BAB 6

Romance Completed 2153

“Haa..” Hara berpaling melihat Thieyna yang sudah terpacak di sebelahnya.

“Kau tengok apa sampai aku panggil pun tak sedar?” Soal Thieyna.

Hara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih ke arah Thieyna. “Tak ada apa-apalah. Jom!” Hara menarik tangan Thieyna keluar dari kedai tersebut.

Thieyna hanya menuruti langkah Hara.

Apahal kawan aku ni? Lain macam aje dia ni. Selalunya muka tu dok buat harga seposen, tapi hari terlebih seringgit pula. Bisik Thieyna sendiri yang pelik dengan sikap Hara yang berubah 180’ darjah.

“Ada orang hantar rombongan merisik tadi.” Ujar pak cik Suffian di hujung talian. Hara yang sedang bergolek di atas katil hampir tergolek jatuh ke bawah apabila mendengar kata-kata ayahnya.

“Biar betul ayah ni! Habis tu? Ayah terima ke?” Soal Hara, cuak. Jantung tak perlu nak cakaplah, tak payah guna stetoskop pun dah boleh dengar degupan jantungnya.

“Betullah, buat apa ayah nak reka-reka cerita pula. Ayah terimalah sebab dia cakap dia dah lama kenal dengan Hara. Katanya kamu berdua dah lama bercinta.” Ujar pak cik Suffian. Gambar arwah isterinya yang berada di sebelah telefon rumah dipandang sayu. Sudah hampir 10 tahun ibu Hara memasuki alam barzakh. Sudah 10 tahun juga pak cik Suffian menjadi ayah merangkap seorang ibu buat AHara h yang kini sudah pun menginjak ke usia 22 tahun.

Rahang mulut Hara terjatuh, kalau boleh tercabut rasanya sudah terjatuh ke lantai gamaknya. Dia menjadi seperti orang bengong dengan berita yang disampaikan oleh ayahnya. Dia dirisik oleh seseorang yang mengatakan dia adalah kekasih atau dalam kata lain, sudah lama bercinta dengan si dia yang unknown.

“Ayah!! Ayah ni biar betul! Hara mana pernah bercinta dengan sesiapa. Hara masih single lagilah, ayah.” Jerit Hara tapi masih terkawal kerana tidak mahu rakan sebiliknya yang cerewet mendengar jeritannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience