BAB 10

Romance Completed 2153

Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir Harzwan, dia melangkah untuk mendapatkan Hara yang anggun bersimpuh di sebelah Thieyna. Hara, gadis yang telah berjaya membuatkan hatinya tidak berhenti berdenyut sehingga malam-malam harinya juga sering dibayangi dengan bayangan Hara.

Now, you’re mine. Ini semua betul, tiada yang tidak betul. Bisik Harzwan sendiri yang gembira kerana akhirnya satu bebanan perasaan di hatinya telah mampu dilepaskan.

Cincin di dalam kotak yang dibawa oleh adik perempuannya diambil dan disarung ke jari manis milik Hara. Hara turut membalas dengan menyarung semula cincin ke jari Harzwan. Tangan Harzwan disalam penuh syahdu, dia berjanji dalam diam yang dia akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang taat pada perintah suami. Dahi Hara pula dicium oleh Harzwan dengan lembut, dengan perasaan kasih yang melimpah istimewa hanya buat Humairah AHara h.

Cadar katil yang berkedut ditegangkan agar ia tampak kemas. Pintu bilik airnya yang terkuak membuatkan dia berpaling untuk melihat Harzwan, yang kini ialah seorang suaminya. Nak tengok juga, kacak atau tidak rupa suaminya setelah mandi.

Tapi, baru sahaja dia berpaling, terus matanya ditutup rapat kerana malu. Malu apabila Harzwan dengan selamba hanya memakai sehelai tuala untuk menutup bahagian bawah.

“Sayang... Kenapa tutup mata ni? Tak nak tengok ke badan abang yang seksi ni?” Sengaja Harzwan ingin menyakat isterinya yang masih merapatkan matanya. Tubuh isterinya yang kecil dipeluk dari belakang.

“Abang... Janganlah, pakailah baju dulu.” Ujar Hara sambil menolak perlahan tubuh Harzwan yang masih memeluknya. Tapi, Harzwan pula mengeratkan lagi pelukannya sehingga Hara tiada ruang untuk melepaskan diri.

“Abang... Please... Waktu subuh bukannya panjang macam waktu Isyak, bang.” Hara masih tidak berputus asa untuk melepaskan diri.

Harzwan masih memeluk tubuh isterinya sambil menggeletek di bahagian pinggang Hara. Mengekek Hara ketawa. Sudahnya, mereka berdua bergolek di atas katil yang sudah dikemaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience