BAB 7

Romance Completed 2153

Hara menggosok dahinya sambil merenung siling putih. Dia melihat seolah-olah siling tersebut begitu hampir dengan dirinya sehingga dia terpaksa memejamkan matanya kerana takut dia ditimpa oleh siling tersebut.

“Ayah nak yang terbaik buat anak ayah. Ayah yakin Zul orang yang baik.”

Owh.. Jadi Zul ialah nama ‘bakal suaminya’.

“Tapi, mana ayah tahu. Mana tahu kut-kut kalau dia tu bekas pesakit Hospital Bahagia ke? Macam mana? Nama penuh dia apa?” Ujar Hara dengan mata yang terpejam.

Dia mendengar ayahnya mendengus di hujung talian. Marahkah ayah pada dirinya?

“Jangan buruk sangka dengan orang, Hara. Tak pernah ayah ajar untuk anak ayah berburuk sangka dengan orang lain. Lagipun ayah yakin dia yang terbaik untuk anak ayah.” Mereka diam sebentar.

Hara hilang akal untuk membidas kata ayah yang nyata sudah masuk bab anak ayah.

“Sudahlah, ayah letak telefon dulu. Lupa ayah nak cakap, kamu tak akan bertunang tapi terus akad nikah aje waktu cuti semester bulan depan. Pastikan balik kampung cuti nanti! Assalamualaikum.” Belum sempat Hara berkata apa-apa, pak cik Suffian sudah meletakkan gagang telefon.

Bulan depan dia kahwin?! Owh my God! Mana nak letak muka kalau kawan-kawan dia tahu yang dia akan menyandang title wife of a husband bulan depan, bukan lagi seorang anak dara single lagi available.

Hara menekup wajahnya dengan bantal dan menjerit dengan kuat. Arrgghh....

Malam itu Hara tidak mampu tidur dengan lena. Akalnya masih belum dapat menerima berita mengejut yang disampaikan oleh ayahnya tadi. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap lagi matanya tercelik lepas tu terpejam semula.

Harzwan Al-Ghazali. Hara tersengih sendiri apabila nama itu terlintas di benaknya. Tapi, sengihan tidak bertahan lama kerana kemudian dia jadi sebak pula. Mustahil. Ya, mustahil Harzwan Al-Ghazali yang merisiknya. Walaupun tempoh hari dia ada berkata yang dia ingin be yours tapi itu tidak semestinya dia serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience