BAB 3

Romance Completed 2153

Hara hanya memerhati Harzwan yang rancak berbual tanpa menyedari dia sedang diperhatikan oleh seorang secret admirer yang tak pernah curang walaupun Tom Cruise atau Dennis Oh diletakkan di hadapannya.

“Oi, Hara ! Kau makan ke berangan? Makanlah cepat, lepas ni boleh kita lepak-lepak dekat luar sekejap.” Ujar Thieyna. Air teh’ o yang suam-suam kuku dihirup sehingga habis.

Hara tersentak. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Thieyna tapi matanya tetap gatal nak tengok anak teruna orang yang berada di belakang Thieyna. Malas nak terus melayan perasaan tak berpenghujung, roti canai yang berbaki hanya suku pinggan dicarik dan dihabiskan dalam masa beberapa saat. Teh tariknya dihirup tapi tidak mampu dihabiskan, masih berbaki setengah di dalam gelasnya. Penangan Harzwan agaknya sampai rasa haus pun hilang sekelip mata.

Mereka membuat keputusan untuk meronda sekitar kawasan Shah Alam dengan menaiki kereta Thieyna. Nak guna kereta Hara ? Tunggulah dia habis belajar baru dia ada kereta.

Hara mengikut alunan lagu I Set Fire To The Rain yang berkumandang di sebalik corong radio. Otaknya masih terbayangkan rupa Harzwan ketika ketawa tadi. Rupa yang amat mencairkan hatinya yang sudah cukup cair dengan suara Harzwan. Ishh.. Tak baiklah simpan perasaan pada lelaki ajnabi! Kesian suami kita nanti sebab dia dapat cinta yang kedua. Laju Hara beristighfar menyedari kesilapannya. Walaupun dia tahu dia tetap akan mengulangi perkara yang sama iaitu mengingati apa-apa sahaja soal Harzwan lagi selepas ini tapi apa yang harus dia lakukan. Dia juga manusia, manusia yang tak sempurna mana.

Kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati bertema cinta menjadi pilihan Thieyna dan Hara untuk mencuci mata yang bosan asyik memandang buku hampir 24 jam.

“Aku nak pergi tandas kejap. Kau tunggu kejap tau!” Ujar Thieyna dan menghilang ke kaunter untuk bertanya di mana letaknya tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience