BAB 1

Romance Completed 2153

Kringg....

Dengan malas Hara menutup jam locengnya yang tidak berhenti berbunyi selagi tidak ditutup suis loceng penggeranya. Perlahan tangannya ditarik masuk semula ke dalam selimut. Dia ingin meneruskan sesi ‘taik mata’.

Hara menghumban selimut yang menutupi tubuhnya kerana dia berasa lemas, lemas kerana hangat dek mentari pagi yang sudah mula menjenguk alam. Eh..!!! Mentari?! Laju Hara mencapai jam loceng yang terletak di atas meja kecil untuk melihat di manakah jarum pendek berada.

Terkejut beruk sampai tahap babun Hara rasakan apabila jarum pendek sudah tepat mengenai nombor 8. Apa maknanya? Maknanya dia sedang menempah tiket untuk dibebel tanpa henti oleh Prof. Asyikin. Nasib baiklah bendera merah sedang berkibar megah, jika tidak sudah pasti subuh pun dia ‘accident’ hari ni. Gerenti mengamuklah pak cik Suffian dekat Ipoh tu bila tahu anak dara tunggal dia ni tak sembahyang subuh.

Mati aku! Jerit Hara di dalam hati sambil berlari meninggalkan katil yang cukup empuk untuk menampung tubuh kecilnya.

Dengan sekadar mandi ala-ala P. Ramlee, Hara terus menyarung baju kurung berbunga kecil ke tubuhnya. Tudung ‘segera’ di atas kerusi dicapai dan laju disarung ke kepala.

Dengan lafaz basmallah, Hara berlari keluar dari bilik dan terus menyarung kasut. Seterusnya, berdesup sampai hilang bayang. Rakan-rakan yang menegur juga tidak sempat untuk dibalas, sekadar mengangguk dan lambai tangan aje. Cukuplah, kan? Daripada langsung tak bagi reaksi, nak elak kena cop mohor pangkat sombong.

Sesampainya di Dewan Mulia, dia menjenguk kepalanya sedikit untuk melihat keadaan samada dia patut masuk atau tak. Tapi, apa yang dia dapat lihat hanyalah kerusi, meja dan yang pastinya papan putih yang bersih di dalam dewan.

Hara menggaru kepalanya sambil meneliti segenap dewan. Takkanlah mereka semua dah jadi halimunan pula kut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience