BAB 12

Romance Completed 2153

Tubuhnya dibawa ke dalam pelukan hangat Harzwan. Dia tenggelam di situ bersama rasa bersyukur tak terkata kerana dikurniakan seorang yang memahami dan seorang yang amat menyayanginya. Ada hikmah juga dengan mengikut kata-kata ayahnya. Ternyata apa yang diaturkan oleh ibu bapa itu adalah yang terbaik untuk anak mereka.

Setelah hampir setahun Harzwan dan Hara mendirikan rumah tangga, pada 4 haribulan Mei telah menjadikan hari bersejarah yang amat bermakna buat mereka apabila orang ketiga telah hadir untuk menyerikan lagi kehidupan mereka.

Hans Rumi selamat dilahirkan oleh Hara secara normal setelah berperang, bertarung nyawa di dalam labour room selama hampir dua jam dengan ditemani oleh Harzwan yang setia berada di sisinya.

Debaran dan kesakitan yang dialami ketika melahirkan seorang khalifah ke dunia ini hilang sekelip mata, begitu sahaja sebaik sahaja matanya menyapa tubuh anaknya yang comel, yang kacak seperti ayahnya.

Sanak saudara yang hadir tidak lepas daripada untuk mengambil gambar si kecil yang masih belum tahu apa erti dunia yang sebenarnya. Pipinya yang agak tembam juga menjadi sasaran ibu saudaranya untuk dicubit. Jenuh dibebel oleh Harzwan tapi mereka masih buat selamba badak mencubit lagi dan lagi. Sudahnya, Aiman terpaksa dibawa lari oleh ayahnya.

Hara yang sedang menyusukan Aiman, mengusap pipinya yang masih kemerahan. Dia tersenyum gembira apabila permata hatinya yang menjadi tanda cinta halal antara antara dia dan suami tercinta, Harzwan Al-Ghazali.

“Terima kasih, sayang...” Bisik Harzwan yang tiba-tiba muncul dari belakang Hara.

“Astaghfirullahalazim... Ya ALLAH abang ni. Terkejut Hara tau! Tengok, Rumi pun terkejut. Ya tak, sayang ibu ni?” Hara menggomol lembut pipi anaknya yang baru selesai diberi susu.

Harzwan hanya tersengih. “Laa.. Ya ke, Rumi? Maafkan ayah ek, ayah ingat tadi nak main bum bum chakk dengan ibu Rumi tapi ibu Rumi tak nak main. Apa kata kalau Rumi cepat sikit membesar lepas tu bolehlah kita main sama-sama pula sebab lepas tu bolehlah ibu bagi adik lagi untuk Rumi.” Ujar Harzwan sambil mengusap pipi anaknya.

“Eee.. Abang ni, kan!” Hara menampar lembut lengan Harzwan.

Harzwan hanya ketawa dan terus bermain dengan Aiman yang memegang erat jari telunjuknya. Wajah anak kecilnya ditatap penuh kasih dan sayang.

“Abang, kenapa abang ucap terima kasih dekat sayang tadi?” Soal Hara. Aiman di atas pangkuannya dibetulkan agar anak kecil itu selesa.

Harzwan menatap lembut wajah isterinya. “Abang ucap terima kasih pada sayang kerana sudi melahirkan anak buat abang.” Pipi isterinya diusap.

“Dah menjadi tanggungjawab sayang untuk melahirkan Aiman.” Kata Hara, membalas renungan Harzwan.

Harzwan membawa tubuh isteri dan Aiman ke dalam pelukannya. Ubun-ubun isterinya dicium berkali-kali.

ALLAH tidak pernah meminggirkan mana-mana hambaNya. Setiap hambaNya, ada rezeki yang berlainan yang akan dititip oleh sang malaikat ke dunia ini. Cinta, ia adalah salah satu rezeki dan nikmat yang amat besar maknanya. Pilihan, setiap pilihan yang dilakukan oleh orang tua ialah pilihan yang terbaik kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience