Bab 4

Romance Series 7483

BAB 4

Hari ini merupakan hari pertama Aishah dengan Azmir ‘berbulan madu’ di Sarawak. Semalam Siti Noraishah telah selamat menjadi isteri kepada Syed Muhammad Azmirul. Majlis yang diadakan cukup sederhana kerana tempoh masa yang singkat tetapi meriah dengan sanak-saudara kedua belah pihak mempelai.

“Tak faham la dengan kau Azmir” Aishah tekad membuat perhitungan. Sejak dua minggu yang lepas, Aishah gagal menghubungi Azmir sehinggalah tiba hari mereka diijab kabulkan. Azmir hanya mengangkat kening, kononnya tak faham apa yang Aishah tengah cakap.

“Jom la tidur. Aku mengantuk la. Penat.” Azmir mengeliat perlahan sambil menguap. Aishah hanya mendengus melihat Azmir yang selamba badak. Memang dah serupa dengan badak dah.
“Huh. Tak ada. Aku tak kira. Aku nak kita berbincang sekarang jugak. Baik kau jangan mengelak” Aishah menarik tangan Azmir memaksa Azmir duduk menghadapnya.

“Aishah nak tanya ape ni? Abang mengantuk la” soal Azmir sambil menguap. Sudahlah perjalanan dari KL ke Sarawak memenatkan, Aishah macam tak reti pulak bila masa sesuai nak tanya soalan.
“Hah? Aishah? Abang? Weh! Geli tahi telinga tau dengar kau gelar aku macam tu?” Aishah mencebik ke arah Azmir.

“Yelah. Dah abang isteri Aishah. Kenalah ubah panggilan tu mulai hari ini” jawab Azmir selamba lagi. Entah kenapa Azmir yang dikenali sejak umur 5 tahun menjadi seorang yang begitu selamba. Tang mana entah wayar otak dia dah terputus. Terasa ingin pengsan pulak Aishah mendengar Azmir bercakap begitu. Tak pernah-pernah dibuatnya.
“Apa motif kau kahwin dengan aku? Kau saja nak perangkap aku ke? Apa kau dah desperate ke nak ada bini oit?” provok Aishah memaksa Azmir menjeling ke arahnya.

‘Agaknya Aishah ni lupa aku ni laki dia’ marah Azmir di dalam hati. Percakapan Aishah yang kasar memanaskan hatinya. Kalau dulu, dia tidak kisah tapi sekarang dia sudah menjadi suaminya yang sah!

“Hey! Apa kes pulak perangkap-perangkap ni? Desperate apanya?” ujar Azmir dengan nada sedikit tinggi. Ditahannya panas hatinya melayan Aishah yang kasar.

“Dah tu? Dahlah kau paksa aku. Kau boleh buat drama swasta dengan abah dengan mak. Kau ni memang sengaja kan?!” marah Aishah kepada Azmir yang kelihatan sudah memerah.

“Aishah! Jaga sikit percakapan kau tu! Aku kesiankan kau tau tak? Anak yang kau kandung tu kau ada fikir tak? Memang aku tergesa-gesa sebab aku tak nak orang sedar dengan usia kandungan kau!” Azmir melepaskan kemarahannya.
Niat di hati tidak mahu mengungkit kisah silam Aishah tetapi Aishah sengaja menguji kemarahannya.

“Aku dah tolong ni cukup baik tau tak? Pernah kau jumpa lelaki sebaik dan sehandsome aku?” soal Azmir sambil ketawa. Azmir sudah bertukar kepada mood ceria. Sedih pula dia melihat muka keruh Aishah. Hatinya gundah melihat titisan air mata jatuh di atas pipi Aishah.

Dia mendekati Aishah dan cuba mengelap air mata Aishah tetapi ditepis kuat oleh Aishah.

“So, kiranya kau nak jadi kambing hitam la. Macam tu?” tangis Aishah perlahan.

Tidak sangka Azmir sanggup menerimanya kerana simpati.
“Kau memang baik Azmir. Memang susah nak cari lelaki dan sehandsome kau. Tak sangka yang kau sanggup tawar diri jadi kambing hitam. Kenapa aku ni bodoh sangat?” kesal Aishah.

Hatinya tersayat dengan Azmir. Sejak kecil lagi, Azmir selalu melindungi kalau dia ditimpa masalah. Azmir rela dihukum walaupun bukan silapnya. Tidak sangka Azmir sanggup berkorban untuk meredah alam perkahwinan tanpa rela.

Azmir mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung melihat Aishah yang menangis. Hendak dipujuk dia bukan pandai sangat. Nak berterus terang, dia malu. Tapi, untuk melihat air mata Aishah, dia akan berusaha berterus terang.

“Hey Aishah.jangan fikir bukan-bukan boleh? Aku bukannya nak jadi kambing hitam. Aku ikhlas ni” melihat Aishah yang tidak berhenti nangis semakin meresahkan dia.

“Hurm.. aku tau aku tak handsome, aku tak baik. Jangan la nangis. Aku gurau je tadi” Azmir memujuk. Azmir memang sengaja mengatakan dirinya handsome dan baik tadi dengan niat nak angkat bakul sendiri tapi terpaksa turunkan saham ke‘handsome’an walaupun dia sedar dirinya memang handsome. Huhuhu..

“Kenapa kau sanggup korbankan kebahagiaan kau demi selamatkan maruah aku Azmir?” soal Aishah.

“Sebab aku sahabat kau” ujar Azmir sambil tersenyum manis. Aishah hanya mendengus. Sudah lali dia mendengar kata-kata Azmir. Dah nak masuk 3 dekad dia mendengar alasan yang sama. Asyik-asyik alasan yang sama kalau ditanya sebab Azmir melindungi Aishah.

” Tapi takkan sampai macam ni? Kau jadi kambing hitam kau tau! Kau gila ke apa? Aku ni tak suci! Aku mengandung anak orang!” Aishah beremosi.
“Sebab aku sayangkan kau”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience