BAB 2

Romance Completed 2153

Hara terlihat kelibat Thieyna di hujung tangga yang terletak tidak jauh dari Dewan Mulia. Laju kakinya melangkah ke arah Thieyna untuk bertanya.

“Thieyna, kenapa kosong aje dewan? Tak ada kelas ke?” Soal Hara kepada Thieyna.

Thieyna melihat ke arah Hara yang seperti dikejar anjing gila berkurap. “Haah, tak ada kelas hari ni sebab Prof. Asyikin ada hal dengan suami dia. Hal keluarga kut. Yang kau ni pula apahal dah macam rupa kena kejar dengan anjing aje ni?” Soal Thieyna kembali.

Hara meneliti tubuhnya. Ada rupa macam orang kena kejar dengan anjing ke?

“Aku bangun lambat tadi. Aku ingatkan ada kelas pagi ni. Rupa-rupanya dibatalkan. Hish.. buat penat aje aku marathon lari ke sini. Dahlah makan pun tak sempat lagi ni.” Ujar Hara sambil mengusap perutnya yang sudah mengeluarkan bunyi guruh yang dahsyat.

Thieyna ketawa mendengar bebelan kawan sehati dan sejiwa tapi tak seraganya.

“Jomlah pergi kafe’. Aku pun tak sarapan lagi sebenarnya ni.” Tangan Hara ditarik untuk menuruti langkahnya ke arah kafe’ yang terletak agak jauh dari tempat mereka berada.

Roti canai dan teh tarik menjadi pilihan Hara sebagai sarapan pagi ini. Thieyna pula hanya mengambil tiga ketul kuih ketayap dan air teh’ o kurang manis, kurang gula. Tempat duduk yang baru sahaja dikosongkan oleh beberapa orang pelajar diserbu oleh Hara dan Thieyna kerana tidak mahu tempat itu diambil oleh pelajar lain.

Sedang enak menikmati roti canai buatan mapley upah khas dari India, tiba-tiba tangannya seolah kaku apabila matanya tertangkap kelibat seorang jejaka yang kacak lagi menawan hatinya sedang seronok berbual bersama rakannya sambil makan makanan yang sama dengan Hara.

Siapa yang tidak kenal dengan Harzwan, pujaan hati dalam diam Hara merangkap pemain bola sepak yang mewakili Universiti Teknologi Mara yang sangatlah hensem sampaikan siapa yang duduk di sebelahnya pasti akan kaku sampai beku! Harzwan Al-Ghazali, nama yang tak pernah luput di otak Hara sejak dari awal dia menjejakkan kaki ke UITM.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience