BAB 8

Romance Completed 2153

Buktinya, sejak kejadian itu, tidak pernah sekali pun dia terserempak dengan Harzwan. Kalau ada pun, dia jadi seperti halimunan bagi Harzwan. Harzwan buat-buat tidak nampak dirinya. Sedih tak perlu diungkapkan lagilah, tak cukup tisu satu kotak jika dia menangis.

Perlahan air matanya mengalir jua. Setabah mana pun seorang wanita itu, walau sekuat mana pun hati wanita itu, tidak akan pernah lari wanita itu daripada mengalirkan air mata ketika bersedih, ketika berduka dan ketika hatinya dilukai oleh seorang manusia yang bergelar lelaki.

Dalam linangan air mata Hara terlena dengan kata-kata Harzwan yang masih terngiang di benaknya. Lelaki, tidak semua pernah membuat salah. Tapi, mereka juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan walaupun sekecil kuman.

Manusia, tiada seorang pun yang sempurna...

Semasa cuti semester...

Hara menggunakan bahu Thieyna yang sentiasa setia menemaninya ke mana-mana sahaja untuk mencurahkan rasa sedihnya. Malah, hanya Thieyna seorang sahaja yang mengetahui bahawa Hara akan berkahwin pada cuti semester ini.

Wajah Hara yang pucat telah disolek nipis oleh mak andam yang telah ditempah khas oleh ayahnya. Ayahnya telah mengadakan kenduri yang agak besar untuk seluruh penduduk kampung yang akan menghadiri majlis persandingannya bersama Zul atau suaminya yang dia sendiri masih belum tahu siapakah gerangannya.

“Hara... Janganlah sedih macam ni. Aku yakin pilihan ayah kau adalah yang terbaik. Sabarlah, Hara.” Thieyna menenangkan Hara yang seperti mati suami padahal baru nak kahwin.

Hara hanya memandang ke arah Thieyna dengan senyuman yang hambar, senyuman tanpa makna. Selendang yang sudah disematkan bersama jarum peniti dibetulkan agar dia selesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience