BAB 5

Romance Completed 2153

Hara jadi tak keruan apabila melihat gaya Harzwan yang sibuk membelek mug tadi. Apabila sekali sekala pandangan mereka bertaut, laju Hara mengalihkan pandangannya. Dia tidak mahu Harzwan melihat wajah tak keruannya.

“Awak tak pelik ke bila saya sebut nama penuh awak tadi?” Soal Harzwan tiba-tiba yang memecah kesunyian antara mereka berdua. Mug comel tadi diletakkan kembali di tempatnya. Harzwan berpusing untuk melihat Hara dengan lebih jelas.

Jelas anak dara bernama AHara h di hadapannya segan dengan perbuatannya yang tiba-tiba menyibuk.

Hara mengerutkan dahinya. Soalan darjah berapalah yang dia soal ni?

“Mestilah saya terkejut! Tapi, boleh saya tahu, macam mana awak boleh tahu nama penuh saya?” Soal Hara.

Dengan berani Hara cuba untuk bertentang mata dengan Harzwan, tapi zahirnya sebagai seorang wanita membuatkan dia mengangkat bendera putih awal dengan panahan mata yang agak menggoda jiwa keperempuanannya. Dia tertunduk memandang lantai kedai tersebut yang licin.

“Just wait and see. I promise that I’ll be yours forever and ever.” Ujar Harzwan dan terus berlalu keluar dari kedai tersebut.

Hara terpinga dengan ayat terakhir yang diucapkan oleh Harzwan. Be yours? Apa maksud dia dengan be yours? Ahh, segala perkara tentang Harzwan Al-Ghazali tiada yang tidak menyesakkan kepala.

Hara menghantar langkah Harzwan ke keretanya yang terparkir betul-betul di hadapan kedai tersebut tapi di seberang sana. Dia masih lagi melihat ke arah tapak parkir yang sudah kosong apabila kereta Harzwan bergerak keluar dari situ. Dia jadi buntu, buntu memikirkan ayat cinta yang jarang diperdengarkan oleh halwa telinganya. Yang dia selalu dengar hanyalah nasihat seorang bapa dan bebelan seorang pensyarah di universiti. Ayat cinta? Setakat baca tu pernahlah tapi kalau nak dengar secara live memang ini adalah first time.

“Hara.. Hara..” Panggil Thieyna sambil melayangkan tangan kanannya di hadapan wajah Hara yang mengelamun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience