Bab 3 : Festival Tekno

Science Fiction Series 1363

Setelah pertempuran Ana dengan para perompak di sebuah pasar raya, dia segera pulang apabila dihubungi Arata. Ketika dalam perjalanan pulang, Ana terlihat sangat gembira dan bersemangat kerana mengetahui bahawa mereka baru sahaja mendapatkan misi baharu daripada Frinxx.

Setibanya dia di rumah, dia disambut oleh Arata. "Sepertinya kau cukup bersenang di luar sana" . "Tentu saja, habisnya di rumah terlalu bosan tapi sekarang tidak lagi, cepat bagi tahu apa misi baru tu" Kata Ana dengan penuh semangat.

"Baiklah, memandangkan semua dah tahu kecuali kau saja, untuk misi kali ini kita ditugaskan untuk menjadi pengawal di Festival Tekno yang akan berlangsung seminggu lagi" Jelas Arata kepada Ana.

Menurut laporan daripada Frinxx, akan ada banyak teknologi canggih yang akan dipamerkan nanti di festival tersebut. Mereka mendapati akan ada organisasi gelap yang akan mencuba mencuri teknologi di sana.

Mereka pun mula membahagikan tugas masing-masing sebagai perancangan mereka. Festival itu akan berlangsung di Neuro Intelligence Center (NIC).

Arata pun mula menjelaskan sedikit tentang struktur NIC "NIC memiliki 5 bangunan utama yang di label blok 1, blok 2, blok 3, blok 4, blok 5. Ana akan mengawasi 2 blok iaitu blok 4 dan 5 manakala Yuta dan Reiss awasi blok 3 dan 2" . "Bagaimana kapten dan Ruiko" Tanya Yuta.

"Ruiko seperti biasa di bertugas untuk memeriksa semua CCTV dan melaporkan sebarang kejanggalan, sedangkan aku akan menjaga menjaga blok 1 kerana di sana akan diadakan pameran utama iaitu mereka akan memamerkan sebuah senjata terbaru bernama Nano Item" Jelas Arata.

Mereka semua pun paham dengan penjelasan Arata dan sudah mengetahui tugas masing-masing.

Seminggu pun berlalu. Kini, Festival Tekno telah berlangsung di NIC. Arata dan yang lain telah mengambil tempat masing-masing dan bersedia untuk sebarang penyerangan atau pencerobohan.

Festival itu berlangsung dengan lancar sahaja sejak pembukaannya pagi tadi. "Bagaimana Ruiko, apa ada sesuatu yang aneh" Tanya Arata.

"Setakat ini belum ada apa-apa yang aneh, saya sudah memastikan daftar para pengawal yang bertugas serta para tetamu VIP, tidak ada latar belakang yang mencurigakan, yang saya risau hanyalah orang-orang awam yang turut berkunjung ke festival ini kerana mungkin ada penyusup di antara mereka" Jawab Ruiko.

Mereka pun meneruskan pekerjaan mereka. Arata sendiri mempunyai firasat buruk tentang kedaimaian itu.

Tepat jam 12 tengahari, di suatu tempat terlihat seseorang sedang berbicara melalui panggilan telefon. "Sepertinya waktunya telah tiba, mulakan sekarang".

Tidak lama setelah itu sebuah letupan yang besar berlaku di NIC bagi setiap blok bangunan di sana. Suasana yang seharusnya damai langsung menghilang, semua orang menjadi sangat takut dan risau akan keselamatan mereka.

Arata segera memerintahkan rakan-rakannya untuk berwaspada dan menjaga keselamatan orang awam. "Sudah aku duga, suasana terlalu tenang pasti ada yang tidak kena" Kata Arata sambil membantu memindahkan orang-orang awam ke tempat yang selamat.

Tiba-tiba berlaku gegaran yang kuat di setiap blok. Arata langsung menghubungi rakan-rakannya untuk mengetahui perkara yang terjadi.

"Nampaknya kita di serang, sepertinya musuh memiliki kemampuan Space and Time kerana banyak portal yang mengeluarkan robot-robot muncul di sini" Lapor Ana. Yuta dan Reiss juga memberikan laporan yang sama seperti Ana.

Arata mula berasa ada yang tidak kena kerana musuh sepertinya tidak berniat mencuri teknologi di sana. Jika musuh ingin mencuri salah satu teknologi di sana pasti mereka akan langsung menghantar seorang Skiller. Itulah yang difikirkan Arata.

"Kapten, ada sebuah van yang keluar dari tempat ini dengan cepat" Tiba-tiba Ruiko melapor kepada Arata. "Jadi ke mana van itu pergi". "Arah barat kapten". Tanpa berfikir panjang Arata langsung bergegas untuk mengejar van itu.

"Sisanya aku serahkan kepada kamu berempat, aku yang akan mengejar musuh" Kata Arata sambil terbang mencari van tersebut. Musuh terus berdatangan satu persatu melalui portal dan menyerang para pengawal.

"Tak guna mereka ini tidak ada habisnya ke" Kata Ana sambil terus memusnahkan robot yang menyerangnya. Tidak lama setelah itu portal tiba-tiba tertutup. Mereka bertiga terkejut dangan perkara yang terjadi dan mempunyai firasat buruk tentang itu.

Di sisi lain, Arata yang terus mencari van tadi akhirnya menemukannya. "Tak ada gunanya, kau tak akan dapat lari daripada aku" .

Arata pun segera menghentikan van itu dengan kekuatannya. Dia segera menghampiri van tersebut. Arata sangat terkejut dengan perkara yang dilihatnya. Terlihat mulut pemandu itu ditutup dan dia terlihat ketakutan.

"Cis, jadi dia hanya umpan ya, kalau begitu apa yang mereka incar. Ruiko laporkan status terkini di NIC". Namun Ruiko tidak membalas apa-apa. Arata langsung terlihat risau kerana Ruiko tidak membalasnya. "Ruiko apa kamu di sana...Ruiko" .

Tiba-tiba Arata terfikirkan sesuatu yang buruk. "Ana cepat pergi ke tempat Ruiko. Robot tu cuma pengalihan semata-mata, target utama mereka sejak awal ialah Ruiko" . Setelah diberitahu Arata, Ana bergegas ke tempat Ruiko.

Setibanya dia di sana, dia mendapati Ruiko telah hilang dan hanya tersisa alat komunikasinya serta komputer riba yang terbuka sahaja.

Namun begitu, Ana menyedari terdapat sebuah pesan yang tertulis di dalam komputer riba itu. Sepertinya Ruiko menggunakan kemampuannya untuk menulisnya ketika dia mempunyai kesempatan.

Pesan itu mengatakan supaya sesiapa yang melihat pesan itu segera menggunakan komputer riba itu untuk mengesan alat pengesan yang ada pada Ruiko bagi menemukan lokasinya.

Ana segera mencari lokasi Ruiko dan mendapati dia sedang menuju ke arah pelabuhan yang berada di arah timur kota itu. "Arata aku menemukan lokasi Ruiko, sepertinya dia menuju ke arah pelabuhan, jadi saya akan segera mengejarnya" .

"Baiklah, aku akan menyusul nanti" Jawab Arata. Ketika Arata ingin pergi tiba-tiba dia dikejutkan dengan kemunculan 5 buah robot gergasi di kota itu. "Cis, sepertinya mereka tidak akan membiarkan aku pergi begitu sahaja. Yuta, Reiss setelah urusan di sana selesai segera ke sini dan bantu memindahkan orang awam ke tempat selamat".

"Baiklah kapten" Jawab mereka berdua serentak. "Baiklah, sepertinya aku akan bermain dulu sedikit sebelum menyusul Ana" . Segera setelah itu Arata memulakan pertarungan dengan robot-robot.

Di sisi lain, Ana berjaya sampai di pelabuhan yang di tujunya dengan kelajuan yang luar biasa. Dia pun segera berkeliling mencari keberadaan Ruiko. "Ruiko di mana kau, jawablah kalau kau dengar" Teriak Ana.

Tidak lama setelah itu, seseorang menyahut teriakan tetapi orang itu bukan Ruiko. Seorang remaja lelaki keluar dari kegelapan sambil berkata "Lebih cepat daripada perkiraan aku, memang anggota UNIT itu luar biasa semuanya".

"Siapa kau, di mana Ruiko dan apa tujuan kau sebenarnya" . "Jika kau mencarinya dia ada di dalam sana" Kata lelaki itu sambil menunjukkan jarinya ke arah sebuah kapal.

"Oi bukan ke aku tanya nama dan tujuan kau juga". Lelaki itu pun menghela nafas dan berkata "Tenang dulu, jangan risau aku baru akan mengatakannya sekarang. Nama aku Kid, Scarlet Kid dan untuk tujuan aku itu sederhananya aku ingin memanfaatkan kekuatannya".

Ana langsung marah apabila mendengar ucapan Kid. Ana langsung mencipta tekanan angin yang tinggi di sekelilingnya dan menyebabkan tempat dia berpijak retak. "Woi katakan pada aku, kau ingin gunakan Ruiko itu untuk apa hah?" Tanya Ana dengan nada yang tinggi.

Kid pun tersenyum sambil berkata "No comment" . "Baiklah kalau begitu akan ku paksa kau berbicara" .

Ana pun langsung terbang ke arah Kid sambil melancarkan tendangan yang dilapisi angin miliknya. Tepat sebelum tendangannya mengenai Kid, ada seseorang yang menahan serangannya tersebut. "Apa" Kata Ana yang terkejut.

Dia segera mengambil jarak daripada orang tersebut. Putih, itulah yang terfikirkan Ana ketika melihat dengan jelas orang itu. Dia memakai pakaian serba putih dan sebuah topeng yang menutupi mukanya.

"Siapa kau?" Tanya Ana. "Dia ialah Grey Ghost, kekuatan aku. Sebelum itu, biar aku jelaskan kekuatan aku ini dikategorikan sebagai Code Unknown" Jawab Kid. "Code Unknown kau kata" Ana cukup terkejut mendengar jawapan Kid.

Code Unknown merupakan sebuah kategori bagi kekuatan yang hanya dimiliki oleh satu orang sahaja di dunia ini dan kebiasaannya kekuatan dalam kategori ini sangatlah hebat.

"Kenapa kau terkejut sangat, bukan ke kekuatan kawan kau Ruiko tu pun kategori Code Unknown". "Itu benar, tapi sepatutnya kekuatan kategori Code Unknown ni sangat susah untuk naik level dan biasanya hanya sampai Level 3 macam Ruiko, tapi aku yakin kau ni Level 4" Kata Ana.

Mendengar ucapan Ana, Kid sampai ketawa "Apa yang kau katakan ni bukan ke di antara Level 5 juga ada pengguna kekuatan kategori Code Unknown, tapi biarlah aku bukan Level 4 biasa melainkan Level 4 Max atau lebih mudahnya aku ni Level 4 terkuat di dunia".

"Level 4 Max ya, aku pernah dengar tentang tu, katanya hanya ada satu orang saja yang mendapat gelaran tu dan dikatakan sebagai Level 4 terkuat. Siapa sangka aku dapat bertemu dengan kau" . Ana tetap tenang walaupun telah mengetahui identiti asli Kid.

Suasana menjadi sunyi, mereka saling memandang antara satu sama lain. Angin sayu bertiup di sekeliling mereka, tepat setelah sehelai daun jatuh ke tanah sebuah benturan yang kuat berlaku.

Benturan itu terjadi akibat tendangan milik Ana dan tebasan pedang Grey Ghost. Mereka berdua pun memulakan pertarungan mereka. Ana melapisi tangan kanannya dengan angin agar dapat menahan pedang milik musuh.

Dengan kecepatan yang luar biasa mereka berdua bertarung di udara tanpa menghiraukan dampak serangan mereka. "Gadis tu lumayan juga tapi masih belum sebanding dengan aku" Kata Kid yang menonton pertarungan Ana.

Ana secara berterusan mencipta taufan yang kecil untuk menyerang Grey Ghost, namun dengan mudah dapat dipotongnya. "Cis, dasar hantu tak guna" Kata Ana dengan nada yang cukup kesal.

"Oi oi, walaupun nama dia Grey Ghost tapi dia bukan hantu tapi terserah kau lah, Grey cepat hapuskan dia" . Grey mula melancarkan tebasan yang beruntung ke arah Ana.

Ana mencuba menangkis serangan tersebut tetapi gagal yang menyebabkan dia mendapat luka di bahu kirinya. "Hantu ni boleh juga, sudah lama aku tidak mendapatkan luka dalam pertarungan kau tahu".

Walau menerima luka, Ana bukannya takut melainkan semakin bersemangat kerana sudah lama dia tidak merasakan pertarungan sehebat itu. "Bersiap sedialah hantu, aku akan mula serius sekarang" .

Di sisi lain di tempat Arata, sepertinya dia sedikit kesusahan dalam pertarungannya kerana harus bertarung sambil melindungi orang awam. Proses pemindahan tidak dapat berjalan dengan baik kerana kebanyakan laluan telah rosak akibat penyerangan robot-robot itu.

"Tak guna, mereka bahkan sampai menggunakan Kristal Energi sebagai sumber daya robot bagi mencegah kekuatan aku" Gumam Arata. Tiba-tiba Arata diserang dari arah belakang menyebabkan dia terhempas ke tanah.

Di tempat yang tidak jauh dari sana ada seseorang yang mengendalikan robot-robot itu. "Sepertinya ini akhir bagi kau Number 7, selamat tinggal" Ucap lelaki itu.

Robot itu pun sekali lagi menyerang Arata. Tepat sebelum kaki robot itu menginjak Arata, sebatang tiang elektrik menusuk kaki robot itu yang menyebabkan ianya hilang keseimbangan dan jatuh.

"Apa yang berlaku, bagaimana mungkin dia mampu menembusinya hanya dengan tiang elektrik" . Lelaki misteri itu terkejut dengan kejadian itu. "Akhirnya aku boleh bertarung dengan sedikit serius" Kata Arata.

Lelaki misteri pun baru saja menyedari kalau bahawa semua orang sudah selesai dipindahkan. "Woii.., aku tahu kalau kau memerhati pertarungan ni melalui mata robot tu, jadi biar aku katakan satu perkara kau telah salah memilih lawan" .

"Biar aku jelaskan kenapa aku mampu menembusi pertahanan robot, itu kerana medan graviti yang menyelimuti tiang itu. Asal kau tahu aku bukan hanya mampu menyelimuti medan graviti pada diri aku sahaja tapi juga pada objek lain dalam erti kata lain sekeping kertas pun boleh jadi senjata yang mematikan jika di tangan aku" Ucap Arata dengan sombong.

Arata berjaya membalikkan keadaannya yang tadinya hampir kalah namun sekarang kemenangan sudah dapat dipastikan.

Kembali kepada pertarungan Ana dengan Grey. Pertarungan mereka menjadi semakin memanas. Nampaknya Ana sudah mula membuka sedikit kekuatan sejatinya.

"Apa yang berlaku sepatutnya dia sudah tersudutkan tapi sekarang dia berjaya membalikkan keadaan" Kecepatan Ana terus bertambah sehingga melebihi kecepatan Grey Ghost.

"Apa yang terjadi pada kau, pertahanan kau terbuka lebar kau tahu". Tanpa menyia-nyiakan kesempatan yang ada, Ana langsung menebas bahagian belakang Grey.

"Kenapa, hanya ini saja ke kekuatan kau" Ucap Ana dengan niat menyindir Kid. Kid pun dengan tenang menjawab "Sesuai dugaan, kau memang layak menjadi tangan kanan Number 7 bahkan berjaya menyudutkan aku, kau layak diberi pujian".

Kid mengangkat tangan kanannya sambil berkata "Sebagai hadiah biar aku tunjukkan kau kekuatan sejati aku" . Seketika seluruh badan Grey Ghost bercahaya dan mula terserap ke dalam Kid.

Sebuah cahaya yang terang pun mula menyelimuti Kid. "Inilah kekuatan sejati aku, Grey Form" . Ana pun berfikir bahawa pertarungan yang sebenar baru saja akan bermula.

Penampilan Kid pun telah berubah. Kini, dia mengenakan pakaian yang hampir sama dengan Grey Ghost pakai namun lebih bagus daripadanya. "Ouh jadi ini kekuatan sejati kau ya, baiklah tunjukkanlah pada aku sekuat apa kau" Kata Ana bersiap untuk menyerang.

Dalam sekejap Ana telah menghilang dari posisinya tadi dan muncul di atas Kid. Tanpa berfikir panjang Kid langsung menyerang Ana dengan pedangnya tetapi dapat di tangkis oleh Ana.

Seketika, sebuah pertarungan yang dasyat pun berlangsung. "Mengejutkan, kau bahkan sanggup mengimbangi kecepatan aku padahal dalam bentuk ini kecepatan aku bertambah tiga kali ganda" Kata Kid tanpa mengalihkan sedikit pun pandangan daripada Ana.

Ana yang mendengarnya pun tersenyum "Apa itu pujian untuk aku, sebenarnya dari tadi aku hanya menahan diri tapi tidak untuk sekarang" . Kata-kata Ana menunjukkan bahawa dia mengakui kekuatan milik Kid kerana dari dulu dia tidak pernah bertarung secara serius kecuali ketika menghadapi Arata.

Namun kini, semua telah berubah apabila Ana bertemu dengan Kid kerana dia satu-satunya Level 4 yang mampu menyudutkan dirinya. Hal yang sama turut berlaku untuk Kid. Disebabkan dia adalah Level 4 terkuat, dia hampir tidak pernah merasakan kekalahan.

Pertarungan mereka berlangsung cukup lama, sudah hampir 30 minit mereka berdua bertarung namun belum ada yang menang. Luka di badan mereka terus saja bertambah tetapi mereka terlihat sangat menikmati pertarungan itu.

"Ana kau tu kuat, apa kata kau bergabung dengan aku dengan itu aku yakin Level 5 sekali pun tak akan dapat mengalahkan kita" . Kid menawari Ana untuk ikut bergabung dengannya.

"Mereka pun berhenti sejenak. "Maaf tapi aku tak akan mengkhianati Arata apa pun terjadi" Kata Ana sebagai penolakan terhadap tawaran Kid.

"Apa yang yang kau takutkan sangat, sampai bila kau nak berada di bawah perintah Level 5. Jika kau bergabung dengan aku kita dengan mudah dapat mengubah sistem dunia ni" Kata Kid.

Namun sekali lagi Ana menolak tawaran itu. "Dengar sini aku bukannya takut tetapi aku tidak akan pernah meninggalkan kawan-kawan aku, mengubah dunia jangan melawak" . Kata-kata Ana membuat Kid berasa kesal terhadapnya. "Daripada ucapan kau itu sepertinya kau sangat membenci Level 5, kenapa?" Tanya Ana.

Kid pun menarik nafasnya dan berkata "Kenapa kau tanya, itu kerana orang-orang menganggap Level 5 ni sebagai puncak di dunia ini, menyebabkan orang-orang yang berlevel rendah di anggap remeh sekali pun Level 4 kerana manusia hanya memandang orang-orang yang berada di puncak sahaja" .

"Apa yang kau kata mungkin betul tapi tidak semua orang berfikir begitu malahan bagi aku pemikiran seperti itu hanya ada pada ilmuan yang gila akan kejayaan sahaja" . "Diamlah, jika kau menolak untuk bergabung maka akan aku bunuh kau di sini juga.

Bersiap sedialah akan aku akhiri ini dengan serangan terkuat aku" Kata Kid yang bersiap untuk melakukan serangan terakhir. "Aku juga berfikir benda yang sama, mari akhiri ini" . Ana juga bersiap melancarkan serangannya.

"Inilah penamatnya, White Ray" Kata Kid. Pedang miliknya pun mula bercahaya dengan sangat terang. "Heh datanglah Kid". Kid pun dengan cepat meluru ke arah Ana dan melancarkan tebasan, dalam waktu yang sama Ana turut melancarkan tinju angin miliknya. Serangan Ana bahkan menciptakan sebuah taufan besar.

"Kau tak kan paham, selagi orang-orang seperti kita tidak mencapai puncak kita akan selalu diremehkan" Kata Kid yang terus memperkuat serangannya.

"Begitu ya, jadi kau belum paham apa itu erti mencapai puncak, mencapai puncak itu adalah di saat orang-orang mengakui diri kau" Kata Ana. Dia juga terus memperkuat anginnya. Namun begitu, semakin lama keseimbangan kekuatan mereka mula runtuh dan lebih didominasi oleh Ana. "Mustahil, dia ni lebih kuat dari aku" Kata Kid.

"Sudah berakhir Kid...Aero Fist" Setelah itu tekanan angin di tinju milik Ana meningkat dengan drastik sehingga dia berjaya menghempaskan Kid ke sebuah bangunan di sana. Bangunan itu pun runtuh dan menimpa Kid.

"Jadi sampai bila kau nak bersembunyi di sana" Kata Ana kerana sudah menyedari kehadiran seseorang. "Jadi kau menyedari kehadiran aku ya, nampaknya indra kau semakin tajam ya Ana" . Ternyata orang itu ialah Arata. Sepertinya dia sudah berada di sana cukup lama. "Kau tak perlu puji aku " Kata Ana.

"Tolonglah, jangan berkata begitu aku mema--" Tiba-tiba Arata merasakan hawa membunuh yang sangat kuat. Arata langsung cemas dan berteriak kepada Ana.

"Ana cepat pergi dari situ" Namun belum sempat Ana membalas ucapan Arata, dalam sekejap tangan kanan Ana sudah pun tertebas oleh seseorang. Ana langsung mengerang kesakitan. "Anaaa.." Teriak Arata yang mencemaskan Ana.

Orang yang menebas tangan Ana ialah Kid yang ternyata masih selamat. "Tak guna, ternyata kau masih hidup" Kata Ana sambil mencuba menghentikan pendarahan dengan tangan kirinya.

"Skill Booster, siapa sangka aku akan menggunakannya" Kata Kid. Ana sangat terkejut dengan kata-kata Kid. "Aku akui kau ialah musuh terkuat yang pernah aku lawan tapi sayang sekali aku terpaksa membunuh kau di sini" Kata Kid sambil mengangkat pedang miliknya.

Sebelum sempat dia menghayunkannya, tanpa disedari Arata sudah berada di belakangnya sambil berkata "Ku bunuh kau" dengan terlihat sangat marah.

Arata langsung memberikan tendangan yang sangat kuat kepada Kid dan menghempaskannya ke sebuah kontena. Kid bahkan memuntahkan darah akibat serangan itu. "Tak guna, berani kau melakukan itu pada Ana".

Kid dan Ana sendiri dapat merasakan tekanan yang luar biasa daripada Arata. "Kenapa mesti ada saja yang mengganggu rancangan aku" Kata Kid sambil mengeluarkan pedang baharu di tangan kirinya.

Dia pun mula menyerang Arata dengan sangat cepat. Dia terus-menerus melancarkan tebasan kepada Arata tetapi tidak satu pun tebasannya yang berjaya melukai Arata.

"Kenapa..kenapa aku tak dapat melukai kau sepatutnya jika sesama Level 5 pasti dapat melukai kau" Kata Kid dengan sangat cemas. "Oi, apa kau bodoh aku sama sekali tidak melihat Level 5 lain selain aku".

Kid langsung keheranan dengan ucapan Arata. "Apa maksud kau tentu saja ada dan itu ialah aku, aku baru saja menggunakan Skill Booster kau lihat sendiri bukan" Kata Kid.

Arata pun membalas ucapan Kid "Memang Skill Booster dapat menjadikan seseorang mencapai Level 5 tapi pada dasarnya orang tersebut sedang bangkit menjadi Level 5, ketika prosesnya selesai orang tersebut akan langsung mati dalam erti kata lain kau masih belum sempurna". Kid pun langsung terkejut mendengar ucapan tersebut.

"Kau pasti bergurau bukan" Kata Kid. "Apa aku terlihat sedang bergurau, jika ada orang yang benar-benar bangkit menjadi Level 5 maka semua Level 5 yang sudah ada akan dapat merasakan kebangkitan tersebut tidak kira di mana berada, tambahan lagi Level 5 mempunyai kemampuan tambahan iaitu dapat mengetahui level seorang Skiller" Kata-kata Arata langsung menggoncang diri Kid.

Akhirnya dia menyedari bahawa dia sama sekali tidak dapat menandingi Arata. Dari dalam tanah, muncul sebuah batang paip besi yang sudah dipatahkan dan Arata yang telah melakukannya.

"Matilah" Dalam sekejap batang paip itu telah menusuk perut Kid. Kid pun jatuh tergeletak ke tanah. Tidak lama setelah itu, badannya mula bercahaya dan menghilang secara perlahan.

"Apa yang berlaku padanya?" Tanya Ana. "Itulah yang terjadi apabila Skill Booster sempurna, badan pengguna akan bercahaya lalu hilang entah ke mana" Jawab Arata.

Namun Ana masih kebingungan dengan jawapan tersebut. "Biar aku jelaskan serangan aku tadi belum membunuhnya, dia mati akibat perbuatannya sendiri" Jelas Arata kepada Ana.

Lalu tiba-tiba mereka mendengar suara tepukan seseorang. "Siapa di sana?" Tanya Arata sambil memandang ke arah suara itu datang. "Number 5, Shota" Jawab orang itu.

Arata pun menanggapi orang dengan berkata "Ouh, Number 5 ya jadi apa yang kau mau". "Bukan sesuatu yang penting cuma aku datang untuk memperingatkan kau tentang Perang Penguasa saja" Jawab Shota.

Arata membalas "Perang Penguasa, maksud kau cerita bodoh yang direka orang-orang itu, maaf aku tak tertarik".

"Terserah kau lah cuma pastinya ianya akan bermula tak lama lagi..ouh ya sebelum aku lupa sebagai tanda terima kasih atas hiburan tadi aku cadangkan kau cari orang bernama Izat, aku yakin di pasti dapat menyembuhkan tangan budak perempuan itu" Kata Shota sambil meninggalkan tempat tersebut.

"Apa dia boleh di percayai?" Tanya Ana. "Entah tapi apa-apa pun aku pasti akan menyembuhkan kau, sebelum itu aku perlu menghentikan pendarahan kau lalu membebaskan Ruiko supaya kita dapat bertanya padanya".

Ana pun mengangguk. Arata lalu mengoyak lengan bajunya dan membalut luka milik Ana. Setalah itu mereka segera membebaskan Ruiko.


*
20.1.2080

Tiga hari telah berlalu sejak Festival Tekno diadakan. Ana yang telah cedera teruk pun dihantar ke hospital setelah pertarungan dengan Kid. Kini dia berada di sebuah hospital yang berhampiran dengan rumahnya.

Arata dan rakan-rakannya pun pergi melawat Ana. "Jadi bagaimana kabar kau, sudah berasa sedikit baik" Tanya Yuta. "Sudah tentu, aku bahkan sudah mampu memukul kau" Jawab Ana sambil mengerjai Yuta.

"Apa kau kata, padahal aku sudah berniat baik datang melawat kau tapi ini yang kau balas" Kata Yuta dengan kesal. "Apa kau marah kalau begitu kenapa kita tak selesaikan saja" Kata Ana. Arata pun heran kenapa mereka masih boleh bergaduh dengan keadaan mereka sekarang ini.

"Biarlah mereka kapten, lagi pun ini menunjukkan kalau Ana sudah baik-baik saja" Kata Reiss untuk menghibur Arata. "Betul juga, ouh ya sebenarnya Ruiko ada sesuatu untuk dikatakan pada kau Ana".

"Sebenarnya, terima kasih Ana kerana datang menyelamatkan aku, disebabkan aku kau sampai terluka macam ini" Kata Ruiko dengan wajah yang sedih. "Tak perlu difikirkan lagi pula kita kan kawan" Kata Ana untuk menghibur Ruiko.

"Jadi apa lagi yang ingin kau sampaikan Arata" Kata Ana. "Sudah ku duga kau akan menyedarinya, sebenarnya Ruiko telah mengenal pasti orang yang bernama Izat tu, dia merupakan satu-satunya Skiller dengan kekuatan Healer yang mencapai Level 4" Jelas Arata kepada Ana.

"Ruiko kata dia telah banyak menyembuhkan luka-luka yang serius seperti yang kau alami ni" Kata Reiss. "Kalau begitu, misi seterusnya sudah dapat dipastikan ya" Kata Ana.

"Betul tu, tapi hanya aku dan Ana sahaja yang akan mencarinya..kamu bertiga berehat lah dulu lagi pula aku telah mengambil cuti selama satu bulan" Kata Arata kepada mereka berempat.

"Kalau itu yang kapten kata, mahu bagaimana lagi akan kami terima arahan ini... semoga kapten dan Ana berjaya nantinya" Kata Yuta yang turut memberi semangat kepada Arata dan Ana. Sisanya juga turut setuju dan percaya kepada mereka berdua.

Setelah itu mereka terus berbual-bual sambil menikmati masa mereka bersama selagi ada waktu. Walaupun baru sahaja dilanda masalah mereka tetap menjalani hidup mereka seperti orang lain dan tetap tersenyum menghadapi pelbagai rintangan kerana selagi mereka bersama tidak ada yang dapat merebut kebahagiaan mereka.

Hai para pembaca, seperti yang saya katakan sebelumnya bab ini lebih panjang dari yang sebelumnya dan mungkin panjang bagi bab selanjutnya juga akan lebih kurang ini juga. Jadi saya mengharapkan respon positif daripada para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan bab selanjutnya. Ouh ya sebelum saya lupa, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri bagi tahun 2022 kepada semua yang menyambutnya. Bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience