Bab 7 : Shota turun tangan

Science Fiction Series 1363

Sungguh hari yang cerah di Kota Neuro. Orang-orang melakukan pekerjaan mereka masing-masing.

Namun sebuah taufan yang sangat kuat tiba-tiba muncul, akan tetapi tidak ada sebarang peringatan tentang sebarang bencana alam.

Itu kerana taufan tersebut terhasil akibat pertarungan Ana melawan Arata. Lebih tepatnya, itu merupakan latihan yang dijalankan Arata bagi membantu Ana menguasai kekuatan barunya.

Mereka menggunakan tempat latihan khas milik pihak Frinxx untuk melakukan latihan agar tidak menimbulkan sebarang masalah.
"Nampaknya angin milik kau dah lebih stabil balik" Kata Arata sambil terus menahan serangan Ana.

"Seperti biasa kau memang sombong Arata, sempat lagi kau berbual semasa kita tengah bertarung".

Ana memilih untuk bertarung secara dekat dengan Arata kerana kekuatan Arata yang lebih sesuai untuk pertarungan jarak jauh.

Dia terus melancarkan tinju dan tendangan walaupun dengan mudahnya dapat ditangkis oleh Arata. Gaya bertarung milik Arata dan Ana boleh dikatakan cukup unik.

Sejak kecil lagi Arata sudah dipaksa untuk mempelajari pelbagai jenis seni bela diri sehingga dia berjaya menggabungkannya menjadi gaya bertarung yang baharu.

Lalu, setelah dia melarikan diri dari fasiliti ilmuan itu dia mengajarkan Ana gaya bertarungnya itu. Walaupun Ana masih belum sebanding dengan Arata dalam hal seni bela diri tetapi Arata mengakui kalau Ana lebih lincah daripadanya.

Dahulu, Arata mengakui kalau ketika dia melatih Ana bertarung dia tidak perlu bergerak sedikit pun dari tempat dia berdiri kerana tidak ada satu pun serangan Ana yang dapat melukainya.

Sekarang semua itu telah berubah, kini Ana telah bangkit menjadi seseorang Skiller Level 5. Jika dia serius, dia sudah mampu untuk menembusi medan graviti milik Arata. Disebabkan itu Arata sudah mula berhati-hati ketika melatih Ana.

Dari jauh Yuta, Reiss dan Ruiko dengan wajah yang kagum memerhatikan latihan Arata dan Ana. "Seperti biasa kapten sangat hebat, Ana sama sekali bukan tandingannya".

Orang yang memuji Arata ialah Yuta. Dia sangat ingin menjadi sekuat Arata sehingga mengidolakannya.

Reiss dan Ruiko juga turut setuju dengan pernyataan Yuta. Namun begitu mereka tidaklah sampai menjadikan Arata sebagai idola mereka.

Mereka hanya menghormati Arata sebagai orang yang telah menyelamatkan mereka sewaktu masih kecil dan juga sebagai ketua organisasi mereka itu sahaja.

Ketika mereka sedang asyik menyaksikan Arata dan Ana yang sedang berlatih, tiba-tiba Ruiko mendapatkan panggilan daripada seseorang.

"Hello, siapa di sana...begitu ya baiklah tunggu sekejap ya". Tanpa menamatkan panggilan itu Ruiko pun menghentikan latihan Ana.

"Kapten, nampaknya ada orang nak jumpa kapten dia dah ada dekat pintu gerbang depan, apa itu boleh?". Arata pun mengangguk walaupun dia sedikit heran kerana tiba-tiba ada seseorang yang ingin berjumpa dengannya.

Beberapa minit kemudian, orang itu pun sampai sambil diiringi oleh pengawal keselamatan tempat itu.

"Ini dia orang yang ingin menemui tuan". "Terima kasih, sekarang kamu boleh sambung kerja". "Baiklah tuan, saya minta diri dulu".

Orang yang berdiri dihadapan mereka berlima memakai baju putih berlengan pendek dan seluar tiga suku. Penampilannya benar-benar terlihat seperti orang yang biasa-biasa sahaja walaupun faktanya dia ialah seorang Skiller Level 5.

"Hmm...kau ni aku rasa macam pernah nampak tapi dekat mana ya?". "Tunggu kapten, bukan ke dia ni Number 12, satu-satunya Skiller dengan kekuatan yang tak dapat dikaji".

Ruiko pun secara tidak langsung telah menjawab pertanyaan Arata. Hanya Arata yang tidak terkejut setelah mengetahui perkara itu.

"Betul tu aku Sorata, Number 12... selamat berkenalan". "Begitu ya, tapi apa yang kau mahu sampai datang ke sini?".

"Sebenarnya aku ada satu permintaan". "Permintaan?" Kata Arata sambil memiringkan kepalanya.

"Lawanlah aku sekarang juga". "Lawan kau, nanti tunggu dulu...tiba-tiba datang lepas tu terus ajak lawan apa kau ada masalah".

"Maaf aku tak boleh jelaskan sekarang tapi tolong jadi lawan aku". Sorata terus mengajukan permintaannya kepada Arata. Orang lain turut keheranan dengan permintaan tersebut.

"Mahu bagaimana mana lagi, untungnya kita ada dekat pusat latihan saat ni, baiklah aku terima permintaan kau".

Setelah itu mereka berdua pun menuju ke lapangan latihan dan mula bersiap untuk bertarung. Pertarungan pun bermula.

Bukan hanya anggota UNIT yang menonton pertarungan itu tetapi juga para pekerja di pusat latihan itu. Orang-orang yang menontonnya menunjukkan raut wajah yang sangat terkejut.

Itu disebabkan kerana itu merupakan pertama kali mereka melihat sesama Level 5 bertarung. Pertarungan sangatlah dasyat, seolah-olah yang bertarung dihadapan mereka bukanlah manusia.

"Jadi inilah kekuatan sebenar Level 5, aku yang sekarang ini sama sekali tak layak menyebut diri aku sebagai salah seorang Level 5".

Ana akhirnya menyedari perbezaan kekuatannya dengan para Level 5. Dia ingat kekuatannya saat ini sudah cukup untuk mempertahankan diri kalau-kalau dia bertemu dengan Level 5 yang lain.

Tapi dia salah, dia pun paham kenapa Arata masih berkata padanya kalau dia itu sangatlah lemah.

Pertarungan Arata dan Sorata akhirnya selesai. Hasil pertarungan ialah Sorata kalah telak melawan Arata. Walaupun pertarungan mereka sangat dasyat tetapi Arata sama sekali tidak terluka.

Sebaliknya Sorata mengalami cukup banyak luka walaupun semuanya hanyalah luka ringan. Arata berjalan mendekati Sorata yang terkapar di tanah.

"Sesuai dugaan, aku benar-benar Level 5 terlemah" Kata Sorata yang meratapi nasibnya. "Terlemah, apa kau bergurau dengan kekuatan sebesar itu memangnya para Level 5 sekumpulan monster" Fikir Ana dalam hati.

"Apa kau boleh berdiri" Kata Arata sambil menghulurkan tangannya. Sorata pun menggenggam tangan Arata dan mencuba untuk bangun.

"Itu tidak buruk jadi boleh kau beritahu aku apa permintaan sebenarnya kau". "Arata, aku nak ajak kau bekerjasama dengan aku untuk sementara waktu".

"Boleh saja tapi nak kerjasama untuk apa?". Arata dengan mudahnya menerima permintaan Sorata. Orang lain yang melihatnya pun sampai tidak habis fikir tentang tindakan ketua mereka.

"Apa tak masalah menerimanya begitu saja?". "Tentu saja sebab kalau ada Level 5 yang minta tolong dengan Level 5 lain itu agak pelik bagi aku".

"Pasti ada sesuatu yang tidak beres kan, jadi jawab aku Sorata kenapa kau nak kita bekerjasama". Sekali lagi Arata menanyakan motif Sorata ingin bekerjasama dengannya.

”Naluri kau tu menakutkan kau tau".

"Betul ke? Maaflah kalau begitu".

"Kau kenal Shota kan, tujuan aku adalah untuk mengalahkannya kalau tak akan ramai korban yang akan berjatuhan nanti" Terang Sorata.

"Begitu ya, jadi apa ini ada kaitannya dengan perang penguasa tu?"

Sorata pun menganggukkan kepalanya. Arata menundukkan kepalanya lalu meletakkan tangan di dagunya dan mula memahami situasi.

Ana yang dari tadi hanya mendengar pun menanyakan soalan kepada Sorata.

"Kenapa kau percaya pada Arata".

"Sebab aku tak minta ni secara percuma".

"Baguslah kalau begitu" Kata Ana sambil menganggukkan kepalanya.

Sorata mula menjelaskan secara terperinci tentang penyebab dia ingin mengalahkan Shota.

"Baiklah aku dah faham sekarang jadi kita hanya perlu kalahkan dia dan masalah akan selesai lah kan" Kata Arata.

"Anggap saja begitu".

Setelah selesai menyampaikan permintaannya pada Arata, Sorata pun mula meninggalkan tempat itu. Arata dan kawan-kawannya pula pulang ke rumah mereka. Dalam perjalanan pulang mereka berlima berbincang tentang rancangan yang akan mereka lakukan nantinya.

"Apa kau tak masalah dengan rancangan ini Ana". Arata terlihat bimbang pada Ana.

"Kau tak perlu risau lagi pula aku dah bertambah kuat sekarang, tangan aku pun dah pulih balik. Jadi tak ada yang perlu kau bimbangkan". Ana berkata sambil tersenyum manis.

"Hrmm, aku tak terlalu pasti tapi apa kamu berdua jadi lebih rapat? atau itu hanya firasat aku saja". Orang berkata itu ialah Yuta.

Arata dan Ana yang mendengarnya tiba-tiba sahaja terdiam. Sedangkan yang lain mula setuju dengan pendapat Yuta.

"Betul juga tu, akhir-akhir ini saya perasan kapten banya menghabiskan masa dengan Ana je".

"Betul tu, apa jangan-jangan kamu berdua sedang bercinta".

Setelah mendengar kata-kata Ruiko, muka Arata dan Ana langsung menjadi merah.

"Hah? aku bercinta dengan Arata itu mustahil, mana mungkin aku suka pada orang macam Arata ni walaupun dia memang cukup hensem jugak".

"Apa kau cuba mengejek aku, lagi pula mana mungkin aku suka pada wanita yang papa--". Tiba-tiba Arata terdiam.

"Mana mungkin aku mengatakan dia itu papan, kalau aku mengatakannya habis lah aku tapi jujur selera aku memang yang macam tu". Kata Arata dalam hatinya.

"Ada apa kau belum habiskan kata-kata kau".

"Bukan apa-apa". Mereka pun meneruskan perjalanan mereka.

Seminggu pun berlalu. Shota baru sahaja keluar dari sebuah bangunan. "Sudah saatnya untuk beraksi". Tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan yang kuat di merata-rata tempat.

Orang awam yang cemas mula berlari tanpa arah namun dengan segera ditenangkan oleh pihak polis yang baru sahaja tiba. Banyak robot yang muncul dari dalam tanah dan menyerang orang awam.

"Kenapa mereka banyak sangat ni, apa Frinxx belum datang kita perlukan bantuan secepat mungkin" Kata salah satu pegawai polis di sana.

Tanpa dia sedari sebuah robot menyerangnya dari atas akan tetapi robot itu langsung dihentam oleh sebuah kereta polis.

"Maaf sebab sedikit terlambat". Kata Yuta yang langsung muncul di sebelah pegawai polis itu.

"Kau ni, anggota UNIT kan?". Yuta pun mengangguk.

Pihak Frinxx pun mula tiba bersamaan dengan UNIT. Keadaan di sana berjaya di kawal kembali tetapi pasukan robot terus muncul dan membuat huru-hara.

Setelah itu sebuah getaran yang sangat kuat berlaku dan tidak lama setelah itu ada sekitar 15 robot gergasi keluar dari dalam tanah.

"Apa kau bergurau, robot yang kecil pun dah menyusahkan apalagi yang sebesar bangunan ni" Kata Yuta.

"Kau tak perlu risau inikan masih dalam rancangan lagi pula kapten kan ada" Kata Reiss.

Dari jauh di atas sebuah gedung bangunan, Arata dengan gagahnya berdiri di sana sambil menghadap ke robot-robot gergasi itu.

"Sesuai yang dikatakan Sorata, robot-robot ni menggunakan Nano Engine patutlah kekuatannya sangat besar. Baiklah mari mula bekerja". Arata pun melompat dan menuju ke arah robot-robot gergasi itu.

Dia pun menghentam tanah dan lalu menciptakan pusat graviti di tengah-tengah para robot itu. Kesemua robot itu pun langsung tertarik ketengah.

"Sudah berakhir" Kata Arata. Bangunan di sekitar sana pun turut tertarik dan menghimpit robot-robot tersebut hingga hancur.

Namun setelah itu muncul lagi robot-robot gergasi dan mula menyerang Arata. "Sepertinya ini akan berlangsung lama". Arata pun bersiap untuk serangan seterusnya.

Beralih dulu ke Sorata, kini dia sedang berhadapan dengan Shota.

"Tak sangka kau lebih memilih untuk satu lawan satu dengan aku daripada meminta bantuan Arata padahal itu idea yang bagus kau tahu" Kata Shota.

"Aku hanya meminta dia untuk menjaga keamanan di bnadar saja, dalam kes ni tetap sahaja masalah antara kau dengan aku" Jawab Sorata.

"Aku harap kau tak menyesal dengan pilihan kau".

"Jangan risau aku dah penat menyesal dalam hidup aku".

Mereka berdua pun langsung dalam keadaan siap untuk bertarung.

"Sayang sekali, ini akan menjadi pertarungan dua lawan satu". Tiba-tiba terdengar suara seorang wanita.

"Ana apa yang...bukan kita dah janji untuk tak masuk campur selagi aku boleh bertarung" Kata Sorata kepada Ana dengan Nada yang yang cukup kesal.

"Tentang tu kau tak perlu risau. Arata kata nanti dia akan suruh kau bayar kurang dari yang patut hihihi" Ucap Ana sambil ketawa.

"Itu bukan masalahnya...mahu bagaimana mana lagi kalau dah macam ni terpaksa jelah teruskan...maaf atas ketidakadilan dalam pertarungan ni Shota".

"Bukan masalah, sejak awal kuantiti tak menentukan kemenangan melainkan kualiti. Aku beruntung bukan Arata yang datang sebab dia tu cukup menyusahkan untuk diurus" Jawab Shota dengan nada tenang.

Tidak lama setelah itu, pertarungan pun bermula.

Maaf kerana sudah lama tidak update sebab saya sekarang agak sibuk dengan pengajian saya. Terima kasih kepada yang masih membaca novel ini nantikan bab seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience