sebuah guni yang sangat besar di hadapan para sandera dengan berkata "Kamu semua masukkan barang berharga kamu ke dalam guni ini kalau tak ingin nyawa kamu semua melayang".
Orang-orang itu bergegas memasukkan barang berharga mereka ke dalam guni itu. Ana pun bergegas keluar dari tandas setelah urusannya selesai.
"Bagus-bagus, sekarang para penjual pergi ambil semua duit yang kamu simpan di kaunter" . Sebelum para penjual itu pergi, mereka terhentikan oleh ucapan seseorang "Wah, wah, lihatlah apa yang sedang terjadi, sepertinya aku cukp beruntung hari ini" Kata Ana yang sedang menghampiri perompak itu.
Orang-orang di sana terkejut dengan kemunculan Ana yang terlihat sangat berani itu. Ketua perompak itu memandangi anak buahnya dan berkata "Bukan ke aku sudah suruh kamu semua kumpulkan orang-orang di dalam sini, biarlah mau bagaimana lagi seorang gadis kecil tak akan merubah apa-apa pun".
Ana terlihat cukup kesal dengan kata-kata orang itu. Faktanya Ana sudah berumur 17 tahun, setahun lebih muda daripada Arata. "Jadi apa yang kau mau lakukan gadis kecil" . Ana pun mula menatap lelaki itu dengan wajah yang menakutkan sambil berkata "Ku bunuh kau" .
Dengan cepat Ana menyerang lelaki itu dengan tebasan anginnya akan tetapi dapat dielak oleh lelaki itu. Secara bersamaan sebuah mesin basuh terbang ke arah Ana tetapi langsung dipotongnya menjadi dua bahagian.
Ana pun langsung mengetahui kalau lelaki itu ialah seorang Skiller dan jauh lebih kuat daripada yang diupah oleh Luis Erva kerana dapat mengelak serangan Ana beserta dapat melakukan serangan balas.
"Tidak teruk, siapa nama kau" Ana bertanya kepada lelaki itu dan lelaki itu menjawab "Ard itulah nama orang yang akan membunuh kau" .
"Kau terlihat tenang, cuba lihat ke belakang kau jangan risau aku tak akan menyerang kau" Kata Ana. Ard pun menoleh ke belakang dan terkejut kerana mendapati semua bawahannya sudah terluka dengan sangat parah.
Seketika suasana menjadi sangat tegang. "Begitu ya, serangan tadi itu kau gunakan untuk menyerang anak buah aku ya tidak teruk untuk seorang gadis kecil yang cantik. "Aku anggap itu sebagai pujian daripada kau, baiklah mungkin lebih baik kalau kita mula serius".
Ana menciptakan sebuah pelindung angin yang menutupi orang-orang yang di sandera. "Kalau kamu semua ingin mati silakan keluar dari pelindung itu kerana pertarungan ini akan menjadi sangat dasyat" Kata Ana sebagai nasihat untuk orang-orang di sana.
Setelah itu pelbagai jenis barang yang terbuat daripada besi terbang ke arah Ana dengan sangat cepat tetapi Ana dengan sangat mudah menghancurkan barang-barang tersebut hanya dengan tinjunya. "Begitu ya, magnet itulah kekuatan kau" Ana dengan cepat dapat menyimpulkan kekuatan musuhnya.
Ard terus menyerang Ana tetapi itu semua sia-sia kerana Ana tidak terluka sedikit pun bahkan tidak bergerak selangkah dari tempatnya berdiri.
"Baiklah, sekarang giliran aku untuk menyerang. Ana pun meluru ke arah Ard dan langsung memberikan tendangan serta tinju yang bertubi-tubi. Ard terus mengelak serangan Ana walaupun dia kesulitan untuk melakukannya.
"Cis, ternyata kau sangat kuat aku akui itu, sebab itu akan aku tunjukkan serangan terkuat aku" . Setelah itu serpihan daripada barang yang dihancurkan bercamtum dan menutupi tangan kanan Ard sehingga membentuk tangan besi yang besar.
"Rasakan ini Iron Hand Giant Punch" Serangan itu pun di arahkan ke Ana akan tetapi dia sedikit pun tidak takut dan turut membalas serangan itu dengan tinjunya yang dilapisi angin bertekanan tinggi.
Sebuah benturan yang dasyat pun terjadi sehingga menyebabkan sebahagian besar bangunan itu hancur. Lantai pun turut retak akibat benturan itu. Tidak lama setelah itu tangan besi milik Ard mula terkikis sedikit.
"Aku akui bahawa kau itu cukup kuat, tapi itu belum sebanding dengan aku" Kata Ana dengan terus memperkuat serangannya.
Tidak lama setelah itu, tangan besi milik Ard akhirnya hancur sepenuhnya. "Mustahil" Teriak Ard. Tinju Ana pun mengenai perut Ard sehingga memberikan luka yang dalam kepadanya.
Ard pun terhempas ke dinding bangunan. Orang-orang yang melihatnya sangat terkejut dengan kekuatan milik Ana. Pelindung yang diciptakan Ana pun menghilang.
"Sekarang sudah tak apa-apa, hubungi pihak polis secepat mungkin" Kata Ana. Tiba-tiba Ana merasakan tenaga yang meluap-luap dari dalam tubuh Ard.
"Jangan kata itu Skill Booster" .
Skill Booster ialah teknik untuk meningkatkan level seorang Skiller langsung ke Level 5 dengan nyawa sebagai bayaran. "Lebih baik kau hentikan itu" Kata Ana.
Skill Booster dapat dihentikan selagi prosesnya belum sampai 10% tetapi orang itu tidak lagi dapat menggunakan kekuatannya walaupun sudah menelan Crystal Energy baharu.
Tetapi Ard tidak mempedulikannya dan berkata "Asalkan aku dapat membunuh kau itu sudah cukup". Ard pun menciptakan sebuah pedang yang sangat besar menggunakan barang-barang di sana.
"Padahal aku sudah berbaik hati tidak membunuh kau, baiklah akan aku bunuh kau lagi pula kau akan mati ketika kau mencapai Level 5" Kata Ana.
Dengan sekejap Ana langsung menusuk jantung Ard dengan menggunakan tombak yang diperbuat daripada angin miliknya. Ard pun langsung mati di sana. Orang-orang yang melihatnya langsung ketakutan dengan Ana.
"Jangan takut, aku tidak akan membunuh kamu semua" Ana pun pergi meninggalkan tempat itu setelah pihak polis sampai di sana.
Dalam perjalanan pulang Ana dihubungi Arata. "Sepertinya kau cukup berseronok Ana, tapi lupakan itu cepat balik ke rumah kita baru saja mendapatkan misi baharu" Kata Arata.
Ana langsung tersenyum dan berkata "Baiklah aku akan segera sampai" Ana pun menamatkan panggilan. "Aku mencium sesuatu yang menarik" Kata Ana dalam hatinya.
Hai para pembaca, terima kasih kerana sudi membaca. Untuk bab ini ia sedikit lebih panjang daripada bab sebelumnya kerana saya rasa ada beberapa perkara yang perlu saya tambahkan untuk menarikan lagi cerita ini. Nantikan bab selanjutnya.
Share this novel