Bab 5 : Kebangkitan

Science Fiction Series 1363

Sudah dua minggu sejak Arata dan Ana pergi ke Kota Libera untuk mencari Izat tetapi sampai sekarang mereka berdua belum mendapatkan perkembangan. Sebaliknya Ana yang bergerak secara diam-diam tanpa diketahui Arata malah mendapatkan perkembangan yang cukup baik.

Hampir setiap malam Ana akan keluar secara diam-diam untuk menyerang dan menghancurkan markas atau fasiliti milik Diagram, berkat itu Ana berjaya mendapatkan maklumat yang cukup berguna baginya. Salah satunya, Ana sudah dapat memastikan bahawa Izat benar-benar berada di tangan Diagram.

Lebih tepatnya Izat berada di markas utama mereka. Sebab itu Ana mencuba menghancurkan setiap markas dan fasiliti mereka bagi memancing keluar ketua mereka.

Pada malam ini Ana memutuskan untuk tidak menyerang mana-mana markas Diagram kerana dia ingin keluar berkeliling kota bersama Arata. Jadi, sekarang dia sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Tinggal 2 markas lagi termasuk markas utama mereka, tapi untuk malam ni aku akan biarkan korang bersantai dulu" Kata Ana sambil mengeluarkan senyum yang menakutkan.

"Knock, knock" terdengar bunyi pintu bilik Ana diketuk seseorang. "Ana apa kau dah siap". "Dah, kejap ya aku keluar" Ana pun keluar dari bilik dan menyapa Arata. "Jadi malam ni kita nak berjalan kat mana Arata". Arata memjawab "Bukan ke kau yang ajak aku keluar kenapa kau tanya aku pula".

"Memang lah aku yang ajak tapi kau kan lelaki, mestilah kau yang tentukan nak pergi mana gentleman lah sikit..hahaha". Ana pun ketawa sambil menyindir Arata. "Aku dah agak kau nak cakap macam tu, baiklah pertama-tamanya kita pergi makan dulu barulah ada tenaga nak jalan-jalan". Ana pun bersetuju dengan cadangan Arata.

Di suatu tempat terlihat seorang wanita sedang bercakap melalui telefon. Wanita itu ialah Ayumi, ketua dari organisasi gelap bernama Diagram. Dia orang yang memimpin Diagram saat ini.

"Begitu ya, jadi tersisa dua markas lagi termasuk tempat ni, nampaknya dia cukup hebat juga". "Tunggu dulu boss bukan ke sudah saatnya boss sendiri yang mengurusnya..lagi pula Semua Skiller di pihak kita tidak ada yang sanggup mengalahkan gadis itu". "Hah..kau memerintahkan aku ke apa kau lupa siapa boss kau". "Tidak boss, maafkan ucapan tadi". Setelah itu Ayumi pun menamatkan panggilan tersebut.

"Ternyata dia lebih hebat daripada yang aku sangka tapi betul juga kata bawahan aku, sudah saatnya aku turun tangan...aku harap kau dapat hibur aku wahai tangan kanan Number 7". Sebuah senyuman yang menakutkan terukir di muka Ayumi.

Kembali kepada Ana, dia dan Arata baru sahaja selesai makan di sebuah restoran. "Jadi kita nak pergi mana sekarang?" Tanya Ana. "Ikut je dulu". Arata pun berjalan meninggalkan Ana. "Nanti tunggu dulu, jawab dulu soalan aku". "Kalau kau lambat aku tinggal nanti". Ana pun berlari mengejar Arata yang sudah cukup jauh daripadanya.

Mereka pun menaiki kereta sewa untuk pergi ke suatu tempat. Setelah hampir 20 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di tempat yang mereka tuju.

"Wahh, tempat apa ni...ramai sekali orang" Kata Ana dengan penuh rasa kagum melihat keindahan tempat tersebut. "Baguslah kalau kau suka tempat ni, ini ialah Shine Street..ini merupakan tempat yang sangat terkenal dekat kota ni. Jadi bagaimana, mahu jalan-jalan dekat sini".
Ana pun mengangguk sambil tersenyum lebar.

Mereka berdua mula berkeliling di tempat itu. Ana sangat teruja berjalan-jalan di sana. Terdapat banyak gerai jualan di sana. Ada juga persembahan daripada orang awam seperti tarian, nyanyian, silap mata dan banyak lagi.

"Wahh ada donut warna-warni, Arata aku mahu itu" Minta Ana dengan mata yang bersinar-sinar. "Ehh, bukan ke kita baru lagi makan". "Tapi ni berbeza, tolonglah belikan aku donut tu". Arata pun menarik nafas dan berkata "Baiklah mahu bagaimana mana lagi, tunggu sekejap". "Pakcik saya mahu beli 4 donut". "Nak yang mana satu ya adik?" . "Etto, ambil yang pelangi ni lah". "Okey...baiklah ni dia, harganya 2 RIM". Arata pun membayarnya.

Setelah itu dia pun memberikan donut itu kepada Ana. "Ra--rasanya, sangat sedap, ini donut yang paling sedap pernah aku makan" Kata Ana dengan mulut yang penuh. "Jangan bercakap kalau tengah makan, hadeh tu pun aku kena bagitau".

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka. Mereka melihat banyak sekali kedai cenderamata, jadi mereka memutuskan untuk membeli beberapa cenderamata untuk di bawa balik nanti dan diberikan kepada rakan-rakan mereka. "Lihat Arata, anak patung beruang ni comel kan, aku rasa Ruiko pasti suka yang ni" . Ana terpesona dengan sebuah anak patung beruang berwarna merah jambu yang menurutnya sesuai untuk Ruiko.

"Kalau begitu kita beli yang ni, untuk Yuta dan Reiss aku sudah beli". "Ehh, apa tu?". "Aku membelikan mereka berdua dua helai baju untuk seorang, aku rasa mereka akan suka dengan corak yang aku pilih". "Tentu saja kerana itu kau yang pilih". Cukup lama mereka berdua berkeliling di sana.

Setelah satu jam lebih berjalan-jalan mereka pun memutuskan untuk pergi berehat di sebuah taman yang berdekatan tempat itu. Mereka akhirnya tiba di taman yang berdekatan dan setelah itu mereka mencari tempat duduk.

"Wahh lihatlah langitnya, indah sekali. Banyak sekali bintang yang berkilauan". Reaksi muka Ana menunjukkan bahawa dia sangat kagum melihat bintang-bintang. "Betul tu, malam ni indah sekali". Arata juga terpesona dengan keindahan malam itu. Mereka berdua seakan-akan berada di dunia yang berbeza.

"Etto...Arata terima kasih untuk hari ni ya, kau telah berusaha dengan baik untuk menghibur aku". Muka Arata langsung memerah setelah mendapat pujian daripada Ana. "Ehh...Arata, apa jangan-jangan kau malu ya".

"Ehh mana ada, kenapa pula aku nak malu" Kata Arata sambil memalingkan mukanya. "Lihat muka kau memerah tu hihihi". Ana terlihat senang dapat melihat sisi Arata yang pemalu.

"Tapi jujur aku sangat berterima kasih Arata". Ucapan Ana sangat tulus sehingga membuat Arata terkesan dengannya. "Tak perlu difikirkan, lagi pula kau tu kawan baik aku sejak kecil lagi...apa orang sebut tu...ouh ya sahabat, kaulah sahabat yang tak akan tergantikan Ana".

Kini Ana pula yang tersipu malu. Mereka berdua menyambung melihat bintang-bintang. Tanpa Arata sedari dia terpesona dengan kecantikan Ana. "Cantik sekali". Arata secara tidak sedar menyebutkan kata itu.

"Ehh kau sebut apa tadi aku tak dengar". "Ahh bukan apa-apa tak penting pun". "Begitu ya".

Tidak lama setelah itu Arata melihat jam tangannya. "Sepertinya sudah lewat, apa kata kita balik sekarang". Ana mengangguk setuju. Mereka berdua pun memutuskan untuk pulang ke hotel. Setelah hampir 15 minit perjalanan mereka pun tiba di hotel.

"Jadi kita jumpa esok pula ya, pastikan kau tidur secukupnya". "Kau pun sama Arata, tak perlu risau sangat pasal aku". Mereka pun masuk ke bilik masing-masing. Tepat setelah Ana memasuki biliknya, tiba-tiba dia mendapatkan panggilan telefon daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang dia pun mengangkatnya.

"Yo...apa kau Ana?". Terdengar suara seorang wanita yang keluar. "Begitu ya, jadi akhirnya sang boss membuat pergerakan". "Jadi ni memang kau ya, baiklah aku tak nak membazir masa jadi akan aku katakan apa yang aku ingin, Ana datanglah ke markas utama sekarang jika kau nak nyawa Izat selamat".

Walaupun seperti diugut, Ana dengan tenang menjawabnya. "Maaf tapi gertakan macam tu tak berpengaruh pada aku, mustahil kau membuang sumber wang kau dengan mudah". "Hebat sekali seperti yang diharapkan daripada tangan kanan Number 7, aku tau kau akan berkata begitu jadi aku telah mempersiapkan umpan yang lain. "Umpan yang lain?".

Tiba-tiba Ana menerima kiriman video daripada seseorang. Dia sangat terkejut melihat video tersebut. "Inikan--". "Tepat sekali itu rakaman penyerangan kau, aku jadi terfikir apa yang akan terjadi kalau Arata melihat video tu". Ana langsung menghempaskan tangannya ke meja.

"Jangan main-main, kalau kau mengirimnya ke Arata, akan ku hancurkan kau". "Baiklah kalau begitu, aku tunggu kau datang ya bye bye~". Wanita itu pun menamatkan panggilan. "Heh, kau akan menyesal kerana meremehkan aku". Setelah itu Ana pun bersiap-siap untuk pergi ke markas utama Diagram bagi menyelesaikan urusannya.

Ana segera menuju ke markas utama Diagram yang berada sangat jauh dari hotelnya sekitar 30 km. Di tambah lagi ia berada di bawah tanah dengan kedalaman 100 kaki.

Setibanya dia di sana, seperti biasa dia akan menyerbunya dari pintu depan dengan melakukan kekecohan. Ana terus saja menerobos masuk tanpa mengalami sedikit pun kesulitan.

Ana sangat percaya diri dengan kekuatannya. Tambahan lagi, dia berjaya mengalahkan Kid iaitu Level 4 terkuat. Menurutnya, saat ini hanya Level 5 sahaja yang dapat mengalahkannya, setidaknya itulah yang dia fikirkan.

Tidak lama setelah itu dia tiba di sebuah ruangan yang sangat besar, setidaknya 5 kali lebih besar daripada dewan di NIC.

"Cepat juga kau sampai ya, lebih cepat dari perkiraan aku". Seorang wanita berjalan mendekati Ana.

"Akhirnya last boss muncul juga, atau lebih baik aku panggil dengan nama sebenar kau...benarkan Ayumi". "Apa last boss yang kau katakan iu aku". "Memangnya siapa lagi".

Seketika suasana di sana menjadi tegang. Mereka saling bertentang mata antara satu sama lain. "Sudah hentikan ini, aku benci suasana macam ni apa kata kita mula bertarung saja sekarang" Kata Ana. "Itu tergantung kau". "Baiklah kalau begitu aku mula ya".

Ana mula menyerang Ayumi dengan serangan angin miliknya. Namun begitu, Ayumi sama sekali tidak terlihat ingin mengelak serangan itu. "Apa dia berniat menerima serangan itu secara langsung".

Ketika serangan sudah hampir mengenai Ayumi, dia sempat mengeluarkan tawa kecil lalu langsung menepis serangan itu dengan tangan kirinya. Ana pun terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Apa...mustahil dengan tangan kosong je dia menepis serangan tu". "Apa kau terkejut...sepertinya kau masih belum tahu kekuatan sebenar aku". "Ehh! bukan ke kekuatan kau tu 'Apungan' ke?".

Ayumi tersenyum mendengar ucapan Ana. "Maaf, tapi info yang kau dapat tu palsu...kau fikir aku dengan mudahnya akan membocorkan info tentang kekuatan aku". "Cis, aku masuk perangkap ya...mahu bagaimana lagi setidaknya beritahu aku tentang kekuatan sejati kau tu".

"Tentu saja, dengar baik-baik kekuatan aku adalah 'Kekejaman' apa kau paham". "Dilihat dari namanya pasti Code Unknown kan...tapi setidaknya bagitaulah dengan rinci sikit".

"Baiklah akan aku rincikan sikit tapi sebelum tu...". Tiba-tiba Ayumi menyerang Ana, dia melancarkan pukulan kepada Ana akan tetapi sempat ditahan Ana dengan tangan kirinya. "Woi tunggu dulu aku belu---".

Namun, belum sempat Ana menghabiskan kata-katanya sekali lagi dia diserang oleh Ayumi. "Cepatnya, mustahil untuk mengelak" Kata Ana dalam hati. Dia pun menerima pukulan yang sangat kuat.

Ana mula berhati-hati setelah menerima serangan kedua itu. "Dia jauh lebih kuat dari yang aku sangka".

"Bagaimana, inilah kekuatan aku 'Kekejaman'...namun itu hanya nama yang aku berikan saja pada dasarnya kekuatan ni adalah untuk meningkatkan tahap kritikal sesuatu serangan yang aku lancarkan". "Tahap kritikal?".

"Bagaimana nak terangkan ya...mudahnya aku seperti meningkatkan fizik aku tapi bukan begitu konsepnya". Ana masih kurang faham dengan penjelasan yang diberikan Ayumi kepadanya.

"Kau tahu setiap serangan itu mempunyai tahap kritikal yang tersendiri, contoh jika aku melancarkan pukulan yang lemah maka tahap kritikal serangan itu rendah tapi dengan kekuatan 'Kekejaman' aku...aku dapat meningkatkan tahap kritikal tersebut jadi dalam erti kata lain pukulan yang lemah boleh jadi sangat mematikan".

"Sepertinya kau dah faham dengan penjelasan aku". Setelah memahami dengan baik kekuatan musuh, Ana mula bersiap-siaga. Ana pun terbang ke arah Ayumi sambil melancarkan tendangannya. Ayumi pun langsung mengelak dan melompat ke atas Ana dan bersiap untuk menendangnya. Walau begitu, Ana menciptakan sebuah pusaran angin bagi menangkis tendangan Ayumi.

"Heh tidak buruk, walau kau memiliki satu tangan saja tapi ingat walau kau menang melawan Kid belum tentu kau mampu mengalahkan aku". Ana sempat berhenti sejenak setelah mendengar ucapan Ayumi.

"Nanti kenapa kau terlihat sangat yakin begitu". "Kau tak paham lagi aku ni lebih kuat dari budak bodoh tu". "Ehh!?".

"Kau tahu, dia dikatakan sebagai Level 4 terkuat kerana mereka semua memiliki info yang lengkap tentang dia tapi tidak dengan aku". Ana terlihat faham dengan penjelasan Ayumi kerana maklumat tentang dirinya sendiri saja tidak lengkap dan Arata yang telah menghapus maklumat itu ketika mereka melarikan diri dari sebuah fasiliti para ilmuan.

"Maksud kau, mereka tak tahu sekuat apa kekuatan sejati kau". "Tepat sekali". Ana pun sedikit gelisah. "Jika kau tak serius melawan aku kau akan mati Ana". "Biar aku tunjukkan kau kekuatan sebenar aku". Sebuah aura yang sangat kuat pun menyelimuti tubuh Ayumi.

Naluri Ana membuatnya langsung menjaga jarak dengan Ayumi. "Orang ni berbahaya".

"Bersedialah Ana...Critical Diamond". Setelah itu, muncul cahaya berbentuk berlian di tempat Ayumi berdiri. "Aku mula ya". Ayumi pun meluru ke arah Ana dengan kecepatan yang luar biasa.

"Cis, dia langsung menggunakan kekuatan penuh... kalau begitu". Ana pun mula mengeluarkan kekuatan penuhnya. Sekarang bermulanya pertarungan yang sebenar.

Di sisi lain, Arata tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Dia merasakan perasaan tidak sedap hati dan dia mula memeriksa keadaan Ana.

"Ana apa kau ada di dalam". Setelah beberapa kali memanggil tetapi tidak ada jawapan, Arata pun memutuskan untuk masuk ke dalam bilik secara paksa.

Sesuai dugaan Arata, Ana tidak ada di hotel. Dia segera bergegas keluar untuk mencari Ana.

Kembali ke pertempuran Ana dengan Ayumi. Pertarungan mereka sangatlah sengit dan juga dasyat. Kekuatan mereka berdua juga cukup seimbang. Mereka saling menyerang dan saling bertahan dalam waktu yang sama. Benturan kekuatan mereka menyebabkan gegaran yang cukup kuat.

Namun begitu, setelah sekitar 20 minit bertarung keseimbangan kekuatan mereka mula runtuh. Pertarungan lebih didominasi oleh Ayumi. Kini, Ana lebih banyak bertahan daripada menyerang sebaliknya Ayumi sama sekali tidak terlihat seperti akan berhenti menyerang.

"Apa kau hanya mampu bertahan Ana" Teriak Ayumi. Setelah itu dia langsung memberikan pukulan yang sangat kuat ke perut Ana sehingga Ana memuntahkan darah. Lalu dia pun terhempas ke dinding.

"Teruk, dia ni sangat kuat...bahkan lebih kuat dari Grey Form milik Kid". "Menyedihkan...aku benci pertarungan macam ni". Ayumi mula mendekati Ana.

"Benci...apa maksud kau?". "Sudah jelas kan, aku benci pertarungan yang menyedihkan. Biar aku teka kau pasti takut kan". "Hah? apa maksud kau...aku takut, jangan bergurau".

"Kau fikir aku bergurau, dari cara kau bertarung sudah jelas kalau kau takut...takut untuk terluka lebih dari ni lagi kan?". Ana pun menundukkan pandangannya. "Aku tahu kau takut terluka kerana tak nak Arata risaukan kau lebih dari ni lagi kan".

Ana akui kalau ucapan Ayumi itu tidak salah sama sekali kerana dia benar-benar tidak ingin Arata semakin risau tentang dirinya.

"Apa kau bodoh, ni pertempuran kalau kau takut kau pasti akan ragu dan kalau kau ragu kau akan mati dan itu sudah menjadi takdir kita sebagai Skiller".

Tiba-tiba Ana tersedar dengan ucapan Ayumi. Dia teringat dengan ucapan Arata dahulu.

"Ana kau kena ingat, mustahil untuk tidak terluka dalam pertempuran...jadi jangan takut terluka yang terpenting kau harus menang tanpa harus kehilangan nyawa kau dan itu sudah menjadi takdir kita sebagai seorang Skiller".

Setelah mengingat ucapan Arata, Ana mula bangkit kembali. "Kau benar Arata tidak ada yang perlu ditakutkan dalam pertempuran kecuali kehilangan nyawa". Seketika angin yang kuat mula mengelilingi Ana. Angin tersebut mula membentuk sebilah pedang di bahagian tangan kanan Ana yang sudah terpotong.

"Akan aku tamatkan semua ni secepat mungkin". "Itulah semangat yang aku inginkan..datanglah Ana".

Pusingan kedua pertarungan mereka pun bermula. Ana kini lebih lincah daripada sebelumnya berkat ketakutannya telah hilang. Dampak pertarungan mereka menyebabkan ruangan tersebut hampir runtuh. Dinding-dinding mula retak, lantai juga sama. Lalu atap mula roboh sedikit demi sedikit.

"Apa yang berlaku dalam waktu singkat dia sudah berkembang sejauh ni". Ayumi kini berada dalam keadaan yang tidak menguntungkannya kerana Ana bertarung dengan menggunakan pedang sedangkan dia hanya tangan kosong sahaja. Jelas itu merugikannya kerana perlu menjaga jarak dalam pertarungannya.

"Apa yang kau fikirkan, kita sedang bertarung jangan lengah" Kata Ana. Tanpa membuang kesempatan yang ada, Ana langsung bergerak ke belakang Ayumi dan berjaya melancarkan tebasan padanya.

"Arghhh". Ayumi pun jatuh tergeletak. Dengan luka yang dia terima, rasanya mustahil baginya untuk meneruskan pertarungan. Pertarungan tamat, pemenangnya ialah Ana.

"Sekarang bagitau aku dekat mana kau sembunyikan Izat". "Di lorong 12, bilik B-33" Jawab Ayumi. Ana sedikit heran dengan kelakuan Ayumi kerana dia berfikir orang itu tidak akan menjawab dengan mudahnya.

"Baiklah sebagai tanda terima kasih, aku biarkan nyawa kau selamat". Ketika Ana mula meninggalkan tempat itu Ayumi tiba-tiba berbicara. "Kalau aku kalah maka kau tak kan menang". Ayumi pun menekan tombol pada jamnya.

Setelah selang beberapa saat, sebuah letupan pun berlaku di setiap penjuru ruangan markas tersebut.

"Oi! apa yang kau lakukan hah?". "Maaf tapi aku tak akan biarkan kau menang begitu saja". Api mula menyebar dengan cepat memenuhi setiap sudut ruangan. Terdengar teriakan daripada para anggota Diagram.

"Cis, tak guna kalau dibiarkan mungkin Izat akan hangus terbakar api yang besar ni". "Jangan risau, orang tu telah aku kurung di tempat yang jauh dari pusat letupan tapi seperti kata kau lambat laung dia mungkin mati terbakar dan satu lagi aku menipu tentang lokasi Izat tu". Ayumi mencuba membuat Ana putus asa.

"Kalau begini aku tak punya pilihan, akan aku kumpulkan api ni ke satu tempat lalu membawanya ke permukaan". Tanpa berfikir panjang, Ana mula mengawal angin untuk untuk mengumpulkan api yang tersebar ke satu titik untuk dilepaskan ke permukaan tanah.

"Apa kau gila, kau baru selesai bertarung kau tak ada tenaga yang cukup". "Diamlah, belum cuba belum tahu". Namun begitu Ana sedar dengan keadaannya yang sekarang dia tidak akan mampu melakukannya tetapi dia tidak akan putus asa.

"Aku tak akan menyerah...lagi dan lagi, aku perlukan kekuatan yang lebih besar lagi. Arghhhhh".

Tiba-tiba tubuh Ana mula bercahaya dan angin miliknya semakin lama semakin kuat. "Aku tak tahu apa yang berlaku tapi dengan ni pasti berjaya". Ayumi yang melihatnya turut keheranan.

"Apa itu Skill Booster...tidak itu mustahil, orang ni tak akan buat keputusan bodoh macam tu kalau begitu apa yang terjadi".

Di tempat Arata, dia masih lagi berusaha mencari Ana tetapi dia tiba-tiba merasakan tekanan yang sudah tidak asing lagi baginya. "Tekanan ni... jangan kata, Level 5". Dia segera menuju ke arah tekanan itu datang.

Di suatu tempat, terlihat seorang lelaki sedang berdiri di atas puncak sebuah bangunan sambil melihat pemandangan sebuah bandar.

"Ouhh...sepertinya ada pertambahan peserta dalam peperangan ni, menarik sekali".

Kembali ke Ana kini dia telah berjaya mengumpulkan semua api yang tersebar ke satu titik. "Belum lagi" Teriak Ana. Dia pun langsung membawa api itu ke atas permukaan tanah sehingga menghasilkan letupan yang sangat besar.

"Nampaknya aku berjaya, Arata aku---". Ana pun jatuh pengsan setelah menggunakan kekuatan yang sangat besar. Kini, tinggal menunggu kedatangan Arata sahaja.

Ingin tahu apa yang terjadi pada Ana, nantikan bab selanjutnya ya. Ouh ya sebelum tu ada sedikit info tambahan kemungkinan kedepannya saya akan menghantar 2 bab sekaligus jika cukup waktu kerana saya bertujuan untuk membuat satu arc dalam 2 bab begitu dan mungkin juga lebih seperti yang ni kerana harus menunggu 1 bab lagi untuk arc yang ini selesai. Satu lagi untuk sekarang mungkin Arata kurang menonjol tapi kedepannya dia akan lebih banyak beraksi jadi nantikan saja. Terima kasih kerana sudi membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience