"Sungguh kekuatan yang luar biasa, kita sama sekali bukan lawan yang sepadan untuknya" Kata Arata yang sudah tergeletak di tanah dengan badan yang penuh luka.
"Yang lain pun sepertinya sudah mendekati batas masing-masing" Celah Sorata yang berusaha untuk berdiri. Arata dibantu Shimon untuk berdiri dan dia memandang ke arah rakan-rakannya yang turut cuba untuk bangkit bagi meneruskan perlawanan.
"Dengar semuanya, kita masih tidak boleh menyerah kita perlu bertarung walau harus melampaui batas kita" Teriak Arata. Semua orang pun mengangguk sambil tersenyum.
"Bagus, itulah semangat yang kamu semua perlukan, jika kamu semua ingin mengalahkan aku, datanglah dan tunjukkan kekuatan kamu semua padaku" Kata seorang lelaki yang bermata merah yang berada tepat di hadapan mereka.
"Shimon bantu aku" Kata Arata sambil berlari ke arah musuh. Shimon pun dengan cepat membuat puluhan bebola api di udara dan menembakkannya ke musuh. Dari jauh Erina melancarkan serangan bernama Sand Volt sebagai bantuan kepada Arata, dalam sekejap sebuah letupan yang besar berlaku dan memberi goncangan yang dasyat pada area sekitarnya.
Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan bab seterusnya.
Share this novel