Tiga hari telah berlalu sejak pertarungan Ana dengan Ayumi di markas utama Diagram. Kini, Ana berada di sebuah hospital di kota itu. Dia ditemani oleh dua orang lelaki.
"Ap--apa yang berlaku, dekat mana ni" Kata Ana yang sudah mula terbangun dari tidurnya. "Kau sekarang berada di hospital, ketika aku sampai di tempat kau berada tiga hari lalu kau sudah pun pengsan jadi aku bawa kau ke sini". Orang yang menjawab pertanyaan Ana ialah Arata.
"Begitu ya, baguslah kalau begitu iadi bagaimana dengan--". Ana seketika berhenti berbicara, dia melihat sesuatu yang tidak terduga. Tangan kanan telah pun sembuh sepenuhnya.
"Sudah aku duga kau akan terkejut tapi biar aku jelaskan dia lah yang menyembuhkannya" Kata Arata sambil melihat ke sebelahnya. "Aku paham sekarang kau pasti Izat kan terima kasih kerana sudah menyembuhkan aku". "Tidak ni sama sekali bukan apa-apa lagi pula berkat kamu lah saya berjaya bebas dari tempat tu".
Arata mula menunjukkan ekspresi yang gembira kerana melihat Ana yang baik-baik sahaja. Dia lega kerana Ana kini sudah mula tersenyum gembira seperti dulu.
"Jadi apa yang terjadi pada Ayumi, apa kau membawa dia ke sini juga?". "Tidak aku hanya menyerahkannya pada pihak Frinxx saja lagi pula dia tu salah satu penjenayah yang dicari-cari". Ana pun mengangguk paham.
Arata cuba mengalihkan tajuk pembicaraan dengan bertanya kepada Izat. "Jadi lepas ni apa yang kau nak buat Izat?". "Aku fikir aku akan balik dulu ke rumah lepas tu baru buat laporan polis dan untuk kedepannya nanti baru aku fikirkan". "Baguslah kalau begitu" Kata Arata.
"Jadi aku minta diri dulu ya sebab banyak lagi yang perlu saya lakukan". Izat pun berjalan meninggalkan bilik itu. Ana memandang Arata sambil bertanya padanya.
"Sepertinya dia dah pergi, jadi katakan apa yang ingin kau bagitau aku". "Seperti biasa naluri kau tu menakutkan sekali, baiklah langsung ke inti...pertama-tama aku ucapkan tahniah atas kebangkitan kau". Arata berkata dengan senyum yang lebar tetapi Ana sama sekali tidak paham tentang itu.
"Apa yang kau katakan ni, kebangkitan apa tu". "Sebagai Skiller kita dapat mengetahui kadar keterlarutan Crystal Energy dalam diri kan...jadi cuba kau rasa berapa peratus yang larut dalam diri kau". "Apa yang kau kata ni--erhh!".
Ana telah menyedari sesuatu yang lebih mengejutkan daripada tangannya yang sembuh. "Oi jangan kata aku...". "Tepat sekali kau kini telah bangkit menjadi seseorang Skiller Level 5". "Apaaaa--" Teriak Ana yang terkejut.
Arata cuba menenangkan Ana dengan berkata bahawa mereka masih berada di hospital jadi tidak boleh membuat bising. "Maaf, aku tak dapat kawal emosi je sikit, jadi kenapa kau boleh tahu pasal ni". "Ada dua jawapan". "Dua jawapan?".
"Pertama Skiller Level 5 mempunyai kemampuan tambahan iaitu mampu mengetahui level Skiller yang lain. Kedua ketika ada Skiller yang berjaya bangkit menjadi Level 5 maka para Level 5 yang lain akan dapat merasakan sebuah tekanan yang sama ketika mereka menjadi Level 5...aku yakin kau juga merasakannya".
"Ya, aku ada merasakannya tapi kenapa aku tak dapat melihat level kau dan Izat walaupun aku sudah tahu tentang tu?". "Jawapannya mudah, kau belum menguasai kekuatan baru kau tu sebab tu lah kau kena lebih berhati-hati sekarang". Ana pun bertanya kenapa dia harus berhati-hati.
"Sudah jelaskan itu kerana bukan hanya aku yang menyedari kebangkitan kau tapi para Level 5 yang lain juga...tambahan lagi aku ada dengar beberapa khabar angin tentang Perang Penguasa".
"Perang Penguasa?". "Itu adalah cerita yang direka-reka oleh masyarakat kerana mereka berfikir suatu hari nanti pasti para Level 5 akan berperang untuk menentukan siapa penguasa sebenarnya dan mereka menamakannya Perang Penguasa".
"Aku paham sekarang jadi kau takut ada Level 5 yang tertarik dengan perang tu dan ia akan menjadikan aku sebagai sasaran empuk kerana belum menguasai sepenuhnya kekuatan aku". "Ternyata kau lebih bijak dari yang aku sangka".
"Walau begitu mereka masih belum tahu kalau kau lah Level 5 yang baru kerana mereka hanya menyedari kebangkitan seorang Skiller je bukan mengetahui secara langsung orangnya".
"Jadi aku boleh menarik sedikit nafas lega maksud kau". Arata pun mengangguk. "Jadi bagaimana untuk kedepannya nanti Arata?". "Untuk sekarang kita buat macam biasa je dulu dan aku belum memberitahu Yuta, Reiss dan Ruiko tentang kau tapi bila dah balik baru aku bagitau mereka".
"Kalau itu keputusan kau aku tak akan menentangnya kerana aku yakin kau dah fikirkan yang terbaik". "Lebih kurang begitulah...kerana waktu melawat masih banyak bagaimana kalau kita berbual-bual dulu". "Boleh saja asalkan perbualannya menarik".
Mereka berdua pun mula berbual-bual dengan gembira sambil menghabiskan waktu melawat.
Kita beralih dulu daripada Arata dan Ana, kita menuju ke suatu tempat yang sangat-sangat jauh dari kota itu lebih tepatnya di sebuah kota yang telah ditinggalkan iaitu Death City. 10 tahun yang lalu kota ini sangatlah terkenal namun disebabkan suatu kejadian yang menimpa kota ini, orang-orang mula meninggalkannya.
Kota itu pun mula menjadi sunyi dan sepi dan akhirnya dinamakan Death City. Namun begitu, ditengah-tengah kesunyian itu terdengar suara yang sangat bising. Bangunan di sana mula hancur satu persatu.
Terlihat seorang lelaki sedang berdiri di atas runtuhan bangunan di sana. "Ada apa ni, bukan ke tadi kamu bertiga semangat sangat nak kalah kan aku" Kata lelaki itu kepada tiga orang yang berada di hadapannya.
Mereka bertiga terlihat sangat keletihan. Dua daripada mereka ialah lelaki manakala seorang lagi pula ialah seorang wanita.
"Diamlah kau, apa kau tu monster ke" Kata lelaki yang berada di tengah. Lelaki yang berada di sebelah kanan ialah Shimon iaitu Number 8 dengan kekuatan Flame manakala yang di sebelah kiri ialah Shiro iaitu Number 10 dengan kekuatan cahaya.
Lalu yang berada di tengah ialah Ryan iaitu Number 6 dengan kekuatan bernama Orca. Mereka bertiga pada awalnya bukanlah satu kumpulan melainkan hanya para Level 5 yang secara kebetulan mempunyai niat yang sama iaitu untuk menghentikan orang yang berada tepat dihadapan mereka saat ini.
Orang itu ialah Hyuga iaitu Number 2 dengan kekuatan Pahlawan. Dia ialah orang yang menyandang gelar sebagai Level 5 terkuat di antara 12 orang Level 5, walaupun sekarang sudah bertambah satu orang lagi iaitu Ana.
"Aku rasa lebih baik kamu bertiga menyerah je, aku tak ada masa untuk semua ni" Kata Hyuga. "Bukan ke aku suruh kau diam je, mari serang sekali lagi...hancurkan dia Orca".
Setelah itu keluar suatu makhluk daripada belakang badan Ryan. Ia berbentuk seperti naga yang panjang namun terbuat daripada partikel-partikel cahaya berwarna oren bergerak menuju Hyuga. Nama makhluk itu ialah Orca. Kita katakan sahaja kalau kekuatannya hampir sama seperti Kid.
Hyuga dengan santai dapat menghindari serangan itu. Lalu dia melompat, tidak lebih tepatnya dia terbang ke udara. Dari jauh Shimon melancarkan serangan api miliknya. Api yang sangat besar pun ditembakkan ke Hyuga. Shiro juga tidak tinggal diam. Dia terbang sambil memegang pedang cahaya bagi menyerang Hyuga.
Orca juga turut mencuba menyerang dari bawah akan tetapi Hyuga hanya tersenyum melihat kombinasi serangan mereka.
"Hero Gate" Kata Hyuga. Sepuluh gerbang bercahaya keemasan pun muncul disekelilingnya. Dari dalam setiap gerbang muncul senjata yang berbeza-beza. Lalu senjata-senjata itu ditembakkan ke serangan yang dilancarkan kepadanya.
Api yang berkobar-kobar langsung musnah dan tersebar di udara. Pedang cahaya milik Shiro patah kerana mencuba menangkis senjata-senjata Hyuga. Orca terbelah menjadi dua dan semua itu berlaku dalam masa yang sama.
Ryan, Shimon dan Shiro tidak terlalu terkejut, sepertinya mereka sudah mengira kalau itu akan terjadi.
"Sekali lagi Orca" Teriak Ryan. Orca pun sekali lagi muncul daripada bahagian belakang Ryan dan menyerang Hyuga. Namun itu hanyalah sia-sia, sekali lagi Orca terbelah menjadi dua.
"Bukan ke aku sudah sering katakan, harta agung aku ni bukan senjata biasa". Senjata-senjata milik Hyuga dipanggil sebagai harta agung. Senjata miliknya sangatlah berbeza dengan senjata buatan manusia, kekuatan serangan dan ketahanannya berada di tahap yang tidak dapat dicapai oleh manusia biasa.
"Baiklah, jika kamu semua berdiam diri saja maka biar aku pula yang menyerang". Sekali lagi Hyuga membuka 10 gerbang dan menembakkan pelbagai jenis senjata ke arah mereka bertiga. Dari dalam gerbang tidak hanya satu senjata yang keluar melainkan berpuluh-puluh senjata yang keluar.
Mereka bertiga berusaha sebaik mungkin untuk mengelak serangan tersebut kerana mereka tahu kalau sampai terkena maka tamat sudah mereka.
"Padahal sudah banyak kali kita bertarung dengannya tapi sampai sekarang kita tak dapat menentukan jumlah senjata miliknya" Kata Shimon. "Kalau kau ada masa nak merungut lebih baik kau gunakan untuk fokus pada serangannya". Orang yang berkata kali ini ialah Shiro.
Sambil mengelak senjata-senjata itu mereka turut melancarkan serangan balas walaupun tidak ada yang berjaya mengenai Hyuga. Tanpa sedar Shimon terkena serangan Hyuga sehingga terhempas ke sebuah bangunan.
"Shimonnn!" Teriak Ryan. Dia dengan marahnya mengangkat sebuah bangunan menggunakan kekuatannya lalu melemparkan ke Hyuga.
"Kekuatan kau saja tak dapat mencapai aku apatah lagi bangunan ni...kau fikir dapat mencederakan aku ke". Dia pun menghujani bangunan itu dengan puluhan senjatanya. Bangunan itu pun hancur berkeping-keping tetapi dibalik serpihan bangunan itu muncul Shiro bersama dengan dua pedang cahaya berkembar miliknya.
"Apa serangan dari titik buta!". Shiro pun dengan cepat terbang ke arah Hyuga dan melibas kedua pedangnya dari arah yang bertentangan. "Ini sudah berakhir Hyuga".
Hyuga yang terlihat panik tiba-tiba tersenyum. Ayunan pedang Shiro tiba-tiba terhenti. "Inikan!".
Dua gerbang terbuka dan mengeluarkan pedang yang menahan pedang Shiro. Lalu pedang yang keluar dari gerbang itu pun menusuk Shiro, dia pun terjatuh. Ketika dia jatuh, dia sempat mengucapkan sesuatu.
"Kena kau, Burning Shine". "Apa!". Hyuga yang lengah langsung terkena serangan telak daripada Shiro. Ryan bergegas menyambut Shiro lalu mencabut pedang yang menusuknya. "Apa kau tak apa-apa Shiro". "Jangan risau luka macam ni bukan apa-apa".
"Jangan bersenang-senang dulu". Dari atas terdengar suara seseorang. "Mustahil, dia terkena serangan itu secara langsung tapi kenapa dia tak tergores sedikit pun".
"Lihat, cahaya apa itu". Ryan menyedari cahaya keemasan yang mengelilingi Hyuga. "Apa kau lupa kalau kekuatan aku ni kategori Code Unknown, tentu saja masih ada kekuatan yang belum aku tunjukkan pada kamu bertiga. Inilah Castle Guard, pertahanan terkuat aku".
"Baiklah bagaimana kalau aku tunjukkan--". "Flaming Prison". Kobaran api yang besar tiba-tiba mengelilingi Hyuga dan mengurungnya. "Teknik ni..". "Itu teknik aku". "Shimon, bagus lah kau tak apa-apa". "Aku tak apa-apa tapi sekarang kita sebaiknya kita mundur dulu dan susun ulang rancangan lagi pula teknik tu tak dapat bertahan terlalu lama".
"Betul juga, cedera milik Shiro cukup teruk aku rasa lebih bai--". "Oi oi, apa api ni terlalu lemah". Sebelum sempat Ryan menghabiskan kata-katanya, Hyuga yang berada di dalam penjara api itu pun memotong ucapannya.
"Kalau begitu...". Api besar yang mengelilingi Hyuga pun musnah. "Apa sepatutnya api tu dapat bertahan lebih lama lagi tapi kenapa" Kata Shimon dengan nada terkejut.
"Apa-apa pun aku puji semangat kamu bertiga, dari dulu lagi kamu bertiga selalu mencuba mengalahkan aku walau sudah berkali-kali aku kalahkan tapi maaf aku tak akan menghentikan perang ni semudah itu".
Mereka bertiga sepertinya sudah mencapai batas masing-masing. Lagi pula mereka sudah bertarung cukup lama dengan Hyuga, walaupun mereka adalah Level 5 sekali pun tetap sahaja mereka akan keletihan jika terlalu banyak menggunakan kekuatan yang besar.
"Aku dah mula bosan sebaiknya aku menamatkan ni sekarang...Hero Blade". Sebuah gerbang pun terbuka namun dengan posisi yang berbeza. Gerbang itu terbuka dari bawah dan setelah itu muncul sebuah pedang keemasan. Saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Pedang itu terlihat sangat sesuai digunakan Hyuga. "Biar aku tunjukkan satu lagi teknik aku yang belum pernah aku tunjukkan". Hyuga pun mengangkat pedang itu ke udara dengan posisi siap untuk melakukan tebasan. Cahaya keemasan mula menyelimuti pedang itu.
"Rasakan lah serangan terkuat Hero Blade milik aku, Atomic Breaker". Bersamaan dengan ayunannya, cahaya keemasan yang menyelimuti pedang itu menghancurkan apa-apa sahaja yang ada di dalam jalurnya.
Tanpa disedari Shimon langsung membuat dinding api untuk melindungi mereka bertiga. Shiro yang terluka turut menciptakan perisai daripada cahaya bagi mengukuhkan dinding api Shimon. Dalam sekejap cahaya keemasan itu pun sudah mencapai mereka. Letupan yang dasyat pun tidak dapat dihindari daripada terjadi.
Akibatnya, goncangan yang sangat kuat pun terjadi layaknya berlaku gempa bumi berskala besar. Setelah cahaya keemasan itu mula menghilang, terlihat Ryan, Shimon dan Shiro yang sudah tergelak di tanah dengan penuh luka.
"Menyedihkan padahal aku hanya menggunakan 20% saja dari kekuatan aslinya tapi biarlah lagi pula aku belum berniat membunuh kamu bertiga" Kata Hyuga yang berjalan mendekati mereka bertiga.
"Apa kau kata, cuma 20% je". Ryan yang mendengarnya sempat merasa putus asa. Shiro dan Shimon pengsan akibat terkena serangan itu secara langsung.
"Sebab kau je yang masih sedar jadi aku nak minta tolong kau sesuatu". "Apa kau bergurau ingin minta tolong dengan musuh kau".
"Diam dan dengar saja, aku nak kau sampaikan sesuatu kepada semua Level 5 yang ada kerana ini sangatlah penting". Hyuga pun mula menyampaikan pesannya.
"Apa kata kau, apa kau benar-benar serius". "Tentu saja, ouh ya sebelum aku lupa jangan lupa untuk bagitau juga pada orang baru tu ya". Hyuga pun berjalan meninggalkan tempat itu.
"Jadi dia pun tahu tentang kebangkitan tu, mahu bagaimana lagi dia juga Level 5...aku harus segera bangun dan membawa mereka berdua ke hospital secepat mungkin". Ryan dengan sepenuh tenaga menggendong Shiro dan Shimon untuk dibawa ke hospital.
terima kasih kerana sudi membaca.
Share this novel