BAB 9

Romance Completed 2153

Perlahan dia menarik tangan Thieyna dan digenggam lembut. “Thieyna, aku tak kata pun yang aku tak terima apa yang telah ayah aku buat untuk aku. Tapi, aku risau, risau kalau aku tak mampu jadi isteri yang baik buat dia yang tak pernah aku kenal. Jumpa tidak, apa pun tidak, sedar-sedar sahaja aku berkahwin dengan dia.” Ujar Hara dalam sebak yang kian menggunung.

Thieyna memeluk bahu Hara dan mengusap lembut bahunya.

“Hara, bakal suami kamu dah sampai. Keluar, jom.” Ajak kak Fatihah, sepupu sebelah ayahnya.

Hara menggenggam tangan Thieyna sepanjang langkahnya menuju ke hadapan. Hara duduk bersimpuh di atas tilam khas untuknya. Thieyna turut bersimpuh di sebelah Hara. Lagi sekali tangan Thieyna digenggam oleh Hara.

Dari tempatnya, Hara dapat melihat bakal suaminya tapi hanyalah dari belakang. Baju Melayu putih yang dipakai Zul sedondon dengan warna baju kurung yang dipakainya.

“Aku terima nikahnya, Humairah AHara h binti Suffian dengan mas kahwinnya RM100 tunai.” Hanya itu yang dapat didengari oleh Hara, kerana selebihnya dia lebih banyak terkenangkan ayahnya yang menjadi walinya. Bagaimana dengan kehidupan ayahnya setelah dia kahwin nanti? Adakah ayahnya perlu duduk bersamanya nanti atau ayahnya akan tetap berteduh di bawah bumbung yang telah menyaksikan banyak kejadian antara keluarganya termasuklah pemergian ibu yang tercinta.

Hara mengangkat wajahnya setelah mengaminkan doa. Dia melihat suaminya seperti ingin bangun. Lama dia menunggu untuk suaminya berpaling. Slow motion pula dia!

Hara terlopong apabila melihat suaminya yang sah ialah Zul, Zulkarnain, Harzwan Al-Ghazali ! Thieyna juga begitu. Hara jadi kaku apabila Harzwan melangkah menghampirinya untuk sesi pembatalan air sembahyang. Hara jadi beku, jari jemarinya yang runcing mulai sejuk umpama berjalan di dalam taman tema Snowwalk di i-City Shah Alam.

Biar betul! Jerit hati Hara. Ikutkan hati Hara sudah lama dia menenyeh matanya untuk mendapatkan kepastian samada dia bermimpi atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience