Bab 8

Romance Series 7483

BAB 8

“Alina. Arwah alina. Apa kena mengena dia dengan hal ini?” soal Azmir pelik.

“Dia adalah satu-satunya adik kesayangan aku. Hanyalah satu-satunya saudara aku di bumi ini. Disebabkan cinta dia kepada kau, dia bunuh diri! Kau tolak cinta dia kerana kau cintakan perempuan tak guna tu!” Huzairie meninggikan suara.

Azmir terdiam. Terkejut mendengar berita tersebut.
“What? Kau abang Alina?” soal Azmir tidak percaya.
“Yes. I am. Atas sebab itu, aku membalas dendam. Aku tahu kau cinta mati dengan Aishah. Aku goda dan ragut kesucian dia.

Tak sangka kau bodoh nak perempuan yang dah ditebuk tupai. Kau kahwin jugak dengan dia. Aku ugut nak bagitahu family kau dengan dia kalau dia tak tinggalkan kau.

Dia pun bodoh jugak percaya yang aku ada bahan bukti kami bersama sedangkan hanya omongan kosong, Memang korang laki bini memang bodoh. Dasar…” sebelum habis Huzairie menghabiskan kata-kata, Azmir menghadiahkan penumbuk kepada Huzairie, imannya sudah senipis bawang. Huzaire terduduk menerima penumbuk bertalu-talu dari Azmir.

Tetapi dia tidak membalas. Dia hanya ketawa terbahak-bahak. Seolah-olah seronok ditumbuk. Azmir duduk jauh-jauh dari Huzairie. Dia sudah penat. Melihat wajah Huzairie yang lebam-lebam, membuatkan dia beristighfar.

Tidak sangka dia akan menjadi sangat marah. Kerana dendam, Aishah terpaksa menjadi mangsa antara dia dan Huzairie. Penyesalan berkunjung tiba di benaknya kerana telah tersalah sangka Aishah kembali menjalinkan hubungan Huzairie. Azmir menarik nafasnya sedalam-dalamnya cuba mengawal kemarahan.

“Kau tau tak kau jantan tak berguna! Kau rosakkan hidup perempuan yang baik. Kalau kau ada masalah dengan aku, dendam dengan aku sorang tak apa. Jangan libatkan orang lain.”

“Ada aku kisah? Aku tak sebodoh kau Azmir. Kau sakitkan aku dengan bunuh adik aku. Aku pun akan bunuh jiwa kau dengan rosakkan orang yang kau sayang. Hahaha.. Sekarang baru aku puas! Aku sangat puas tengok kau macam ni. Kau rasa tak apa yang aku rasa bila orang yang tersayang dah tak ada dalam hidup?! Aku puas hati dengan apa yang aku buat! Aku gembira!” ketawa Huzairie lantang sambil mengangkat dirinya dan melangkah keluar dari rumah Azmir.

Azmir hanya memandang Huzairie. Dirinya terasa kosong. Kosong!
“Arggggh!!!!! Mana Aishah pergi!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience