Bab 1 : UNIT

Science Fiction Series 1363

5.1.2080

Sebuah festival bersempena sambutan tahun baru sedang berlangsung di Kota Neuro yang merupakan salah satu dari 3 kota tercanggih dan termaju di dunia.

Terdapat pelbagai jenis gerai jualan dan juga terdapat pelbagai jenis pertunjukan diadakan di festival tersebut. Ramai orang yang datang untuk memeriahkan lagi festival itu. Terlihat orang-orang bergembira dan berseronok pada malam itu. Namun begitu, cukup jauh dari festival itu terlihat seperti sebuah kejar-kejaran sedang berlaku.

"Cis, orang itu tidak berhenti melemparkan batu bata ke arah aku, kalau ini berterusan aku dalam bahaya" . kata lelaki itu sambil cuba mengelak objek-objek yang dilemparkan ke arahnya. Lelaki itu cuba bersembunyi di belakang sebuah bangunan tetapi dia tiba-tiba terdengar suara dari arah belakangnya.

"Yo Albert, atau lebih baik aku panggil pencuri sahaja" . Albert yang terkejut pun langsung menoleh ke arah belakang dan berkata "Apa yang kau nak dari aku, aku tak kacau hidup kau pun kan" . Lelaki misteri itu pun menjawab "Apa kau kata, disebabkan kau aku dan rakan-rakan aku tidak dapat mengikuti festival tahun baru kau tahu" .

Dengan kecepatan yang luar biasa lelaki misteri itu meluru ke arah Albert dan menendang perutnya sehingga ia terhempas kedinding bangunan.

Albert pun mengerang kesakitan. "Beraninya kau menendang aku" . "Apa itu telalu sakit untuk kau" . Albert pun mengeluarkan senyum sinis dan berkata "Sayang sekali, ketika kau menendang aku tadi aku telah menggunakan kekuatan aku pada mu" .

Lelaki misteri itu pun kehairanan. "Untuk pengetahuan kau, kekuatan aku ialah Bomb Point di mana aku mampu menghasilkan letupan dengan melatakkan tanda pada suatu tempat, lihatlah tangan kanan kau" kata Albert dengan penuh keyakinan.

Tiba-tiba sebuah ledakan yang cukup besar berlaku. Dengan nada yang sombong Albert berkata "Ini kemenangan aku, mana mungkin ade orang yag boleh selamat dari letupan itu" .

Ketika Albert ingin pergi dia terdengar suara "Yah tidak teruk untuk ukuran Level 3" . Dengan wajah yang kebingungan Albert bertanya "Bagaimana kau boleh selamat dari letupan itu" . "Hmm, jika itu Level 5 yang lain mungkin tergores walau sedikit tetapi tidak untuk aku" .

"Level 5 yang lain" kata-kata itu berulang-ulang di dalam fikiran Albert. Sepertinya Albert mula paham dengan perkataan lelaki itu. "Kenapa kau terkejut sangat, ouhh maafkan aku sepertinya aku belum memperkenalkan diri, nama aku Arata pemimpin organisasi bernama UNIT. Wajah Albert langsung pucat apabila mengetahui nama lelaki itu. Sepertinya dia mengetahui identiti orang tersebut.

"Jangan kata kau ni Arata, sang penguasa graviti iaitu Level 5 ketujuh atau lebih sering dipanggil Number 7" . "Hey bukankah kau terlalu memuji aku tetapi apa yang kau katakan itu benar" . "Jadi kau selamat berkat medan graviti kau yang merupakan pertahanan mutlak kau itu" . Arata pun mengangguk. Fikiran Albert pun jadi kosong dan dia langsung jatuh pingsan.

Arata pun menghampiri Albert dan mengambil beg yang digalas olehnya. Lalu, Arata pun membuka beg itu dan mengambil sebuah kota hitam yang berada di dalamnya.

"Jadi ini barang yang dicuri itu, taklah besar sangat" Kata Arata sambil memandangi kotak itu. Tidak lama setelah itu dia terdengar suara, "Cis, kenapa kau saja yang mendapat bahagian padahal aku juga ingin beraksi" Kata seorang gadis yang berjalan keluar dari sebuah lorong gelap.

Tingginya sekitar 160 cm, berambut pendek dan memakai hoodie putih berlengan pendek. Dia ialah Ana, tangan kanan Arata dan merupakan Skiller Level 4 dengan kekuatan Air Control.

"Betul tu kapten, sepatutnya kapten serahkan kroco seperti dia tu kepada kami sahaja" Celah seorang lelaki yang tiba-tiba muncul. Orang itu ialah Yuta, dia memiliki kekuatan Teleport.

"Ana, Yuta boleh tak korang hormat sikit kapten". Orang yang memarahi mereka berdua ialah Reiss. "Hentikan kamu bertiga, tak perlu bergaduh lagi kerja kita dah selesai" Kata Arata yang cuba menenangkan mereka bertiga.

"Betul tu, kamu bertiga selalu saja memberikan masalah kepada kapten, biarlah sekali-sekala kapten pula yang beraksi lagipun kamu bertiga sudah sering bermain-main dengan kroco seperti Albert" . Terdengar suara yang lembut seperti gadis kecil datang dari alat komunikasi yang dipasang di telinga mereka.

Gadis yang berbicara itu ialah Ruiko, walau suaranya seperti kanak-kanak faktanya umurnya sudah mencecah 16 tahun. Mereka berlima ialah anggota organisasi bernama UNIT yang ditubuhkan Arata dan hanya berisikan mereka berlima sahaja.

"Sekarang bagaimana kapten, apa kita perlu menghantar barang tersebut kepada pihak Frinxx malam ni juga" Tanya Ruiko kepada Arata. "Itu tak perlu, kita hantar esok sahaja lagipun kita bukan bekerja sepenuhnya untuk mereka" Jawab Arata.

"Barang ni kita hantar esok je, sekarang ni kita balik dan berehat dulu dekat rumah" Kata Arata sambil menyuruh Yuta untuk membawakan kereta ke tempat mereka.

Yuta pun langsung mengangguk, dalam sekejap dia langsung menghilang dan tak lama setelah itu dia muncul bersama sebuah kereta. Dia menggunakan kekuatannya untuk membawa keretanya ke tempat tersebut.

Keesokkan harinya mereka pun mengambil sarapan pagi terlebih dahulu. "Wah, nasi goreng, ini terlihat sangat sedap" Kata Ruiko dengan air liur yang meleleh keluar dari mulutnya. "Kalau kamu nak tau hari ini Ana yang masak" Jawab Arata. "Ehh, Ana yang masak sedap ke ni" Yuta berkata dengan niat sedikit menyindir.

"Diamlah, kau fikir aku ni siapa, walau aku ini sedikit kasar tapi aku tetap seorang wanita mestilah aku pandai memasak. "Hentikan itu Yuta, tidak baik menyindir Ana begitu terutama di depan rezeki begini" Tegur Arata terhadap sikap Yuta.

Setelah itu mereka berlima pun mula memakan sarapan mereka. Terlihat mereka sangat menikmati sarapan tersebut. "Apa ini, ia sangat lazat kau tahu" Kata Ruiko sambil terus menyuapi dirinya.

"Benar itu, ini bahkan lebih lazat dari yang biasa kapten buat" Reiss menyatakan pandangan terhadap masakan Ana dengan panuh rasa kagum" . "Bagaimana sekarang, apa kau sudah paham tentang kehebatan aku Yuta" Kata Ana dengan nada dan wajah yang penuh sombong.

"Mau bagaimana lagi, aku akui kemampuan kau" Terlihat Yuta menjawab dengan wajah yang memerah. "Kalau kamu semua nak tahu, Ana lah yang telah mengajarkan aku cara memasak, selama ini sebelum aku bertemu kamu bertiga Ana lah yang sentiasa memasak untuk aku" Kata Arata.

"Aku ini hanya malas sahaja sebab itu aku mengajarkan Arata cara untuk memasak supaya aku tak perlu lagi memasak" Ana berkata setelah dia menghabiskan segelas air. Setelah itu mereka meneruskan untuk menikmati sarapan mereka bersama.

Setelah menghabiskan sarapan mereka pun bertolak dari rumah mereka untuk menghantar barang yang mereka dapatkan semalam. Di dalam kereta mereka berlima berbual-bual tentang barang yang di curi tersebut.

"Sebenarnya apa yang ada dalam kotak hitam ini kapten?" . Tanya Reiss kepada Arata kerana ingin mengetahui isi dari kotam hitam itu.

"Entahlah Reiss, aku sendiri tidak diberitahu oleh pihak Frinxx tentang barang tersebut, mereka hanya meminta kita untuk mendapatkannya kembali sahaja" Jawab Arata dengan jujur. " Sebenarnya setelah aku merentas sistem Frinxx aku mendapati barang tersebut ialah Nano Engine" Ruiko memberitahu mereka semua tentang perkara yang dia selidiki.

"Nano Engine ya, apa benda itu" Tanya Ana. Ruiko pun mula menerangkan kepada mereka tentang barang tersebut.

"Sebenarnya Nano Engine adalah sebuah teknologi terbaru yang diciptakan para ilmuan, benda itu memiliki kemampuan untuk meningkatkan kemampuan sesuatu teknologi ke tingkat yang lebih tinggi, akan tetapi benda tersebut masih lah versi yang belum sempurna atau lebih tepatnya prototype".

Mereka semua pun mengangguk menunjukkan mereka paham tentang penerangan yang disampaikan Ruiko.

Mereka pun terus berbual-bual sepanjang perjalanan tersebut. Namun di suatu tempat, terlihat seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam sedang melihat ke arah kereta yang dipandu Arata.

Dia pun berkata "Tembak". Secara tiba-tiba, sebuah peluru dengan cepat melesat dan menghemtam kereta tersebut.

Terlihat api yang besar dan berkobar-kobar menyelimuti kereta tersebut. Dari dalam kereta itu muncul dua orang yang terlihat dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Mereka berdua ialah Arata dan Ana.

"Tak guna, habis kereta aku hancur, dahlah aku tak habis bayar lagi" Kata Arata dengan nada yang kesal. "Bagaimana dengan kamu bertiga, apa ada yang terluka" Tanya Arata. Setelah itu Yuta, Reiss dan Ruiko pun langsung muncul entah dari mana.

"Kami baik-baik sahaja kapten" Jawab Yuta. "Tindakan yang bagus Yuta kerana telah memindahkan Ruiko dan Reiss bersama kamu" Puji Arata.

"Ini bukan apa-apa kapten, lagi pula saya sudah tahu kalau kapten dan Ana akan baik-baik sahaja, saya memindakan Ruiko dan Reiss kerana kami bertiga tidak mempunyai pertahanan seperti kapten dan Ana" Kata Yuta untuk menjelaskan tindakannya.

Arata memiliki medan graviti diseluruh tubuhnya yang dikenal sebagai pertahanan mutlaknya, bahkan dikabarkan bahawa letupan nuklear pun tidak dapat menembusi medan gravitinya dan untuk Ana sendiri dia memiliki sebuah pertahanan yang dipanggil Aero Defense yang terinspirasi daripada medan graviti milik Arata.

"Mengejutkan, tapi sebenarnya sudah aku duga kalau serangan itu mustahil untuk menghancurkan kamu semua terutama kau Number 7" Gumam seorang lelaki yang berjalan mengdekati mereka berlima.

Terlihat di belakangnya terdapat sekitar 20 puluh orang bersenjata dan sepertinya mereka ialah orang-orang yang cukup berpengalaman.

"Siapa kau, kenapa kau melakukan perkara bodoh ini" Tanya Arata dengan nada yang agak marah.

"Nama aku ialah Luis Erva, salah satu dari penjual senjata haram tersohor di kota ini" Jawab orang tersebut.

"Kalau boleh tahu, kenapa kau melakukan semua ini dan apa tujuan kau" Orang yang bertanya kali ini ialah Reiss.

"Kenapa ye...bukan ke sudah sudah jelas, itu kerana kamu semua telah menggangu perniagaan aku, apa kau sudah lupa semalam kau telah mengalahkan bawahan aku lalu merebut kembali barang tersebut, tentu sahaja yang aku lakukan ini untuk membalas perbuatan kamu berlima" Jawab Luis Erva dengan wajah yang kesal.

"Begitu ya, tapi maaf bukannya aku nak kacau sangat urusan kau tapi itu ialah misi yang diberikan Frinxx kepada kami, jadi mahu bagaimana lagi" Kata Arata untuk menanggapi jawapan Luis Erva.

Luis Erva pun mula berbicara lagi "Sudahlah benda yang lepas tidak dapat diulang sekarang ini aku akan menghancurkan kamu berlima, aku sudah menyewa 20 orang Level 4 yang sudah cukup berpengalaman dalam hal seperti ini" .

Orang-orang yang berada di belakang Luis Erva mula bersiap siaga. Mereka semua pun mula mengambil posisi masing-masing dan mengepung Arata dan rakan-rakannya.

"Sepertinya kau terlalu yakin Luis, kau fikir sampah-sampah seperti mereka dapat mengalahkan aku, Ana, Yuta, Reiss aku serahkan mereka pada kamu bertiga" Arata berkata dengan penuh keyakinan sambil memberikan arahan kepada Ana, Yuta dan Reiss.

Mereka bertiga pun langsung beraksi. Yuta langsung berpindah kebelakang dua orang Skiller upahan itu dan memberi tendangan yang sangat kuat sehingga terpental sangat jauh.

"Pertahanan mu terbuka lebar kau tahu" Seorang Skiller di situ berteriak sambil menyerang Yuta dengan rantai besi yang keluar daripada tubuhnya. Yuta pun langsung dililit rantai itu. "Bagaimana hah, itulah kekuatan aku" Kata Skiller itu dengan sombong.

"Sepertinya kau sudah lupa dengan kekuatan aku" Kata Yuta sambil tersenyum. Yuta pun langsung menghilang. "Di mana dia, ke mana dia pergi?" . "Aku di sini" Skiller itu pun mendongak ke atas dan mendapati Yuta berada di atasnya beserta sebuah bas sekolah. "Apa, mustahil untuk mengelak"Kata Skiller itu. Bas itu pun jatuh dan menimpa empat Skiller serentak.

Di sisi lain, Reiss juga sedang berhadapan dengan 4 Skiller upahan. Salah satu daripada mereka menembakkan air ke arah Reiss sambil berkata "Water Cannon".

Ketika serangan itu mendekati Reiss, dia langsung menahan serangan itu dengan tangan kirinya. Air itu pun langsung meruap. Keempat-empat Skiller yang berhadapan dengan Reiss pun terkejut setelah melihat itu. "Apa yang berlaku" Teriak Skiller itu.

"Inilah kekuatan aku" Kata Reiss. Kekuatan Reiss ialah Heat Control. Dia mampu mengendalikan haba objek yang dia sentuh dan haba persekitarannya. "Sekarang rasakan ini, Burn Area".

Dalam sekejap tubuh mereka berempat langsung terbakar disebabkan peningkatan haba yang tinggi di persekitaran mereka. 10 orang telah ditumbangkan oleh Yuta dan Reiss, tersisa lagi 10 orang.

Ana yang dari tadi cuma menonton mula mengambil langkah. "Sepertinya kamu semua cukup berseronok, apa aku boleh sertai sekali ke dalam permainan ini" Ana mula berbicara sambil berjalan menuju segerombolan Skiller tersebut.

Setelah mendengar ucapan Ana, tanpa mereka sedari mereka telah menggelengkan kepala mereka. Mereka dapat merasakan aura yang sangat mengerikan terpancar keluar daripada Ana.

"Heh.. walaupun kamu semua menolak aku tetap akan ikut bermain" Kata Ana dengan senyuman yang mengerikan. Tiba-tiba mereka semua menjerit kesakitan. Mereka meraung kerana tangan kanan mereka semua telah pun terpotong tanpa mereka sedari.

"Bagaimana, apa rasanya terlalu sakit, aku hanya memadatkan udara lalu menembakkan ke arah kamu semua ibarat menebas buluh dengan katana kamu tahu" Kata Ana untuk menjelaskan perkara yang terjadi.

Salah satu daripada mereka memohon agar nyawanya terselamat. "Aku mohon tolong maafkan aku, aku hanya diupah sahaja" Rayu orang itu.

"Maaf ye tapi walau aku ni seorang gadis tapi aku ni memiliki sisi yag sangat kejam kau tahu" Kata-kata Ana membuat mereka semua mula putus asa. "Biar aku bantu menghilangkan penderitaan kamu semua" Dalam sekejap kepala mereka semua pun terputus.

Luis yang melihat dari kejauhan pun langsung panik. "Mustahil bagaimana kamu berlima sanggup melakukan perkara begini bukan ke kamu bekerja dengan pihak Frinxx" Kata Luis Erva dengan sangat ketakutan.

Arata yang hanya diam dari tadi pun menjawab pertanyaan Luis "Sepertinya kamu sudah salah paham, kami tidak bekerja untuk Frinxx, kami hanya membuat kesepakatan sahaja" Jawab Arata.

"Kami hanya menjalankan misi yang tidak dapat diatasi oleh Frinxx dengan wang sebagai imbalan itu sahaja" Tegas Arata. "Jadi dalam kata lain, kami hanya ingin bertahan hidup di dunia ini tu sahaja".

Arata pun langsung menebas leher Luis Erva hingga kepalanya putus dengan menggunakan parang yang dikendalikan oleh kekuatannya.

"Ruiko apa kau sudah menemukan tempat orang ini bersembunyi" Tanya Arata kepada Ruiko. "Tentu sahaja kapten, bahkan tak perlu seminit untuk saya mencarinya" Jawab Ruiko.

Kekuatan Ruiko ialah Access, dia mampu mengendalikan pelbagai alat elektronik dengan kekuatannya.

Namun Ruiko lebih sering menggunakan kekuatannya untuk mengendalikan komputer dan seumpamanya. "Baiklah kamu semua sepertinya kita mendapat habuan yang sangat besar, tapi kita akan menguruskannya setelah kita menghantar barang ini ke pihak Frinxx" Jelas Arata.

Mereka semua pun mengangguk setuju dan memulakan perjalanan mereka dengan berjalan kaki. Terlihat mereka berbual-bual dengan sangat bahagia sepanjang perjalanan mereka tersebut.

Akhirnya selesai juga bab 1 bagi novel ini. Sejujurnya cerita ini terinspirasi dari anime Toaru kagaku no railgun dan Bungou Stray Dogs. Pada awalnya saya cukup ragu untuk menulis novel ini tapi setelah mendapat skongan daripada rakan-rakan, saya jadi punya keyakinan untuk mengarang novel. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca cerita ini. Saya berharap anda akan menyukai alur ceritanya. Nantikan sambungannya. Sekali lagi terima kasih kerana sudi membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience