Bab 8 : 1 lawan 1

Science Fiction Series 1363

Cerita di buka dengan pertarungan di antara Shota melawan Sorata dan Ana. Terlihat angin yang sangat kencang beserta kilat yang sangat cerah terbentuk di tengah-tengah kekacauan di kota tersebut.

Seolah-olah sebuah bencana yang sangat besar sedang melanda kota tersebut padahal itu hanya lah disebabkan oleh kuasa milik Ana dan Shota.

"Wahh ini sangat mengejutkan, siapa sangka level 5 yang baru bangkit sudah sekuat ni tapi belum cukup untuk hentikan aku" Kata Shota.

Ana diserang dengan kilat dari segala arah. Dia cuba menciptakan pusaran angin yang kuat untuk menahan serangan shota tetapi siapa sangka kilat Shota mampu menembusi pertahanan Ana.

Ana pun terkena telak serangan tersebut. "Ciss, tak guna apa pertahanan aku ni masih lemah padahal aku rasa dah tingkatkannya sebaik mungkin" Kata Ana sambil berusaha untuk berdiri.

"Hmm boleh tahan nampaknya ketahanan tubuh badan kau dah meningkat seiring dengan level kau" Kata Shota. "Jangan bersenang dulu Shota aku masih di sini" Jerit Sorata.

Dari belakang Sorata melancarkan Dynamic smash berubi-tubi ke arah Shota akan tetapi langsung ditahan oleh sebuah dinding hitam. Dinding tersebut terbuat dari pasir besi.

"Masih hidup rupanya kau aku ingat selepas terhempak oleh serangan aku tadi kau dah mati" Kata Shota sambil mengejek.

"Aku harap kau tak pandang rendah pada aku". Kali ini Sorata cuba menyerang dari jarak dekat walaupun dia kesusahan dalam menghindar pasir besi yang dikawal Shota. Ana juga turut menyerang Shota dengan tebasan angin miliknya walaupun semuanya dapat ditahan Shota.

"Pasir besi tu betul-betul menyusahkan, kenapa lah kota ni boleh ade banyak sangat pasir tu" Keluh Ana. "Kalau kau ada masa untuk mengeluh lebih baik kau fikir cara nak kalahkan dia ni" Kata Sorata. "Kalau tu tentu saja aku dah caranya tapi aku tak akan bagitahu kau" Balas Ana.

Sorata pun hanya menghiraukan ucapan Ana dan terus fokus pada pertarungan mereka bertiga.

Beralih dahulu dari pertarungan itu. Kita menuju ke tempat Arata berada.

Kini Arata masih berhadapan dengan robot-robot gergasi itu. Jumlah mereka terus saja bertambah seiring berjalan waktu.

"Tak guna betul, ini tak ada habis-habisnya memangnya sebanyak mana duit yang dia ada untuk buat robot sebanyak ni" Kata Arata yang terlihat kesal.

Arata tidak langsung menghabisi para robot-robot gergasi itu kerana dia tidak ingin membazir tenaga untuk hal seperti itu. Kalau diikutkan dia boleh saja menghancurkan seluruh area itu dengan graviti miliknya tetapi dia sedar itu cukup berisiko.

"Maaf sebab terlambat kapten". "Kamu berdua...". Orang yang muncul itu ialah Yuta dan Reiss.

Kembali ke pertarungan Shota melawan Sorata dan Ana. Kini Sorata dan Ana terlihat lebih kompak ketika melancarkan serangan ke Shota. Ana menciptkan aliran udara di sekitar kawasan tersebut dan Sorata memanfaatkannya untuk bergerak di udara. Berkat itu dia kini lebih mudah menyerang dan bertahan.

"Ke--kenapa jadi macam ini, padahal satunya level 5 terlemah dan satu lagi level 5 yang baru bangkit tapi kenapa aku dibuat kesusahan sampai macam ni".

"Kalau dah macam ni, terpaksa lah aku guna teknik tu...bangkitlah electromonster". Pasir besi pun mula membentuk seekor raksasa yang sebesar empat kali besar bas. "Haha, habislah kau".

Dengan cepat raksasa itu menyerang Sorata. Dia pun terdorong sangat jauh oleh raksasa itu. Raksasa itu mampu mengawal elektrik dan kilat sama seperti Shota. Ia juga mampu menembakkan meriam kilat dari mulutnya. Gerakannya yang lincah membuatkan Sorata mengalami kesusahan melawannya.

Disebabkan kehadiran raksasa tersebut. Ana dan Sorata dipaksa untuk bertarung secara terpisah. Sorata akan melawan si Electromonster sedangkan Ana yang akan berhadapan satu lawan satu dengan Shota.

"Aku akan menahan raksasa ini untuk sementara waktu, jadi sampai aku kembali tolong bertahan Ana" Kata Sorata sebelum dirinya diheret oleh raksasa itu ke tempat yang jauh. Ana pun hanya mampu tersenyum mendengarnya habisnya orang yang perlu dia tahan ialah Number 5. Walaupun urutan level 5 bukan berdasarkan tahap kekuatan mereka tetapi berdasarkan urutan orang yang terlebih dahulu bangkit menjadi level 5, Ana tahu betul kalau mustahil baginya untuk menang melawan orang yang sudah lama menjadi level 5.

"Baiklah mari kita lihat berapa lama aku mampu bertahan, Sword of Tornado" Tangan kanan Ana mula dilapisi angin yang kuat layaknya puting berliung. Shota pun menciptakan cakar yang panjang di tangan kanannya dan mula berhadapan dengan Ana.

Di sisi lain terlihat Sorata yang terlempat sangat jauh menghentam beberapa bangunan. Sebelum sempat terhempas dia berpusing lalu menendang udara dan meluru ke arah raksasa itu. "Dengan memusatkan kuasa aku pada telapak kaki maka aku mampu untuk menyentuh walaupun ini kali pertama aku mencubanya siapa sangka akan berjaya" Kata Sorata dalam hatinya.

Sorata pun melancarkan Dynamic smash ke arah raksasa itu tapi ditahan besi-besi bangunan yang hancur.

"Cis, monster ni pun mampu mengawal electromagnet apa jangan-jangan dia mampu menggunakan semua teknik milik dia tu...kalau macam sekarang ni ada dua Shota yang harus dikalahkan". Walaupun begitu Sorata tahu kalau ini hanyalah makhluk tidak berakal jadi dia tidak perlu takut menghadapinya.

Sekali lagi dia melancarkan Dynamic smash namun kali ini dia segera bertukar posisi dan melancarkannya sekali lagi. Ini membuatnya mampu melancarkan Dynamic smash miliknya secara bertubi-tubi dari berbagai arah.

"Hehe...aku namakan teknik ini Dynamic smash random". Ya, tepat sekali dia hanya menambahkan perkataan 'random' pada hujungnya.

Raksasa itu terlihat tidak dapat melakukan apa selain terus-menerus menerima serangan itu. Lama-kelamaan badannya mula terhakis sedikit demi sedikit. "Walaupun ia hanya mampu berdiam diri tapi ketahannya cukup kuat...kalau begitu..." Dengan cepat Sorata muncul di hadapan raksasa itu, disebabkan serangannya telah berhenti maka raksasa itu mula menyerang semula. Ia berniat menembakkan nafas kilatnya namum belum sempat ia melakukannya Sorata pun melancarkan Dynamic smash ke dalam mulut raksasa itu.

Dalam sekejap badan raksasa itu meletup dari dalam. "Baiklah aku perlu segera menuju ke tempat Ana berada" dia pun dengan cepat menuju ke tempat Ana sedang bertarung.

Ana yang berhadapan dengan Shota bertarung sekuat tenaga. Dia tanpa henti melancarkan serangan miliknya, berkat latihan dari Arata dia berjaya bertahan sampai sejauh ni.

"Sepertinya kau sudah mendekati batas kau, sudah aku duga tanpa Arata kau bukanlah masalah besar" Kata Shota. "Kau betul tapi setidaknya aku berjaya menjadi masalah kecil untuk kau itu pun sudah cukup bagi aku" Setelah berkata begitu Ana terbang ke udara. Awan-awan mula menjadi gelap dan berkumpul pada satu tempat. Tidak lama setelah itu sebuah taufan hitam mula terbentuk.

Setelah menjadi level 5 tentu saja kemampuan Ana meningkat beberapa tingkat. Dengan memberikan tumpuan penuh Ana mampu mengendalikan cuaca dalam beberapa jangka waktu.

"Inilah masalah kecil yang kau remehkan tu, Spear of Sky!!" Dengan cepat Shota beriaksi pada serangan Ana, dia pun membalasnya dengan serangan yang hampir serupa dengan menggunakan pasir besi yang dialirkan elektrik dengan voltan yang tinggi.

Pertembungan dia antara dua tombak itu pun tidak dapat dielakkan. Tombak langit melawan tombak pasir besi siapkah yang akan tumbang terlebih dahulu?

Pertembungan kedua-dua serangan itu menciptakan gelombang udara yang sangat kuat di sekitarnya. Seluruh bangunan di area itu mula runtuh sedikit demi sedikit. Shota yang melihat serangan Ana mampu seimbang dengan miliknya itu pun cukup terkejut. Tidak lama setelah itu kedua-dua serangan itu pun musnah dan menciptakan letupan yang sangat kuat.

Sorata pun tiba ke tempat itu. "Sungguh tak terduga, dia mampu mengimbangi kekuatan Shota...sejauh mana kau dah tumbuh Ana" Fikir Sorata setelah melihat dampak serangan mereka berdua. Shota pun terkejut setelah melihat Sorata yang baik-baik sahaja setelah melawan Electromonster.

"Begitu ya, aku faham sekarang mahu itu level 5 terlemah atau pun yang masih baru level 5 tetaplah level 5" Kata Shota. "Kau dah kalah Shota serahkan diri kau sekarang juga" Arah Sorata.

"Kalah, hehe...hahahahahaha..hahaha..hahah, kau fikir aku dah kalah jangan salah faham aku hanya agak meremehkan kamu berdua sebab tu aku tak bertarung dengan serius...baiklah waktu bermain dah tamat".

Dalam sekejap serpihan-serpihan bangunan yang hancur itu mula memerangkap Ana dan Sorata. Mereka berdua pun terperangkap di dalam bola besi gergasi, di tambah lagi dengan pasir besi bervoltan tinggi memberikan rasa yang amat sakit pada mereka berdua. "Di-dia masih belum serius apa kau bergurau setelah kita berjuang habis-habisan dia hanya menganggap itu cuma permainan anak kecil" Ucap Ana. Sorata bahkan tidak dapat berkata apa lagi.

Namun begitu dalam sekejap mereka berdua terbebas seperti ada yang memotong bola besi tersebut.

"Jadi kau datang ya, salah seorang yang dianggap kekuatan perang Hyuga, sang penguasa graviti Arataaa!!'. "Aku tak terlalu faham apa yang dimaksudkan kekuatan perang tapi yang pasti aku datang untuk kalahkan kau...kau tak masalahkan Sorata?" Tanya Arata.

"Terserah kau, aku dah takda tenaga lagi tapi patutnya kau lebih risaukan Ana terlebih dahulu" Ucap Sorata yang keletihan. "Jangan risau aku tahu kalau serangan tadi tu tak akan memberi luka yang teruk pada Ana lagi pula dia tu---"

Belum sempat menghabiskan kata-kata, Arata diserang Shota. "Kita masih di medan pertempuran Arata jadi jangan sesekali memalingkan pandangan kau pada aku". "Apa sebegitunya kau ingin kalah Shota padahal aku hanya bagi kau masa untuk memulihkan tenaga kau". "Jangan remehkan aku, Volt sand spear!".

"Itu kan serangan yang dia gunakan tadi masa melawan aku tapi kali ni lebih banyak dan terlihat lebih kuat" Kata Ana yang terkejut.

Arata dengan tenang membalas serangan itu dengan melemparkan serpihan-serpihan bangunan yang sudah diperkuat dengan medan graviti miliknya. Serangan milik Shota dengan mudah dapat dihancurkan Arata. Sesuai dugaan Shota yang menjadi paling masalah ketika berhadapan dengan Arata ialah medan gravitinya.

"Bagaimana sekarang, ini adalah pertarungan antara kau dan aku. Number 5 melawan Number 7 mari kita tentukan siapa yang terkuat di antara kita dalam pertarungan satu lawan satu ni" Kata Arata dengan penuh semangat.

Arata dengan cepat mendekati Shota dan menyerangnya, Shota pun menciptkan cakar pasir besi dan menyerang Arata. Kedua-duanya memiliki kemampuan bertarung yang hebat. Setiap tinju, tendangan dan serangan milik Arata ditingkatkan kekuatannya dengan medan graviti sedangkan Shota meningkatkan getaran pada pasir besi miliknya agar mampu menembusi medan graviti milik Arata.

Selain daripada kekuatan yang dasyat, jarak jangkauan serangan mereka berdua sangatlah luas. Ana dan Sorata memilih untuk menontonnya dari jauh agar tidak terkena dampak pertarungan mereka berdua.

Hanya dengan ayunan dari cakar Shota, dia mampu menciptakan kerosakan yang sangat besar. "Bagaimana Arata dengan kekuatan aku ni, apa kau sanggup menahannya". "Dasar sombong, setakat hal macam ni aku pun boleh buat" Jawab Arata.

"Apa maksud kau?" Tanya Shota yang keheranan dengan ucapan Arata. "Apa kau pernah dengar tentang graviton jika ada yang mampu mengawalnya maka orang itu mampu menerapkan konsep konstruk graviti" Kata Arata.

"Konstruk graviti ya, aku pernah mendengarnya kalau tak silap itu ialah kemampuan untuk merubah graviton menjadi sesuatu objek--nanti tunggu dulu jangan-jangan...". Shota menyedari sesuatu yang mengejutkannya.

"Tepat sekali, aku lah orangnya, Gravity Construcks, Black Scythe". Dalam sekelip mata sebuah sabit hitam yang besar terbentuk dan langsung digenggam Arata. Dia pun melibaskan sabit tersebut dan dengan naluri milik Shota dia langsung menunduk kerana merasakan bahaya.

Dan pilihannya untuk menunduk itu tepat kerana dalam waktu yang singkat semua yang berada dalam jangkauan 1 kilometer di depan arata tertebas.

"Tebasan tadi tu, tak salah lagi saat dia mengayunkannya di udara terdapat medan graviti yang sangat nipis dan padat dilepaskan" Shota mula terlihat gelisah setelah melihat kekuatan Arata. "Jadi inilah kenapa dia menjadi salah satu dari kekuatan perang...dia ni terlalu kuat. Tidak-tidak kalau aku tak dapat kalahkan dia macam mana aku nak berhadapan dengan Hyuga dan keinginan aku untuk memenangkan perang penguasa tidak akan tercapai" Kata Shota untuk menyemangati dirinya sendiri.

"Ini dah berakhir Shota, menyerah saja". "Mana mungkin aku melakukannya, aku akan mengakhiri ini segera". Awan kilat mula terbentuk di atas mereka berdua. "Kalau setakat mengedalikan cuaca aku pun boleh, rasakan ni Volt Skyyyy!!". Panahan kilat yang sangat besar pun mula menyerang Arata.

"Kau memang keras kepala ya, baiklah akan ku tunjukkan perbezaan kekuatan antara kita...Gravity Impact" Dengan tenang Arata melibaskan sabitnya ke udara. Panahan kilat itu pun langsung terbelah dua dan lenyap, tidak hanya itu langit turut ikut terbelah. Semua awan kilat itu pun lenyap dan hanya menyisakan pemandangan langit yang begitu cerah dan indah.

"Nampaknya kau menang Arata" Ucap Ana sambil tersenyum. "Terima kasih Arata atas bantuan kau" Kata Sorata.

"Sepatutnya aku yang berterima kasih lagi pula kamu berdua dah berjuang sekuat tenaga melawan dia padahal dia sangat kuat tapi kamu berjaya menahannya" Kata Arata. "Ouh ya Arata aku ada perasan sesuatu bagi aku Shota tak lah sejahat yang disangkakan" Ucap Ana. "Apa maksud kau?" Tanya Sorata.

"Maksud aku padahal dia sekuat tu tapi kenapa dia tak bunuh je kita aku yakin tentu dia mampu lakukannya". "Betul juga" Angguk Sorata.

"Ouh kau menyedarinya, tentu saja bagi aku dia tak lah jahat sangat sebab tu aku tak risau saat kau kalah melwan dia" Jawab Arata. "Nanti tunggu dulu ke mana dia pergi, cis dia terlepas...dasar tak reti bertanggungjawab" Kata Sorata dengan nada yang agak marah.

"Jangan risau dia tak akan ke mana-mana aku dah hubungi kawan aku dahulu sebelum bertarung tadi pasti saat ini dia sedang mencari Shota dan akan menangkapnya" Jawab Arata. Ana dan Sorata hanya mampu percaya saja pada kata-kata Arata.

Di sisi lain terlihat Shota yang sedang berjalan sambil berpegangan pada dinding bangunan. "Lain kali..lain kali pasti berjaya" Ucap Shota. "Sangat disayangkan lain kali yang kau kata itu tak akan ada, kau akan aku tangkap hari ni" Kata seorang wanita berpakain seperti komandan tentera yang berada tepat di hadapannya. "Begitu ya, dasar Arata kau licik sekali...sampai-sampai harus memanggil Number 3 untuk menangkap aku kau memang pandai fikirkan cara untuk dapatkan duit tapi..." Shota melancarkan kilat dari tangan kanannya untuk menyerang Erina. Namun begitu, Erina pun mengeluarkan pedangnya dan terus memotong kilat tersebut.

"Dalam keadaan sempurna pun kau tak akan menang melawan aku apatah lagi dengan keadaan kau saat ini, ini sudah tamat Shota". Erina pun menyerang Shota dengan kilat jingga miliknya.

"Walaupun sesama electromaster tapi nampaknya aku lebih lemah dari kau". Kata Shota sebelum akhirnya dia jatuh pingsan.

Maaf sebab lama tak update dikeranakan saya lagi sibuk belajar maaf ya. Nantikan bab seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience