Bab 5

Romance Series 7500

Bab 5

“Hah?” Mulut Aishah terlopong mendengar alasan terbaru Azmir yang agak gila! Azmir mengangkat dagu Aishah menutup sedikit mulutnya yang terlopong. Aishah dapat melihat senyuman lucu Azmir yang mahu disembunyikan.

“Aku tahu sukar untuk kau percaya tapi itulah aku. Aku sayang dengan kau since bangku sekolah lagi. Dah berbelas tahun kau tau? Tapi kau macam tak pernah bagi peluang” Semakin besar pulak mulut Aishah terlopong.

“Kenapa tak pernah bagitahu?” soal Aishah perlahan.

“Aku dah cakap kau tak pernah bagi peluang” Aishah hanya terdiam. No comment.

“Aku dah buat macam-macam untuk buat kau sedar aku sayang dengan kau. Banyak hint aku bagi tapi kau tetap tak faham. Kau lebih prefer berkawan dengan lelaki lain. Aku terpaksa mengalah untuk kegembiraan kau. Kau gembira, aku gembira” Aishah terdiam.

Baru dia tahu sebab-sebab Azmir selalu melindunginya. Selalu bersama ketika dia susah dan senang.

‘Argggh! Bodohnya aku!’ jerit Aishah di dalam hati.

“Tapi kenapa awak terima saya sekarang? Bukankah serupa awak kahwin sebab simpati?” soal Aishah perlahan. Kata ganti nama kau dan aku sudah bertukar kepada yang lebih sopan. Azmir sudah tersenyum mendengar.

‘Good, good. Ada improvement ni’ sengih Azmir di dalam hati.
“Tak. Abang bukan nak ambil kesempatan. Abang bukannya sayang Aishah atas dasar simpati. Rasa cinta abang telah lama wujud. Abang jujur sayangkan Aishah. Bila Aishah ditimpa masalah ni, abang rasa nak bertanggungjawab. Rasa tanggungjawab dan melindungi Aishah sangat tinggi sampai abang membuat keputusan untuk mengahwini Aishah. Abang nak jaga Aishah. Abang tak sanggup kalau Aishah buat perkara yang hampir meragut nyawa Aishah. Abang tak sanggup.” Keruh muka Azmir meluahkan isi hatinya.

“Tapi.. tapi…”

“Sudahlah, kita mulakan hidup yang baru okey? Perkara yang sudah usah dikenang. Abang takkan mengungkit apa-apa” janji Azmir mengenggam erat tangan Aishah.

“Tapi, anak saya ni” Aishah masih musykil dengan Azmir.
“Sayang, itu anak abang jugak. Kita sama-sama akan menjaganya” lembut Azmir memujuk isterinya. Dia sudah nekad untuk tidak mengabaikan kandungan Aishah walaupun anak itu bukan dari benihnya.

“Saya pening sangat sekarang ni. Saya harap awak tak mendesak saya. Saya masih blur dengan semua ni” Aishah membuat keputusan.

“Ya. Abang faham Aishah. Awak ambil la masa beberapa lama. Abang setia menanti. Abang cintakan Aishah. And one more thing”
“Apa?”

“Jangan pernah anggap abang ni kambing hitam! Abang ikhlas! Kalau ye pun, panggillah kambing putih. Abang ni dah macam kembar Lee Min Ho, seputih salju kulit abang ni, janganlah gelar kambing hitam sayang oit!” ketawa Azmir sambil cuba mengangkat bakul untuk cubaan kedua. Aishah hanya mencebik dan menjelirkan lidah.

‘Ingatkan dah kahwin, jadi matang. Huh! Masih terputus wayar rupanya kambing ni! Tahulah muka awak memang macam Lee Min Ho!’ rungut Aishah di dalam hati.

‘Cupp!’ Aishah terkejut dengan ciuman drastik dari Azmir di dahinya. Baru sahaja ingin marah, dilihatnya Azmir cepat-cepat merebahkan badannya di sebelah Aishah sambil menutup mata erat. Aishah membatalkan hasrat untuk memarahi Azmir sambil ikut sama berbaring.

‘Kenapa aku tak pernah sedar lelaki yang ikhlas menyayangi aku berada di samping aku untuk berbelas-belas tahun. Sedangkan aku sibuk berkawan dengan lelaki yang perangai pelik-pelik!’ soal Aishah perlahan.

‘Dan macam mana aku nak sewenang-wenangnya hidup dengan Azmir sedangkan diriku kotor. Dia terlalu baik untukku’ tangis Aishah di dalam hati. Tidak sanggup hendak melukakan hati Azmir yang ikhlas mencintainya dan pada yang sama tidak sanggup menerima Azmir kerana rasa berdosa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience