Bab 10

Romance Series 7483

BAB 10

“Dia dah meninggal. Time on the way balik dari rumah kita, dia nahas dalam kemalangan.” Aishah yang mendengar terkejut. Tidak sangka hanya sekejap itu, Allah membalas kejahatannya. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Aishah berasa insaf kerana telah menyalahkan takdir. Suasana hening semula. Aishah cuba untuk menerima hakikat tentang perjalan hidupnya.

“Aishah, anak kita okay? Dia apa khabar?” soal Azmir memecahkan kesunyian antara mereka.

“Eh?” Aishah terkedu dengan soalan Azmir. Air mata yang berhenti kini mula bergenang di tubir mata.

“Yupe. Should be 2 years old kan?”

“Dia tidak ada” ringkas jawapan Aishah.

“Apa maksud Aishah dia tidak ada?” Azmir mengerutkan dahinya tidak faham.

“Keguguran. Aishah terlampau tertekan hari tu. Abang tahu kan Aishah ada high blood pressure. Aishah pitam dekat tangga, Aishah terjatuh and keguguran” jelas Aishah sebak. Walaupun kandungannya itu bukan atas kerelaannya tetapi dia sangat sayangkan kandungannya itu. Air mata yang mengalir perlahan lantas diseka Azmir. Azmir mengusap bahu Aishah, menenangkan isterinya.

“Tak apa sayang. Ada rezeki, kita boleh kita tambah baby nanti.” Azmir bercanda sambil mengenyit matanya. Aishah hanya mencebik.
“Baliklah sayang. Family semua rindu dengan Aishah.” ajak Azmir perlahan.

“Aishah nak tapi Aishah takut” ujar Aishah. Dia takut dengan penerimaan keluarganya dan keluarga mertuanya.

“Mereka dah tahu sayang. Abang dah ceritakan semua. Mereka tak salahkan Aishah langsung. Aishah hanya mangsa keadaan.” Aishah lega mendengar berita Azmir dan tersenyum gembira. Terasa kurang beban dipikulnya kerana Azmir telah berterus-terang. Tidak perlu menipu mereka lagi.

“By the way, macam mana abang tahu Aishah ada kat Macau???” tanya Aishah. Seingatnya tiada siapa yang tahu. Dia tinggal bersama Dilah di Macau. Takkan Dilah?

“Helo? Ingat Dilah tu kawan awak sorang je ke?” perli Azmir. Aishah menepuk dahinya, terlupa Dilah kawan rapat Azmir dan dirinya.

“A’ah la kan. Kan dia best friend abang jugak kan! Haih! Sampai hati dia bagitahu. Ingatkan tak nak jumpa abang lagi. Huh!” Aishah pura-pura tak puas hati.

“Oh? Pandailah tu berlakon? Padahal ada orang tu rindu dengan suami dia sampai setiap hari mengigau nama Azmirul. Dah tu tak sah kalau tak naik gondola sebab nak layan jiwang kan?” usik Azmir. Muka Aishah sudah merah menahan malu.

“Eiii!! Geram, geram! Ni mesti si Dilah buka mulut! Eeeee” Aishah memukul-mukul lembut badan Azmir. Azmir hanya mengekek ketawa sambil menarik Aishah supaya lebih dekat dengan dirinya.

“Maafkan abang. Kerana abang, abang dah menyebabkan Aishah dalam keadaan macam ini. Kalau abang tak suka Aishah mesti Aishah takkan ditimpa masalah macam ni” kesal Azmir.

“Ada hikmahnya bang. Kalau tak berlaku macam ni, mesti abang tak pernah berani nak confess dengan Aishah kan? Kan?” soal Aishah geli hati. Azmir hanya menganggukkan kepalanya menahan malu. Mukanya yang putih sudah merah. Aishah mengambil peluang untuk mengusik lagi suaminya.

“Badan je tough, tapi penakut! Hehe..” Aishah mengutuk. Laju je pipinya dicubit Azmir.

“Okay, okay. Aishah minta maaf kutuk abang tadi. Em.. Tak payah la minta maaf bang. Aishah patut bersyukur sebab dapat suami macam abang. Abang dah jadi kambing hitam selamatkan maruah Aishah pun Aishah dah bersyukur sangat. Inikan pula disayangi oleh abang” ujar Aishah merendah diri.

“Hei? Kambing hitam?” Azmir cuba lagi mencubit pipi Aishah tapi Aishah cepat bertindak dengan menutup mukanya. Aishah tersengih-sengih.
“Cakap lagi abang kambing hitam?” soal Azmir dengan muka tak puas hati.

“Yelah-yelah, kambing putihlaaaa” jerit Aishah sambil memeluk erat suaminya. Azmir tersengih dan membalas pelukan isterinya. Mereka menghayati suasana indah di Venetian sambil melihat awan biru yang mendamaikan jiwa. Mereka sama-sama berharap agar rumah tangga mereka tidak dilanggar badai lagi dan sentiada diisi dengan kebahagiaan. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience