Ana akhirnya pulang ke rumah setelah berada hampir satu minggu di hospital akan tetapi dia tidak memiliki waktu untuk berehat. Dia dan Arata harus segera pergi ke sebuah kota bagi mencari Izat.
Menurut Ruiko, Izat terakhir kali dapat dikesan di Kota Libera yang berada di negara Hanburd. Arata dan Ana pergi menggunakan pesawat peribadi yang diberikan oleh Frinxx kepada mereka.
"Apa kau yakin dia benar-benar berada di sana?". "Aku tak tahu tapi kita pasti akan mencarinya bagi menyembuhkan kau". Mereka berdua terus berbual-bual sepanjang perjalanan.
Setelah hampir 1 jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di Kota Libera. Setibanya mereka di sana Arata langsung mengajak Ana untuk pergi ke sebuah hotel bagi menyewa bilik. "Wonder River, bukan ke itu nama yang kelakar". " Tak itu sama sekali tak kelakar Arata jadi tolong hentikan itu". Ana pun berjalan masuk ke dalam hotel meninggalkan Arata yang terlihat murung kerana ucapannya.
Mereka berdua pun menyewa dua bilik. "Jadi bagaimana sekarang?" Tanya Ana. "Sekarang kita akan pergi berjumpa dengan orang-orang yang pernah berhubung dengan Izat, mungkin mereka tau di mana dia berada".
Mereka pun segera meninggalkan hotel. Tempat pertama yang mereka kunjungi adalah sebuah klinik kecil di bandar itu yang merupakan tempat terakhir Izat bekerja. Setelah menunggu cukup lama akhirnya mereka dapat berjumpa dengan pemilik klinik itu.
"Begitu ya, jadi kamu juga mencari Izat tapi saya minta maaf sangat-sangat sebab dia telah menghilang hampir 2 bulan tanpa jejak, saya sendiri dah mencuba banyak cara untuk menghubunginya". "Begitu ya, tapi dari apa yang encik kata sepertinya sudah ramai orang yang mencarinya" . Pemilik klinik itu pun mengangguk.
Pemilik klinik itu memberitahu Arata dan Ana bahawa sudah sangat ramai orang mencarinya termasuklah para ilmuan yang sangat ingin mengkaji kekuatannya.
Sudah seharian mereka mencari petunjuk tentang Izat tetapi orang-orang yang mereka jumpa hanya memberikan jawapan yang sama. "Apa yang dapat aku simpulkan adalah Izat telah diculik oleh seseorang atau mungkin dia dipaksa untuk melakukan sesuatu". "Itulah kemungkinan paling besar, jadi apa yang mahu kau buat sekarang Arata".
"Disebabkan sekarang dah pukul 10 malam lebih baik kita balik ke hotel dulu dan sambung esok pula" Kata Arata yang sudah terlihat keletihan. Mereka berdua pun menuju ke hotel yang dengan menaiki kereta sewa. Setibanya mereka di hotel mereka langsung menuju ke bilik masing-masing.
"Ouh siapa sangka bilik kita rupanya bersebelahan saja, Ana jika ada yang kau perlukan jangan malu untuk panggil aku". "Kau tak perlu risau pasal aku". "Kalau begitu pastikan kau dapat rehat dan tidur yang cukup".
Setelah itu mereka pun masuk ke bilik masing-masing. Walaupun perbualan mereka terlihat biasa tetapi sangat jelas kalau mereka terlihat seperti pasangan yang mesra. Itulah yang difikirkan orang-orang yang melihat perbualan mereka tadi.
Di dalam bilik, Arata duduk bersantai di hadapan televisyen bagi merehatkan badannya. "Aku harap Ana dapatkan tidur yang cukup" Katanya Arata sambil memakan sekeping biskut. Di bilik Ana pula, terlihat dia baru sahaja selesai mandi.
Dia pun memakai baju dan pergi ke dapur untuk membuat segelas air. "Biasanya Arata tak bagi aku minum kopi tapi.... biar jelah".
Tidak lama setelah itu mereka berdua pun tidur tetapi tepat jam 2 pagi salah satu daripada mereka telah bangun dan dia menuju ke koridor biliknya.
"Maaf Arata tapi aku tak nak susahkan kau lebih dari ni lagi jadi akan aku cari sendiri Izat dan tentunya dengan cara aku sendiri". Ana pun melompat keluar dan terbang menuju ke suatu tempat. Setelah beberapa minit terbang dia akhirnya tiba di lokasi yang di tuju.
"Ehh jadi ini Waste Zone, tempat para sampah masyarakat berkumpul" Kata Ana sambil mula berkeliling di tempat itu. Orang-orang disekitar itu mengalihkan pandangan mereka kepada Ana kerana mengetahui Ana ialah orang asing. "Tak selesa pula bila mereka terus memandang aku macam tu". Ana terus sahaja berkeliling di sana sehinggalah ada seseorang yang menghentikannya.
"Oi gadis kecil di sana berhenti disitu". "Ini dia" Kata Ana dalam hati seperti dia sudah merencanakan sesuatu. Tiga orang lelaki dewasa berjalan ke arah Ana. "Apa yang gadis manis seperti kau lakukan di tempat macam ini" Kata lelaki yang berada di tengah. Sepertinya dia ialah ketuanya.
"Dia tersesat kut boss hahahah" Lelaki di sebelah kanan terus ketawa tanpa sebab. "Hentikan itu bodoh itu sama sekali tak kelakar". "Hah kau nak gaduh ke". Mereka berdua langsung dipukul di bahagian kepala mereka. "Kamu berdua ni sama-sama bodoh je dan juga kepala kamu berdua keras juga ya" Kata boss mereka seperti membuat lawak tapi sama sekali tidak kelakar.
"Jadi apa yang kau lakukan di sini?". "Bukan sesuatu yang penting cuma aku dengar tempat ni sesuai untuk berseronok itu saja". "Begitu ya kalau begitu macam mana kau ikut aku ke rumah kita boleh berseronok di sana" Kata orang itu dengan riak muka yang membuat Ana jijik. "Maaf tapi aku tak ada masa untuk itu". "Jangan malu begitu lagi pul---" Tiba tiba lelaki itu menyedari sesuatu.
"Eh kau buntung rupanya maaf kerana tak menyedarinya tapi bagi aku satu tangan pun dah cukup untuk memuaskan aku" Lelaki itu pun cuba memegang Ana akan tetapi dia langsung menerima tendangan telak di bahagian mukanya oleh Ana.
"Bossss!" Teriak rakan-rakannya. "Tak guna kau berani kau menendang aku". "Apanya, kau yang bersikap tidak sopan kepada seorang gadis, itu balasan yang setimpal, jika kau tak puas hati mari kita selesaikan ini dengan bertarung". "Jangan sombong dulu, kau fikir apa yang dapat kau lakukan dengan cuma satu tangan". "Aku rasa kau lah yang sombong jangan menilai seseorang hanya dari penampilan luaran saja". "Kau akan menyesal".
Tiba-tiba tanah di tempat Ana berpijak mula retak dan terapung. "Apa!!". Lelaki tadi pun meluru ke arah Ana dan memberi tumbukan yang sangat kuat tetapi dapat ditangkis Ana dengan tangan kirinya. Walaupun begitu Ana dapat merasakan bahawa serangannya sangat kuat. "Tumbukan dia ni berat sekali". Ana pun terhempas ke dinding sebuah bangunan.
"Kekuatan ini, tak salah lagi manipulasi graviti seperti Arata". "Tepat sekali kekuatan aku adalah manipulasi graviti".
"Sungguh menggelikan melihat orang lemah menggunakan kekuatan seperti Arata". "Hah?, apa kau kata..lemah baik kau bersiap kerana aku akan menghancurkan kau". Lelaki itu terlihat sangat marah. Dia dengan mudahnya terpancing dengan kata-kata Ana.
"Woi!! apa kau juga menggunakan medan graviti sebagai pertahanan kau?". "Tentu saja, aku meniru Number 7". "Yosh, sudah ku putuskan, akan aku kalahkan kau dengan sekali tebas" Ana pun mengangkat tangan kirinya dan bersiap melakukan tebasan. "Bodoh kau fikir kau mampu mengalahkan aku dengan seka---". Dalam sekelip mata baju lelaki itu langsung koyak.
"Ap--apa yang berlaku, bagaimana mana mungkin aku sudah pastikan kalau aku menyelimuti seluruh tubuh aku dengan medan graviti tapi dia...". "Maaf tapi aku sudah sering bertarung dengan orang yang sangat kuat, baiklah sekarang bagaimana cara aku membunuh kau".
"Tu--tunggu, aku akan lakukan apa saja asalkan jangan bunuh aku". "Baiklah, sebagai ganti nyawa kau aku nak kau beritahu aku sesuatu". "Sesuatu?".
Setelah mendapat maklumat yang dia inginkan, Ana pergi ke sebuah bar yang berada di bawah tanah yang lokasinya tidak jauh dari tempat tadi. Ana pun memasuki bar tersebut. Orang-orang di sana memberi tatapan yang sama pada Ana sebagaimana dia berada di Waste Zone.
"Hello semuanya, aku datang nak bertanya tentang sesuatu". Pemilik bar itu pun bertanya "Apa yang kau inginkan?". "Beritahu aku tentang Diagram". Seketika orang-orang di sana langsung menyerang Ana dengan senjata api. Ana pun dihujani peluru akan tetapi semua peluru dapat dipantulkannya.
Kita undur dulu waktu beberapa minit ke belakang ketika Ana masih berada di Waste Zone.
"Izat ya, tapi aku belum pernah mendengar nama itu sebelumnya ini kali pertama aku mendengarnya". "Begitu ya, jadi kau memang tidak berguna apa aku harus singkirkan kau saje".
"Tu--tunggu dulu aku belum habis cakap lagi, sebenarnya aku ada dengar bahawa Diagram memiliki anggota baru yang memiliki kemampuan penyembuhan yang hebat". Ana pun berfikir bahawa anggota baru itu pasti orang yang dia cari. "Jadi apa itu Diagram?" Tanya Ana.
"Diagram ialah organisasi gelap paling berkuasa di kota ni, boleh dikatakan mereka lah yang mengatur sisi gelap kota ni" Terang lelaki itu. "Begitu ya, jadi di mana mereka berada?". "Aku sendiri tidak tahu tapi kau boleh pergi ke bar yang tak jauh dari tempat ni, di sana biasanya para orang-orang dari organisasi gelap sering berkumpul".
Menurut lelaki itu tidak sampai 15 minit untuk sampai ke tempat itu jika berjalan kaki. Setelah itu Ana langsung bergegas ke bar yang dikatakan lelaki itu.
Kembali ke masa kini, Ana masih lagi dihujani peluru akan tetapi sepertinya kesabarannya mula mencapai batas.
"Kamu semua ni memang bodoh, kau semua fikir aku hanya boleh memantulkan peluru ni secara rawak je ke". Ana pun menggunakan kekuatannya untuk merubah jalur peluru yang ditembakkan ke arahnya.
Dia memantulkan peluru tersebut sehingga mengenai pistol dan senapang yang digunakan orang-orang di sana.
"Cis ni lah kenapa aku benci Skiller" Kata pemilik bar itu dengan nada marah. Ana pun menghempaskan semua orang di sana dengan menggunakan kekuatannya.
Dia pun mula mendekati pemilik bar tersebut. "Kalau dilihat sepertinya kau orang yang paling mengenali para Diagram tu, bagaimana kalau kau bagitau je tentang mereka". "Aku menolak" Kata pemilik bar tersebut.
"Mau bagaimana mana lagi sepertinya kau terlalu setia pada mereka" Ana memberikan pukulan telak ke perut orang itu sehingga dia pengsan. Ana mula berkeliling di tempat itu sehingga dia menemukan sebuah ruang rahsia.
"Seperti yang aku duga pasti ada ruang macam ni, tempat dia menguruskan kerja-kerjanya". Ana memasuki ruangan tersebut. Dia menemukan banyak maklumat tentang organisasi gelap bernama Diagram. Setelah mengumpulkan semua maklumat yang ada dia pun keluar dari bar tersebut.
"Semua benda yang aku perlukan sudah ada tinggal mencari orang itu saja. Kalau tak salah aku tadi aku tengok jam dah pukul 3 pagi, baik aku balik ke hotel sebelum Arata menyedari aku tak ada dalam bilik" Setelah itu Ana segera pulang ke hotel melalui. Dia memasuki biliknya dengan cara yang sama dia keluar.
Keesokan harinya, Arata dan Ana berjumpa di restoran hotel tersebut. Mereka mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja mereka.
"Bagaimana dengan tidur kau semalam ok ke?" Tanya Arata. Setelah menghabiskan secawan teh Ana menjawab "Ok je aku tidur cukup nyenyak". Itulah yang dikatakan Ana walaupun Kata-kata itu hanyalah sebuah kebohongan. "Baguslah kalau begitu kerana hari ni pun kita akan terus berkeliling kota ni sambil mencari petunjuk tentang Izat".
Setelah selesai sarapan, mereka berdua menyambung kerja mereka mencari petunjuk tentang lokasi Izat. Seperti biasa, mereka pergi berjumpa dengan orang-orang yang pernah berhubungan dengan Izat walaupun hasilnya tetap sama.
Matahari kini berada tepat di atas kepala mereka. Oleh itu mereka memutuskan untuk berhenti berehat terlebih dahulu di sebuah restoran. "Maaf Ana tapi aku akan berusaha lebih keras lagi". "Tak perlu risau, kau sudah melakukan yang terbaik" Kata Ana bagi menghibur Arata. Mereka berdua memesan makanan bagi mengisi perut mereka yang kosong.
"Setelah selesai makan, kita akan sambung kerja balik jadi makan yang puas ya". "Tanpa kau suruh pun aku dah tahu".
Di sisi lain di sebuah tempat yang berada di kota tersebut, terlihat seorang wanita sedang bersantai di tepi kolam renang. Terlihat seorang lelaki berada di belakangnya, sepertinya lelaki itu sedang menyampaikan sesuatu pada wanita tersebut.
"Begitu ya, jadi semalam bar yang dekat dengan waste zone tu diserang oleh seorang wanita. Baiklah terima kasih atas laporannya, kau boleh kembali sambung kerja". "Baiklah boss". Lelaki itu pun pergi meninggalkan tempat tersebut. ""Menarik... sepertinya wanita tu dapat sedikit menghibur aku nanti, aku tak sabar nak jumpa kau".
Wanita itu pun mengeluarkan senyum sinis dan mula ketawa dengan penuh gembira.
Hai semuanya, untuk kali ni saya telah membuat sedikit perubahan pada betuk penulisan saya kerana setelah melihat karya-karya orang, saya perasan penulian saya boleh buat org ii bosan jadi saya buat ia lebih simpel. Terima kasih kerana sudi membaca nantikan bab selanjutnya.
Share this novel